Sunday, February 21, 2016

Bukti penipuan Azmin di media berkenaan tender terbuka dan dia tak terlibat berkenaan tender balak



KENYATAAN MEDIA
21     Febuari 2016


1.    16 Disember lepas saya telah membuat kenyataan berkaitan isu pembalakan di Selangor dan petikan  kenyataan seperti di bawah :
5.       Terbaru saya telah dibekalkan maklumat wujud, kawasan hutan simpan yang mempunyai kayu balak bernilai tinggi telah diserahkan dengan cara meragukan (tanpa proses tender yang betul). Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diluluskan bagi projek jajaran talian penghantaran elektrik yang melalui kawasan hutan di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.  Iaitu melibatkan talian penghantaran Sungai Terentang, Rawang dan Mahkota Cheras. Dilaporkan Jabatan Perhutanan Selangor telah meletakkan RM8 juta dan RM13 juta sebagai nilai bayaran bagi kayu balak yang dibersihkan bagi laluan 2 projek tersebut. Berdasarkan beberapa syarikat perkayuan menyatakan nilai kayu balak selalunya 4 kali dari nilai bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Perhutanan. Maka jika ini dikira nilai kayu  2 kawasan projek ini tidak kurang dari RM45juta.

6.       RM45 juta nilai projek (kawasan balak hutan simpan) telah diserahkan kepada dua syarikat  tanpa proses tender ? Hari ini saya akan menghantar surat (serahan pos laju) kepada Pengarah Jabatan Hutan Selangor mengenai perkara ini. Beliau bertanggung jawab penuh atas perkara ini. Tanpa tender ia adalah salah dan dia harus dihukum. Atau beliau perlu tampil mengesahkan maklumat mengenai ‘arahan khas’ yang dia dapat untuk memberikan kepada dua syarikat yang beralamat di Melaka dan Johor ini. Sangat pelik antara syarikat yang mendapat kawasan pembalakan ini ialah sebuah syarikat yang perniagaannya dalam bidang ‘Beuty and Spa’. Selain dari Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor wajar memberikan penjelasan, pihak Pejabat Menteri Besar Selangor juga harus tampil kerana maklumat yang kami perolehi cukup untuk mengaitkan kamu dalam perkara ini.

7.       Untuk ini kami menanti jawapan dan respon dalam masa 14 hari dari Pejabat Menteri Besar dan Jabatan Perhutanan Selangor dalam perkara ini.

2.       Lantaran dari pendedahan tersebut Azmin Ali telah memberi respon kepada media
                                                                  i.      Menghina saya sebagai menyalak dan ‘macai Umno"                                                                 ii.      Dengan penuh emosi beliau menyatakan                                                        ·         tender diberikan secara TENDER TERBUKA                                                        ·        dia  tidak terlibat dalam memutuskan tender

3.       Saya sebut dengan jelas bahawa Azmin MENIPU dalam perkara tersebut kerana keputusan penganugerahan balak tersebut diputuskan oleh mesyuarat yang beliau pengerusikan dan tiada TENDER TERBUKA

Tiada tender terbuka ini juga boleh dibuktikan dengan tiada langsung iklan panggilan tender terbuka dibuat oleh Jabatan Hutan atau mana – mana agensi terbabit.
4.       Malah dalam simpanan kami dua kertas MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) bertajuk :

  
i.                              Mengeluarkan Kayu Balak dan Jaras di dalam Hutan Simpan Kekal yang     melibatkan Projek Jajaran Talian Penghantaran Elektrik 275 / 132 KV dari Mahkota Cheras Hartamas ke PMU Mahkota Cheras seluas 45 hektar   ii.                              Mengeluarkan Kayu Balak dan Jaras di dalam Hutan Simpan Kekal yang melibatkan Projek Jajaran Talian penghantaran elektrik 275KV (1000 MVA) PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak (ubahan Talian) seluas 34 hektar

5.       Dokumen ini berlebel RAHSIA tertera HAK MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR dan menyebut dengan jelas bahawa 2 kawasan balak tersebut perlu diputuskan untuk diberikan kepada 2 syarikat dari 3 syarikat yang mengajukan profil syarikat. Kertas ini telah diajukan ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Azmin dan dalam mesyuarat itulah memutuskan kawasan balak tersebut diberikan kepada dua syarikat tanpa TENDER TERBUKA.

