Friday, March 03, 2006

DEBAT KARTUN HINA NABI

Debat Umum: Kartun Hina Nabi

Penyiaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W tahun lalu oleh surat khabar Denmark, Jyllands-Posten bukan sahaja menimbulkan kemarahan kelompok Muslim, namun memberi kesan sosial, politik dan kebudayaan termasuk persoalan dialog Timur-Barat.

Selain bantahan dalam pelbagai bentuk, media juga dikecam dan sensitiviti umat Islam terhadap kartun yang disiarkan media menjadi begitu tinggi. Di negara kita, beberapa surat khabar ditutup, sama ada yang menyiarkan imbasan kembali karikatur berkenaan mahupun material lain yang dianggap ‘menghina Nabi’.

Open Dialogue Centre (ODC) dengan rasa bertanggungjawab cuba menghubungkan beberapa pihak yang mewakili beberapa pandangan, termasuk di kalangan pemimpin politik dan NGO.

Satu debat umum akan berlangsung dengan butiran berikut:

Pendebat: 1. Mohamad Hanipa Maidin
Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS

2. Hasmi Hashim
Karyawan, Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT)

Moderator: Fathi Aris Omar
Ketua Wartawan, The Star

Tarikh: 7 Mac 2006 (Selasa)

Tempat: Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya.

Tentatif: 8:00 malam - 8:30 malam -Kehadiran dan Pendaftaran.
8:45 malam - 11:00 malam -Debat.
11:00 malam -Bersurai.

Selain nama pendebat daripada Pas dan KsJT, kami masih berusaha untuk mendapatkan seorang lagi pendebat daripada mana-mana parti politik atau NGO lain kerana sudah beberapa kali usaha berkenaan menjadi begitu sulit sekali.

Perkembangan terbaru menunjukkan isu ini mulai reda, tetapi kita harus sedar bahawa ianya telah juga memberi kesan kepada perkembangan media massa umumnya di Malaysia. Oleh itu, ODC berharap dengan debat ini bakal menjernih dan memulihkan kembali semangat kebebasan media yang diikuti oleh rasa tanggungjawab.

Sekian dimaklumkan.

2 comments:

  1. Anonymous5:33 AM

    aik, kena datang ni! ada ke yg tak setuju nak bantah kartun hina Nabi. Itu hari dengar mcm ader jerrr!!!!!!!!!!! kena lawan balik nieeeee

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:02 AM

    salam..
    hi, che'gu bard!
    i think most of us know yg bukan satu jer gambaq kartun yg hina Nabi S.A.W...tapi boleh tahan banyak jugak la....
    have u ever view this webpage?:
    http://democracyfrontline.org/blog/?p=133
    saya pernah view sekali webpage tu...bukan setakat gambaq jer...kalu hang baca komen diorg pun...mmg sakit hati btul!...kalu tau macam tu...tak view pun takpe..

    regards,
    Hidayah.

    ReplyDelete