Monday, August 12, 2013

Perlawanan Barcelona lawan Malaysia bukti 'kalau nak mudah boleh dipermudah'

Kehadiran kelab bintang ternama dunia Barcelona semalam mengundang perhatian dalam dan luar negara. Banyak pihak lontar perbagai bentuk komen selepas perlawanan semalam.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menghormati usaha gigih pasukan Malaysia dalam aksi semalam, namun SAMM tetap berpendapat aksi tersebut diumpamakan sebagai pertunjukkan ‘sarkis’. Tidak banyak faedah yang diperolehi dari perlawanan ini, tiada markah untuk perbaiki kedudukan pasukan kebangsaan dan hanya membiarkan kejatuhan moral pasukan apabila dibuli sedemikian.

Tidak dinafikan dalam perihal bola sepak ini ia perlu rombakan bukan saja dalam pasukan atau jurulatih tetapi organisasi FAM itu sendiri. Cukuplah puluhan tahun tanpa kejayaan bermakna, tiada konsistensi maka sampai masanya bolasepak negara diberi nafas baru. Jika dilihat pada sejarah, sejak tahun 1980an bolasepak kita merundum, tidakkah terfikir apakah sebabnya?


Kesalahan tidaklah seharusnya diletakkan ke atas jurulatih semata - mata, sudah lupakah kita bagaimana sanjungan menggunung ke atas Rajagopal selepas Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki sedikit masa lalu ?

SAMM tidak hanya komen berdasarkan prestasi pasukan harimau malaya tetapi ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia melihat di satu sudut, bagaimana regim penguasa ini kalau mahu mudah boleh dipermudah tetapi kalau mahu susah ia cukup menyusahkan. Perubahan venue ini cukup memudahkan bagi mereka yang berkepentingan apabila jualan tiket tiada sambutan maka diubah ke Stadium Shah Alam. Dari jumlah kehadiran semalam, sepatutnya perlawanan berlangsung di Stadium Darul Makmur sudah memadai.

SAMM juga mengajak rakyat berfikir beberapa persoalan yang tidak terjawab, yang perlu kita ungkit apabila perubahan venue berlaku dan soal kebenaran menggunakan Stadium Shah Alam;

1. Siapa yang beri kelulusan? MBSA cuti, bila boleh keluar surat kebenaran?
2. Adakah permit/lesen dikeluarkan? Bila permohonan dibuat?
3. Akta Perhimpunan Aman, bila dimaklumkan kepada Polis? Apakah notis 10 hari diberi?
4. Siapa yang bertanggungjawab jaga keselamatan stadium. Siapa yang nak bayar gaji kakitangan yang bertugas?
5. Apa kerajaan Selangor dimaklumkan?
6. Apakah FAS yang pegang kunci Stadium bukan MBSA? Presiden FAS kena jawab isu ini.

Jika akta perhimpunan aman terpakai, maka Presiden dan Timbalan Presiden FAM perlu didakwa kerana tidak memberi notis 10 hari lebih awal?

Ini telah membuktikan bahawa apa pun dalam perihal himpunan aman ini pasti kalau mahu mudah sudah boleh dipermudahkan. Contohnya che'GuBard didakwa konon dituduh sebagai penganjur Himpunan BlackOut 505 di Padang Amcorp yang kes kini dibicara di Mahkamah Petaling Jaya, semua berjalan sempurna tak ada langsung kekecohan malah peniaga untung hari tersebut, tetapi pendakwaan masih diteruskan....soalnya pendakwaan dan penguatkuasaan di telunjuk parti regim pemerintah.

Salam eidulFitri, Maaf Zahir Batin ; che'GuBard

Assalamualaikum dan salam perjuangan,

Kehadiran Syawal kali ini amatlah bermakna bagi semua komrad Solidariti Anak Muda Malaysia SAMM). Sambutan Aidilfitri adalah simbol kemenangan dari kesabaran setelah sebulan menyempurnakan ibadah berpuasa, menahan lapar dan dahaga dengan kesederhanaan dan penuh tawaduk dalam madrasah Ramadhan.

Namun perjuangan memartabatkan rakyat tanahair ini tetap diteruskan oleh SAMM di seluruh negara, melibatkan ratusan program SAMM Kebangsaan, SAMM peringkat negeri dan zon sepanjang ramadhan ini. Anak muda progressif sentiasa di depan dalam memastikan rakyat terbela dalam negara bertuah ini, itu janji kami dari SAMM.

Kini hari kemenangan telah tiba, kesedaran demi kebangkitan anak muda diteruskan tanpa henti. InshaAllah di penghujung syawal nanti, akan berlangsungnya satu acara terbesar buat anak muda yang mengenal radikal sebagai jalan perjuangan di nusantara ini.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan. Kesempatan ini juga SAMM mengucapkan kepada semua, salam Eidul Fitri Mubarak.




Kesempatan ini juga dimaklumkan kepada semua Komrad SAMM dan sekutu mengenai jemputan untuk berkumpul buat kali pertamanya semua komrad SAMM pada 30 Ogos - 1 September ini sempena Jambori Anak Muda Radikal. Sila berhubung dengan penyelaras negeri dan kawasan masing - masing.

Maaf zahir bathin dan doa moga semua ibadah kita diterimaNya dan perjuangan kita diredhaiNya.


Saya juga ingin menjemput semua ke Majlis eidulFitri pada 25 Ogos 2013, jam 11pg - 3ptg di Pusat Khidmat Penyelaras DUN Sg. Acheh, Taman Sri Acheh, Nibong Tebal. Sesungguhnya kehadiran semua amat bermakna bagi majlis itu nanti.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

che’GuBard dan SAMM Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Friday, August 02, 2013

Regim ini meniaga dalam kempen keselamatan jalanraya

Kelajuan Bukan Faktor Utama Kemalangan, Rakyat Terus Diperangkap!

Syukurlah, walaupun sedikit demi sedikit kesabaran di bulan puasa ini tergugat, dek kenaikkan harga ayam, kenaikkan harga sayur, kenaikkan harga gas dan sebelum itu kenaikkan harga tiket bas, akhirnya ada juga penurunan yang diumumkan baru-baru ini. Daripada 110 turun menjadi 100, dari 90 turun menjadi 80, ini cukup bermakna buat semua pengguna jalanraya sempena musim perayaan.

Kononnya, demi mengurangkan statistik kadar kemalangan jalanraya di musim raya, halaju kebangsaan diberi diskaun oleh pihak kerajaan. Hanya seratus kilometer sejam sahaja kelajuan maksimum di seluruh rangkaian lebuhraya seantero Malaya, rangkaian lebuhraya yang dikatakan terbaik di dunia. Hanya 100km/j untuk semua jenama kereta.

Persoalannya, benarkah kelajuan itu faktor utama kemalangan jalanraya di Malaysia? Atau sebenarnya penurunan hadlaju kebangsaan ini sebuah skim cepat saman?

Dalam pengamatan saya, kesusahan dan kesengsaraan rakyat adalah sebenarnya antara faktor utama kemalangan jalanraya, bukan faktor kelajuan semata-mata. Tipikal rakyat Malaysia khususnya yang telah berkahwin dan punyai anak, walau macamana susah dan sempitnya kehidupan, hari raya wajib disambut. Hari raya tidak bermakna tanpa balik kampung, tidak kira samada kampung suami ataupun isteri. Biasanya dua-dua kampung menjadi destinasi, yang kerap menjadi titik perbalahan adalah untuk memilih kampung siapa di malam dan pagi raya pertama.

Bila ekonomi rakyat tidak seberapa, kenaikkan kos sara hidup tidak terkawal, maka rakyat perlu memilih risiko balik kampung dalam keadaan kondisi kenderaan yang ‘longgar’. Jika selenggara sekalipun, lazimnya rakyat akan tanya apa yang murah untuk tayarnya, untuk minyak hitamnya, untuk keperluan ‘spare-part’nya demi menjimatkan kos. Jika ada bahagian yang perlu ditukar atau diperbaiki, maka tangguhlah dulu kerana rakyat nak balik raya, banyak kosnya. Ketika ini juga tayar terpakai cukup laris di pasaran. Ori atau lokal, untuk jimat kos, ambillah lokal. Kalau ada tiruan, ambil tiruan.

Risiko ini diambil bukan memperjudikan keselamatan sendiri sahaja, tetapi juga nasib pengguna jalanraya yang lain. Akibat penyelenggaraan kenderaan yang sangat tidak sempurna, jalanraya menjadi medan bahana biarpun tanpa kelajuan.

Rakyat yang tertekan dengan sosial kehidupan seperti masalah kewangan yang membawa kepada masalah rumahtangga, akan lebih banyak berkhayal ketika memandu. Tidak fokus ketika memandu dan boleh menyebabkan kecelakaan.

Skop penyelenggaraan kenderaan secara tidak selamat ini juga bukan dipraktik dari kalangan individu sahaja, malah pengusaha bas, pengusaha lori juga akan memilih jalan penjimatan yang sama demi mengurangkan kos untuk menjana sedikit lebihan keuntungan. Tayar celup pun tidak mengapa, asal barang boleh jalan.

Berapakah banyaknya kenderaan yang tidak berada dalam kondisi yang baik di atas jalanraya ketika ini?

Dalam masa yang sama, rakyat mencari duit lebih untuk sambut Aidilfitri, maka kerja pun lebih masa. Bagi pemandu bas dan lori, trip juga perlu lebih dari biasa dan untuk ambil trip lebih dari biasa, perlukan tenaga tahan mengantuk yang luar biasa. Di sini juga jalanraya terdedah kepada bahaya akibat pemandu yang mengantuk dan tidak cukup kuderat kerana telah mengulang trip dalam hari yang sama. Ini lebih seram, lori dan bas bergerak secara automatik sekali sekala tanpa pemandu.

Rakyat mencari sesuap nasi, mana-mana kontraktor kelas rendah perlu belajar rasuah untuk dapat sub-projek, projek tampal jalan seumpamanya. Tetapi oleh kerana sudah keluar kos luar jangka untuk dapat projek, maka kos tar berkualiti untuk menampal jalan juga terpaksa dikurangkan. Akhirnya jalan kembali berlubang juga dalam tempoh masa yang tidak dijangka, jauh lebih awal dari sepatutnya. Lihatlah bagaimana jalanraya di negara ini banyak berlubang, walaupun telah ditampal, jalan tetap kembali berlubang.

Cuma lebuhraya menjadi pilihan yang lebih selamat berbanding jalan biasa. Lebuhraya tidak berlubang, hanya berlendut dan kurang rata. Namun bagi rakyat yang menghargai masa dan wang ringgit, apakah berbaloi untuk membayar tol dalam keadaan kesesakkan lebuhraya yang melampau? Jika duit bukan soal, pasti tiada masalah untuk bayar tol walaupun lalulintasnya tidak lancar sepanjang jalan.

Percayalah, jika rakyat tidak susah, ‘spare-part’ tiruan dan tayar terpakai tidak akan laku di pasaran maka jalanraya lebih selamat. Jika rakyat ada kemampuan, pemandu bas dan lori tidak ambil trip lebih dari sepatutnya, lebih baik duduk rumah rehat dan bermain dengan anak, maka jalanraya lebih selamat.

Bukan sahaja jalanraya lebih selamat, malah jalanraya akan lebih berkualiti, mampu dicengkam oleh tayar dan tidak berlubang sekiranya rakyat tidak memberi dan menerima rasuah, yang juga berpunca dari kehidupan yang sempit. Tiada lagi rakyat yang tertekan ketika memandu, jika kehidupan berjalan baik tanpa masalah kewangan dan seterusnya rumahtangga aman.

