Thursday, February 25, 2016

Terima Kasih, Pengarah Jabatan Hutan Selangor buktikan Azmin menipu

Kenyataan Media
25 Febuari 2016

1. Saya dengan ini merakamkan simpati dengan Pengarah dan semua warga Jabatan Hutan Negeri Selangor yang terpaksa menjadi pencuci kepada kesalahan ahli politik. Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Hutan Selangor bertarikh 23 Feb 2016 nampak jelas beliau terpaksa berpusing berhempas pulas mencuci penipuan Menteri Besar di media.

2. Persoalan yang saya bangkitkan ialah
a. Azmin di media menyerang saya dengan kata – kata kesat untuk menyatakan projek balak yang dimaksudkan diberi secara TENDER TERBUKA
b. Azmin menyebut dia tidak terlibat dalam sebarang proses dalam meluluskan atau memilih syarikat untuk projek balak di Selangor.
c. Apa kriteria pemilihan sebuah syarikat ‘enterprise’ yang mempunyai bidang kerja rojak termasuk kutip sampah, bekal alat tulis, bekal pakaian dan macam – macam lagi yang tidak kena mengena dengan pembalakan dapat kerja membalak nilai puluh juta?

3. Dari kenyataan Pengarah Jabatan Hutan Selangor ternyata dia mungkin dalam keadaan tertekan,dipaksa menjawab. Oleh kerana itu dalam kenyataan perenggan akhir dia memerli hina kerajaan negeri seolah rubber stamp dan konon menerima sahaja cadangan pegawai kerajaan.

4. Namun perlu diteliti perenggan ke 8 kenyataan tersebut yang jelas menyatakan Lesen Mengeluar hasil hanya dikeluarkan selepas kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (mesyuarat Exco). Persoalanya sekarang siapa yang mempengerusikan mesyuarat Exco ? Dan dari kenyataan tersebut juga dinyatakan bahawa agihan projek balak yang dimaksudkan tidak melalui tender terbuka.

5. Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Hutan Selangor yang melalui kenyataannya membuktikan sekali lagi Azmin menipu kerana jelas dia terlibat dalam proses kelulusan projek balak yang dimaksudkan dan tidak wujud TENDER TERBUKA. Maka timbul persoalan berapa lagi projek puluhan juta tanpa tender terbuka ?

6. Sekali lagi saya tegaskan semua teguran sudah dilakukan melalui proses dalaman parti sebelum ini dan ternyata tiada apa respon. Faham saya ialah PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA – KATA. Bila tiada pilihan saya TERPAKSA membuat teguran dan pembongkaran terbuka. Ternyata dia bukan sekadar tidak lut teguran malah terus ego bongkak. Dia menggerakkan ‘kartel’nya dalam PKR untuk mengeluarkan kenyataan terbuka meminta saya dipecat dari PKR. Kepada pentaksub Azmin yang mengeluarkan kenyataan konon saya harus dipecat kerana keluar ke media menyerang Azmin, mereka harus ingat saya bongkar masalah pembaziran melibatkan kepentingan rakyat. Namun ingatlah Azmin bukan sekali menyerang sesama pemimpin PKR dan parti sahabat secara terbuka dan Azmin pernah menyerang fitnah presiden Parti sebagai mengamalkan kronisma dan nepotisma hanya kerana dia kecewa tidak dilantik Menteri besar selepas PRU 13. Jadi kalau saya wajar dipecat kerana bercakap soal kepentingan rakyat maka Azmin yang menfitnah presiden kerana kecewa tidak dilantik MB lebih wajar dipecat dahulu.
Kita juga jangan munafik sangat, rakyat sedang memerhati. Kononya kita menyambut Muhyiddin, Shafie malah Mahathir kerana mengkritik secara terbuka Najib, kita serang Najib sebagai penakut bacul kerana menggugurkan mereka dari jawatan. Kita terkinja marah apabila ada usaha memecat mereka dari Umno tetapi bila dalam parti sendiri kita lebih teruk dari Najib. Kita halalkan hampir RM10j wang rakyat ‘mengecat’ pintu gerbang yang kemudian dikatakan derma, kita halalkan RM65.7j hanya untuk tukar kubah dan pejabat pentadbiran sebuah masjid, kita halalkan jutaan duit zakat diagih ke seluruh negara tanpa makenisma pemantauan dan banyak lagi dengan alasan Selangor telah bagi bas percuma , air percuma , pengecualian cukai pintu dan sebagainya, maka apa beza kita dengan pemuja Najib yang menghalalkan semua dengan Kerajaan pusat yang telah memberikan BRIM dan perbagai gula – gula lain kepada rakyat.
7. Ternyata Azmin licik dan bijak. Tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan khususnya pendedahan kertas OSA milik Kerajaan Selangor yang jelas membuktikan dia berbohong di media maka Azmin cuba mengalihkan isu dengan menyerang Ketua Menteri P.Pinang secara terbuka. Pakatan Harapan baru saja terbentuk dengan dokumen perjanjian lengkap siap dengan kewujudan badan yang bertindak dalam perihal disiplin. Teguran Biro Politik PKR sewajarnya disalurkan melalui Seketeriat Pakatan Harapan dan itu sedang dilakukan. Namun demi kepentingan sempit Azmin menyerang Lim Guan Eng secara terbuka dan secara sedar cuba meretakkan hubungan Pakatan Harapan.

