Tuesday, December 22, 2009

Lahirnya semula semangat perlawanan 'kelas'...Karl Zameer Adzim



6 Disember lepas ketika berceramah di Felda Pasir Raja, telefon bergetar banyak kali...lepas ceramah terus tengok ada 5 'miss called' dari Era Hanim, isteri di rumah. Sebaik sahaja selesai ceramah, orang ramai datang berkerumun bersalam... sementara Sani dan Yasir yang memang sudah kepenatan kerana jadual yang bersambung -sambung untuk perjalanan jauh sibuk menjual VCD untuk tampung perbelanjaan minyak, tol dan makan minum.

Cari ruang terpencil sikit telefon Era. Dia kata ok lagi tapi lambat lagi ke balik.... Hati mula risau kerana Era menunggu hari. Cuma risau kurang sikit kerana Era di rumah, papa dan mama di Seremban, jika 'urgent' sangat papa mungkin boleh hantar ke hospital.

Ramai geng anak muda yang hadir malam itu. Kesempatan tidak harus dilepaskan, walaupun dalam mula hati risau namun Zabidie, Lan, Aidil, 'pentol' dan 'geng nakal' lain perlu diajak bersembang untuk sama saling memberi semangat dan idea dalam gerakan. Anak muda ini tidak pernah mimpin nak projek besar...mereka tak pernah idam nak jawatan penting tetapi mereka nak berjuang maka zalim rasanya untuk 'kedekut' sedikit masa buat mereka.

Sembang sambil menghirup kopi 'baginda' membawa ke jam hampir 2 pagi. Alhamdunillah syukur dalam keadaan 'kewangan' yang agak parah tiba - tiba ada hamba Allah yang tidak dikenali membayar semua minuman kami.....terima kasih!!!

Perjalanan dimulakan dengan Sani bawa kereta, Yasir duduk di belakang tertidur dengan cd zikir Ust.Akhil Hay yang baru dibelinya tadi. Seperti biasa che'GuBard on netbook untuk menulis sesuatu... tiba - tiba Sani bertanya 'kita kat mana ni...?'

Hahaha.... Sani sesat... terpaksa patah balik ambil dekat 20 minit... Sani yang memang keletihan dan nanti 9pagi pula dia kena pergi kerja pagi hanya mampu bertahan sehingga R & R Pagoh. Yasir terlalu lena di belakang. cheGuBard ambil alih pemanduan kerana tak nak buang masa.... dua teman tidak tahu yang cheGuBard tengah risau.... tak apa lah biar mereka tidur dah terlalu letih...

Teman - teman yang ikut bantu bawa kereta tak pernah cheGuBard bayar...tetapi mereka hadir membantu secara suka rela... wang jualan seperti cd sedikit untuk menampung tol, minyak dan makan minum... kadang - kadang ada penganjur yang sedikit mampu ada menghulur sedikit wang minyak...itupun 'kadang - kadang'.... tapi sebagai tanggungjawab diangkat sebagai pemimpin maka tiada alasan untuk berkata tidak apabila diminta turun...

cheGuBard memandu dalam kepala yang penuh berfikir.... risau... bukan takat risaukan yang Era nak bersalin kena cepat sampai tetapi fikirkan banyak benda... wang yang sepatutnya untuk Era bersalin telah digunakan untuk bilik gerakan anak muda di Bagan Pinang. Mujur Anuar Md Nor teman lama meminjamkan sedikit wang untuk wang hospital... tetapi barang bayi semua belum beli....

Kad kridit pula dah limit dan hutang makin meningkat faedahnya... Kad Kridit che'GuBard guna semata - mata untuk minyak... patutnya masa 8 bulan pakai kad kridit tempoh hari terasa sedikit mewah hahahahaaa.... pergi ceramah lepas jualan cd tolak duit belanja makan dan tol masih ada baki terlepas pandang minyak dibayar guna kad kridit... perjalanan cheGuBard sebulan wang minyaknya hampir seribu... kerana hampir tiap hari 'travel' keluar...

Haha..Umno kata pemimpin Pakatan Rakyat suka pilihanraya kecil.... mereka tak tahu hakikatnya semua pilihanraya kecil telah mensifarkan akaun bank che'GuBard.

Kereta pula dah 3 bulan lebih tak bayar...cuma Alhamdunillah pegawai Bank tempat pinjaman dibuat agak prihatin bantu lewatkan keluar surat tarik... namun Jumaat lepas dah terima panggilan dari bank memberi tahu kalau tak bayar Isnin nanti surat terpaksa keluar...