Kerana itu saya katakan, kesusahan dan kesengsaraan rakyat menjadi punca utama mengapa jumlah kemalangan jalanraya di negara ini meninggi setiap tahun. Statistik kemalangan tidak mampu dikurangkan melainkan berlaku revolusi rakyat, di mana ketika itu rakyat senang dan tenang dengan kualiti kehidupan yang baik. Hidup ketika itu juga tidak dalam tergesa-gesa seperti hari ini, malah rakyat tidak perlu diugut supaya dikurangkan kelajuan. AES juga tidak perlu ketika itu.

Justeru itu, saya menilai bahawa tindakan kerajaan menurunkan halaju kebangsaan sebenarnya untuk perangkap rakyat, bukan untuk mengurangkan statistik kemalangan jalanraya. Tiada hujah kukuh yang mengatakan kelajuan faktor utama kemalangan.

Apakah dalam notis yang singkat, semua pemandu akan menyedari bahawa halaju kebangsaan telah dikurangkan bermula hari ini? Apakah ada papantanda sementara di sepanjang jalan? Bukan semua orang tengok berita, dan bukan semua orang maklum penurunan ini, ia perangkap!

Bermula hari ini hingga 18 ogos, semua mesin kamera AES akan menjalankan operasi ‘menjala’ dan ‘memukat’, tidak lagi memancing. Inilah yang dinamakan Skim Cepat Saman, kita sangka kita patuh halaju kebangsaan, rupa-rupanya kita terlebih 10km/j. Maka penuhlah kantung kerajaan untuk bayar BRIM tahun hadapan.

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Thursday, August 01, 2013

Al Quds – Kaji Semula Sokongan Negara Terhadap Resolusi Tempang PBB

Menjelang hari Al Quds, Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan, Solidariti Anak Muda Malaysia Zon Muar – SAMM Muar menyeru agar seluruh umat Islam Malaysia bersatu menyatakan desakan kita kepada Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula sokongan negara terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas perang saudara di Syria.

Walaupun SAMM Muar tidak pernah sesekali menyokong kekejaman rejim Basyar Al Assad dalam menangani kemelut politik dalam negaranya namun ia juga tidak bermaksud SAMM Muar menyokong kefasadan gerakan penentang yang ditunjangi oleh Free Syrian Army (FSA). Kekejaman dan penggunaan senjata berat oleh rejim Basyar Al Assad dalam mempertahankan pemerintahannya bukanlah satu norma yang boleh diterima, begitu juga dengan kekejaman penentangnya seperti yang terkandung dalam sebuah video bagaimana tentera penentang melahap hati tentera rejim Basyar yang mati dibunuhnya juga merupakan sesuatu yang jelik.

SAMM Muar melihat krisis Syria kini bukan lagi satu siri kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah sebaliknya telah ditunggang oleh Amerika Syarikat-Israel dan sekutunya dalam memusatkan kuasa politik mereka di rantau berkenaan.

Pendedahan Agnes-Mariam de la Croix seperti yang ditulis oleh Nile Bowie dalam artikel bertajuk Is Malaysia taking the right stance on Syria? sewajarnya menjadi satu helaian baru dalam kita menilai semula sokongan kita terhadap resolusi PBB itu.

Artikel tersebut telah mendedahkan bahawa penentang-penentang rejim Basyar Al Assad telah ditaja oleh Amerika Syarikat, England, Peranchis, Arab Saudi, Qatar, Turki dan Israel. Malahan, artikel tersebut turut mencatatkan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya merupakan penyumbang terbesar kewangan dan kelengkapan kepada kumpulan penentang bersenjata di Syria. CIA turut dikatakan masuk campur dalam mengkordinasi pengedaran senjata, bantuan dan kelengkapan kepada tentera penentang.

Amerika Syarikat dan sekutu mula menayangkan skrip yang sama sewaktu mereka merancang untuk menyerang Iraq iaitu Senjata WMD turut digunapakai oleh rejim Basyar Al Assad namun, menurut Penyiasat WMD PBB, Carla De Ponte, senjata WMD hanya digunakan oleh tentera penentang rejim Basyar Al Assad. Dua serangan bom oleh Israel juga menjadi satu lagi bukti kewujudan kuasa asing dalam krisis Syria ini.

SAMM Muar sependapat dengan kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS akan kewajaran kuasa besar dalam menilai bantuan mereka terhadap krisis di negara teluk itu iaitu survival negara haram Israel dan penguasaan mereka kepada sumber petroleum bukannya kepentingan rakyat negara-negara Arab dalam konflik berdarah seperti di Syria ini.

Jalan penyelesaian yang kukuh bukanlah meletakkan Syria terus dalam kancah peperangan dengan kita bersama merelakan campur tangan Amerika Syarikat-Israel dan sekutu dalam aspek ketenteraan penentang rejim pemerintah.

SAMM Muar menyokong kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa perbedaan mazhab harus dibincang secara ilmu oleh ilmuwan yang bebas daripada pengaruh kerajaan yang menolak Islam, bukannya diserah kepada yang jahil. Perbezaan kebangsaan atau sempadan negeri boleh diselesaikan dengan baik sekiranya umat Islam kembali kepada ajaran Islam dan tidak bersekongkol dengan kuasa besar dunia semata-mata.

Sekali lagi, SAMM Muar menegaskan bahawa walaupun ketika ini sokongan rakyat Syria terhadap rejim Basyar Al Assad agak ramai namun ia bukanlah tiket sokongan global terhadap perilaku ganas dan tidak bertamadun dalam menghadapi kebangkitan rakyat . Begitu juga dengan kekejaman oleh tentera penentang tajaan Amerika Syarikat-Israel dan sekutu tidak patut ditutup sebelah mata sahaja. Segala kezaliman dan perilaku ganas tidak boleh dibiarkan berakar umbi di dunia ini.

SAMM Muar senada dengan pandangan Nile Bowie dan Dr. Chandra Muzaffar berkaitan sokongan Malaysia terhadap resolusi PBB berkaitan Syria. SAMM Muar menyeru agar Kerajaan Malaysia segera mengkaji semula sokongan terhadap resolusi “tempang” PBB berkaitan Syria. Malaysia seharusnya menjadi negara ke 60 yang bersikap berkecuali dalam isu krisis Syria selepas Indonesia, India, Afrika Selatan, Brazil dan 54 negara lain.

SAMM Muar turut menyatakan sokongan terhadap Solidariti Hari Al Quds oleh umat Islam seluruh dunia. Hentikan perang terhadap negara Islam dan juga terhadap mana-mana negara. Semoga keamanan dunia ini akan terus terpelihara.

Wednesday, July 31, 2013

Krisis senyap Diesel : menteri otak ayam patut dah letak jawatan.

Kenyataan Media
26 April 2013 | 10.15pm

KRISIS BEKALAN DIESEL : MENTERI GAGAL HARUS LETAK JAWATAN

Hari ini berlaku fonomena kebanyakan stesen minyak di seluruh negara telah kehabisan minyak diesel.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.

Che’GuBard sendiri sudah 6 jam terperangkap di pekan Bentong kerana kenderaan yang dinaiki telah kehabisan diesel. Che’GuBard dalam rangka lawatan ke pantai timur, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk progam bersama SAMM Pahang sebelum ke Kemaman lewat malam ini untuk program seterusnya.

Satu pengalaman yang luar dugaan apabila mendapati dari Gombak hingga ke pekan Bentong, 9 stesen minyak yang disinggahai semuanya kehabisan minyak diesel. Di hampir semua stesen minyak kelihatan lori dan kenderaan yang menggunakan diesel tersadai.

Dari maklumat rambang yang diperolehi, banyak stesen minyak di seluruh negara mengalami kehabisan diesel, pengguna khususnya pemandu lori mengeluh. Krisis ini dikatakan bukan hanya berlaku di semenanjung tetapi turut berlaku di Sabah dan Sarawak.

Perkara kehabisan diesel ini juga sebenarnya telah banyak terjadi kebelakangan ini dan hari ini merupakan keadaan paling parah kerana hampir semua stesen di laluan utama negara kehabisan diesel.

SAMM dengan ini turut menuntut penjelasan dari menteri di Kementerian Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek, mendesak kegagalan ini menteri harus ambil tanggungjawab penuh.

Sudahlah baru-baru ini menteri yang sama ‘berotak ayam’ apabila memberi respon terhadap kenaikan harga ayam dengan jawapan jangan makan ayam. Apakah kali ini kehabisan diesel maka menteri akan cakap jangan guna diesel?

Apakah ini juga bibit-bibit permulaan untuk mengolah alasan kenaikkan harga diesel selepas ini? Atau adakah ada pihak ‘atasan’ sendiri terlibat dalam penjualan atau menyorokkan diesel berkuota subsidi?

Menteri ‘berotak ayam’ jelas memalukan kabinet kerana gagal hingga menyebabkan krisis yang menyusahkan rakyat. Bukan rakyat minta percuma, tetapi soalnya bekalan gagal disediakan kerana tidak diuruskan dengan baik.

Justeru, jika menteri gagal tampil memberikan penjelasan munasabah, menteri tersebut haruslah letak jawatan.

CHE’GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

**Kenyataan ini ditulis jam 10.10mlm ketika tersadai di stesen shell pekan Bentong bersama puluhan pemandu lori

Thursday, July 25, 2013

'Islam' sebagai jenama perniagaan di Malaysia

Almarhum Prof Dr Hamka dalam artikel beliau berjudul "Syahwat perut dan syahwat faraj" menerangkan bagaimana Karl Marx dan Sigmund Freud melihat punca permasalahan manusia.

Kedua-dua mereka mengatakan, bertentangan sesama manusia dan kucar-kacir yang berlaku kemudiannya adalah akibat daripada keduanya.

Karl Marx membuat kesimpulan bahawa masalah manusia berasal daripada ‘perut'.

Perut yang lapar akan melakukan apa sahaja untuk diisi sehinggakan membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai dan waras akal kemanusiaan.

Manakala Sigmund Freud pula membuat kesimpulan bahawa masalah bagi manusia adalah organ di bawah perut yakni kemaluan.

Kata Prof Dr Hamka: "Seabad yang lalu Karl Marx menyatakan bahawasanya yang menentukan perang dan damai di dunia ini, yang hidup bertentangan di antara manusia ialah perebutan mencari makanan ataupun mengisi perut.

"Segala soal dalam dunia ini, berpusat kepada perut. Semua orang ingin kenyang dan tak mahu lapar lalu merebut makanan. Maka terjadilah pertentangan yang tidak dapat dielakkan, suatu hukum besi di antara golongan yang mempunyai (have) dengan yang tidak mempunyai (have not).

"Dan setengah abad yang lalu datang pula seorang lelaki bernama Sigmund Freud, menyatakan bahawasanya bukan urusan perut yang menjadi sebab timbulnya pertentangan dan perebutan di dalam dunia ini. Bukan perut, melainkan faraj (kelamin).

"Kecerdasan berfikir menurut Freud, atau kegoblokannya (kebodohannya), sukses (berjaya) atau gagal, soalnya hanya satu iaitu soal libido! Iaitu soal keinginan jantan kepada betina dan betina kepada jantan. Lebih popular lagi, adalah soal seks." [lihat (2009), Tuntutan Puasa, Tarawih & Shalat Aidilfitri, Shah Alam: Pustaka Dini, hlm 23]

Menariknya, jauh sebelum kedua ahli falsafah Barat berketurunan Yahudi ini muncul dengan idea-idea falsafah melalui karya mereka, Hujjatul Islam Imam Abu Hamid bin Muhammad al-Ghazzali RH sudah jauh membicarakan hal yang sama.

Beliau malah menyatakan bahawa keduanya amat penting bagi kelangsungan hidup manusia di muka bumi.

Keduanya, yakni syahwat perut dan faraj adalah fitrah dan anugerah Allah kepada manusia ciptaannya. Keduanya tidak dicipta untuk tujuan yang sia-sia melainkan ada tujuan khusus buat manusia.

