Tuesday, August 02, 2016

Bukti penafian palsu Kerajaan Negeri

Kenyataan Media
2 Ogos 2016

1.       Pada 26 Julai lepas che’GuBard dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat sidang media berkenaan isu pertukaran status tanah Lot 68504, tanah seluas 619 hektar (1529 ekar) di Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat. Dalam sidang media tersebut SAMM jelas mempertikaikan bagaimana 4 Menteri Besar sebelum ini menolak sebarang usaha pertukaran status dan mengekalkan kawasan tersebut sebagai kawasan hijau tetapi Datuk Seri Azmin Ali ketika saat awal naik menjadi MB terus menukar kawasan tersebut kepada kawasan pembangunan. SAMM mendesak perubahan status tersebut ditarik balik demi menjaga kelestarian alam sekitar kerana kawasan itu terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland.

2.       Pada hari yang sama melalui portal FreeMalaysiaToday, Exco Kerajaan Negeri, YB Elizebeth Wong telah menyelar che’GuBard sebagai pemberontak PKR dan menafikan bukan sahaja tidak wujud pertukaran status malah pelengkungan semua (re – zone) juga tidak berlaku seperti yang dinyatakan oleh che’GuBard. Sebaik sahaja membaca penafian tersebut saya dan beberapa teman dalam PKR Selangor bertemu che’GuBard dengan agak marah kerana pada kami che’GuBard cuba menfitnah kerajaan negeri. Namun setelah diterangkan fakta dan ditunjukkan bukti kami faham dan menyokong usahanya. Malah beliau juga pada 27 Julai telah mengeluarkan kenyataan respon penafian  palsu kerajaan negeri.

3.       Kerajaan negeri bukan sahaja membisu malah 28 Julai, di portal berita Kerajaan Negeri pula iaitu Selangorkini sekali lagi tersiarkan penafian palsu kononya tidak benar tanah tersebut ditukar status malah tidak ada langsung usaha pelengkungan semula (re-zone). Kami telah bertemu dengan che’GuBard sekali lagi dan kami menyokong beliau mengeluarkan cabaran memberi masa sehingga Isnin (1 Ogos) untuk kerajaan negeri tampil dengan bukti bagi ‘cover’ pembohongan tersebut.

4.       Seperti yang dijangkakan (kerana kami sendiri telah meneliti semua dokumen dan  fakta) Azmin mahupun Elizebeth gagal muncul sehingga semalam (1 Ogos). Hari ini saya sendiri dengan penuh kecewa terhadap integriti mereka,  ingin berkongsi dengan semua beberapa dokumen rasmi kerajaan yang dikongsikan oleh che’GuBard dan pasukanya sebelum ini.

5.       Bersama ini salinan Catatan Carian Persendirian  tercatat dengan jelas tanah milik Salak Land Development  Sdn Bhd, no. lot 68054 telah ditukar status ke kawasan pembangunan pada tahun 2015 dan geran juga telah siap dipinda pada 9 April 2016. Dengan fakta dan salinan ini sahaja sudah membuktikan Exco Kerajaan Negeri berbohong dan kami penggerak PKR akar umbi mendesak beliau bertanggungjawab dan meletakkan jawatan atas pembohongan beliau. Kita marah dengan Menteri Pusat kerana sanggup buat apa sahaja demi bos tetapi apa bezanya dengan kita ? Jelas apa yang diperkatakan oleh che’GuBard perkara benar tetapi untuk membela Azmin, exco kerajaan negeri sanggup berbohong ! Juga disertakan salinan cabutan minit Mesyuarat Kerajaan tahun 2014 (ketika itu Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim)  jelas menyatakan lot 68504 tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland.

6.       Usaha carian data yang sama juga telah dibuat minggu lepas di Pejabat Daerah dan Tanah namun carian gagal dibuat. Apa pentingnya kawasan ini sehingga maklumat ditutup dan sanggup berbohong ? Kami mengesyaki sesuatu yang amat tidak betul telah berlaku dan sedang ditutup.

7.       Kami mendesak Menteri Besar agar tampil memberikan penjelasan penuh mengenai perkara ini kerana pelik pertukaran status tanah ini walaupun ia jelas menjejaskan alam sekitar namun bulan bulan awal sebaik sahaja naik menjadi Menteri Besar pertukaran status ini selesai sehingga dilihat ia seolah keutamaan. Dalam masa yang sama banyak usaha pembangunan di Selangor tertangguh kerana permohonan perlengkungan semula (re-zone) tertangguh sehingga menyebabkan beberapa syarikat bumiputera gulung tikar. Contohnya ada kawasan menanti lengkungan semula (re-zone) dibawah Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tertangguh 3 tahun antara alasanya ialah budget dan bukan tumpuan.

8.       Kami menaikkan PKR dan melawan Umno kerana mahukan sebuah kerajaan yang telus dan kami tidak segan untuk menegur dan melawan jika ada perkara yang sumbang berlaku.

Sekian.

Nasiruddin Bin Mohamed,
Anggota PKR Sepang.

Petikan Minit Mesyuarat PBT (Kuala Langat) yang jelas menyebut lot 68054 
terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland




Carian rasmi yang menunjukkan pertukaran status tanah Lot 68504

Laporan Media Selangorkini (portal rasmi Kerajaan Selangor) dan laporan FMT

4 comments:

  1. Anonymous9:33 AM

    Habis lah azmin dan kartelnya..

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:52 PM

    Letak jawatan aje la
    Bg kat cikgu bard

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:18 AM

    aku rasa Azmin akan kena dakwa SPRM kali ini

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:44 PM

    Macam dah tak de beza antara Azmin dan gengnya dengan najib adn the geng.

    ReplyDelete