8. Tidak cukup dengan itu saya dan Solidariti Anak Muda Malaysia malah Koop SAMM Berhad diserang fitnah oleh beberapa pemuka yang dikenali budak ‘kartel’ Azmin. Malah beratus akaun media sosial yang palsu (tiada identiti) menyerang saya secara peribadi dengan fitnah. Beberapa akaun facebook palsu menggunakan identiti saya juga diwujudkan beberapa hari ini untuk menyerang saya. Begitulah ceteknya politik mereka sama seperti politik regim menyerang pembangkang. Ya, kamu ada duit dan kamu ada kuasa, siapa pun kamu tetapi untuk saya berhenti dan berdiam tidak sama sekali. Pembaziran, salah atau lemah urustadbir melibatkan kepentingan rakyat terbanyak tidak kira siapa pelaku wajib dibongkar dan ditentang. Kamu boleh ugut dan serang saya fizikal dan halus, namun saya yakin kebenaran itu ada kekuatan tersendiri. Selangi (kita percaya) ada tuhan selagi itu ada harapan.

9. Serangan dari media sosial sejak semalam dari kartel termasuk sejak semalam mengaitkan DAP menaja kami berniat jahat dan fitnah. Ini semua agen regim semuanya pasti salah Anwar dan kini semuanya akan jadi salah DAP. Semua harus sedar mereka ini juga musuh dalam gelombang rakyat dalam menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional. Umno dan Barisan Nasional takut jika ada pakatan pembangkang yang kuat, setelah agen mereka berjaya menjahanamkan Pakatan Rakyat yang kini agenya makin mesra Umno kini kita harus halang agen regim dari menghancurkan Pakatan Harapan.

Sekian ;

che’GuBard
anggota seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat

klik juga untuk membaca

2 comments:

  1. Anonymous10:26 AM

    siapa yg paling byk menyerang, dialah yg bersalah dan pengkhianat. empty vessels make the most noise.

    kak wan kena ambil tindakan tegas thdp azmin yg menyerang rakan tahaluf siyasi pkr. spt yg berlaku dlm pakatan rakyat, tugas ini disempurnakan oleh hadi dan kuncu2nya dlm pas dng kehancuran PR.

    skrg azmin mengambil alih tugas hadi dan kuncu2nya utk menghancurkan Pakatan Harapan. presiden pkr mesti keluarkan kenyataan umum membidas tindakan azmin ini.

    ReplyDelete
  2. Aku pun letih jika asyik jawab tuduhan.. Tekanan bro. Cube bro kene tuduh berulang kali letih jugak menjawab.
    Tentang lebuhraya, sgt penting. Kos besar kerajaan negeri tak mampu sebab cukai jalan dikutip oleh kerajaan pusat.
    Ini zaman moden, ramai sanggup ulang alik cari rezeki di mana-mana asal kemudahan ada.
    Jika bro duduk dalam satu pekan, buat kilang banyak, pekerja dari penduduk tak cukup, terpaksa import pekerja dari pekan lain.
    Jarak dari satu pekan ke pekan lain makan masa 2 jam. Pekerja terpaksa keluar rumah jam 6 pagi untuk sampai tempat kerja jam 8 pagi. Tak ke penat atas jalan je.. Tempat kerja da layu. Pulang rumah da longlai. Anak Bini cmna?
    Presiden dan timbalan bertanggungjawab mencari sumber kewangan untuk parti. Takkan itu tak reti ngok. Samalah cm DSAI zaman UMNO mencari duit untuk parti. Klau derma pd anak yatim, aku dpt pahala. Derma pada parti, aku dpt ape?
    Klau parti takde duit, boleh tak pakai duit bro.

    Tuduhan akaun palsu itu tidak betul, kalau ade berani jumpa saya. ' I'm real person not ghost'.
    Bro ni otak takde..

    ReplyDelete