Bayangkan manusia tanpa syahwat makan dan faraj, ternyata dunia ini akan gersang dan kering kontang sekali gus menunjukkan kelemahan Allah Taala sebagai Pencipta dan Pentadbir yang Agung.

Di sinilah, menurut Imam al-Ghazzali peranan akal (al-`aql) sangat penting bagi menjadi penimbang tara antara kebaikan dan keburukan dalam diri manusia.

Seiring dengan penciptaan kedua syahwat tersebut Allah juga menganugerahkan manusia dengan sifat berfikir dengan akal bagi menimbang baik dan buruk sesuatu perkara, inilah yang membezakan manusia dengan ciptaan Allah yang selain daripada mereka (baca: khususnya binatang!). (lihat hlm. 24-25)

Diperleceh dengan jenama 'Islam', 'Nabi'

Saya tertarik dengan komentar seorang penulis muda yang membuat ulasan mengenai buku yang beliau baca, tulisan seorang Muslim rakyat Amerika.

Beliau antara jutaan umat Islam di Amerika yang mempunyai peranan penting dalam menghadapi apa yang sedang dihadapi umat Islam khususnya di Amerika sendiri.

Beliau adalah Imam Feisal Abdul Rauf yang dikenali melalui kontroversi sebagai imam masjid yang dicadangkan dibina di Ground Zero, tapak runtuhan WTC.

Dalam buku terbaru beliau yang berjudul Moving the Mountain: Beyond Ground Zero to a New Vision of Islam in America (2012), beliau memberikan komentar terhadap amalan Islam di Malaysia sementelah beliau pernah tinggal di Malaysia selama beberapa tahun sebelum ini.

Antara lain beliau hairan bagaimana Muslim di Malaysia sangat mudah mengaitkan sesuatu dengan Islam seperti bank Islam, universiti Islam, perubatan Islam dan sastera Islam.

Ternyata apa yang pelik di mata Imam Feisal Abdul Rauf ada benarnya apabila pelbagai produk muncul dengan galaknya mutakhir ini dengan menisbahkannya dengan sesuatu yang mempunyai unsur Islam.

Ia antaranya kurma nabi, capal nabi, jubah nabi, tasbih kayu kokka, bahtera Nabi Nuh dan mutakhir berkenaan isu air campuran pelbagai jenis unsur yang kononnya mempunyai kemujaraban tertentu.

Ia termasuk anai-anai yang memakan 22 juzuk ayat al-Quran serta air bikarbonat berperisa oren yang dibacakan 30 juzuk al-Quran!

Apa hujah dan dalilnya? Apakah penyataan daripada kajian saintifiknya? Apakah rasionalnya kesemua perkara ini sehinggakan hanya di Malaysia barangkali dijumpai hal-hal seumpamanya?

Timbul persoalan apakah tahap pemikiran dan iman orang Islam di Malaysia mudah diperlecehkan sehingga ada yang berani terus menerus menggunakan kaedah dan teknik yang sama bagi tujuan tertentu.

Dalam kes ini jelas bagi tujuan keuntungan perniagaan.

Apakah ini bukan satu daripada unsur melacurkan agama dan unsur berkaitan dengannya?

Ikhwanul Muslimin, bukan Ikhwanul Islamiyyin

Apabila penisbahan berlaku secara wewenang, khususnya kepada istilah Islam yang merupakan agama yang ditanzilkan oleh Allah dan bukan konsep-konsep pemikiran, falsafah atau budaya, maka implikasi penisbahan itu sangat besar.

Dan jika digunakan tidak kena pada konteksnya akan menimbulkan fitnah dan persepsi buruk kepada Islam sendiri.

Sebagai contoh mudah, sebuah universiti yang dinisbahkan kepada Islam yang pelajarnya pelbagai.

Jika seorang pakcik kampung datang melawat anaknya di universiti dan terlihat sekumpulan siswa sedang bermain bola sepak dengan mamakai seluar pendek, barangkali di benaknya terfikir:

"Eh, kata universiti Islam. Main bola pun pakai seluar pendek."

Bayangkan jika institusi lain yang dinisbahkan dengan Islam namun tidak pernah berjaya menzahir akhlak Islamiah yang wasath (terbaik) dan hikmah (yang paling tepat) dengan kehendak Islam, maka fitnahnya kepada Islam sendiri.

Menyalahkan non-Muslim yang mempunyai persepsi buruk kepada Islam khususnya di Malaysia perlu dinilai dengan adil dengan mencari di manakah puncanya yang sebenar.

Maka tidak hairan di belah Asia Barat, meskipun di sana bermulanya agama Islam, sehingga kini susah untuk kita mencari institusi atau produk yang dinisbahkan kepada Islam secara langsung, sekalipun dari sudut istilah.

Sebagai contoh Ikhwanul Muslimin, mereka menggunakan Muslimin yang bermaksud orang Islam tetapi tidak Ikhwanul Islamiyyin.

Meskipun mereka menubuhkan parti, juga tidak digunakan istilah Islam melainkan Hizb al-Hurriyyah wa al-Adalah (Parti Kebebasan dan Keadilan).

Hal yang sama kepada parti pimpinan Erdogan yang menguasai Turki pada masa ini.

Tapi di Malaysia kita ada Parti Islam se-Malaysia (PAS), ini istimewanya Malaysia meskipun nama asalnya yang diharamkan penjajah adalah Hizb al-Muslimin.

Gambarkan perubatan moden 'kafir'

Apabila ‘perubatan Islam' digunakan untuk merujuk kepada perawatan kaedah ruqyah (jampi) menggunakan al-Qur'an, pada asasnya memang kaedah perawatan tersebut tidak ada masalah.

Ini kerana memang Islam mengajarkan bahawa memang wujud unsur ghaibiyyat yang jahat seperti jin dan iblis yang mampu merasuk manusia dan sebagainya selain unsur sihir yang disebut dalam banyak tempat dalam al-Quran dan Hadis sendiri.

Namun apabila ia dijenamakan sebagai perubatan Islam ia seolah menggambarkan bahawa kaedah perubatan selain daripada perubatan Islam adalah perubatan kafir!

Perubatan moden di hospital adalah sama dengan ‘perubatan kafir'.

Kita kembali ke tahun-tahun sebelum merdeka, apabila para tuan guru pondok kebanyakannya mengatakan bahawa sekolah-sekolah yang dibina oleh Inggeris adalah sekolah kafir sekali gus ilmu-ilmu yang diajar di sekolah tersebut.

Ini tidak tepat kerana perubatan moden hari ini juga adalah merupakan sumbangan sarjana dan ulama Islam seperti Ibnu Sina yang terkenal dengan kitabnya al-Qanun fi al-tib yang kemudian menjadi karya penting dan utama dalam perkembangan ilmu perubatan di Barat.

Begitu juga ilmu-ilmu sains tabii (fizik, biologi dan kimia), sains teknologi dan matematik serta ilmu-ilmu sains sosial lain.

Hakikatnya, Islam tidak pernah memisahkan ilmu-ilmu Islam seperti ilmu akidah, syariah dan tasawuf.

Menyalahkan generasi agamawan sebelum merdeka yang hidup dalam tekanan penjajah juga tidak wajar kerana suasana pada masa itu membentuk pemikiran dan kefahaman mereka sehingga berlakunya pertentangan yang begitu - semua yang berasal daripada penjajah atau Barat adalah tidak baik dan bertentangan dengan Islam.

Dalam isu perubatan Islam istilah yang sebaiknya digunakan adalah ruqyah shar`iyyah atau perubatan alternatif sebagaimana yang digunakan oleh sebahagian daripada pengamalnya.

Menggunakan istilah perubatan Islam namun kemudian melakukan penipuan dan jenayah seksual sebagaimana yang banyak dilaporkan dalam akhbar hanya menimbulkan fitnah kepada Islam secara umumnya.

Apatah lagi dalam negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia.

Jinakkan syahwat perut & faraj


Kesimpulan mudah yang boleh dibuat, manusia berusaha dan menggunakan daya kreatif bagi memenuhi syahwat perut dan faraj sehinggakan agama yang sepatutnya dianugerahkan sebagai al-Din, yakni panduan kehidupan dimanipulasi untuk kepentingan kedua syahwat tersebut.

Pernahkah kita terfikir mengapa puasa disyariatkan dan mengapakah perkara yang perlu dipuasakan adalah syahwat perut dan faraj?

Ia antara lain untuk melatih dan mendidik manusia khususnya Muslim bagi menjinakkan keduanya, sehinggakan tiada lagi alasan yang boleh diberikan jika dosa yang dibuat berpunca daripada keduanya dilakukan oleh mereka kelak.


ZAHIRUDDIN ZABIDI pelajar Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Sejarah & Tamadun Islam).

Rayuan bantuan wang jamin mahkamah dan bantuan guaman

Kenyataan Terbuka

25 Julai 2013

RAYUAN BANTUAN WANG JAMINAN MAHKAMAH DAN BANTUAN GUAMAN

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan sekutu gerakan anak muda lain seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sentiasa kedepan dalam menyusun massa rakyat termasuk siri mobilisasi protes terbuka bagi menyuarakan perbagai isu rakyat. Khususnya selepas PRU ke 13 isu penipuan SPR menjadi tumpuan mobilisasi. Kami terlibat secara langsung menjadi pengerak utama dalam hampir semua mobilisasi.

Semua dilakukan secara rela tanpa arahan atau mengharap imbuhan hanya demi melihat negara ini diselamatkan. Semua dilakukan dengan sedar betapa tinggi risiko yang bakal dihadapi termasuk terpaksa menyediakan wang jamin dan khidmat guaman jika didakwa.

Bermula dengan kes pendakwaan Safwan Anang dibawah akta hasutan di Mahkamah Seksyen .,Lumpur, syukur peguam datang secara sukarela tanpa bayaran tetapi SAMM telah mempersiapkan wang jamin sebanyak RM 5,000 bagi mengeluarkan Safwan dari penjara Sg., Buloh.

Kemudian kes che'GuBard yang didakwa sebagai penganjur Himpunan #suararakyat505 #blackout505 di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya dimana che'GuBard setakat dua sesi mahkamah ini mewakili diri sendiri dan dalam proses mencari peguam sukarela. Cuma agak bernasib baik dalam membela diri sendiri che'GuBard mencipta sejarah berjaya membuatkan Hakim memutuskan dibenar ikat jamin tanpa nilai wang.

Selepas itu Azhar Achil, Penyelaras SAMM Selangor juga telah didakwa di Mahkamah Majisteret Kelang kerana dituduh menganjurkan Ceramah Mobilisasi menjelang program #blackout di Padang Merbok. Beliau yang juga dalam mewakili diri sendiri mahkamah telah menetapkan RM 4,000 sebagai ikat jamin dan wang tabungan SAMM digunakan.

Satu lagi kes dimana SAMM telah masuk wang ikat jamin ialah apabila aktivis pelajar sdr. Akram Ahmar yang didakwa engkar bersurai di depan Lokap Berpusat PDRM Jinjang ketika acara solidariti bersama Adam Adli yang direman telah diminta RM500 oleh mahkamah untuk diikat jamin.

Cabaran paling besar menjelang Syawal , Isnin ini 29 Julai tangkapan kejadian protes di depan Parlimen pada hari pertama sesi parlimen akan didakwa. Seramai 33 orang akan didakwa (3 daripadanya wanita). Berdasarkan makluman dari pegawai penyiasat (IO) kes berkenaan dari IPD Dang Wangi menyatakan 33 akan dituduh dibawah Akta Perhimpunan Aman kerana menyertai himpunan haram dan 17 orang dari mereka akan diberikan tuduhan tambahan iaitu akta 147 iaitu cubaan merusuh.

Jumlah cukup besar iaitu seramai 33 orang, bayangkan jika seorang wang jamin RM3,000 bagi satu kesalahan maka ia mencecah RM150,000 nilai jaminan yang diperlukan. Jika tidak maka akan ada yang akan berpengalaman meraikan Eidulfitri dalam Penjara Sungai Buloh.

