Thursday, December 08, 2011

Umno terus tenggelam dengan politik lucah ; Pihak berkuasa pula terus diperalat melindungi

Kenyataan Terbuka
8 Disember 2011

1. Sejak semalam che'GuBard dihubungi beberapa pihak memohon penjelasan mengenai artikel di Malaysiakini (klik sini untuk baca lanjut) Portal berita itu melaporkan kononya che'GuBard cuba membayar seorang blogger upahan Umno dari menyiarkan video mengenai che'GuBard.

2. Nampaknya ini strategi murahan Umno melalui blogger-blogger upahan mereka. Fitnah dan penipuan menjadi strategi utama mereka. Serangan peribadi politik lucah menjadi kebiasaan mereka. Apa perlunya che'GuBard melayan saebuah blog yang penuh dengan tulisan penuh maki hamun dan lucah tersebut. Jika benar sila sebut siapa yang kononya dihantar oleh che'GuBard untuk kononya membeli blogger tersebut ?

3. Kebanyakan blogger Umno ini melindungi identiti, kerana itu mereka berani menulis perbagai bahan fitnah. Blogger upahan Umno ini panik selepas satu laporan polis dibuat beberapa hari lalu oleh Amin Iskandar kerana fitnah yang jelas dalam penulisan blogger upahan Umno tersebut yang jelas menuduh Amin Iskandar diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dalam laporan polis tersebut Amin telah mendedahkan identiti blogger upahan Umno tersebut.

4. Namun yakin mereka dilindungi Polis dan pimpinan utama negara maka mereka tidak segan-segan terus membuat fitnah.

5. Menyentuh mengenai ugutan kononya akan mendedahkan video rakaman ketika che'GuBard menonton video lucah bersama Rahim Thamby Chik dan sekutunya. che'GuBard mempersilakan tayangan tersebut. Tidak ada apa yang perlu diselindungkan. Semuanya telah che'GuBard perjelaskan dalam kenyataan media mengenai video tersebut. (klik sini untuk membaca lanjut).

6. Sejak 24 Mac 2011 (dalam kenyataan media termasuk dalam ceramah - ceramah kemudianya lagi) dipertegaskan,betapa che'GuBard telah berusaha berpura-pura percaya terhadap video tersebut untuk mendapatkan satu set salinan asal rakaman penuh video tersebut kerana berkeyakinan jika salinan asal rakaman penuh itu diperolehi terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam video tersebut dapat dibongkarkan. Eskay yang pada peringkat awal bersetuju untuk menyerahkan video tersebut jika che'GuBard berjaya menyakinkan Dr. Wan Azizah untuk menonton video tersebut. Namun setelah che'GuBard nyatakan esoknya konon Dr. Wan Azizah setuju (walaupun saya tidak bertanyakan pun mengenainya pun kepada Dr. Wan Azizah) tiba - tiba Eskay panik dan tetap tidak memberikan salinan tersebut. Ternyata dia takut untuk set salinan rakaman penuh tidak terkeluar pada ketika itu kerana banyak benda mahu diselindungkan dan ingin bermain dengan politik persepsi.

7. Tidak apa yang perlu diselindungkan, malah sebelum pergi menonton che'Gubard telah memaklumkan kepada Anwar Ibrahim mengenainya dan sebaik sahaja selesai menonton telah pergi terus ke rumah Anwar Ibrahim memaklumkan mengenai apa berlaku di depan Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah sendiri termasuklah usaha menyakinkan Eskay untuk cuba mendapatkan salinan rakaman tersebut.

8. Persoalan kenapa che'Gubard dipanggil ketika itu mungkin kerana ada pertembungan beberapa isu yang dibangkitkan dengan parti pada ketika itu dan mereka mengharapkan che'GuBard dapat diyakinkan untuk bersama menyerang Anwar secara peribadi. Namun ditegaskan jika ini harapanya pasti mereka kecewa kerana apa yang dibangkitkan pada ketika itu ialah isu prinsip ke arah lebih memperkasakan parti dan bukan kerana ketidakpuasan hati secara peribadi.

9. Video yang kononya akan disiarkan itu hanyalah video yang merakamkan bagaimana che'GuBard cuba menyakinkan Eskay dan Rahim untuk menyerahkan salinan video fitnah lucah tersebut dan che'GuBard juga berharap rakaman penuh dikeluarkan dimana ada komen Rahim mengenai kes sensasi melibatkan Najib dan penipuan beliau kononnya beliau tidak pernah menonton dan tidak tahu menahu mengenai video itu.

