Kenyataan Media
17 Julai 2013
AES: Mengapa Syarikat Dapat Lebih Berbanding Kerajaan?
Menurut jawapan Menteri Pengangkutan, sebanyak RM20,020,500 kompaun 
hasil Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berjaya dikutip. Agihan 
kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 menyaksikan sebanyak RM13,550,758 
diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan. Ia 
adalah berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi.
Namun
 bagi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), jumlah agihan ini amat 
mengejutkan sama sekali. Bagaimana syarikat konsesi memperolehi 
'ganjaran' jauh lebih besar daripada pihak kerajaan?
Dari
 jumlah kutipan ini juga mendapati kerajaan hanya memperolehi RM 3.4 
juta iaitu hanya 15 peratus daripada jumlah yang berjaya dikutip dari 
rakyat manakala syarikat konsesi pula mendapat hampir 70 peratus. Ini 
menunjukkan sistem AES ini bukan sahaja menjerat orang ramai untuk 
membayar saman, malah menjadi medium syarikat kroni mengaut keuntungan 
luar biasa.
Menurut
 formula yang telah diperkenalkan, syarikat hanya layak ambil RM16 
daripada setiap saman yang dijelaskan, bukan dari jumlah notis saman 
yang dikeluarkan. Ini bermakna syarikat hanya berhak memperolehi RM1.07 
juta sahaja dari jumlah 66 ribu saman yang telah dijelaskan oleh rakyat.
 SAMM mendesak pihak kerajaan supaya menjelaskan dengan lebih terperinci
 mengapa perkiraan pelik ini terjadi. 
Sebelum
 saman AES diperkenalkan, semua jumlah saman yang dibayar oleh rakyat 
akan masuk ke poket kerajaan. Ini bermakna kerajaan mendapat hasil 
sepenuhnya daripada pembayaran saman tersebut. Namun setelah AES 
diperkenalkan, kerajaan hanya menerima 15 peratus sahaja dari jumlah 
bayaran saman tersebut dan selebihnya dibahagi sesama syarikat kroni. 
Ini sudah pastinya tidak berbaloi sama sekali untuk samada untuk 
kerajaan mahupun untuk rakyat yang membayar saman tersebut.
SAMM
 menegaskan bahawa sistem AES hanya mendera rakyat dan ia tidak 
mendatangkan hasil lumayan dalam mengurangkan jumlah kemalangan 
jalanraya, ia hanya lumayan buat pihak tertentu. Justeru SAMM menyokong 
sebarang gerakan memansuhkan sistem AES.

nauzubillah....Inilah dia peluang dan kesempatan yg diambil oleh puak Kapitalis Malaysia yg di dokong oleh kepimpinan UmNo.....Dah la ianya membebankan Rakyat...yg lebih dukacitanya...Terang2 kerajaan beri lesen untuk Kapitalis nie rompak harta yg sepatutnya milik penuh kerajaan dgn perjanjian konsesi konon kononnya ( patutnya ditulis Perjanjian rompakan untuk projek AES)... Wahai pemimpin Negara...sedarlah...dah la kamu menipu dlm pilihanraya..sekarang kamu terang2 gunakan kuasa yg ada bagi lesen pada perompak kapitalis...ingat..dlm kubur esok....terimalah siksaan yg nyata dari yg maha berkuasa...Najib najib....aduhailah anak Tun Razak....
ReplyDelete