Wednesday, March 12, 2008

Menantu letak jawatan...tidak kena mengena dengan cheGuBard

Saya mendapat banyak sms mengatakan tahniah kepada saya kerana menantu Pm meletakan jawatan sebagai Naib ketua pemuda Umno..... saya ingin katakan di sini ia tidak ada kena mengena dengan cheGuBard. cuma mungkin tahniah kepada jentera Umno yang menyertai jentera rakyat di Rembau secara malu malu kucing tempoh hari....

Persoalan saya ialah bukan jawatan si menantu ini dalam Umno tetapi persoalanya ialah penglibatan si menantu dalam keputusan yang merugikan negara dan menguntungkan peribadinya dan Kamaludin Abdullah.....sebelum saya menulis sendiri apa yang saya kempemkan di Rembau saya raya elok saya kongsikan petikan tulisan seorang ahli Parti Mahasiswa Negara yang menulis sebelum debat calon Rembau yang menantu takut datang.........

LEWAT jam 3 petang tadi, saya mendapat sistem pesanan ringkas (SMS) berhubung cita-cita perdebatan Sdr. CheguBard (PKR) dengan Sdr. Khairy Jamaluddin (UMNO) di Parlimen Rembau. Entah benar atau tidak, hanya Allah sahaja yang tahu. Begini masej tersebut :-

…debat antara 2 calon Parlimen Rembau, Badrul Hisham (PKR) dan Khairy Jamaluddin (UMNO) di Taman Seri Rembau. Moderator (oleh) Sdr. Anuar Mohd Nor dari umno-reform.net jam 8 malam hari ini. (Sila) hubungi +6013-2728500 untuk keterangan lanjut. Sebarkan debat terbuka bersejarah di Malaysia..”

Seketika kemudian, saya mendapat sms pula daripada Sdr. Azlan Zainal, Presiden Penaja Parti Mahasiswa Negara (PMN). Beliau meminta saya menggalurkan semula soalan dan penjelasan akademia khusus untuk Khairy Jamaluddin (KJ) malam ini.

Menurut beliau, malam ini PMN akan menghantar beberapa opinion leaders untuk bersemuka dengan KJ.

Saya bertanya, ‘Mengapa tidak kita mengutarakan soalan kepada kedua-dua calon muda Parlimen Rembau ini?

Kita telah temuai Sdr. Badr (CheguBard), malah telah berpidato dengan beliau lebih 4 kali di Rembau 2 Mac lalu.

Beliau juga telah memberi jaminan untuk memerangi rasuah, nepotisme, kezaliman dll.

Yang masih belum kita bersemuka adakah KJ. Jadi kita perlu bersemuka dan bertanya beberapa soalan juga kepada KJ…” respon Sdr. Azlan Zainal.

Kesempatan ini, saya mengambil taklifan merangka soalan khusus untuk KJ. Saya juga cuba menggalurkan beberapa fakta untuk makluman KJ dan pembaca sekalian. Selebihnya, saya berharap KJ dapat menjawab soalan tersebut dengan penuh jujur dan bertanggungjawab.

Berikut adalah 5 SOALAN TERBUKA UNTUK KHAIRY JAMALUDDIN :-

——————————————

SOALAN PERTAMA:

Asalnya ‘kepentingan’ akhbar perdana The Straits Time Press (STP) pernah dikuasai oleh Singapura. Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) telah berjaya menguasai semula kepentingan dalam STP tersebut dari terus dimanipulasi oleh Singapura. STP telah dijenamakan sebagai The News Straits Time Press (NSTP).

Dengan penguasaan semula kepentingan NSTP tersebut telah menyebabkan banyak tokoh-tokoh Melayu-Malaysia mengisi jawatan-jawatan penting dalam akbar tersebut.

