Thursday, March 06, 2008

Salam perjuangan....

Saya mohon maaf sangat - sangat kepada semua kerana gagal update blog ini..... di Rembau tidak ada 3G.

Setakat ini Rembau mungkin merupakan kawasan pilihanraya yang paling banyak laporan. Laporan barang kempen hilang. Saya kerugian kira - kira RM13000 kerana bendera, banner dan poster hilang. Serangan hanya dibuat ke atas barang kempen parlimen. Laporan telah dibuat tetapi pihak SPR gagal bertindak.

Isu keganasan dan gangsterisme banyak berlaku. Teman anak muda yang turun berkempen diugut dan dikasari. Rumah calon Rantau Kak Aisah dikepung gerak gempur Umno dan beliau diugut.

Saya dituduh menyerang peribadi...tetapi setiap malam saya menyebut fakta, saya membongkarkan no kad pengenalan, nombor transaksi dan perbagai dokumen bukti bagaimana anak dan menantu mempergunakan kedudukan bapa mertua yang lemah mengaut keuntungan peribadi dan merugikan negara.

Untuk itu saya cabar Khairy datang berdebat pada 6 Mac 2008, 8malam di Taman Seri Rembau (belakang pejabat Majlis Daerah Rembau). Kita berdebat isu rakyat saya akan bongkarkan bagaimana manusia bernama Khairy ini boleh kaya dalam satu malam. Dua pihak setuju jadi moderator satu Parti Mahasiswa Negara dan satu lagi ialah Anuar Mohd Nor, editor Umno Reform.

Anwar Ibrahim setuju untuk turun ke Rembau pada 6 Mac 2008, jam 4.30 petang juga di Taman Seri Rembau.

Petugas parti diugut dan ada yang dibayar bukan untuk masuk Umno tetapi cuma perlu berdiam dan jangan menyokong keADILan. Saya memerlukan bantuan tenaga sukarelawan khususnya 48 jam terakhir kempen.

Bantuan dana insyaAllah saya dapat kira kira RM32,000. Terima kasih kepada teman yang sudi membantu. Saya cuba gunakan secara berkhemah tetapi keadaan banyak bahan kempen yang terpaksa dibuat semua memaksa perbelanjaan bertambah.

Banyak laporan mengenai sikap sombong Khairy. contohnya ada laporan ketika dia melawat Pasar Malam Kota ada peniaga keropok yang sedang sibuk mengoreng keropok dan tidak bersalam dengan dia telah ditarik lesenya, saya telah meminta petugas kempen menghubungi peniaga itu untuk mengesahkan khabar laporan. Khairy menggunakan banyak kemudahan kerajaan untuk bergerak pantas dalam PRU ke 12 ini. Dia juga ada banyak masalah seperti ada beberapa laporan yang menyatakan dia tidak mendapat jemputan dalam program Kerajaan Negeri seperti perasmian dan seumpamanya tetapi dia dengan angkuh 'merempuh' majlis kerajaan negeri menyebabkan Datuk Seri Mohamad Hassan juga mula bosan dengan sikap sombong Khairy.

Malam tadi di rumah bekas wakil rakyat Chembong, Datuk Rais Zainuddin telah dibuat ceramah BN. Ceramah ini kali pertama setelah beliau berdiam diri sekian lama semenjak penamaan calon. Pengerusi mengumumkan Khairy akan hadir tetapi sehingga 12 tengahmalam dia tidak muncul.

Peluang dilihat cerah, protes orang melayu juga mula tinggi. Di Seremban selatan 3 malam lepas telah menyaksikan lebih 2ribu masyarakat India berkumpul menyatakan sokongan terhadap keADILan. Begitu juga mood dikalangan pengundi cina amat baik.

Kepada anak Rembau baliklah membantu !!! Kepada mereka yang tidak mengundi di Rembau diharapkan mencari kenalan lama, saudara mara atau kenalan baru yang mengundi di Rembau. Sekurang - kurangnya buat panggilan telefon untuk merayu undi.

