Tiba tiba kalut cerita 'Babi' di Selangor... populariti 'isu babi' kali ini nampaknya memungkinkan gelaran nakal Darul Khinzir dari Negeri Sembilan ke Selangor.
Apa sebenar isu babi ini...? Isu ini menjadi panas apabila ia ditunggang sebagai isu politik oleh Umno Selangor. Muka depan Utusan Malaysia yang menyiarkan 3 ekor babi yang dilabel PKR, PAS dan DAP begitu menarik perhatian ramai untuk terus memperkatakan isu babi ini.
Keseronokan Umno Selangor menunggang 'isu babi' ini tersentak tiba tiba dengan pendedahan Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng yang mendedahkan mengenai sebuah syarikat bumiputera (berkepentingan Umno) terlibat dalam projek ladang babi yang diluluskan oleh Kerajaan BN bawah pimpinan Dr.Khir Toyo.
Gambar di atas mungkin boleh mendedahkan fakta sebenar hipokrasi Umno. Individu yang menjadi kepala menentang projek babi dan menjadi dalang demonstrasi iaitu Dr. Karim ialah individu yang dalam gambar disamping kandang babi. Beliau dilaporkan terlibat dalam melawat kandang Babi di Jerman, kononya untuk membawa teknologi ladang babi Jerman ke Selangor. Lawatan itu juga dilaporkan melibatkan ketua - ketua kampung 'Umno' yang turut terlibat dalam tunjukperasaan baru baru ini. Mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).
Semalam cheGuBard sudah menghubungi keADILan Bahagian Sepang untuk dianjurkan satu debat terbuka antara Yaakop Sapari (exco Kerajaan Selangor) dengan Dr. Karim (ADUN Tg. Sepat) untuk menyelesai kekalutan dan mendedahkan hipokrasi Umno. Mungkin dalam debat ini juga boleh ditanyakan sekali bagaimana ADUN BN Selangor boleh membelanjakan RM27 juta peruntukan kerajaan negeri untuk rakyat Selangor untuk tahun 2008 tetapi habis dalam masa hanya selama 50 hari.
Dalam perkembangan yang lain pula Makkal Osai (Suara Rakyat) iaitu akhbar milik bekas pemimpin kanan MIC telah sah diharamkan. Akhbar harian berbahasa tamil ini gagal memperbaharui permitnya sejak 2-3 bulan lalu, namun terus diterbitkan dibawah pemerhatian KDN. Malangnya hanya selepas memberikan liputan muka depan yang besar terhadap Himpunan Menjana Kemenangan Rakyat bersama Anwar Ibrahim pada 14 April lepas, mereka telah mendapat surat pengharaman akhbar itu.
14 April 2008 yang lalu, kira kira 20,000 ribu telah membanjiri Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur meraikan Anwar yang melepasi sekatan undang undang yang menyekat beliau dari terlibat dalam politik. Majlis tersebut telah dirancang begitu teliti. Alhamdunillah juga sehingga selesai semua berjalan dengan baik. Tiada yang buruk berlaku. Malah peniaga di kawasan sekitar juga mendapat rezeki tambahan kerana kehadiran yang ramai memenuhi kampung baru sehingga awal pagi telah memenuhi gerai - gerai sekitar. Hanya gangguan dari Polis sekitar jam 10.25 malam sedikit mencacatkan.
cheGuBard selaku penyelaras program telah memastikan semua lancar. Malam itu cheGuBard sendiri menjadi pengerusi Majlis. Jam 10.15 malam cheGuBard dihubungi teman yang berkawal di pintu besar padang mengatakan Polis beriniform masuk menuju ke pentas. cheGuBard meminta semua unit kawalan keselamatan program membenarkan Polis itu masuk dan cuba kawal orang ramai pastikan jangan ada yang bertindak melulu atau luar kawal.

10.25 malam sekumpulan anggota polis beruniform dan tidak beruniform menghampiri pentas. Orang ramai di depan yang sedang asyik mendengar ucapan Anwar kelihatan tersentak dan ada yang mula bangun dan menjerit sesuatu. cheGuBard meloncat turun ke depan tempat yang Anwar sedang berucap. Bukan untuk menghalang Polis tetapi untuk memastikan unit keselamatan di depan pentas perkemas benteng untuk halang orang ramai mara ke depan dan mungkin anggota polis itu tercedera.
cheGuBard berkaca mata betul betul dibelakang Polis
Cara Pegawai polis itu mara ke depan pentas tanpa kawalan rapi dilihat seperti sengaja mengumpan agar penyokong marah dan mencederakan mereka. Jika itu strategi polis saya simpati kepada 3-4 orang pegawai beruniform yang mara kedepan itu ...hanya menjadi cacing umpan untuk memancing ikan (isu) yang lebih besar. Tetapi malam itu semua terkawal.
