Wednesday, January 16, 2013

Terima kasih semua yang terlibat dalam Countdown #KL112

Kenyataan terbuka

16 Januari 2013

TERIMA KASIH BERSAMA MENCIPTA SEJARAH DALAM MENGIRA DETIK #KL112 - KALI PERTAMA 74 TOKOH MUNCUL TANPA PROTOKOL BERKONGSI SATU PENTAS

Bermula 26 Disember 2012 di Machang, SAMM dan SMM serta banyak sekutu lain telah mulakan Jelajah Anak Muda Mobilisasi #KL112 bagi sama menjayakan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Sebanyak 16 program telah berjaya diadakan bagi membantu mobilisasi dengan kemuncak program tersebut diadakan program Rapat Anak Muda Mengira Detik atau Countdown#KL112 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2013 bermula 9 malam - 12.15 tengah malam

Program Rapat Anak Muda tersebut telah mencipta sejarah berjaya menampilkan 74 tokoh tampil berpidato, menyanyi, bergurindam bagi menyampaikan masej menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat, mereka bukan sahaja tokoh politik, seliberiti ataupun mahasiswa sahaja tetapi orang biasa seperti pekerja kilang (dari Melaka), Nelayan (dari Terengganu), peniaga kecil dan seumpamanya ang membawa suara hati kebangkitan rakyat dari akar umbi. Pimpinan NGO antara majoriti yang mengisi pentas dan penampilan mengejutkan ialah Tuan Nasiruddin mewakili Persatuan Bekas Polis Malaysia yang mendedahkan bagaimana Bn terlibat mendiamkan aktiviti mengambil komisyen ke atas bantuan kepada bekas polis.

Kami memohon maaf atas kekurangan dalam penganjuran. Kami juga memohon maaf ke atas beberapa tokoh yang telah hadir namun tidak sempat untuk diberi ruang bercakap di atas pentas antaranya Syed Shahrir (bekas Presiden MTUC), Clement (anti Lynas), Shaarudin (Selamatkan Pantai Kito - Teluk Kemang), Sheikh Omar (anak muda anggota seketeriat HKR), Khalid Ismath (aktivis mahasiswa) dan Baginda (NGO orang asal Sarawak). Namun yakin semua berjiwa besar dan terus meraikan program sampai ke penghujungnya.

Selain sejarah menampilkan paling ramai tokoh dalam satu masa, pentas Rapat Anak Muda Countdown #KL112 malam tersebut juga telah diadakan tanpa protokol. Kali pertama pemidato disusun bukan berdasarkan darjat sebaliknya berselang seli tanpa protokol, kali pertama rakyat melihat bagaimana Naib Presiden PAS sampai dan duduk bersama hadirin di bawah pentas sementara menanti giliran naik ke pentas, YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid sampai dan selamba duduk di belakang pentas. SAMM menjadikan pentas malam tersebut betul - betul berimej rakyat, kehadiran yang ramai juga telah menjadikan orang yang hadir sehingga duduk di bahagian tepi atas pentas. Semua termasuk wakil NGO, pimpinan kanan parti politik dan rakyat biasa semuanya berucap dalam masa 3-4 minit seperti yang ditetapkan.

Kutipan dana pada malam tersebut dari hadirin ialah RM 9,570.43 dan ini menampung kos penganjuran keseluruhan malam tersebut yang berjumlah RM 18,300.00. Majlis malam tersebut juga mendapat sedikit tajaan sumbangan RM4,000 dari PR Selangor melalui YB Amirudin Shaari.

Acara malam tersebut ialah kemuncak dari siri jelajah yang telah berjalan sejak 26 Disember lagi. Ramai yang terlibat menjayakan program ini. Kesempatan ini SAMM juga bagi pihak SMM penganjur bersama mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya sokongan dan dokongan dari Tn. Hj Mohamad Sabu serta seluruh jawatankuasa induk HKR.

Di sini cheGuBard juga ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada semua komrad SAMM yang telah bekerja bertungkus lumus dalam semangat adik beradik yang tinggi dengan mengorbankan masa dan kewangan bagi menjayakan keseluruhan program dari jelajah, malam mengira detik sehingga perarakan ke stadium oleh SAMM yang cukup mengujakan. Kita telah membuktikan anak muda mampu mencipta sejarah !

 Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

 SAMM mengetuai pergerakan dari Kg Baru ke Stadium Merdeka 12 Jan
 Malam Rapat Anak Muda Countdown #KL112 diakhirkan dengan nyanyian Blank Gamma dan tembakan bunga api


 dianggarkan lebih 15,000 hadir pada malam Rapat Anak Muda countdown #KL112
SAMM berjaya memobilisasi lebih 600 petugas hadir di Kuala Lumpur yang didaftarkan untuk beberapa tugas khusus pada 11 dan 12 Januari

1 comment:

  1. Anonymous5:01 PM

    Chegubard..saya ucapkan jutaan terima kasih di atas penganjuran telah dibuat..sy merupakan salah seorg peserta HKR #KL112..sy berharap chegubard akn menjadi salah seorg pemimpin anak muda pd masa akan datang..

    ReplyDelete