Kepada peguam yang sudi membantu untuk memberi khidmat guaman secara sukarela kami mohon untuk tampil ke depan dari seluruh negara kerana selain kes ini kami akan cuba membina rangkaian peguam rakyat bagi kes-kes perlawanan rakyat di seluruh negara.

Kepada yang berkemampuan diharap dapat bersama menyumbang bagi kami mengumpulkan dana yang cukup bagi tujuan ikat jamin, jika ada baki maka akan dikumpulkan bagi menjamin orang kena tuduh (OKT) berkaitan kes perlawanan rakyat dimasa hadapan.

Wang jamin mahkamah ini tidak hilang selepas kes selesai ia boleh diambil balik. Untuk itu bagi penyumbang dana dalam jumlah besar dan punya keberanian agar tampil ke depan sebagai penjamin sendiri dan wang jaminan akan dibuat dalam buku akaun dibawah nama penyumbang (dalam akaun bank yang dibekukan mahkamah) dan selepas ke selesai penyumbang boleh tampil ke mahkamah dapatkan surat bagi mengambil semula wang jamin tersebut.

Kepada peguam yang sedia berkhidmat harap dapat hubungi Safwan Anang 0148408219, Azmir Mustafa 0122231239 dengan smskan atau email ke samm4anakmuda2gmail.com  butiran akuan sedia menyediakan khidmat guaman dan di mana .

bagi penyumbang dana bagi tujuan membantu gerakan dan khususnya ikat jamin kes 33 orang yang akan didakwa Isnin (29 Julai ini) boleh terus masukkan ke akaun Maybank 555041113224 atas nama Solidariti Anak Muda. Selepas menyumbang harap dapat sms ke no 0126937908 atau email ke samm4anakmuda@gmail.com bagi makluman pengesahan.

Kami anak muda tekad untuk terus berjuang dengan sedaya upaya kami demi menyelamatkan satu satunya tanah air kita bersama , Malaysia.... namun kini kami memerlukan anda bersama semampu boleh.

Sekian dan terima kasih.

che'GuBard
Penyelaras SAMM

** bagi memahami kejadian dari Padang Merbok ke depan Parlimen sila klik di sini

Thursday, July 18, 2013

Ayuh bersama bangkit menyelamatkan kedaulatan negara (demo anti TPPA 19 Julai)


Demi memastikan tanahair tidak lagi dijajah dalam bentuk yang baru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama pelbagai NGO dan kumpulan anak muda menyeru orang ramai khususnya warga kota bagi menyertai satu protes bantahan terhadap Perjanjian TPPA pada 19 Julai ini di Masjid Wilayah, Jalan Duta.

Protes demonstrasi turut merangkumi satu aksi perarakan dari Masjid Wilayah ke Ibu Pejabat Kementerian Perdagangan Luar Negeri (MITI) bagi menghantar sebuah memorandum bantahan. Perjanjian TPPA yang telah dibincangkan secara rahsia selama ini, harus disekat kerana didapati bakal memberi kesan negetif yang besar terhadap rakyat dari pelbagai sudut termasuklah soal kedaulatan negara. Maka SAMM ambil tanggungjawab mobilisasi dan menggesa semua anak muda ayuh bersama dalam aksi kali ini, dengan maklumat berikut;
Tarikh: 19 Julai 2013 (Jumaat)
Masa: 2.00pm (lepas solat)
Lokasi: Masjid Wilayah, Jalan Duta
Perarakan: Masjid Wilayah – Ibu Pejabat MITI
SAMM mengalu-alukan penglibatan lebih banyak pihak dalam demonstrasi yang mencabar ini, semua pihak harus bersatu mempertahan kedaulatan negara dari penjajahan baru ini. Kita harus tunjukkan kepada dunia satu signal penolakkan yang besar terhadap perjanjian yang menjadi ‘jerangkap samar’ kepada negara yang menyertai TPPA.
Justeru itu, semua harus main peranan untuk menjayakan demonstrasi dan penyerahan memorandum ini. Hebahkanlah aksi 19 Julai ini, perhebatkan proses kesedaran mengenai TPPA secara agresif kerna kita tidak punya banyak masa. Pihak media juga dimohon supaya turut membantu mobilisasi dengan kelebihan masing-masing.
Rakyat bersatu tidak akan dikalahkan. Jumpa 19 Julai di Masjid Wilayah, Jalan Duta.
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/2013/07/tppa-demo-dan-perarakan-dari-masjid-wilayah-ke-pejabat-miti-19-julai-2013/#sthash.V9TOdry8.dpuf

Terbukti AES kayakan kroni : SAMM seru jangan bayar!

Kenyataan Media
17 Julai 2013

AES: Mengapa Syarikat Dapat Lebih Berbanding Kerajaan?

Menurut jawapan Menteri Pengangkutan, sebanyak RM20,020,500 kompaun hasil Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berjaya dikutip. Agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 menyaksikan sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan. Ia adalah berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi.

Namun bagi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), jumlah agihan ini amat mengejutkan sama sekali. Bagaimana syarikat konsesi memperolehi 'ganjaran' jauh lebih besar daripada pihak kerajaan?

Dari jumlah kutipan ini juga mendapati kerajaan hanya memperolehi RM 3.4 juta iaitu hanya 15 peratus daripada jumlah yang berjaya dikutip dari rakyat manakala syarikat konsesi pula mendapat hampir 70 peratus. Ini menunjukkan sistem AES ini bukan sahaja menjerat orang ramai untuk membayar saman, malah menjadi medium syarikat kroni mengaut keuntungan luar biasa.

Menurut formula yang telah diperkenalkan, syarikat hanya layak ambil RM16 daripada setiap saman yang dijelaskan, bukan dari jumlah notis saman yang dikeluarkan. Ini bermakna syarikat hanya berhak memperolehi RM1.07 juta sahaja dari jumlah 66 ribu saman yang telah dijelaskan oleh rakyat. SAMM mendesak pihak kerajaan supaya menjelaskan dengan lebih terperinci mengapa perkiraan pelik ini terjadi. 

Sebelum saman AES diperkenalkan, semua jumlah saman yang dibayar oleh rakyat akan masuk ke poket kerajaan. Ini bermakna kerajaan mendapat hasil sepenuhnya daripada pembayaran saman tersebut. Namun setelah AES diperkenalkan, kerajaan hanya menerima 15 peratus sahaja dari jumlah bayaran saman tersebut dan selebihnya dibahagi sesama syarikat kroni. Ini sudah pastinya tidak berbaloi sama sekali untuk samada untuk kerajaan mahupun untuk rakyat yang membayar saman tersebut.

SAMM menegaskan bahawa sistem AES hanya mendera rakyat dan ia tidak mendatangkan hasil lumayan dalam mengurangkan jumlah kemalangan jalanraya, ia hanya lumayan buat pihak tertentu. Justeru SAMM menyokong sebarang gerakan memansuhkan sistem AES.

Jika maklumat ini dikongsi kepada seluruh rakyat Malaysia, ia pasti akan menimbulkan kemarahan. Maka jika ada tiang kamera AES yang tumbang lagi, janganlah pula disalahkan rakyat, tetapi fikirlah mengapa ia berlaku.

Tuesday, July 16, 2013

Ketegangan kaum di Kelang ?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa pihak polis memberi gambaran yang tepat kepada umum mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku Klang mutakhir ini. Pengamatan SAMM melalui SAMM Selangor zon Kelang mengesahkan memang berlaku ketegangan kaum namun keadaan dilihat terkawal.

Tindakkan pihak polis yang sengaja menyorokkan berita sebenar kononnya bagi mengekang kejadian lebih buruk, hanya menjadikan keadaan lebih tidak menentu dengan berita berbentuk khabar angin tersebar lebih meluas. Seharusnya, pihak polis bertanggungjawab memastikan khabar angin yang tidak benar dan mempunyai agenda jahat dipatahkan dengan memberi gambaran dan status terkini dari kawasan kejadian.

Ketegangan kaum di Kelang juga merupakan bahana yang lahir dari politik perkauman melampau. Semata-mata untuk mempertahankan kuasa, soal hubungan antara kaum bukan sahaja tidak dijaga rapi malah turut diapikan sentimen perkauman. Dalam pilihanraya umum lalu, pengundi melayu khususnya dimomokkan dan diugut supaya terus menyokong pemerintah kononnya kuasa melayu terhakis jika kerajaan tumbang.

SAMM juga menasihatkan semua agar bertenang dan dalam masa yang sama SAMM menyokong tindakan yang tegas dari pihak polis bagi menangani ketegangan ini. Orang ramai juga diminta supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin.

Dalam soal ini juga, kefahaman orang ramai adalah penting. Mujurlah rakyat Malaysia hari ini rata-ratanya tidak terikat dengan ketaksuban perkauman, hanya tinggal segelintir yang didoktrin oleh parti politik berasaskan kaum masih mempunyai pemikiran era pra-kemerdekaan.

- See more at: http://anakmudamalaysia.com/2013/07/ketegangan-kaum-di-kelang-tidak-wajar-sorok-berita-sebenar/#sthash.Df69EL1C.dpuf
Kenyataan Media
15 Julai 2013
Ketegangan Kaum di Kelang: Tidak Wajar Sorok Berita Sebenar
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa pihak polis memberi gambaran yang tepat kepada umum mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku Klang mutakhir ini. Pengamatan SAMM melalui SAMM Selangor zon Kelang mengesahkan memang berlaku ketegangan kaum namun keadaan dilihat terkawal.
Tindakkan pihak polis yang sengaja menyorokkan berita sebenar kononnya bagi mengekang kejadian lebih buruk, hanya menjadikan keadaan lebih tidak menentu dengan berita berbentuk khabar angin tersebar lebih meluas. Seharusnya, pihak polis bertanggungjawab memastikan khabar angin yang tidak benar dan mempunyai agenda jahat dipatahkan dengan memberi gambaran dan status terkini dari kawasan kejadian.
Ketegangan kaum di Kelang juga merupakan bahana yang lahir dari politik perkauman melampau. Semata-mata untuk mempertahankan kuasa, soal hubungan antara kaum bukan sahaja tidak dijaga rapi malah turut diapikan sentimen perkauman. Dalam pilihanraya umum lalu, pengundi melayu khususnya dimomokkan dan diugut supaya terus menyokong pemerintah kononnya kuasa melayu terhakis jika kerajaan tumbang.
SAMM juga menasihatkan semua agar bertenang dan dalam masa yang sama SAMM menyokong tindakan yang tegas dari pihak polis bagi menangani ketegangan ini. Orang ramai juga diminta supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin.
Dalam soal ini juga, kefahaman orang ramai adalah penting. Mujurlah rakyat Malaysia hari ini rata-ratanya tidak terikat dengan ketaksuban perkauman, hanya tinggal segelintir yang didoktrin oleh parti politik berasaskan kaum masih mempunyai pemikiran era pra-kemerdekaan.
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/2013/07/ketegangan-kaum-di-kelang-tidak-wajar-sorok-berita-sebenar/#sthash.Df69EL1C.dpuf

Monday, July 15, 2013

TPPA merosak ekonomi rakyat menggadai kedaulatan negara

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa semua pihak bersatu menentang perjanjian TPPA yang disifatkan sebagai satu bentuk penjajahan baru. Lebih malang apabila penjajahan baru ini dihalalkan oleh pemerintah di atas kepentingan tertentu yang tidak menyebelahi rakyat.