Selepas Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5, terdapat beberapa inisiatif tidak munasabah (unreasonable) telah dilaksanakan oleh beliau dengan nasihat Sdr. Khairy Jamaluddin. Pertama, menamatkan perkhidmatan atau memecat Dato’ Abdullah Ahmad, Ketua Editor NSTP. Kedua, PM telah melantik Dato’ Kalimullah Hassan, bekas Journalist akhbar Singapore Straits Times yang diimport langsung dari Singapura menjadi Ketua Editor baru NSTP.

Lebih malang, NSTP telah menjadi proksi strategik menyalurkan maklumat berhubung keselamatan dalaman Malaysia kepada Singapura.

Sebagai contoh, pengumuman Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah disiarkan dalam Singapore Straits Times di Singapura lebih awal sebelum Perdana Menteri membuat pengumuman rasmi di Putrajaya; dan disiarkan dalam NSTP.

Contoh di atas cukup munasabah (reasonable) untuk membuktikan bahawa Dato’ Kalimullah Hassan adalah agen Singapura di Malaysia.

PMN melihat isu penguasaan kepentingan NSTP ini mampu menggugat keselamatan negara kerana akhbar merupakan medium strategik dalam melaksanakan satu-satu propaganda.

SELAKU IKON PEMUDA MALAYSIA YANG LANTANG, APAKAH PANDANGAN DAN INSIATIF SDR. KHAIRY JAMALUDDIN DALAM ISU PENGUASAAN KEPENTINGAN NSTP OLEH INDIVIDU PRO SINGAPURA?

——————————————-

SOALAN KEDUA:

Selepas menguasai kepentingan NSTP, Dato’ Kalimullah Hassan dengan beberapa rakan korporatnya telah diberi peluang menerajui ECM-Libra. Beliau dan beberapa rakan sejawatnya dalam Ahli Lembaga Pengarah ECM-Libra tersebut telah bersetuju meminjamkan RM9 JUTA kepada Sdr. Khairy Jamaluddin agar beliau boleh membeli saham (kepentingan) dalam ECM-Libra seterusnya menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut.

PMN melihat percaturan tersebut demi memastikan ECM-Libra boleh mendapat ‘kemudahan istimewa’ dalam projek-projek mega Kerajaan melalui pengaruh Sdr. Khairy Jamaluddin, menantu (bekas) Perdana Menteri Malaysia.

PMN juga melihat percaturan tersebut meletakkan Khairy Jamaluddin dan Dato’ Kalimullah Hassa sebagai penasihat tidak rasmi (gate keeper) kepada Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam menguruskan kekayaan/pembangunan Malaysia.

ADAKAH PEMBERIAN RM9 JUTA OLEH DATO’ KALIMULLAH HASSAN KEPADA SDR. KHAIRY JAMALUDDIN SUATU HADIAH ATAU BALASAN (ATAU RASUAH) ATAS PERANAN SDR. KHAIRY JAMALUDDIN MEMELIHARA KEPENTINGAN DATO’ KALIMULLAH HASSAN DI MALAYSIA?

———————————————

SOALAN KETIGA:

Selepas didesak oleh FBI (Amerika), pada Jun 2006, 5 warganegara jepun melalui Syarikat Mitutoyo telah dibuktikan terlibat membekalkan komponen senjata nuklear tersebut pada Syarikat SCOMI (milik Sdr. Khairy Jamaluddin) sebelum dieksport ke Libya.

SCOMI dan Sdr. Kamaluddin Abdullah (anak kandung Pak Lah) di Malaysia masih selamat walaupun FBI mulai mengintai peranannya demi memerangi keganasan global.

Selepas tekanan kuat oleh FBI, akhirnya BSA Tahir, seorang rakyat Sri Langka yang juga rakan kongsi Sdr. Kamaluddin Abdullah dalam SCOMI telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

PMN melihat penahanannya suatu kezaliman. Sepatutnya, beliau dibicarakan di Mahkamah secara bebas dan adil. Biar Mahkamah yang memutuskan sama ada beliau bersalah atau sebaliknya. Dan biar mahkamah juga putuskan siapa lagi yang sepatutnya dibicarakan secara bebas dan adik di sana.

