Sunday, August 02, 2015

Tukar Najib dengan satu lagi PM boneka Mahathir umpama menukar Pepsi kepada Coca Cola : SAMM

Kenyataan Umum
30 Julai 2015
1. Rentetan daripada pengumuman Himpunan BERSIH 4 yang dijadualkan akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos 2015, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin memberikan pandangan awal berhubung perkara ini.
2. Polemik politik hari ini berasaskan kepada skrip yang sama seperti sebelum ini. Ia adalah pertembungan antara pemodal lama dan pemodal baru. Perlawanan antara lanun dan perompak.
3. Menurunkan Najib dengan menukar seorang Perdana Menteri boneka Mahathir adalah ibarat seperti menukar Pepsi kepada Coca Cola. Ia tidak maksud apa-apa dan hanya meneruskan kemudaratan kepada negara ini.
4. SAMM tegas dengan pendirian kami sebelumnya bahawa kami menuntut perubahan sistem yang menyeluruh. Perlaksanaan Kerajaan Peralihan (Caretaker Government) dari semua parti politik perlu dibuat dengan segera.
5. Kerajaan Peralihan ini hanya perlu dikekalkan selama setahun sahaja bagi menangani krisis yang sedang berlaku dan mempersiapkan Malaysia untuk menghadapi satu pilihanraya yang bersih dan adil. Selepas tempoh itu, Parlimen Malaysia mesti dibubarkan dan mandat diserahkan kembali kepada rakyat untuk memilih Kerajaan Pemerintah.
6. SAMM melihat ini adalah masa kritikal untuk semua pihak yang membawa slogan pembaharuan dan perubahan untuk menggembeling usaha mengubah sistem yang telah diwarisi daripada penjajah. SAMM amat khuatir kita akan terlepas peluang keemasan ini.
7. Pendirian rasmi SAMM dan sekutu berhubung BERSIH 4 ini akan dikeluarkan selepas perbincangan menyeluruh yang akan diadakan semasa Rapat Kebangsaan Ketiga 2015 yang dijadualkan pada 9 Ogos nanti.
Kenyataan umum ini dikeluarkan di Jakarta, Indonesia semasa Lawatan Kerja SAMM Malaysia ke Jakarta seperti yang diumumkan dalam kenyataan sebelum ini.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah
Pemikir Kaum Muda SAMM

p/s : pesanan kepada semua pengguna telefon bimbit sila klik sini 

No comments:

Post a Comment