Perjanjian multilateral terikat TPPA yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam juga berkisar tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka. Persoalannya, sejauh manakah industri perkhidmatan kita bersedia untuk berdepan syarikat gergasi super multinasional barat?
Dari pengamatan SAMM, kesan TPPA sangat besar dan menyeluruh khususnya terhadap rakyat yang berpendapatan sederhana. Ianya lebih dari soal globalisasi perdagangan, ia turut meliputi penggubalan undang-undang bagi memberi laluan kepada agenda tersembunyi Amerika dan konglomerat dunia untuk terus menjarah negara, tanpa sempadan. Namun walaupun punya impak yang besar, perjanjian yang bakal ditandatangani pada Oktober nanti telah dibincangkan secara senyap dan penuh kerahsiaan. Apakah yang cuba disorokkan?
Apakah melihat Perjanjian TPPA ini agak teknikal maka rakyat tidak berhak untuk mendapat penerangan dan memberi maklumbalas?
Kita amat yakin banyak pemain industri tempatan masih memerlukan bantuan kerajaan dalam meletakkan perniagaan mereka ke landasan maju dan berdaya saing terutama golongan bumiputera sedangkan TPPA dilihat tidak mesra kepada dasar yang membezakan antara pemain tempatan dan antarabangsa. Bagaimanakah kerajaan memastikan kedaulatan Malaysia akan dijaga dan bukan dijadikan bahan belasahan Konglomerat Kapitalis di Tribunal Timbangtara Antarabangsa kelak?
Contoh, di Australia, Kerajaan mereka disaman oleh Philip Morris Tobacco Company hanya kerana mereka mahu implement kotak rokok plain. Belum pun TPPA dilaksanakan sepenuhnya, konglomerat kapitalis sudah mula menunjukkan sikap sebenar mereka walaupun perundangan yang ingin dilaksanakan itu sebenarnya memberikan kebaikan untuk rakyat tetapi ia merupakan kemusnahan kepada konglomerat kapitalis. Justeru, konglomerat bertindak menafikan kedaulatan sesebuah negara dalam melaksana tindakan berlandas dasar dan perundangan negara tersebut.
Kesedaran rakyat tentang isu TPPA amatlah penting. Maka SAMM bersama sekutu NGO dan front anak muda mahasiswa telah bertekad memastikan kefahaman tentang TPPA diperluas dan seterusnya melakukan beberapa aksi bagi menghalang kerajaan sewenang-wenangnya memetrai perjanjian yang menjahanamkan kehidupan rakyat negara ini.
Bagi menambah momentum perlawanan terhadap perjanjian TPPA, beberapa siri demonstrasi telah disusun dan dijadualkan berlangsung pada 19 Julai 2013 bertempat di Masjid Wilayah. Demonstrasi 19 jun ini juga akan menyaksikan perarakan dari Masjid Wilayah ke ibu pejabat MITI untuk disampaikan sebuah memorandum. SAMM gesa warga lembah klang khususnya anak muda yang berkesempatan untuk hadir menyatakan bantahan terhadap perjanjian TPPA.
Rundingan rahsia TPPA yang mengheret Malaysia harus dihentikan segera. SAMM tidak menolak kemungkinan mesyuarat perjanjian TPPA pusingan ke-18 yang akan berlangsung di Kota Kinabalu bermula 15 Julai ini digagalkan oleh rakyat. Ia sekaligus menunjukkan kepada dunia bahawa masih ada penentangan dari rakyat bagi menjamin negara ini tidak dijajah kembali dalam bentuk ekonomi global.
Harus semua ingat, kesan TPPA terhadap rakyat adalah sangat besar dan cukup radikal, maka untuk melawan perjanjian dan persekongkolan penuh rahsia TPPA ini juga perlu bersifat radikal agar dunia tahu rakyat Malaysia tidak semudah diperkotak-katikkan.
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/2013/07/perjanjian-tppa-merosak-ekonomi-rakyat-menggadai-kedaulatan-negara/#sthash.rtxTlEcq.dpuf

Friday, July 12, 2013

[surat dari Peguam Negara] Kes BERSIH 3.0 akan diteruskan pada 30 Julai

Melalui peguam baru menerima surat dari peguam negara yang menyatakan kes BERSIH 3.0 akan diteruskan bermula 30 Julai 2013 ini. Semua OKT wajib hadir.

Agensi Kerajaan terlibat terang terang Kempen Bn Kuala Besut : Dato' Hassan Amin harus didakwa kerana salah guna kuasa dan dana rakyat



Pagi ini kotak email che'GuBard menerima salinan 3 keping surat sebuah agensi kerajaan iaitu KEMAS. Ini sebuah agensi yang semua kakitangan dan programnya mendapat dana dari wang rakyat. Namun jika surat di atas benar , maka amatlah kesal kerana ia membuktikan bahawa semangnya tanpa segan silu agensi kerajaan yang sepatutnya menumpunan pembinaan dan kebajikan rakyat menjadi alat politik dan malah menggunakan dana rakyat bagi tujuan kempen pilihanraya. Dari gambar surat helaian ke tiga jelas bukan KEMAS sahaja tetapi perbagai agensi lain turut terlibat.

Persoalanya dimana SPR , buta atau membuta ? Soal yang lebih penting SPR yang mengendali PRK K.Besut ini ialah SPR sama yang telah berjaya memainkan peranan menghancurkan sistem pilihanraya Malaysia dengan menjadi penipu utama dalam PRU ke 13 yang lalu.

Kerana itu che'GuBard menyatakan pendirian bahawa sebagai seorang aktivis berpendirian betapa PRK K.Besut ini seharusnya diboikot dan hentaman terhadap SPR harus diperhebat dalam dan luar negara, yakinlah jika SPR yang sama terus diberikan kepercayaan mengadili demokrasi pilihanraya Malaysia PRU ke 14 keadaan bakal menjadi lebih teruk. Walaubagaimanapun selaku anggota biasa Parti Keadilan Rakyat komponen Pakatan Rakyat mengharapkan keajaiban dengan Bn tumbang dalam PRK kali ini.

SAMM juga dengan ini Dato' Hassan Bin Md Amin, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Masyarakat, kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah agar tampil memberikan penjelasan sama ada surat ini benar atau palsu. Jika surat ini benar beliau harus meletakkan jawatan kerana salah guna kuasa dan membazirkan wang rakyat untuk program terlibat  kempen politik kepartian. Begitu juga semua penjawat awam yang disebut dihelaian ke tiga surat diatas.

oleh :

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
12 Julai 2013

Thursday, July 11, 2013

RAPAT KEBANGSAAN CETUS 6 RESOLUSI SAMM: PASCA PRU13 MENDEPANI MASSA

Kenyataan Terbuka
10 Julai 2013
RAPAT KEBANGSAAN CETUS 6 RESOLUSI SAMM: PASCA PRU13 MENDEPANI MASSA

Seramai 31 komrad utama penyelaras kebangsaan, segmentasi dan negeri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selesai mengadakan sebuah Rapat Kebangsaan peringkat pengurusan pada 5hb-7hb Julai 2013 lalu bertempat di Ampang Pecah Training Centre, Kuala Kubu Baharu. Sebuah pertemuan penting meletakkan halatuju perjuangan SAMM ke jalan yang lebih dinamik, kembali ke landasan yang lebih tepat dan kena dengan aspirasi anak muda.

Dalam usaha memantapkan lagi gerakan anak muda SAMM, Rapat Kebangsaan siri kedua untuk tahun 2013 selepas di Melaka pada Februari lalu adalah sebuah retreat tergempar, mengambil kira mood rakyat khususnya anak muda yang dilihat sedikit merundum dingin setelah melalui tempoh perlawanan yang panjang. Maka program padat tiga hari dua malam ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi meneliti potensi dan sumber kekuatan baru bagi meneruskan agenda perjuangan anak muda.

Julai 5 - 6 | Jumaat - Sabtu : Mengenal Kelemahan dan Muhasabah

Bermula dengan perbincangan pre-council pada Jumaat malam untuk susunan akhir sebelum retreat bermula. Setiap penyelaras yang hadir telah diberi tugas merungkai sub-topik untuk agenda pada setiap sesi perbincangan.

Sepanjang hari Sabtu menyaksikan sebanyak 5 sesi perbincangan dan tiga daripada sesi tersebut merupakan sesi bersama tetamu jemputan dalam agenda "Pandangan Umum Terhadap SAMM". Pelbagai sudut pengolahan adalah termasuk, penerimaan SAMM di mata rakyat khususnya anak muda, soal pengkaderan, potensi & kemampuan SAMM, halatuju, peranan dan matlamat SAMM. 

Beberapa tokoh dari pelbagai latarbelakang telah dijemput untuk menjayakan sesi ini antaranya termasuklah tokoh mahasiswa, dari pengamal media dan juga tokoh dari arena politik tanahair. Tokoh-tokoh jemputan juga memberikan pandangan umum terhadap SAMM selain turut sama membantu dalam membincangkan agenda anak muda dan penyusunan gerakan.

Dapat dirumuskan dari pertemuan dengan para jemputan, bahawasanya;
  • SAMM merupakan kelompok anak muda yang laju dan agresif dalam membawa isu rakyat. Momentum sebegini menjadi ikutan.
  • Pengkaderan SAMM dicadangkan bermula di peringkat lepasan sekolah
  • SAMM mampu melahirkan kelompok pemimpin baru namun tidak berjaya memisahkan nama SAMM dan Che'GuBard itu sendiri. Usaha serius untuk memastikan pemahaman SAMM sebagai gerakan anak muda harus dilakukan.
  • Selain dikenali sebagai kelompok anak muda berani, SAMM juga disarankan menyertai diskusi keilmuan bersama NGO lain.
  • SAMM perlu memperbaiki hubungan dengan NGO lain dan memastikan jaringan antara NGO adalah kuat.
  • Peranan anak muda SAMM yang bersifat radikal dan 'tidak dijangka' diperlukan dalam menentang kekuatan regim.
Julai 7 | Ahad : Gerakan SAMM Diperhebat
Setelah seharian suntuk mencari titik kelemahan dan potensi kebangkitan, melihat kembali sorotan permasalahan dan pandangan umum, Akhirnya hari ini tiba masa gerakan anak muda SAMM terus disusun dan diperhebat.

SAMM secara massa akan menumpukan program dalaman khususnya di peringkat negeri/zon. Sepanjang Ramadhan ini, SAMM Kebangsaan akan turun ke semua SAMM peringkat negeri dan zon dalam bentuk program bersahur atau berbuka puasa. Pertemuan 'mini retreat' di peringkat negeri ini juga bertujuan memperkukuh kekuatan SAMM di bawah dan mempertemukan semua komrad baru yang direkrut oleh SAMM negeri/zon. Jadual pertemuan akan dikeluarkan dalam sedikit masa dan program SAMM peringkat negeri/zon yang telah disusun akan dimuktamadkan pada pertemuan ini.

SAMM kebangsaan juga akan menganjurkan program penting untuk kelangsungan SAMM iaitu Training Of Trainer (TOT) yang dijadualkan akan berlangsung pada 23 dan 24 Ogos tahun ini. Setiap SAMM negeri/zon perlu menghantar 2-3 orang komrad yang sedia untuk menjadi pimpinan pelapis.

Satu perjumpaan raksasa yang dinamakan Jambori SAMM juga akan dilaksanakan pada 24-25 Ogos 2013. Jambori SAMM yang berbentuk pesta pertemuan anak muda bagi meraikan kewujudan SAMM dan semua komrad SAMM, penyokong dan pendokong dari seluruh negara adalah dijemput hadir. Maklumat lokasi akan diumum dalam masa terdekat. Booklet mengenai SAMM juga akan dilancarkan buat pertama kali dalam sejarah gerakan anak muda SAMM.

SAMM juga akan sekali lagi menjadi penggempur utama dalam mempertahankan nasib rakyat, dan kali ini dalam isu TPPA. Bagi SAMM, bentuk penjajahan baru terhadap tanahair yang dinamakan sebagai perjanjian TPPA ini perlu ditangani secara serius dan radikal kerana kesannya terhadap masyarakat umum juga serius, dan radikal.