12 comments:

  1. Anonymous4:01 PM

    Salam perjuangan. Selamat berjaya diucapkan kepada chegubard. Insya Allah rakyat bersama saudara, walaupun hantu ramai bersama Khairy. Eloklah tu, manusia bersama manusia, hantu bersama hantu.

    Saya punya kenalan orang Rembau, suaminya orang Johor. Berkeras dia mahu balik ke Rembau kerana tidak mahu memberikan kemenangan kepada hantu itu.

    Semoga berjaya. Allahuakbar!

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:16 PM

    Che gu bard,

    Keberanian anda amat mengagumkan. Ini adalah satu perjuangan David vs Goliath. Khairy may have it all but he can never have your FIGHTING SPIRIT AND YOUR STRENGTH.

    VOTE 4 CHEGU BARD! VOTE 4 CHANGE!

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:59 PM

    kalau kat rembau tak der 3g.. adakanlah 3g kat rembau nih cikgu bad..

    anyhow.. gud luck ..

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:16 AM

    Kebanyakan kampung-kampung melayu di negeri sembilan tidak mendapat agihan yang adil dari kekayaan hasil negeri misal 20 tahun yang lalu projek pilihanraya yang memendekkan jalan dari Padang Lebar ke Kuala Kelawang tidak memberikan manafaat kepada penduduk Kampung Geylang selain mendapat jalan raya yang kini ditinggalkan sepi oleh tiadanya kegiatan.
    Permulaan yang baru masih memerlukan proses yang tertib untuk diinteraksikan fikrah dan rohani.
    Orang kampung yang masih mengekalkan budaya tradisional meskipun melarat tetap cekal dengan halusnya budi kerana itu mereka tidak biasa bersangsi walau dengan siapa pun hatta telah ditindas dan dieksploitasi.Telah 50 tahun negeri ini tidak memiliki kepimpinan yang berupaya merubah meskipun memiliki pembesar yang kaya kerana itu tidak harus lagi wujud berguni-guni baja yang menjadi keras dan balai-balai raya yang dihuni oleh haiwan.

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:11 PM

    Bard, i'm proud of you man. honestly proud.
    Doa gua untuk orang seperti lu yang sangat ikhlas berjuang. Moga Allah lembutkan hati pengundi Rembau pada 8hb Mac ini bagi memberikan undi mereka kepada Bard. Biar Khairy tahu, ada yang lebih berkuasa daripada wang.

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:43 PM

    chegubard dalam doa saya. Semoga menang besar di Rembau! Teruskan usaha melawan samseng yang bertopeng ahli politik!

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:18 PM

    assalamualaikum...

    tahniah kepada che' gu yang berusaha keras dalam PRU ini walaupun si KJ al-beruki menang.tak po lah...bialah deh...

    yg penting che' gu terus bekerja membawa suara anak muda masa kini dan dlm PRU akan datang.

    ReplyDelete
  8. Chegubard,

    You have not failed. In fact, it was a success! You DARED to stand up against the scrouge called KJ. You have succeeded in showing the people that you cared and that you fought against the formidable machinery and despite all odds you came out with your integrity beyond intact. It has grown. You have shown Malaysians that all is not lost if only you believe and that the incumbent Government is not supreme.

    Well Done! I am sure with so many votes that you have won, it has shown that Malaysians do WALK WITH YOU.

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:01 AM

    Chegubard,
    Just remember this, you may not have won this election (although that is very very highly debatable btw) I believe in your capabilities and your contributions to the opposition-governed states are still needed!!

    We're still upset over the suspicious win of your opponent, so, as far as we're concerned, you've won!!

    Keep fighting and don't lose hope!!

    ReplyDelete
  10. nice blog....do visit mine..http://sriinfotainment.blogspot.com

    how about a link back......have already added you in my blog..

    ReplyDelete
  11. Anonymous10:41 AM

    Tahniah diatas perjuangan!

    ReplyDelete
  12. Anonymous9:23 PM

    I solute you... it was a great battle... pity the dirty little bastard won...

    ReplyDelete