Bagi PMN, penahanannya tidak lebih demi menyekat kebenaran maklumat berhubung keselamatan negara agar sampai kepada rakyat dan mahasiswa.

ADAKAH PENAHANANNYA DI BAWAH ISA DEMI MEMELIHARA KESELAMATAN NEGARA; ATAU KEPENTINGAN SCOMI, BAPAK MERTUA KEPADA SDR. KHAIRY JAMALUDDIN (JUGA BEKAS MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI YANG BERKUASA MENYALAHGUNAKAN ISA)?

———————————————–

SOALAN KEEMPAT:

Transparens Antarabangsa (TI) telah mengeluarkan satu kajian berhubung pengamalan rasuah di peringkat antarabangsa – Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI).

Menurut CPI, kedudukan Malaysia dalam kegiatan rasuah semakin kronik. Sebagai contoh, Malaysia berada pada tangga ke-37 (2003), tangga ke-39 (2004), tangga ke-43 (2007).

Bagi PMN, budaya rasuah di Malaysia bertambah kronik dan memerlukan pemulihan segera. Mahasiswa dan generasi baru Malaysia patut melaksanakan perubahan dan menolak kepemimpinan ‘rasuah’ secara berdepan melalui PRU12.

SEBAGAI IKON PEMUDA DI PARLIMEN, BERANIKAH SAUDARA MENERIMA PERLAWAAN PMN UNTUK BERWACANA ISU RASUAH DALAM KONTEKS MALAYSIA?

—————————————————

SOALAN KELIMA:

Isu WPI dan kedaulatan Malaysia. Menurut Comprehensive Development Plan - CDP, pelaksanaan WPI akan mengorbankan 16, 997 hektar (42 000 ekar) Tanah Rezab Melayu (TRM). Keluasan tersebut adalah 7.7% WPI. 7.7% TRM tersebut merangkumi Felda Cahaya Baru, Felda Ulu Tebrau, Felda Taib Andak, Felda Inas, Felda Bukit Permai & Felda Bukit Batu. Semuanya milik rakyat berbangsa Melayu. Sila rujuk sumber rasmi Kerajaan.

IRDA Act 2007 (Akta 664) selaku statutory body yang kebal (immunity) diperkenalkan dan dipengerusikan sendiri oleh YAB Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Bapa Mertua kepada Sdr. Khairy Jamaluddin (Timb. Pemuda UMNO Malaysia - parti yang sepatutnya memelihara kepentingan bangsa Melayu) UMNO sebulat suara bersetuju dengan pembangunan tersebut dalam AGM dan Parlimen sebelum ini.

IRDA Act 2007 ini bertentangan dengan Bahagian 11 Artikel 8(1) Perlembabagaan Persekutuan (PP) yang menjadi landasan tertinggi dalam perundangan negara

Akta ini (Iskandar Regional Development Authority -IRDA) bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. IRDA Act 1997 jauh lebih zalim berbanding Akta Pengambilan Tanah 1960 dan langsung tidak memelihara hartanah dan TRM bumiputera Melayu/rakyat di Malaysia.

Seksyen 50 IRDA Act 2007 tersebut sepatutnya terbatal dengan Artikel 4 PP. Seksyen 56(1) akta tersebut juga bertentangan dengan ’separation of powers’ sebagaimana yang diperuntukan dalam PP - Federal List & State List.

Mengapa dokumen WPI ini hanya dikeluar dalam bahasa Inggeris sahaja; tidak dalam pelbagai bahasa - Bahasa Melayu, Cina, India dll? Adakah kerana UMNO/BN bimbang rakyat bawahan tahun posisi sebenar ‘kepentingan’ mereka sedang dirompak oleh UMNO/BN?

