Ku Li desak perhimpunan khas Umno 11 Mei ini(petikan harakah)
Dalam suratnya kepada semua 193 Ketua Umno Bahagian, Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat itu menggesa diadakan perhimpunan agung khas itu untuk membincangkan masa depan parti itu berikutan keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu dan masa hadapan orang-orang Melayu.
Tengku Razaleigh mencadangkan perhimpunan agung khas Umno itu diadakan pada 11 Mei ini.
"Saya mencadangkan tarikh tersebut kerana ia adalah hari ulang tahun (penubuhan) Umno," The Malaysian Insider memetik beliau.
Tokoh veteran Umno itu menyifatkan keputusan pilihan raya baru-baru ini "bukan sahaja memeranjatkan malah menakutkan".
"Dalam pilihan raya pertama pada tahun 1955, Umno menguasai dua pertiga kerusi Parlimen. Hari ini, kita adalah suara minoriti di Parlimen. Di peringkat persekutuan, Umno bukan lagi kuasa politik yang kuat. Saya hampir menitiskan air mata memikirkan senario ini," kata bekas Menteri Kewangan itu.
Beliau meminta di cari sebab mengapa pengundi Cina dan India menolak calon-calon MCA dan MIC.
"Mengapa calon-calon Umno yang mempertahankan jawatan ditewaskan oleh calon-calon PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS? Kita mesti mencari sebab mengapa...
"Jika tidak, di dalam pilihan raya akan datang, jika kita tidak mengubah polisi, budaya dan semangat kita di dalam BN (Barisan Nasional) dan Umno serta berubah dengan radikal, BN dan Umno mungkin tidak akan memerintah lagi," katanya.
tahniah mukhris di atas keberanian....kami menyokong penuh
ReplyDeletesalam reformasi
ReplyDeletechegu ada blog panas...
www.raksasabn.blogspot.com
cool meh kita henyek kita tido punya piem lah...mana anak menantu berok dia tu..meh kita henyek dan penyek laih dah!
ReplyDeleteAlahai...Dah la tu...
ReplyDeleteCukup cukup la tu...
Jangan la suruh dia turun...
Kami tak puas lagi nak rasa MINYAK NAIK, BARANG NAIK, TOL NAIK, LETRIK NAIK, TARIF AIR NAIK, kena belasah dgn POLIS & FRU. Kami nak lagi benda benda macam tu... Naik lah bebanyak lagi..Naik Naik jangan tak naik. Tak kesian ke kat kami RAKYAT ni yang tengah banyak FULUS nak bagi kat kau SISIAL... Naikkanlah bebanyak lagi, KAMI SUKAAAAAAAA Sangat.
Kami tengah nak bayar memacam ni.
TAPI YANG LEBIH ELOK LAGI KALAU UMNO PUPUS TERUS DIBUMI MALAYA NI... ITU LAH YANG SEBAIK BAIK NYA...
Aku anak jati Perak,daripada zaman pelita minyak tanah dan air perigi sampai lah sekarang dah banyak BN bawa kemajuan.Pendapatan,Pendidikan,perpaduan dan pelbagai arus pembangunan semuanya jasa pemerintahan BN.Ni BA ni pehal nak buat kucar kacir dalam negeri aku ni,PKR dgn PAS ni kalau nak jadi barua DAP buat la kat kampung sendiri,tipu orang Penang dgn Kelantan bleh la..Hari pertama pun dah kelam kabut camana nak perintah negeri,nak jadi pelakon pegi ujibakat la bukannya menyusahkan rakyat..
ReplyDeleteaku tau korang takkan pamer komen ni,tapi aku akan teruskan sbb aku tak cari pengaruh kat sini cuma nak bagitau korang,BA ni sekadar barisan penipu dengan pemimpinnya hanya fikir diri sendiri saja yang betul,PAS nak tegakkan negara islam kononnya tapi bagi mandat kat orang kafir..PKR sekadar nak balas dendam je,peduli apa siapa berkuasa..DAP memang dah lama nak buang hak orang melayu,eloklah ada PKR dan PAS jadi boneka pancing undi melayu,dah berkuasa pi mampus la lu..Sultan pun wa tak respek,lu sapa..
ReplyDeleteMukhriz..Cayalah
ReplyDelete