Monday, March 06, 2006

'Undur Dolah’ bergema di Permatang Pauh


Oleh Zulkifli Mohamed

PERMATANG PAUH: “Undur, undur....undur Dolah ! Hancur, hancur....hancur kapitalis! Hidup, hidup....hidup rakyat! Minyak naik....rakyat susah! Minyak naik....polis pun susah,” antara laungan anak-anak muda ketika menyertai demontrasi aman membantah kenaikan harga minyak berhampiran Plaza Tol Kubang Semang, di sini petang semalam.Tidak cukup dengan itu, pelbagai sepanduk bertulisan Melayu, Cina dan Inggeris menghiasi demontrasi tersebut.Antaranya tertera, “Satu lagi projek BN…petrol naik, elektrik naik, inflasi naik. Kenaikan harga minyak amat membebankan rakyat. Pemimpin kaya rakyat derita. Petronas untung sampai gila - rakyat terus merana. Mana pi untung duit Petronas? Minyak naik lagi..cemerlang-gemilang-temberang, BN = Barang Naik, Don’t suck our blood with oil. Oil hike keep cronies fat. Pak Lah -you allow lawless bus operators to renew licence-how to expect public transports improvement?”Demo lebih sejam bermula 5.30 petang itu ekoran keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan disel iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara.Pada sebelah pagi bantahan yang sama menuntut Abdullah meletakkan jawatannya diadakan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sebelah pulau.Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Badrul Hisham Saharin yang berucap pada perhimpunan di Permatang Pauh, berkata Abdullah sewajarnya meletakkan jawatan kerana kegagalannya mengurus tadbir dengan baik, terbaru membebankan rakyat dengan menaikkan harga minyak dan gas.Kerajaan katanya menaikkan harga bahan bakar itu ketika harga minyak dunia turun.“Padahal ketika ini harga minyak dunia lebih rendah sekitar USD61 setong, berbanding USD75 setong tahun lalu,” jelasnya.Justeru katanya harga barangan pasti melonjak naik, termasuk kadar elektrik.“Jangan salahkan peniaga yang terpaksa menaikkan harga barangan kerana kelemahan kerajaan mentadbir negara,” tegasnya.Sehubungan itu, beliau berharap rakyat menilai semula mandat besar yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.Timbalan Pengerusi II Keadilan Pulau Pinang, Cheah Kah Peng pula mendakwa kerajaan tidak mengambilkira kesulitan rakyat khususnya peniaga kecil.“Kerugian yang dialami MAS, Proton dan seumpamanya cuba ditampung dengan menaikkan harga minyak, sekaligus rakyat menjadi mangsa,” katanya pada perhimpunan itu.
--------------------------------------------------------
PULAU PINANG, 6 Mac (Hrkh) - Dua demontrasi aman semalam yang dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik pembangkang mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan atau tarik balik pengumuman kenaikan harga minyak petrol, disel dan gas sebanyak 30 sen mulai 28 Februari lalu.
Perhimpunan aman sebelah pagi diadakan di hadapan Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) manakala pada sebelah petang pula di Plaza Tol Kubang Semang, Permatang Pauh.
Kedua-dua perhimpunan tersebut mendapat reaksi yang membanggakan apabila ramai pengguna jalan raya membunyikan hon tanda sokongan terhadap gesaan dan tujuan tersebut.
Bukan itu sahaja malahan mendapat bantuan penuh daripada Pasukan Polis, Special Branch (SB) dan Polis Trafik yang bertindak mengawal lalu lintas.
Antara NGO yang kelihatan ialah Save Ourselves (SOS) dan Suaram manakala pimpinan politik pula ialah DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.
Selain dari memberikan ucapan pendek pimpinan dan jentera parti menyampaikan risalah tentang statistik kenaikan minyak dan gas bermula beberapa tahun lalu.
Penyelaras Fight Fuel Hike Front, Ong Boon Keong menyifatkan kenaikan itu tidak pun menyelesaikan masalah pengangkutan khasnya di Pulau Pinang sebaliknya menambahkan lagi kesengsaraan rakyat.
Sementara itu di Plaza Tol Kubang Semang, Timbalan Ketua Penerangan PKR, Badrul Hisyam Shaharin menegaskan, Dato' Seri Abdullah tidak wibawa untuk memimpin negara kerana beliau dibayangi oleh orang lain.
Sepatutnya, beliau menggunakan kuasa yang dimiliki untuk memperbaiki kelemahan pengtadbiran bekas Perdana Menteri lepas bukan laksanakan kerakusan.
"Ramai orang tidak menyangka beliau merupakan pemimpin yang paling kuat menekan rakyat dengan kenaikan barangan keperluan seharian, minyak, toldan sebagainya, " ujar beliau kepada pemberita. Katanya lagi, untuk mentadbir negara bukan semudah menganjurkan 'My Team' yang sedang diperkasakan oleh menantunya, Khairy Jamaludin.
Mereka sanggup memunggah wang Telekom Malaysia (TM) semata-mata untuk memperkemaskan pengaruh mertuanya di samping menguatkan kedudukannya politiknya lebih lagi untuk berhadapan dengan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo yang menjadi seteru ketat Khairi ketika ini.

No comments:

Post a Comment