Wednesday, November 30, 2011

Ucapan Ketua Pemuda Umno buktikan Umno perkuda PDRM dan Tentera


Kenyataan Terbuka
1 Disember 2011

rujuk kenyataan Ketua Pemuda Umno di sebuah portal berita klik http://www.malaysiakini.com/news/182868

Dalam kenyataan tersebut jelas mengakui Polis dan Tentera terlibat dalam proses pemilihan calon bagi pihak Umno.

Ini satu kenyataan dan pengakuan yang serius. Pdrm seharusnya bebas dan menjadi pelaksanan undang -undang yang bebas. Angkatan tentera seharusnya tidak terlibat dalam politik kepartian. Malangnya dengan pengakuan ini ternyata Polis dan Tentera diperkudakan sebagai jentera politik Umno. Pegawai tertinggi Pdrm dan ATM perlu tampil menjawab kenyataan ini. Jika ini benar maka negara benar-benar dalam masalah. Sistem negara telah hancur dengan dua elemen penting jugu telah hancur ditunggang kepentingan politik Umno.

Kenyataan ini juga satu penghinaan apabila dengan angkuh Ketua pemuda Umno sendiri memperakui perkara inis ecara terbuka dengan bangga memperakui Umno memperkudakan dua agensi penting negara.

Satu lagi yang perlu diberikan perhatian dari kenyataan Khairy ini ialah pengakuan beliau mengenai betapa Zahid Hamidi menggunakan kedudukan selaku Pengerusi Bank Simpanan Nasional (Bsn) dengan salah guna kuasa mengagihkan kad kredit untuk mengekalkan pengaruh dalam pemuda ketika menjadi Ketua Pemuda Umno.

Zahid Hamidi harus tampil memberikan penjelasan. Jika ini benar , berapa pula hutang lupus yang melibatkan pinjaman mahupun kad kredit kepada golongan tertentu ketika beliau menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional.

Dengan kenyataan ini sewajarnya SPRM (jika benar membenteras salah guna kuasa dan rasuah) boleh memulakan tindakan. Kepada rakyat kenyataan ini harus diambil serius menggambarkan kemusnahan sistem yang telah dilakukan oleh Umno.

che'GuBard
Ketua Cabang PKR Rembau

No comments:

Post a Comment