Thursday, October 21, 2010

Pelajar UKM dan kakitangan terlibat himpunan agong Umno

Gambar di atas merupakan gambar yang dipetik dari sebuah akhbar arus perdana tempatan yang merakamkan raptai perasmian Mesyuarat Agong Umno.

Dalam gambar tersebut dengan jelas dibulatkan ialah pelajar UKM. Difahamkan melalui maklumat yang diperolehi mesyuarat agong Umno memang biasa melibatkan pelajar universiti yang dibayar elaun secara harian.

Kali ini dengan jelas gambar yang tersiar dalam media arus perdana ini merakamkan keterlibatan mereka. Dipercayai sekumpulan pejajar dari UKM serta kakitangan turut terlibat.

Ini menunjukkan bukti jelas bahawa AUKU itu hanya alat untuk pertahan regim pemerintah dengan memandulkan terus minda warga universiti di Malaysia. AUKU mengekang warga universiti khususnya pelajar dari terlibat dalam politik, namun bila ia melibatkan politik parti regim penguasa maka AUKU hilang kukunya.

Bukan sedikit mahasiswa yang diambil tindakan kerana hanya disyaki terlibat menyokong idea parti selain regim penguasa. Menteri Pengajian Tinggi, Mohamaed Khalid Norden harus tampil memberikan penjelasan ini.

Perkembangan ini seharusnya menjadi pemangkin untuk warga universiti untuk bangkit menentang AUKU. Hanya dengan kuasa mampu memusnahkan AUKU.

Kepada semua warga universiti, bangkitlah. Kepada yang berani nyatakan desakan dengan terang, Mansuhkan AUKU! atau sekurang kurangnya asas yang harus dilakukan pastikan diri anda dan teman-teman daftar sebagai pengundi berdaftar dengan SPR dan bila tiba masa humban regim penguasa hipokrit ini.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:52 PM

    CheguBard, UMNO cuba memanipulasikan pemikiran mahasiswa dalam usaha mendapt sokongan Muda dalam PRU 13 dan ke atas...Mahasiswa meluat

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:52 AM

    kalo nk belajar, belajar je la. jgn nk sibuk ngan bende2 len plk. tujuan utama masuk IPTA nk bljr kan, so penuhi tuntutan tersebut. kalo asyik berpolitik je kepale pon kosong la, lalu jadilah pelajar yang bengap dan bodoh

    ReplyDelete
  4. satu pandangan yang amat tipikal dan ketinggalan daripada anonymous kedua. di universitilah sepatutnya mahasiswa membentuk jati diri mereka dalam bidang yang mereka suka. Jika mereka minat politik, mereka dibolehkan menyertai politik kampus dan dari situlah mereka dapat pendedahan dan pengalaman untuk berpolitik seterusnya persiapan menghadapi politik di luar sana.

    Jangan lupa ramai Pak Menteri kita ada antara mereka yang bermula dengan menjadi aktivis politik kampus.

    memang betul tugas utama belajar...tetapi kalau sekadar jadi ulat buku dan lulus tapi bila keluar tak boleh nak berinteraksi dengan masyarakat kat luar pun belum dikira berjaya jugak!

    Selalunya mahasiswa yang bijak adalah mereka peka dengan persekitarannya kerana mereka adalah antara manusia yang kuat membaca...jangan ingat kalau pandai berpidato tu pembacaan tidak perlu! So kalau membaca tidak dipraktikkan hanya sekadar lulus je, itu yang jadi fenomena mahasiswa lesu! Ramai mahasiswa kurang senang jika dipanggil lesu! Idea ada tapi tak cukup berani nak bersuara...

    saya sendiri lihat dan risau student sekarang lebih suka dengan Akademi Fantasia dan hiburan..adakah anonymous suka bakal mahasiswa kita lebih kenal artis daripada permasalahan seklilingnya?

    Jadi teori masuk 'U' semata-mata nak belajar je rasanya boleh dikategorikan sebagai pandangan lapok....mahasiswa perlu celik yang mereka tu celik huruf tetapi selalu berperangai macam orang BUTA HURUF!

    So para mahasiswa, pertingkatlah jati diri anda sebagai mahasiswa yang ada NILAI tersendiri!

    Maaf sekadar memberi pandangan..

    ReplyDelete