Argh....!! berat kepala... tiba - tiba sebaik sahaja melepasi tol Ayer Keroh telefon bergetar lagi... Era telefon !! katanya sakit sangat mungkin dah tiba masa... Ya Allah... kelajuan ditambah hampir ke tahap maksimum yang menyebabkan Yasir dan Sani terjaga...

Sani sendiri beritahu tak payah hantar ke rumahnya di Senawang cukup terus turun di tol Rasah dekat dengan Bukit Chedang dia akan usaha dengan Yasir untuk balik.... che'GuBard cukup tersentuh sahabat amat memahami....

Tiba di rumah mama papa di Bukit Chedang, terus angkat che'Nur tidurkan ke dalam kereta, bawa Era terus menuju ke Hospital Pakar AnNur, Bandar Baru Bangi... dalam perjalanan kepala makin berat berfikir, panik sedikit kerana mengikut jangkaan lagi dua minggu baru bersalin maka sempat dicarikan kewangan untuk beli barangan bayi dan lain - lain...namun nampaknya Karl mahu cepat!..

Entah panik sangat .... sehingga sms melalut dihantar pada Azizi...ternyata dia juga tidak tidur...

Sampai di Hospital doktor kata perlu tunggu untuk sakit bersalin datang lebih kerap... Era kata takpalah kita balik dulu kerana kalau masuk Hospital sekarang caj wad akan dikenakan lebih sehari...tunggu hingga lepas 9 pagi baru ke hospital... Era amat memahami kedudukan..

Balik solat subuh, urus cheNur yang baru terjaga... jam 9pagi tepat Era bagi tahu dah tak tahan sangat... che'GuBard terus bawa Era... sampai Hospital terus masuk dewan bersalin.... mujur tingkap dewan bersalin betul mengadap depan tempat letak kereta.. dalam keadaan melayan Era sakit bersalin dan terpaksa asyik mengintai kereta yang risau kalau - kalau ditarik... Era tak tahan sakit... Doktor datang tanya kena pakai 'epidural' sejenis bius untuk bersalin ... Era tak nak bisiknya harga bius itu mahal... namun che'GuBard kata dengan doktor itu ' ok epidural..'

Alhamdunillah... jam 10.14 pagi, Karl Zameer Adzim lahir..... cheGuBard azankan di telinga kanan dan qamat di telinga kiri tanpa sedar air mata cheGuBard juga mengalir...

cheGuBard hantar sms maklumkan kelahiran Karl kepada beberapa orang, Azizi maklumkan juga pada yang lain... ada beberapa sms 'tahniah' masuk cuma Dato Husam Musa yang menelefon mengucapkan tahniah dan tanya khabar...

Petang itu Doktor maklumkan Karl ada alahan terpaksa ditahan 24 jam untuk pemerhatian, Era Alhamdunillah sihat namun kena juga 'berkubu' di wad bersama Karl.

Sebaik sahaja semuanya selamat che'GuBard terus pulang dan 'adjust' semua benda untuk membolehkan keluar membeli sedikit barang keperluan bayi.

Selepas hari kedua doktor maklumkan Karl kena demam kuning teruk mungkin kena tahan dalam seminggu dua.... cheGuBard dah tersandar rasanya ...Ya Allah mana nak cari duit.... ?

Namun hari ketiga Era buat keputusan tak apalah kita jaga Karl dirumah sahaja kerana tak akan termampu membayar kesemua kos jika terus di hospital... di saat itulah rasanya air mata menitis.... Kali pertama che'GuBard rasa diri ini tak segagah cheGuevara....

Memang pernah Era cadang untuk bersalin di Hospital biasa namun che'GuBard berkeras untuk dia bersalin di An Nur selain dari lebih berkualiti ...apa salahnya Era yang telah banyak susah diberi layanan 'sedikit' sempurna ketika melahirkan zuriat....

namun...

Selama ini cheGuBard korbankan semua yang ada pada diri ini untuk 'rakyat' ....che'GuBard tak pernah rasa pentingkan diri... tapi kali ini che'GuBard terperangkap dalam rasa ego pentingkan 'rakyat' sehingga korbankan insan-insan yang paling dekat...

Ego terus dihimpit lagi apabila Sani, Azizi dan Yasir pula hadir menghulurkan bantuan tunai yang che'GuBard pun tak tahu mereka pinjam mana kerana yakin mereka juga dalam keadaan yang amat tidak mampu.... namun itulah komrad perjuangan....