6.       Jelas ini membuktikan Azmin MENIPU dengan responnya kepada media  mengenai  tender diberikan secara TENDER TERBUKA dan dia langsung tidak terlibat dalam memutuskan tender.
7.       Di sini saya tidak mahu menyebut lagi mengenai bisik – bisik dalam pegawai – pegawai yang ditemui yang mengadukan pertemuan orang kanan Azmin dengan pegawai tertentu melobi syarikat tertentu. Namun cukup setakat ini saya mahu mempertikaikan syarikat yang memperolehi projek balak tersebut.
8.       Syarikat yang mendapat projek balak tersebut juga jelas meragukan. Bayangkan sebuah syarikat ‘enterprise’ yang dimiliki oleh pemuda berasal Johor (bukan Sdn Bhd) yang mempunyai bidang kerja perbagai tetapi langsung tidak ada kena mengena dengan pembalakan mendapat  kawasan balak bernilai puluhanjuta. Dari senarai bidang kerja recam jelas corak ‘enterprise’ seperti ini selalunya diwujudkan hanya untuk memburu kerja ‘indent’ projek semata – mata. Sila Azmin perjelaskan bagaimana dalam mesyuarat yang beliau pengerusi meluluskan syarikat seperti  ini ?
9.       Cabaran untuk saya ke SPRM ialah dari mereka yang tidak memahami pentadbiran itu sendiri. (rujuk m/s 4 kedua dua dokumen yang disertakan) Menurut undang – undang  adalah menjadi hak Kerajaan (sama ada pusat atau negeri) untuk memberikan apa juga projek atau kerja secara tender atau runding terus. Tetapi TENDER TERBUKA ialah janji ‘reformasi’ kita kepada rakyat. Tak kan nak buat laporan ke SPRM kerana Azmin menipu dalam sidang media dan Azmin mengkhianati aspirasi reformasi ?
10.   Perlu direkodkan saya telah menggunakan semua saluran dalaman parti dalam membuat teguran tetapi tidak ada pilihan bila tidak ada tindakan diambil. Tindakan yang saya ambil ialah demi memenuhi aspirasi Reformasi sesuai dengan semangat perjuangan Anwar Ibrahim yang mempertahankan prinsip perubahan dan memperjuangkan hak rakyat sehingga ke penjara.

11.   Saya ke media setelah menggunakan semua saluran dalaman demi mempertahankan prinsisp Reformasi. Namun kena ingat Azmin juga sering menggunakan media menyerang pimpinan parti. Azmin pernah menggunakan media selepas PRU 13 menfitnah Presiden mengamalkan kronisma dan nepotisma hanya sebab kecewa kerana tidak dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

12.   Saya sedar risiko yang saya ambil dalam mendedahkan dokumen berlebel rahsia yang dikait di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA) ini namun didikan gerakan reformasi ialah jika nampak kepincangan maka menjadi amanah kita untuk membongkarkan dan menentangnya. Faham saya dalam perjuangan ini ialah PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA – KATA.

13.   Panik dengan perkembangan pembongkaran kepincangan kebelakangan ini nampaknya Azmin bukan menerima teguran tetapi beliau terus ego dengan menggerakkan Kartelnya membuat kenyataan demi kenyataan agar saya dipecat dari parti. Ingat ketika Azmin menyerang ramai pemimpin parti di media tidak ada orang pun mencadangkan dia dipecat.

14.   Azmin diseru agar kembali semula ke landasan perubahan dan reformasi yang perjuangkan oleh Anwar Ibrahim buang ego, hentikan kerakusan haloba dan jadilah pemimpin kepada semua bukan kartel dia sahaja.


Sekian.

che’GuBard
Ahli Seumur Hidup PKR














No comments:

Post a Comment