Bagi PMN, sepatutnya WPI ini dirancang dan diselia oleh Unit Perundingan Ekonomi (EPU) kerana hanya EPU lebih mementingkan kepentingan negara. WPI ini tidak seharusnya diurus oleh Khazanah Nasional Berhad, syarikat kapitalis Melayu-Bumiputera yang diketahui umum sangat mementingkan keuntungan & bukan kebajikan rakyat.

SEBAGAI IKON PEMUDA YANG AGAK LANTANG DALAM ISU KENEGARAAN DAN KEPEMUDAAN, BERANIKAN SDR. KHAIRY JAMALUDDIN BERSEMUKA DENGAN PMN; BERWACANA DAN MENASIHATKAN PENGERUSI IRDA (BAPA MERTUA SDR. KHAIRY JAMALUDDIN) DEMI MEMELIHARA KEPENTINGAN RAKYAT/KEDAULATAN NEGARA NEGARA DARI DIKUASAI OLEH SINGAPURA?

“SDR. KHAIRY JAMALUDDIN, SILA BERI PENJELASAN

8 comments:

  1. Apa kata kalau kita pakat2 antar email kt KJ or post kt website dia tuh yakni rembau.net.my..hehe

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:12 PM

    pmn cerita lebih laa pulak..
    baru peringkat penajaan..dari poyo..
    nt macam psm...takde ape pun

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Saya cukup tidak faham kenapa PKR pula yang buat hal semalam? Saya tahu, memang tidak adil bagi PKR tentang pembahagian Exco itu, tapi tolonglah berfikir tentang rakyat semua, kalau macam inilah semangat dalam BA, lebih baik bagi baliklah pada Tajol Rosli/BN, lagipun Perak rasanya tiada masalah seteruk Selangor (roboh kuil, masjid dll) semasa pemerintahan Tajol Rosli.

    Tolonglah berfikir panjang, PKR pun tiada manifesto yang jelas, syukurlah kerana DAP sanggup bertolak-ansur dengan kita.

    Jangan sampai saya kata PKR ini sama sahaja macam BN, cuma baik sikit saja dari BN, itu pun sebab tiada kuasa lagi.

    Jangan sampai saya kata, Islam orang Melayu/Islam dalam PKR sama sahaja macam Islam orang BN, contoh mudah, kamu semua bila bersalam tangan dengan yang bukan muhrim (sesama berlainan jantina), kamu 'selamba' salam tanpa berlapik.

    Sekarang, kamu dah tunjuk sikap mula dahaga kuasa, walaupun dengan cara yang lembut dan berhemah. Tolonglah PKR.

    Salah satu komponen BA keluar, maka BN dapat balik pada BN. Andai sultan perak mula bosan dengan kerenah pemimpin-pemimpin BA, saya tidak salahkan baginda jika baginda sultan memilih semula BN.

    Jika kamu persoal yang Pas pun gila kuasa (takpala, depa dah dapat MB, tu yg depa diam tuh), saya persoal balik, siapa yang lebih layak antara calon-calon melayu BA Perak? Sultan tengok berdasarkan perwatakan YB Nizar yang warak, dan paling bonus sekali, YB Nizar adalah seorang yang memakai gelaran IR-Engineer, seorang yang 'educated'. Seimbang dunia akhirat.

    Tolonglah, saya seorang pelajar dan juga warga Perak, yang sangat-sangat risaukan keadaan negara ini, saya harap, saya ada ramai lagi rakan-rakan yang prihatin dan mengambil berat masalah negara dari suka kepada hiburan yang melalaikan.

    Tolonglah, berfikirlah demi kesejahteraan rakyat.

    -Pelajar yang prihatin-

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Saya cukup tidak faham kenapa PKR pula yang buat hal semalam? Saya tahu, memang tidak adil bagi PKR tentang pembahagian Exco itu, tapi tolonglah berfikir tentang rakyat semua, kalau macam inilah semangat dalam BA, lebih baik bagi baliklah pada Tajol Rosli/BN, lagipun Perak rasanya tiada masalah seteruk Selangor (roboh kuil, masjid dll) semasa pemerintahan Tajol Rosli.