Polis terbabit bertanya pada saya "Adakah kamu penganjur?" saya katakan "Ya"...Polis itu berkata " Boleh beritahu Datuk Seri supaya berhenti berucap..Ini Arahan Polis..."
Lucu juga dialog ini diucap ketika dia sudah begitu hampir dengan Anwar... Anwar sendiri boleh dengar apa dia cakapkan. Datuk Seri Anwar tepuk belakang saya dan kata "Bard takpe biar dia cakap dengan saya..."
Lalu saya ke tepi dan polis itu berdiri di depan Anwar dan berkata " Datuk Seri tolonglah beri kerjasama ...arahan berhenti..." Masa itu Azmin, Siva pun datang hampir...pada masa yang sama penyokong mula bertolak untuk mara ke depan...
Mungkin untuk elak keadaan dari tidak terkawal ..... dan kesihankan Polis yang dimaki dengan perbagai 'ayat' Datuk Seri menamatkan ucapan dan melambai beberapa kali sebelum masuk untuk sesi sidang media.
Namun pagi selepas itu cheGuBard menerima sms bertanya " Kamu dapat notis Polis...? Kak wan, Ts Khalid, Azmin, Yahya Sahri dapat arahan ke balai polis..."
Nampaknya selepas tersungkur 'setengah' dalam PRU 12 Bn tak belajar banyak. Bn tidak sedar orang benci tengok mereka perkuda polis tekan suara rakyat.... cheGuBard dengan ini kecam Polis yang sanggup diperkudakan.... Kalau itu perhimpunan Umno adakah permit diperlukan...? dan adakah Polis berani panggil pemimpin Umno ke Balai pula...
Pagi ini pula dapat khabar berita nampaknya perkara lebih serius... kemungkinan pendakwaan dilakukan termasuk kepada Anwar... atas kesalahan perhimpunan haram... dan perbicaraan akan dipercepatkan Anwar mungkin dijatuhkan hukuman denda RM2500, dan dengan denda itu dia akan dinafikan lagi hak berpolitik...
Ya Allah adakah ini benar....? Zalim dan takutnya Bn dengan suara rakyat yang diterajui Anwar.... tetapi percayalah jika ini berlaku ia merupakan penggal terakhir Bn menghantar wakil ke parlimen.
Rakyat makin benci... Bn bergaduh sesama sendiri merebut jawatan dan harta rompakan tetapi rakyat terbiar..tepung naik...beras naik...
Tahniah juga pada semua yang terlibat...malam itu malam kita (aktivis jalaraya yang tak kenal penat lelah)....tahniah juga pada penyokong dari Rembau yang datang 4 bas dan bayar tambang sendiri.
hidup rakyat!!!
ReplyDeleteLu memang HERO Rakyat la..
ReplyDeleteada aktiviti ape jgn lupa emel aaa..
speak up!
ReplyDeletetheSun | FRIDAY APRIL 18 2008 21
Picture tells a
thousand words
THE photograph is of Tanjung
Sepat assemblyman Datuk
Abdul Karim Mansor indicating
his approval of some sort taken
at a pig-rearing facility in
Germany. It was taken last year
during the previous Selangor
state government’s study tour
to Europe to study modern pig
farming methods.
This photograph is among
several in the possession of
Yaakob Sapari, the executive
councillor in charge of
agriculture modernisation,
natural resources and
entrepreneurial development, which
documents the members of the former
state government of Datuk Seri Dr.
Mohamad Khir Toyo’s visit to Germany
and The Netherlands as part of a study for a
centralised pig farming project in the Kuala
Langat District.
Abdul Karim, who initiated importing
the technology from Germany via a
bumiputra company is today opposing
the project he was once a proponent of,
accusing the present government of being
insensitive to the Muslim community by
going ahead with the integrated pig farming
system. As the saying goes, a picture is
worth a thousand words, and this one is
priceless. There are more. The rest, dear
readers, is up to you to make a conclusion.
And by the way, Mohd Khir and his
colleagues in the previous excutive council
had classifi ed all documents on the lawatan
sambil belajar as an “offi cial secret”. It was
de-classifi ed last week after Abdul Karim
and his band of merry-men decided to
demonstrate.
Yes, they used taxpayers’ money and yet
did not want anyone to know about it. Now
that the cat’s out of the bag, will pigs start
fl ying or will the “operasi protes” go to the
dogs?
Exceptionally swift action
Kudos to the Kuala Lumpur Police and the
top brass in Bukit Aman for their speedy
action against organisers of the Black 14
rally on April 14.
According to the authorities, what was
supposed to be a “private dinner” for a few
hundred guests to mark Datuk Seri Anwar
Ibrahim’s return to active politics turned
out to be a political rally attended by 7,000
people – although the actual fi gure is more
in the region of 20,000.
One is always a proponent that the law
makes no exceptions in its implementation
and no one is above it – not
Anwar and not Selangor Mentri
Besar Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim who was present and
gave a speech.