Menyentuh soal antarabangsa di Syria, SAMM tidak bersetuju dengan keganasan yang ditunjukkan oleh Regim Assad dalam masa sama SAMM menolak usaha anasir luar khususnya barat, dalam menjatuhkan pemerintah di Syria. Di Mesir pula, SAMM menolak keras rampasan kuasa yang berlaku, kemenangan Mursi secara demokrasi telah dicabul.

Resolusi SAMM Rapat Kebangsaan 02/2013

1. SAMM menolak sepenuhnya keputusan PRU-13 yang penuh kecurangan dan SPR yang 'bekerja' di bawah JPM harus dimansuhkan, diganti dengan badan pemilih baru yang diletakkan bawah parlimen.
2. Dua tahun kebelakangan ini SAMM bekerja memberikan tumpuan mengembeling sokongan dan undi kepada Pakatan rakyat sesuai dengan maksud perubahan harus dimulakan dengan menjatuhkan regim. Selepas PRU ke 13 tumpuan kerja SAMM berubah dengan  SAMM akan menumpukan program dalaman untuk menguatkan gerakan anak muda bagi meneruskan kelangsungan SAMM sebagai kelompok progresif dan bergerak ke depan.

3. Demi memperkukuh pemahaman massa rakyat terhadap SAMM maka pedoman apa dia SAMM akan dikeluarkan dalam bentuk booklet, khusus untuk mengenali SAMM dan perjuangannya. Seiring dengan itu program - program penerangan mengenainya akan dipergiat.

4. SAMM akan terus mengembeling kesedaran rakyat untuk bangkit. SAMM akan terus menjuarai isu rakyat yang dilihat makin kritikal dan sewenangnya dipermainkan oleh regim pemerintah, termasuklah isu terbaru seperti TPPA, GST. Hanya dengan kesedaran rakyat akan bangkit. SAMM yakin kebangkitan hanya melalui kesedaran akar umbi.
5. SAMM menolak keganasan Regim Assad dalam masa sama menolak usaha anasir luar khususnya barat, untuk menjatuhkan pemerintah di Syria. Di Mesir pula, SAMM menolak keras rampasan kuasa yang berlaku terhadap Mursi. Pengambil kuasa dari perubahan seharusnya faham dan mengikut kehendak rakyat bukan berdasar kehendak dan pemikiran mereka semata. Ini pengajaran penting. Dunia seharusnya lebih sensitif dengan isu kezaliman contohnya Rohingya yang seperti tenggelam.

6. Walaupun keadaan dilihat semakin sukar dan mood perlawanan yang menjunam jatuh, namun SAMM tetap bertekad dan berjanji pada tanahair ini untuk terus berjuang mempertahankan nasib rakyat, kami berjanji untuk tidak berganjak daripada jalan perjuangan kami selama ini untuk menyelamatkan ibu pertiwi dari terus dijarah.

Sekian
Laporan disediakan oleh;

ISAMUDDIN SANUSI
Pengarah Sekretariat SAMM

Friday, June 28, 2013

Jerubu Malaysia dan Singapura siapa lebih utamakan rakyat ?

Kenyataan Media
28 Jun 2013


JERUBU MASALAH BERULANG ; REGIM BN TIDAK PERNAH SERIUS MENYELESAIKANYA.

Jerubu sudah tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat. Ia seolah satu acara bermusim yang berulang beberapa tahun sekali. Kini jerubu bagi musim ini kian reda dan yakinlah beberapa tahun lagi ia akan datang dan mungkin lebih teruk lagi.

Namun sejauh mana seriusnya regim menyelesaikan perkara ini ? Sebelum ini keadaan lebih parah regim pernah satu ketika dahulu menangani jerubu dengan cara menyurukkan bacaan indeks kesihatan udara (API)  kononya tidak mahu rakyat panik dan pelancong lari. 

Apa punca jerubu, ramai termasuk media dan regim sendiri menuding jari ke negara tetangga. Namun tahu masalah ini mahu datang lagi kenapa tidak ada tindakan konkrit ? Jawapanya pembakaran hutan di negara tetangga mungkin ada kepentingan pemodal besar kroni kait rapat regim penguasa.

Jawapan klise nya ialah kejadian pembakaran hutan berlaku bukan di Malaysia lantas Malaysia tidak boleh bertindak. Alangkah lemahnya jawapan ini. Rakyat seharusnya jangan lupa kesungguhan regim menggunakan segala rangkaian melobi projek besar di luar negara bagi membolehkan korporat Malaysia mendapat laba besar dan rakyat hanya dipaksa berbangga kerana projek itu nanti akan mengibarkan jalur Gemilang kebanggan negara.

Lihat sahaja dua respon pemerintah di dua buah negara dalam kejadian jerubu terbaru. Singapura mengecam Indonesia kerana masalah jerubu dan menghantar perwakilan ke sana. Perdana Menteri Singapura pula secara tegas menyatakan bahawa negara tersebut akan mengambil tindakan keras terhadap syarikat negara atau mana-mana entiti yang dikaitkan dengan Singapura yang terlibat dalam pembakaran terbuka di Indonesia.

Sebaliknya Malaysia hanya bermain lemah di gelanggang sendiri, menawarkan Indonesia pembenihan awan dan sebagainya. Dalam isu tindakan terhadap syarikat Malaysia regim minoriti longlai dengan mengatakan kejadian di Indonesia dan Malaysia tak ada peruntukan undang - undang untuk dakwa.

Ketika manusia sudah melancarkan penerokaan planet marikh ketika Malaysia boleh membuat terowong air canggih melintasi banjaran dari Pahang ke Selangor tidakkah mampu mengundang senyum jika regim ini mengatakan tidak mampu berbuat apa ? Apa Menteri berkenaan buat di persidangan dunia melibatkan isu alam sekitar seumpanya ? Adakah leka menggunakan segala peruntukan berjalan sempena persidangan sahaja ?

Persoalanya ialah kesungguhan politik. Regim ini tidak ada kesungguhan politik. Sepatutnya masalah ini sudah banyak kali berulang tetapi adakah pindaan undang - undang berkenaan perkara ini dibentangkan di parlimen ? Lebih sedih terbaru ketika ahli parlimen PR membawa usul berkenaan ke parlimen Speaker boleh menolak konon kerana ia berlaku dari negara jiran bukan bidang kuasa parlimen ..... Inilah speaker terbodoh dalam abad ini, jika ini dijadikan sandaran maksudnya parlimen tidak harus bersidang mengutuk Israel atau perang mana - mana negara kerana bukan di negara ini.

Rakyat bosan dengan setiap kali jerubu orang politik ambil kesempatan edar topeng muka murah dengan wajah dan logo politik mereka. Rakyat mahukan penyelasaian serius dan tuntas.

Berhenti menjaga kepentingan korporat dan memangsakan rakyat !

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

SAMM desak gugur tuduhan ke atas Azhar Achil

Kenyataan Media
28 Jun 2013

SAMM desak gugur tuduhan ke atas Azhar Achil

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak regim minoriti Umno / Bn agar menggugurkan pendakwaan ke atas Azhar Achil.

Azhar Achil salah seorang Penyelaras SAMM telah dihadapkan pada 27 Jun 2013 ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram di Sabak Bernam dekat Klang minggu lepas. Tertuduh didakwa menganjurkan perhimpunan jelajah #suararakyat505 dengan tidak memberikan notis kepada Ketua Polis Daerah dalam tempoh 10 hari sebelum program itu diadakan.

Azhar didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Tembak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam, pada pukul 9 malam, 18 Jun lepas serta didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 9 (5) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM15,000.

Tuduhan ini merupakan tuduhan terpilih dan atas tekanan politik semata - mata. Banyak program terbuka berkepentingan politik Bn bukan saja gagal memenuhi syarat akta diatas tetapi mendapat sokongan agensi kerajaan.

Program tersebut telah berlangsung aman, bersih dan langsung tidak ada kejadian tidak diingini, malah turut dihadiri oleh orang - orang Umno setempat yang dikenali. Maka ini menjadikan pendakwaan semakin tidak relevan.

Jika kerajaan ini demokratik maka ia harus sedar semua ini berlaku kerana kepincangan dan penipuan SPR dalam pilihanraya. Ini diakui sendiri oleh SPR dengan dakwat yang tidak kekal dan pengakuan membazirkan RM7.1 juta hanya untuk pewarna makanan bagi mencalit jari. Namun mungkin benar telahan rakyat regim minoriti ini tidak ada cara lain dari terus berkuasa selain dari terus membela SPR yang jelas menipu.

Azhar ketika dalam Mahkamah mengaku tidak bersalah tanpa diwakili peguam dibenarkan diikat jamin dengan nilai RM4,000. Kes ini akan disebut semula pada 20 Julai 2013.

Bermula dengan pendakwaan che'GuBard di Mahkamah Petaling Jaya 4 Jun lepas, SAMM menjangkakan lebih ramai komrad SAMM akan didakwa berikutan penglibatan aktif SAMM dalam mobilisasi rakyat bagi isu penipuan PRU ke 13 ini.

Untuk itu SAMM memohon jasa baik orang ramai bagi sama menyumbang bagi mengumpulkan dana bagi tujuan proses mahkamah seperti ikat jamin dan sebagainya. Sumbangan orang ramai boleh dibuat terus akaun Solidariti Anak Muda (akaun maybank 555041113224).

SAMM berjanji akan terus menyusun massa rakyat khususnya anak muda dan terus berjuang memperkasakan rakyat ke arah pembebasan tanahair ini.


Norazizi AzizPengarah Seketeriat Solidariti Anak Muda Malaysia

Dari Padang Merbok ke Parlimen ialah aksi desak SPR letak jawatan

Kenyataan Media
27 Jun 2013

Dari Padang Merbok ke Parlimen: SAMM Ambil Tanggungjawab Penuh

Berkenaan protes berkhemah di Padang Merbok dan protes di depan Parlimen, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil tanggungjawab penuh dengan beberapa ketegasan, adalah seperti berikut;

1. Aksi protes bermula di Padang Merbok selepas himpunan Black505 dan kemuncaknya di depan Parlimen pada pagi 24 Jun 2013 ini tidak ada kena mengena dengan boikot angkat sumpah. Pihak media telah mengalih isu sebenar iaitu Protes mendesak  SPR meletak jawatan.

2. Tujuan utama aksi depan parlimen ialah untuk asak ahli parlimen secara serius membawa isu penipuan SPR, SPR harus dibubarkan dan SPR baru harus ditubuhkan di bawah Parlimen dan bukan lagi sekadar kakitangan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

3. Sebaik sahaja himpunan KL622 yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dan Gabungan NGO Suara Rakyat 505 tamat sekitar jam 6 petang, SAMM bersama beberapa NGO dan kumpulan anak muda, mahasiswa telah memutuskan untuk berkhemah di Padang Merbok bagi memanjangkan protes seterusnya memperhebat tekanan terhadap SPR supaya undur. Semuanya berjalan dengan baik, aman, bersih dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

4. Segalanya berjalan lancar, pihak organisasi dan individu menjalin kerjasama yang baik demi matlamat SPR letak jawatan, sehinggalah pada malam kedua jam 4.30 pagi, ratusan anggota DBKL bersama sejumlah anggota polis bersenjata automatik telah menyerang, merampas khemah termasuk barang-barang yang ada di dalam khemah ketika ada yang sedang tidur di dalamnya. Ada yang ditendang dan dikasari. Namun tahniah kepada semua kerana mengikut arahan untuk tidak melawan dan menyerahkan khemah dengan aman kerana fokus utama bukan DBKL atau polis tetapi SPR.

5. SAMM pelik mengapa kejadian ini boleh berlaku sedangkan sekitar jam 1 pagi sebelum itu saudara Arulchelvam,setiausaha PSM selaku wakil perunding telah mendapat persetujuan dari penguatkuasa untuk mengosongkan Padang Merbok pada jam 8 pagi tersebut (24 Jun). Ketika khemah dirampas semua terkejut namun semua bersikap tenang dan hampir 500 orang bertahan di Padang Merbok hingga pagi.