    Tolonglah berfikir panjang, PKR pun tiada manifesto yang jelas, syukurlah kerana DAP sanggup bertolak-ansur dengan kita.

    Jangan sampai saya kata PKR ini sama sahaja macam BN, cuma baik sikit saja dari BN, itu pun sebab tiada kuasa lagi.

    Jangan sampai saya kata, Islam orang Melayu/Islam dalam PKR sama sahaja macam Islam orang BN, contoh mudah, kamu semua bila bersalam tangan dengan yang bukan muhrim (sesama berlainan jantina), kamu 'selamba' salam tanpa berlapik.

    Sekarang, kamu dah tunjuk sikap mula dahaga kuasa, walaupun dengan cara yang lembut dan berhemah. Tolonglah PKR.

    Salah satu komponen BA keluar, maka BN dapat balik pada BN. Andai sultan perak mula bosan dengan kerenah pemimpin-pemimpin BA, saya tidak salahkan baginda jika baginda sultan memilih semula BN.

    Jika kamu persoal yang Pas pun gila kuasa (takpala, depa dah dapat MB, tu yg depa diam tuh), saya persoal balik, siapa yang lebih layak antara calon-calon melayu BA Perak? Sultan tengok berdasarkan perwatakan YB Nizar yang warak, dan paling bonus sekali, YB Nizar adalah seorang yang memakai gelaran IR-Engineer, seorang yang 'educated'. Seimbang dunia akhirat.

    Tolonglah, saya seorang pelajar dan juga warga Perak, yang sangat-sangat risaukan keadaan negara ini, saya harap, saya ada ramai lagi rakan-rakan yang prihatin dan mengambil berat masalah negara dari suka kepada hiburan yang melalaikan.

    Tolonglah, berfikirlah demi kesejahteraan rakyat.

    -Pelajar yang prihatin-

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:33 PM

    Aloo... saing saing...sumo... bakpor tokleh nok masok dale web rembau.net.my, menate KJ, kor dio tutuk doh menate web dia tu... Menate tu nakot tu... tok cekak noh klik, nyo tokleh, la wey... Bengong menate KJ ni... nyo tutuk kemah kemin web dia tu...

    takot la tu menate KJ ni... Menae palo bapok dio... kalu nakot lagu gak, baik toksoh tanding... wat malu ko berok aku jah...

    CIH NAKOT KJ, Kaki jilat, Kaki Jolok, Kaki Jubo, Kaki Jamoh, Kaki Jamban, Kaki Jahanam... or banyok kaki doh lah.. wey... Tok tetua Pok Dolloh guano lor ni... Sihat kor...

    MU BENGONG KJ...

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:46 PM

    "Askm CheGuBard..Kami di sini mahu penjelasan tentang apa yg sedang berlaku antara PKR & DAP. Bagi kami sebagai penyokong merasa agak malu dan sedih. Pendapat saya satu sahaja, peratusan kebangkitan Pembangkang adalah disebabkan Karisma Saudara Anuar Ibrahim ( pendapat saya )jadi DAP tak perlulah menunjukkan Ego dan angkuh mereka dan PKR / PAS sila tampil beri penjelasan segera"TQ

    ReplyDelete
  7. Betul ke KJ dah letak jawatan? Ke apa sebenarnya cerita artikel nie? Confius la....

    ReplyDelete
  8. Anonymous5:20 PM

    Aloo... Sdr/Sdri... l1f34h1r3

    Eden dah cubo dah nam masuk dalam web.... rembau.net.my... tu tapi tak dapek nak masuk.. Botol ko web tu ujud.. atau dah di tutup oleh si admin web tu sendirikot... Ado ko ujud lagi web tu...

    ReplyDelete