10. Akhirnya semuanya saya telah rakam dan perjelaskan sepenuhnya dalam buku FITNAH terbitan SAMM. Buku ini selain dari 'buku rujukan' lengkap menjelaskan semua fitnah sejak 1998 (fitnah 50 Dalil-fitnah liwat 1-fitnah liwat 2 hinggalah fitnah video seks). Buku ini berjaya memberikan penjelasan mudah dan ringkas menjawab siri fitnah Bn ini. Buku ini telah masuk cetakan kedua dan boleh diperolehi secara pos (klik sini) atau di lokasi program melibatkan SAMM atau che'GuBard (klik sini)

11. Penting juga perlu diperhatikan, selepas dari Eskay gagal melaksanakan misi mempergunakan orang - orang dalam bagi menyerang Anwar Ibrahim. Maka dia telah ke Bukit Aman menyerahkan salinan rakaman penuh video tersebut. Eskay tegaskan di depan media bahawa video tersebut hanya diserahkan kepada polis sahaja.

12. Selepas pihak polis mendapat video tersebutlah maka video tersebut juga tersebar juga di internet. Adakah polis terlibat ? Ini ada kemungkinan kerana selepas itu banyak blogger pro Umno turut bebas menyiarkan video lucah tanpa tindakan serius polis atau mana - mana agensi terbabit. Mereka seolah dilindungi sepenuhnya. Ini tidak pelik jika merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno yang mengakui bahawa sememangnya polis dan tentera terlibat dalam kerja politik Umno. (klik sini untuk baca lanjut).

13. che'GuBard telah tegaskan selepas kenyataan media 7 April 2011 mengenai perlunya anjakan paradigma politik tempatan dengan menghentikan politik lucah yang tidak mendidik (klik sini) namun nampaknya Umno tidak boleh lari dari hakikat ini. (klik sini). Ketika rakyat bergelut dengan perbagai masalah kehidupan seharian Umno terus membayar blogger seperti ini untuk bermain cerita fitnah dan lucah.

14. Umno nampaknya, menilai rendah pemikiran rakyat Malaysia dengan terus bermain politik lucah dengan caci maki dengan menaja blogger-blogger tertentu. Ada blogger dilaporkan dibayar sehingga RM80,000 sebulan (klik sini). Mereka sanggup membayar blogger untuk mencaci maki dan menyebar fitnah termasuk lucah dari menggunakan dana tersebut dari membantu rakyat susah di kawasan masing - masing.

Sekian

che'GuBard

10 comments:

  1. Anonymous3:16 PM

    Asal BN, itu fitnah... kau tak pernah fitnah? Hahahahaha... takyah la kelentong. Kalau dah kaki jilat juboq anwar, memang kelentong, kencing, fitnah semua jalan...

    Ok... bile aku nk tgk kau bayar saman kat court?

    ReplyDelete
  2. Lembuno sape lk trlepas ni..

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:50 PM

    banyak lah ko punya serangan peribadi..yg ko serang peribadi org lain boleh pulak..bila terkena kat ko, ko melenting semacam jer mcm kepanasan,pantas respon..rosmah yang kena fitnah dgn ko pun rilek jer tak da benda pun..blah la lu Badd..

    ReplyDelete
  4. Anonymous5:55 PM

    fitnah apanya kalau kat video tu nanti terpampang muka ko..ko fitnah pasal atlantuya dulu takda pun ko tunjuk bukti..setakat gambar superimpose tu semua org blh buat..

    ReplyDelete
  5. ibnu adam6:24 PM

    cis, pengecut, chicken
    kutuk tuan punya blog tp tak letak nama. camtu punya style lembu fidlot lg pandai

    ReplyDelete
  6. Putar, putar dan putar lagi...


    hehehe....

    ReplyDelete
  7. Anonymous12:03 PM

    "What goes round comes around" brother! That is only in this temporary world. Think brother, think deep and hard what will come to us in the hereafter (akhirat la tu abang!). Remember slander is worse than killing (and worse still if the slandered is your brother in Islam).
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  8. lembu punya susu,sarizat dapat nama..ha,ha,ha...mulut dh banyak sangat melucah,menfitnah,pasal tu laa akhlak pon mcm taik..

    Bodo punya umnobn..

    ReplyDelete
  9. Anonymous8:25 PM

    Lembu sekor ni terlepas dr kandang kak ijat la ni huhuhu....

    ReplyDelete
  10. Anonymous8:10 AM

    Chegubard nie suka spin lah.. i loike...

    ReplyDelete