Wednesday, January 30, 2013

KJ Kena Jawab Pinjaman Mudah Jutaan Ringgit Bank Pertanian Dilupuskan?

Chegu-Bard and khairy
SHAH ALAM, 30 DIS: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin(KJ) digesa menjawab dakwaan isu pinjaman jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad yang dikaitkan dengan beliau ketika bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi masih menjawat jawatan Perdana Menteri.

Pinjaman masih tertunggak itu juga dikatakan mungkin bakal dilupuskan sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pegawai bank yang menguruskan pinjaman mudah itu.

Demikian menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard kepada TV Selangor hari ini.

“Saya ada datanya, pinjaman itu dibuat sebelum Pilihan Raya Umum tahun 2008 lagi, tetapi Khairy tidak pernah membayar sekali pun,” kata Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.

Chegu Bard yang belum mahu mendedahkan jumlah pinjaman tersebut turut mempersoalkan tujuan pinjaman tersebut dibuat.

“Kalau petani biasa, nak pinjam cuma beberapa ribu ringgit, tetapi pelbagai syarat perlu dipenuhi seperti ‘proposal’ (kertas cadangan) dan sebagainya, tetapi apa ‘proposal’ Khairy beri sehingga membolehkan dia dapat pinjaman yang bukan sedikit.

“Lazimnya rakyat kebanyakkan kalau tak bayar pinjaman seperti pinjaman kereta contohnya, kelam-kabut sorok kereta di belakang rumah, bimbang kena tarik.

“Adakah Bank Pertanian beri layanan berbeza dengan VIP seperti Khairy hinggakan pinjaman berjuta ringgit boleh dilupuskan begitu sahaja, sedangkan bank itu milik kerajaan dan fungsinya untuk membantu golongan petani untuk memajukan diri mereka dalam bidang pertanian” ujar beliau lagi. - http://www.selangorku.com/?p=20575 

Sila klik sini untuk layari kenyataan penuh mengenai pinjaman Bank Pertanian libat Khairy Jamaluddin

No comments:

Post a Comment