6. Tepat jam 8.45 pagi, semua peserta protes bergerak menuju ke Parlimen membawa pelbagai sepanduk. Ketika sampai di jalan masuk Parlimen, kelihatan OCPD Dang Wangi dan sejumlah anggota polis yang agak ramai telah bersedia. Protes diputuskan dalam bentuk duduk dan bantah. Mahasiswa diketuai Safwan telah putuskan melahirkan rasa kecewa dengan berbaring di tepi jalanraya beramai-ramai.

7. Peserta protes telah memutuskan untuk menghantar sebuah memorandum kepada wakil ahli parlimen dari pihak kerajaan dan pihak Pakatan Rakyat. Dalam perbincangan awal, seramai 10 wakil dari demonstran telah dipilih untuk memasuki parlimen. Keadaan panas berjerebu di luar parlimen tidak halang demonstran menunggu namun setelah lebih satu jam menunggu telah menimbulkan curiga. Maka Pengerusi SMM Safwan Anang telah ambil keputusan mengajak semua demonstran cuba menghampiri pagar parlimen untuk menyerahkan memorandum tersebut.

8. Tidak dinafikan berlaku asak mengasak apabila gerakan untuk hampiri parlimen dihalang. Namun tindakan pihak polis yang mula memukul demonstran telah mengundang kemarahan anak muda yang sejak jam 4.30 pagi dikasari dan barangan mereka dicuri.

9. Beberapa teman mahasiswa ditangkap, ia bukan salah kami malah pihak polis terlebih dahulu mengasari dan memukul demonstran. Kami mendesak agar teman mahasiswa dibebaskan tetapi permintaan ini dibalas dengan kekerasan pihak polis. Beberapa anggota polis juga kelihatan bertindak seperti gangster, berlagak sombong dengan bergerak seorang diri cuba untuk menangkap peserta demonstran. Mungkin ketika inilah berlakunya pergelutan yang menyebabkan anggota polis tercedera.

10. Kami juga berjaya merakam gambar anggota polis berbaju seperti demonstran seperti tshirt black out 505, ABU dan SAMM.

11. Akhirnya saya cuba tenangkan keadaan dan desak polis supaya tidak bertindak ganas, namun ia tidak berjaya apabila seorang demi seorang anak muda diberkas dengan cukup kasar sehingga ada yang retak kaki akibat dipijak.

12. Maka untuk memastikan keselamatan teman-teman, untuk memastikan keadaan reda, saya sendiri bersama teman lain meluru ke arah OCPD, membenarkan diri ditahan dengan syarat polis hentikan memukul demonstran. Tindakan saya dan teman - teman juga bagi memastikan tangkapan berhenti dikasari dan dilayan baik.

13. Walaupun tidak melawan tetapi ketika dalam perjalanan ke trak polis, saya sendiri terus dikasari dengan pukulan curi walaupun langsung tidak melawan. Malah salah seorang seorang warga emas iaitu aunty Annie (70 tahun) turut ditendang dan terjatuh di depan tangga trak.

14. Apapun bagi SAMM, penguasa DBKL dan anggota polis sebenarnya juga adalah mangsa yang diperalat oleh arahan sebuah kerajaan minoriti yang menang di atas penipuan pilihanraya yang dibantu SPR. Kami tidak mahu teralih isu. Isunya kini ialah majoriti rakyat tolak keputusan PRU. Kami protes bukan atas arahan mana-mana politikus, tetapi kami menzahirkan rasa hati rakyat yang menentang penipuan pilihanraya.

Faktanya ialah, majoriti pengundi telah menolak Barisan Nasional, BN hanya menang dengan penipuan, BN terus berkuasa dengan penipuan, BN terus rakus menjajah negara ini dengan penipuan. Semua ini dalangnya adalah SPR dan rakyat wajib bangkit memastikan SPR dihumban.

Kami buktikan, gerakan menuntut SPR undur harus lebih keras dari biasa.


CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sunday, June 23, 2013

Siapakah pejuang?

Ramai dalam sejarah insan-insan yang ditabalkan sebagai pejuang. Rekod kehidupan mereka membuktikan bahawa mereka memang pejuang. Mereka berani menanggung risiko perjuangan. Mereka bukan sahaja sanggup berkorban tetapi benar-benar telah berkorban kerana perjuangan mereka. Mengharungi rintangan yang pahit dan cabaran yang getir sehingga mahu tidak mahu mereka diiktiraf oleh sejarah. 

Jika tidak pun pada hari mereka hidup, mereka akan diiktiraf selepas mereka mati. Jika tidak diiktiraf oleh golongan yang berkepentingan, mereka kelak tetap akan diiktiraf oleh golongan yang sedar dan insaf akan kepahlawanan mereka. Pun begitu ada juga pejuang yang dilupakan. Ada juga wira yang tidak didendang dan dikenang.

Ciri Pejuang

Pejuang itu muncul dalam pelbagai medan dan cara. Namun bersatu dalam beberapa perkara asas. Mereka ada matlamat yang dapat difahami, ada keberanian untuk mencapai matlamat tersebut dan ada kesanggupan untuk menanggung bebanan perjuangan. Orang yang tidak tahu matlamat perjuangannya tidak boleh dianggap pejuang. 

Orang yang bacul juga bukan pejuang. Orang yang tidak sanggup berkorban dan mengharungi susah payah dalam membayar harga perjuangan juga tidak layak digelar pejuang. Orang yang menyuruh orang lain memanggilnya wira ataupun pejuang, sedangkan dia tidak berkorban bahkan meratah keuntungan atas hasil usaha orang lain lagilah tidak layak digelar pejuang.

NONEApabila pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka menjemput saya pada 2-3 Julai ini untuk mengulas novel sasterawan Negara Dato' Anwar Ridhwan berjudul ‘Penyeberang Sempadan', maka saya pun membaca novel tersebut sehingga habis. Novel yang memenangi Hadiah Sako itu memang menarik untuk dibaca. 

Kisah tentang seorang pejuang yang dimunculkan oleh keadaan kemudian hidup dalam kebingungan mencari arah dalam dunia yang penuh tidak pasti. Watak utama yang diberi nama ‘Kuay' dalam novel itu merupakan pejuang bersenjata bersama komunis yang menentang British sebelum kemerdekaan. 

Beliau menjadi ‘orang buruan' dan terus dianggap sebagai ancaman kepada negara walaupun selepas 20 tahun negara merdeka. Dari novel itu saya terfikir, siapakah pejuang? Orang seperti Kuay, seperti Mat Indera dan seumpama mereka, apakah dianggap pejuang?

Kehebatan

Dalam sejarah, kita melihat orang seperti Che Guevara yang berjuang dengan senjata dan gerila. Saya terpesona dengan kesanggupan dan pengorbanannya. Ada yang seperti William Wilberforce yang berjuang menerusi politik dan parlimen. Saya amat kagum dengan kesungguhannya, bahkan dengan isi perjuangannya yang mulia. Berjuang untuk satu hasrat yang murni iaitu pembebasan hamba. Sanggup mempertaruhkan kepentingan politik dan menerima tekanan demi hasrat tersebut.

NONEFilem mengenainya The Amazing Graze benar-benar menjadikan perasaan sebak dan semangat membakar. Nelson Mandela juga hebat sebagai pejuang. ‘Long Walk to Freedom' menjadikan kita terpukau dengan kesanggupan menanggung derita yang begitu berat untuk sebuah perjuangan yang diyakini benar. Sanggup dipenjara, tidak rela dibebaskan jika perjuangan tergadai. Hebat!

Gandhi juga pejuang yang hebat yang menggunakan sentiment rakyat untuk mencapai kepentingan perjuangan yang baik. Florence Nightingale merupakan wanita gigih lagi mulia yang berjuang untuk memberi khidmat kepada orang lain. 

Menonton filem Sang Pencerah menjadikan saya bersemangat untuk mengikuti watak utamanya iaitu Kiyai Ahmad Dahlan yang merupakan tokoh besar sejarah tajdid agama di Indonesia. Terasa menusuk jiwa. Perjuangan dan cabaran. Bak kata sang sufi ‘sesiapa yang tidak rasa, tidak dapat memahaminya'. 

Terlalu ramai lagi jika hendak disebutkan dalam sejarah pembinaan tamadun manusia. Mengiktiraf keperwiraan seseorang pejuang, bukan semestinya kita menyokong ataupun bersetuju dengan semua pegangannya. Kita mungkin tidak bersetuju dengan 'socialism' Che Guevera, namun kita perlu akur dia pejuang yang handal dan ada nilai-nilai positif yang patut dipuji pada dirinya.

Iktiraf

NONEGolongan agama di samping membaca dan mengkaji tentang sejarah para pejuang ‘agama', perlu juga melihat sejarah para pejuang lain dari pelbagai latar supaya kita memiliki horizon penilaian yang lebih luas. Jika pun kita tidak bersetuju, kita wajar juga mengiktiraf kesungguhan dan mempelajari strategi yang telah mereka lalui. 

Bahkan tidaklah salah untuk kita mengiktiraf kebaikan perjuangan mereka dan menyertainya jika ternyata itu satu kebaikan. Seperti yang selalu disebutkan bahawa Nabi s.a.w mengiktiraf dan menyokong perjanjian yang dibuat oleh Quraish semasa jahiliah kerana isinya membela golongan yang ditindas. 

Al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi dalam kitabnya as-Sunan al-Kubra meriwayatkan Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah Abdullah bin Jad'an. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai."

Di samping kita juga perlu tahu, mungkin ramai dalam kalangan mereka yang tersenarai sebagai pejuang itu tidak sampai kepada mereka ajaran Islam yang sebenar. Maka, kita tidak boleh menuntut untuk mereka mendasari perjuangan mereka kepada ajaran Islam seperti yang kita fahami.
Firman Allah: (maksudnya) "Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul" (Surah al-Israk: 15).

Dikenang

Ramai pejuang yang tidak dikenang semasa hayat mereka. Bahkan kebanyakan pejuang itu menderita semasa hidup mereka. Diburu, dihina, dicerca, dipenjara, diseksa bahkan ada yang dibunuh.

Nilai perjuangan pula, diukur berdasarkan kepada aliran masing-masing. Seseorang mungkin dianggap pejuang oleh satu pihak, tetapi mungkin pulak dianggap pengkhianat oleh pihak yang lain. Bukan semua pejuang mendapat pengiktirafan menyeluruh oleh bangsa dan negaranya. 

NONEBetapa ramai pejuang yang difitnah semasa hayat mereka dan fitnah itu terus dibawa sehingga mereka telah lama pergi meninggalkan dunia ini. Kemudian apabila pejuang itu dikenang, apa penghargaan yang hendak diberikan selepas mereka tiada?!

Saya pernah berkata kepada seorang ketua negara yang berbicara dengan saya secara peribadi bahawa ramai pemimpin yang dikenang jasanya dengan diberikan nama bangunan, atau jalan raya atau sekolah atau bandar sempena namanya. 

Dapatkah dia merasai nikmat itu? Dapatkah dia merasa kenikmatan hanya kerana namanya disebut selepas mati? Sedangkan dia berhadapan dengan Tuhan yang akan mempersoalkan segala tindakan dan amalannya.

Ramai pula yang mengaku jujur dan ikhlas, sedangkan maksud sebenarnya Allah mungkin tidak demikian. Maka dalam Islam, seseorang yang hendak berjuang, terlebih dahulu hendaklah dia membetulkan niatnya dengan tuhannya. Keimanan yang luhur kepada pembalasan baik dan buruk terhadap amalan di dunia ini boleh menjadikan seseorang itu pejuang yang sejati. 