The police had also showed
that they “sedia berkhidmat”
without fear or favour when
they said they would quiz
Penang Chief Minister Lim
Guan Eng for his utterances
about the New Economic Policy
(NEP) last month.
And let me tell you,
everything takes a back seat to
the police – even the running of
a state, where the Selangor Exco meeting
was delayed on Wednesday as Abdul
Khalid had to give his statement to the
boys in blue.
With the law enforcement authorities
working overtime, particularly in Selangor
and Penang, we the ordinary citizens
should be feeling a lot more secure.
However, one hopes they will look
beyond the 21st fl oor of Bangunan Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah in Shah Alam
or the 28th fl oor of Komtar in Penang. It
would help if the cops would look a little
lower – say the entrance to both buildings
where Umno-led protesters numbering
between 200 and 3,000 had on several
occasions gathered – without a police
permit – to voice their dissatisfaction over
issues as diverse as sharing the economic
pie and pig farms.
There were no water cannons and
no one got wet, cuffed or quizzed. For a
change, it is good to see that the man in
the street is not discriminated against in
favour of those in positions of power – a
constant criticism on the law enforcement
authorities.
So to the nay-sayers, who have given
our force a bad rap for far too long, shame
on you! So what if there are a few missing
kids, a woman being raped every other day
and snatch thefts as common as ikan bilis
in nasi lemak? This is national security we
are talking about here! The police have
certainly got their priorities right and are
acting independently without doing the
bidding of politicians. Good for them and
it’s nice to note that the new bunga raya
emblem has not made softies out of some
of them yet.
Terence feels discretion can be viewed as
discrimination.
Apa jenis blog ni, kalau tulisan memehak kepada kepentingan saudara barulah tulisan disiarkan kalau tak, tak kan keluarlah nampaknya
ReplyDeletekonon memperjuangkan kebebasan bersuara tapi bertindak menapis mana-mana tulisan yang tidak selari dengan perjuangan. tapi kalau pihak lain yang tapis , dituduh tak de demokrasi, nampaknya mengata dulang paku serpih
ReplyDeleteSaya menghadiri semua demo sebelum ini sejak 1998 lagi last demo yang saya sertai adalah Bersih 10 Nov.
ReplyDeleteSaya sengaja tidak menyertai the Black 14 kali ini kerana saya tidak bersetuju dengan tempatnya,betul telahan saya Polis akan menggunakan alasan-alasan mengarut untuk menghalalkan dakwaan kepada anwar ibrahim sekali lagi , tidakkah tindakan ini merugikan kita bro...alangkah baiknya malam itu diadakan di Selangor ,Selesa bebas tanpa ganguan kita sudah menang di selangor brader nak berdemo apa lagi biarkan UMNO dab beruk-beruknya menyambung tugas kita...
sekadar pandangan apa-apa pun saya menyokong perjuangan anda
Pengislahan atau reformasi terhadap semua jentera pentadbiran negara perlu di lakukan dengan serta merta jika Pakatan Rakyat diizinkan memerintah Malaysia kelak , samada di waktu terdekat ini mahupun selepas PEMILU 13 kelak pada tahun 2012 . Barah yang tidak dibuang dengan serta merta akan membawa maut kepada pesakit yang mengalaminya.
ReplyDeletePenganjur bodoh, mungkin itu lebih tepat, penganjur mencari publisi murahan, mungkin itu juga sesuai..
ReplyDeleteSebagai kerajaan Negeri Selangor khususnya, apakah perlu mentaliti pembangkang (dan mengharapkan polis mengambil tindakan) diteruskan. Kalau bercakap pasal Malaysia dan Antarabangsa, ekonomi, sosial dan politik, strategi dan sebagainya cukup handal membuat analisis, tetapi dalam membuat perhimpunan sebegini kecil, penganjur DAN PEMIMPINNYA sengaja menjadi dangkal untuk MENDAPAT PUBLISITI MURAHAN.
Apa nilai BLACK 14 kalau sekadar mahu mendengar puisi dan sastera, mahu mendengar ucapan anwar yang basi, sekarang bukan masa bercakap tapi laksanakan, rakyat mahu melihat dan menilai.
Lebih baik cikgu buka kelas tadika.
untuk sedikit sebanyak gambar semasa BLACK 14, sila ke http://www.amkbatu.blogspot.com/
ReplyDeleteterima kasih.
Khairul Anwar Mat Azidin
Exco Politik & Strategi
AMK Batu
bard... tolong buat liputan ckit mengenai perhimpunan ahad lpas kat taman jasmine.. aku terlepas lah... tak sehat ari tuh so xdpt trun.. n then aku sbnrnya takut dikecewakan oleh izzah macam musim kempen ari tuh.. janji punya janji tapi tak datang...
ReplyDelete