Friday, April 11, 2008

Sambutan Black 14 cuba digagalkan...

Makin ramai yang panik !!! 11.13 malam ketika membuka email badrul_angkatanmuda@yahoo.com kelihatan singgah email dari seorang yang menggunakan nickname 'kadet pencen' dia telah 'foward' email yang beliau perolehi dari yahoogroup [dunia-politik]. Email dari lonelyladies <lonelyladies@yahoo.com> menyatakan kononya

Berita terbaru, Perhimpunan Black 14 akan ditangguhkan sehingga diberitahu kerana Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai jadual yang padat sepanjang minggu depan. Menurut Angkatan Muda Keadilan (AMK) tarikh baru bagi perhimpunan tersebut akan dimaklumkan kemudian. Bagi pihak Dato Seri Anwar, beliau memohon maaf diatas kelewatan memaklumkan penangguhan perhimpunan tersebut dan segala kesulitan amat dikesali. Setiap maklumat terkini akan diumukan secepat mungkin bagi merialisasikan Perhimpunan Black14 ini.

itu adalah antara usaha 'sengal' mereka - mereka yang dalam ketakutan.

Himpunan Rakyat telah dirancang secara teliti dan baik sekali. Petang tadi mesyuarat jawatankuasa penganjur telah berlansung di Kelab Sultan Sulaiman sendiri dengan dipengerusikan oleh YB Azmin Ali, dihadiri Dato' Salehuddin Hashim (Timbalan Pengarah Program merangkap S/U Agong keADILan), Tenku Maraziyah (bendahari keADILan), Kak Ann (Naib Wanita Pusat),wakil AMK Pusat, wakil AMK W.Persekutuan, wakil AMK Selangor, Zaki Yamani (Setiausaha AMK) dan beberapa teman aktivis reformasi, wakil kelab sendiri selain cheGuBard sendiri.

Banyak diperbincangkan secara serius. Harap semua berjalan licin dan meriah.

Parti juga telah mewajibkan semua ahli parlimen dan ADUN serta pimpinan pusat keADILan untuk hadir malam tersebut. Selain Anwar dan Kak Wan yang pasti hadir, Menteri Besar Selangor dan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang juga telah mengesahkan kehadiran.

Arahan kepada peniaga, tempat perniagaan tersedia adalah amat terhad.... sila berhubung dengan penganjur untuk memastikan tempat.

Himpunan sambutan rakyat meraikan pembebasan dan kembalinya Anwar Ibrahim ke persada politik secara sah tanpa sekatan undang undang amat dinantikan. Perhimpunan akan diteruskan seperti yang telah diumumkan, sebarang usaha pengumuman batal ialah usaha jahat yang cuba mensabotaj

Kepada yang datang secara berkumpulan digalakkan membawa banner masej pertubuhan dan kumpulan saudara meraikan peristiwa bersejarah tersebut.

4 comments:

  1. Anonymous2:40 AM

    Chegu bard...

    Sy ingin bertanye...

    adakah sambutan ini juge diadakan di ibu negeri2 seperti di kota bharu(utk org kelantan) atau adakah akan diadakan siaran langsung sambutan ini dr mane2 web tv atau internet utk kami yg tidak dpt hadir?

    salam perjuangan...

    dr ameer kota bharu...

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:02 PM

    kami anggota parti di bawah tunduk hormat pada cikgu kerana ketika banyak yang sibuk berebut macam macam cikgu terus jelajah ke bawah untuk kuatkan parti....

    ketika semua pimpinan AMk jalan2 ke turki cikgu gembeling tenaga sambut black 14.... kenapa perlu nak ke turki tak ada apa yang dapat dipelajari di sana oleh amk jika sikap malas dan bossy itu masih menebal di pimpinan 'atasan' amk itu sendiri.....

    cikgu badrul harapan baru anak muda malaysia...

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:24 PM

    Dengar khabarnya Semua 5 MB/CM negeri2 PAKAR (Pakatan Rakyat) dijemput ke Perak pada 14/04 serentak dgn Black 14...

    Tapi disini kata MB Selangor akan hadir Black 14...

    Harap2 perkara ini dapat diselesaikan agar tidak timbul sebarang 'isu' nanti...

    salam PAKAR

    ReplyDelete
  4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan pejuang dalam PKR, yang telah berjaya mendapatkan publisiti percuma di media2 arus perdana beberapa hari ini. Sebagai seorang yang pernah melalui kegetiran peristiwa kekejaman regim BN, saya bersyukur kerana Black 14 yang disambut pada tahun ini dapat kita raikan dalam keadaan yang terang-benderang. Terima kasih juga kepada YAB TSKI selaku Pengerusi Kelab Sultan Sulaiman KL yang telah membenarkan veneu ini digunakan.

    Saya kesal dengan kenyataan Ketua Polis KL, yang mempersoalkan perhimpunan ini sebagai haram dan tidak berpermit. Sepatutnya di zaman rusuhan dan tunjuk perasaan kembali menjadi budaya Umno selepas PRU12, pihak polis mereformasikan diri mereka dan menhentikan perbuatan mengkastakan rakyat.

    Sepatutnya pihak Polis bertindak secara independen dan mengelakkan diri dari diperalatkan. Saya rasa perhimpunan pada malam ini akan disabotaj untuk memburuk2kan imej PKR dan Pakatan Rakyat. Tetapi harus diingat tindakan ini mungkin akan memberi tamparan hebat kepada BN dalam PRU13 nanti.

    Orang2 Umno tidak perlu risau dengan perjumpaan ini, malah saya fikir lebih baik mereka turut sama menyertainya sebagai latihan untuk mereka menjadi pembangkang di peringkat Federal tidak lama lagi. Umno Penang, Kedah, Perak, Selangor dan WP boleh datang beramai-ramai untuk memahami dan berkongsi petua dengan para pejuang2 PKR.

    Jika ini dapat dilakukan maka saya menjangkakan Umno dapat mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung untuk mengadakan sesuatu tunjuk perasaan. Jika kini mat2 rempit boleh disuap dengan RM50 untuk merusuh, saya bimbang 5 tahun lagi harganya naik 10 kali ganda. Keadaan ini tentunya akan menyukarkan KJ untuk mengumpul dana untuk tujuan ini nanti.

    Berbalik kepada Black 14, saya meminta maaf kepada rakan2 pejuang kerana tidak dapat bersama atas urusan2 yang perlu diselesaikan di Jerman (bukan pasal ladang babi!). Saya akan bertolak malam ini melalui S'pore. Selamat meraikan Black 14. Lawan tetap lawan!

    noontimesilence@yahoo.com
    http://bulanpenuh2012.blogspot.com

    ReplyDelete