Balasan nikmat dari Allah itu yang paling diharapkan. Pengiktirafan Allah itu maha penting. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?" Dia menjawab: "Aku telah berperang kerana-MU sehingga syahid". Allah berkata: "Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu". 

Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?" Dia menjawab: "Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana-MU". Allah berkata: "Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu". 

Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: "Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya kerana-MU". Allah berkata: "Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu". Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).

Tiada syurga untuknya, sebaliknya baginya neraka. Maka, dalam Islam sesiapa yang ingin berjuang hendaklah mengikhlaskan diri kepada Allah, kemudian memastikan dia berada pada landasan perjuangan yang betul yang Allah redha padanya. 

Nabi s.a.w pernah ditanya: "Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah? Rasulullah s.a.w menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, pejuang Islam ialah seorang ikhlas niat dan benar jalan perjuangan yang dipilihnya.

tulisan : Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis.

Friday, June 21, 2013

Kenapa perlu ke jalan raya

Pada jam 2:00 petang hari Sabtu, 22 Jun ini ratusan ribu rakyat Malayaia akan turun ke jalan raya untuk menunjukkan perasaan di Dataran Padang Merbok - Jalan Parlimen. Lalu pertanyaan timbul kenapa perlu tunjuk perasaan? Kenapa perlu berdemo? Sebelum saya menjawab dua soalan ini biar saya nyatakan apa yang akan terjadi.

Seperti biasa kita akan terbaca kenyataan PDRM melarang himpunan ini kerana dikatakan tidak ‘bersunat dan tidak bersembelih' - haram menyalahi undang-undang. Orang ramai akan diingatkan agar jangan datang. Kita akan terbaca kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur menerangkan bahawa Dataran Padang Merbok telah ditempah semenjak tujuh tahun dahulu. Kita akan terdengar kata-kata nista dan cerca tentang demo ini dari kaca TV.

NGO Melayu Islam akan tunggang tunggit bersuara menyatakan bantahan. Guru silat dengan ilmu ghaib berjanji akan datang untuk membuat demo yang berasingan. Penjual Ikan Bakar akan menggoyangkan buntut membantah perhimpunan satu juta rakyat di Dataran Padang Merbok. Akan ada temubual dengan mamat pemandu teksi dan mat tuan punya warung yang meraung marah kerana pada hari tunjuk perasaan mereka akan kehilangan mata pencarian.

Semua ‘heboh-heboh' di atas hanyalah berita yang dimunculkan khusus untuk mengalihkan fokus orang ramai. Heboh-heboh abang polis ini tidak menjawab soalan hakiki untuk kurun ini. Kenapa rakyat turun berdemo? Jawabnya: Ratusan ribu rakyat turun ke jalan raya berdemo kerana PRU13 dahulu telah dimenangi oleh United Malayas National Organisation dengan jalan tipu. Rakyat tidak mahu menerima keputusan PRU13. Orang ramai marah maka mereka ke jalan raya berdemo.

Kenapa perlu berdemo? Jawabnya: Kita perlu berdemo untuk menuntut tujuh orang pesuruhjaya SPR meletak jawatan. Kita berdemo untuk memastikan ada pemilihan di 25 kawasan yang terbukti berlaku penipuan. Kita wajib berdemo untuk memastikan projek persempadanan semula dihentikan dengan serta merta. Projek persempadan ini adalah satu lagi projek tipu dari United Malays National Organisation. Projek ini bertujuan untuk memastikan dalam PRU14 nanti Pakatan Rakyat akan lumat.

Masih tidak yakin sebab musabab kenapa kita wajib berdemo?

Biar saya terangkan bahawa di Malaysia ini jika pilihan raya yang boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan. Apakah ayat yang saya tulis ini sahih atau hanya ayat-ayat propaganda? Atau satu hasutan jahat?

Biar saya surahkan sejarah untuk membuktikan bahawa jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan. Untuk anak anak muda, untuk generasi yang lahir sesudah tahun 70-an pasti tidak tahu bahawa pada satu ketika dahulu ada pemilihan - ada pengundian - untuk memilih ahli majlis kerajaan tempatan. Ertinya Datuk Bandar bukan dilantik tetapi dipilih melalui undi orang ramai. Begitu juga ahli-ahli majlis tempatan - semua dipilih melalui pengundian.

Sejarah membuktikan bagaimana di setiap kali pemilihan kerajaan tempatan ini dijalankan yang menang ialah Parti Rakyat, Parti Buruh atau kumpulan Front Sosialis. Ini sebelum Parti Buruh menjadi arwah. Kota Pulau Pinang, kota Melaka, bandar Seremban atau bandar Johor Bahru - semuanya dikendalikan oleh Ahli Majlis yang dipilih oleh warga kota. Kota Ipoh pula dimenangi oleh PPP - sebelum parti ini menjadi mandul.

United Malays National Organisation tidak dapat bernafas. Parti ketuanan Melayu tidak pernah dapat menguasai kerajaan tempatan melalui pilihan raya. Maka pada tahun 1964 pilihan raya kerajaan tempatan diharamkan hingga ke hari ini. Pada hari ini ini semua ahli majlis - DBKL, MBPJ, MBS dan, dan, dan... semuanya dilantik.

Surah ini membuktikan dengan sahih bahawa pilihan raya di Malaysia ini jika dapat mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan.

Lalu timbul soalan sampingan. Apakah demo ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan. Jawabnya: Menggulingkan kerajaan yang zalim itu satu kewajipan. Bukan satu yang pelik jika ada sesiapa yang turun berdemo dengan niat mahu menggulingkan kerajaan. Ini bukan satu niat yang salah.

Biar saya terangkan di sini bahawa Nik Aziz juga bercita-cita untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional. YB Nurul Izzah juga memiliki niat yang sama. Timbalan Presiden Pas Mat Sabu juga bercita-cita untuk menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation. Lim Kit Siang anak beranak pun mahu menggulingkan kerajaan hari ini.

Malah Najib Razak sendiri secara terbuka berniat untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Datuk Mustapa Muhamed telah merancang dengan licik dan lama untuk menggulingkan kerajaan Pas di Kelantan. Justeru menggulingkan kerajaan bukan satu jahat.

Lalu ditimbulkan hujah bahawa Nik Aziz, Mat Sabu, Lim Kit Sing atau Nurul Izzah mahu menggulingkan kerajaan United Malays melalui pilihan raya. Tetapi seluruh rakyat Malaysia sedar bahawa mustahil United Malays National Organisation akan dapat digulingkan melalui pilihan raya.

Dari sinilah muncul wacana hakiki tentang kemustahilan kerajaan zalim ini digulingkan melalui pilihan raya.Mustahil kezaliman ini dapat ditamatkan melalui pilihan raya. Tidak mungkin United Malays National Organisation akan kalah dalam pilihan raya. Ini kerana sistem pengundian - sistem pilihan raya itu - telah direka dan dibuat untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus menang.

Menuntut pilihan raya bersih dan adil - perjuangan Bersih - adalah satu kerja yang baik. Tetapi mustahil United Malays National Organisation akan melunaskan lapan tuntutan Bersih. Mustahil Parti ketuanan Melayu ini mahu menjalankan satu pilihan raya yang bebas dan adil. Dalam pilihan raya yang bebas dan adil Pakatan Rakyat akan menang manakala United Malays National Organisation akan dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah.

Kerana itu United Malays National Organisation telah menjalankan pelbagai bentuk penipuan dalam pilihan raya. Telah dibuktikan bagaimana dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat telah ditipu. Pengundi Pakatan Rakyat telah ditipu. Kemenangan rakyat telah dicuri. Kerana ini rakyat marah. Inilah sebab orang ramai turun ke jalan raya.

Lalu timbul lagi persoalan - apakah dengan tunjuk perasaan ini akan berlaku perubahan. Jawabnya: Boleh berlaku perubahan. Dalam satu demo yang besar ia akan memberi tekanan yang kuat terhadap Najib Razak dan konco-konconya dalam United Malaya National Organistaion. Kalau satu juta rakyat turun ke jalan raya. Kalau ratusan ribu rakyat turun ke Dataran Padang Merbok dan mereka TIDAK berganjak dari menuntut tiga Tuntut #TIPU505 maka elit politik akan retak dan pecah.

Lihat sekarang bagaimana pengerusi SPR telah membuat kenyataan bahawa dia telah menjalankan tugas dengan baik maka tidak perlu letak jawatan. Kenyataan ini bukan ditujukan kepada penyokong demo jalan raya. Kenyataan ini ditujukan kepada tuannya ernama Najib Razak. 

"Den dah buat kojo jahat apo pulak kao nak buang den" - inilah isi hati si penjenayah yang semakin sedar tali gantung kariernya telah semakin hampir.

Kenyataan terbaru dari pengerusi SPR ini lagi lawak dan lagi seram. Si mamat ini kini merasa sedih dan kecewa kerana dakwat kekal TIDAK kekal. Lihat bagaimana berapa hari sesudah PRU13 dijalankan. Si mamat ini amat angkuh dan kurang ajar. Mamat ini telah menolak wujudnya penipuan dakwat kekal. Lampu padam tidak wujud. Gambar lampu padam di tempat pengiraan undi sengaja diada-adakan. Semua hujah Pakatan Rakyat dianggap fitnah.

Kenapa hari ini sedih dan menyesal? Jawabnya: Si mamat ini merasa sedih dan kecewa kerana si mamat ini tahu pada 22 haribulan ini ratusan ribu rakyat akan turun ke jalan raya. Ratusan ribu rakyat ini TIDAK akan pulang sehingga si mamat ini bersama enam lagi pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan. Tali gantung kariernya semakin hampir kerana itu si mamat ini sedih dan kecewa.

Perubahan bunyi suara pengerusi SPR ini membuktikan bahawa politik jalan raya telah membawa hasil. Kini rakyat Malaysia juga sedar bahawa elit politik dalam United Malays National Organisation sedang retak. Mereka sedang bergaduh - tuduh menuduh - menyalahkan satu sama lain. Kini telah ada ura-ura untuk menendang Najib. Ada rancangan untuk menobatkan Tengku Razaleigh sebagai ganti.

Perubahan politik ini TIDAK akan berlaku jika rakyat TIDAK turun ke jalan raya. Kalau orang ramai tidak turun ke jalan raya menolak penipuan maka gerombolan United Malya National Organisation akan terus berkenduri kendara merompak harta negara kita.

Jika rakyat TIDAK turun ke jalan raya maka dunia luar tidak sedar tentang penipuan yang telah berlaku dalam PRU13. Masyarakat dunia juga tidak sedar bahawa rakyat Malaysia telah menolak keputusan PRU13. Semua ini akan berubah pada Sabtu 22 Jun ini. Pada petang Sabtu ini ratusan ribu rakyat di jalan raya adalah papan poster rakyat Malaysia kepada rakyat dunia. Papan ini tertulis: Bahawa rakyat Malaysia menolak keputusan PRU13.

Inilah kejayaan politik jalan raya. Imej-imej orang ramai di jalan raya akan tersebar luas ke seluruh dunia. Gambar-gambar anak muda di Dataran Padang Merbok akan menaikkan taraf anak muda Malaysia sebaris dengan anak muda di Dataran Tahrir. Imej-imej berdemo akan menobatkan anak muda Malaysia setaraf dengan anak-anak muda di Dataran Taksim.

Kita bukan Arab Spring, kita bukan meniru Dataran Tahrir, kita bukan mengikut anak muda Turki adalah cakap cakap kosong. Yakinlah bahawa ramai rakyat Malaysia ini mahu melihat Najib ditangkap seperti Husni Mubarak. Yakinlah majoriti rakyat Malaysia - 52 peratus - mahu menghancurkan United Malays National Organisation. Yakinlah bahawa ramai anak muda pada Sabtu ini ingin membuat sejarah sama seperti di Dataran Tahrir atau di Dataran Taksim. Ini kerana dunia ini akhirnya adalah milik anak muda.