Namun melihat Era terus bersemangat Bard menjadi kuat... Karl boleh pulang walaupun doktor kata tidak boleh... doktor mungkin tidak tahu Karl juga 'pejuang'!!!!

Alhamdunillah hari ini Karl sudah dua minggu.... dia makin sihat...

Dia perlu faham perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata... dia dilahirkan sebagai pejuang... cheGuBard akan besarkan dia InsyaAllah sebaik mungkin sebelum pulangkan semula ke tengah 'rakyat' untuk dia sama melawan penindasan.....

Lahirlah Karl dengan semangat marhaenis bangkit melawan atas nama kelas rakyat !!! Dia dilahirkan dalam kepayahan tersendiri.... dia anak rakyat...

Dalam mengharung getir perjuangan ini dengan menyeret keluarga tiba - tiba terbaca satu artikel fitnah dari seorang penulis upahan Umno yang gunakan nama 'Ruang Bicara Faisal' yang menulis kononya che'GuBard dapat gaji RM13,000 sebulan dan menggunakan kereta mercerdis.

Tahniah pada penulis yang berselindung di balik internet tanpa berani menyiarkan identiti dan menyerang dengan fitnah.....teruskanlah...

Memang ketika ini ada yang sedang 'menangguk hasil' .... memang pada masa ini ada yang tak pernah kenal lokap dan rotan polis sedang sibuk mencatur... memang pada ketika ini ada yang satu ketika dahulu lari dari perjuangan datang kembali mengutip 'hasil'.... namun bagi cheGuBard kalau nak merajuk memang boleh.... tetapi itu semua bukan matlamat... che'GuBard citakan revolusi... ia satu jalan panjang dan berduri...

che'Nur Zaima Jahida dan Karl Zameer Adzim membesarlah kamu agar satu hari nanti dapat berdiri di tengah massa sambung apa yang papa mungkin tak sempat lihat !!!! Buat masa sekarang biarlah kita susah asal jangan jadi hamba pemikiran kapitalis penjajah rakyat...

Anak pertama (perempuan) diberi nama che'Nur Zaima Jahida dgn semangt cahaya che'Guevara (che'Nur) & Ket. Pejuang Jihad Wanita (Zaima Jahida) dan kali ni anak ke dua (lelaki) dgn nama Karl Zameer Adzim sempena nama pemikir pmbela 'ekonomi' rakyat Karl Max & Zameer Adzim maksud pmimpin Agong...... bau revolusi rakyat makin kuat mengharum!!!

34 comments:

  1. Anonymous2:59 PM

    Tahniah. Semuga Allah merahmati mu. Cam ne nak tlng ha? Cadang nak hulur ckit. Selit2 le mana2 no akuan...leh ke?

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:18 PM

    1.aku dah baca tulisan ruang bicara faisal.... ezam memang gampang...setahu aku bila pula ezam hantar bard ke korea yang berjasa bab lanjut pelajaran di korea nie black amin iskandar.... ezam memang gampanq

    2. aku tabik kat bard org lain komplen mcm2 itu le ini le tapi kerja tak jalan bard gerakkan anak muda satu malaya tanpa bantuan sesapa bukan mcm amk yg dpt mcm2 bos amk pun keta tambah besar tapi hahaha harap perut jerk satu habuk pun tarak demo di penang ;pun 20 org.... dan tak ada kualiti..

    3. mana pergi gampang2 yang memang di selangor tak leh tengok dan fikir keaku dgr rusli ibrahim dok baik punya payung memayung dengan bos kdeb/peransang takkan tak campak sikit kat anak sedara hang nak beranak..... dia isteri pejuang lah ....

    apapon bangkit anak muda bard aku jumpa hang kat johor 29 nanti

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:33 PM

    badrul memang pandai mengambil kesempatan hahahaha... menjelang pemilihan... aku tetap akan sokong Sam Iskandar .... bukan SAMM hahahaha...

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:24 PM

    bila baca artikel nie macam tak percaya pula ..... bard susah sgt mcm nie sebab setiap kali jumpa dia dia begitu bersemangat.... takkan anwar biarkan org yang bekerja untuk dia siang dan malam susah begini.....

    musykil...musykil....

    apapun buat penyokong shamsul iskandar jangan lah risau teruslah sokong dia biar dia dan amk terjun dengan labu - labunya

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:26 PM

    tahniah cikgu tulisan ini menjawab terus artikel pembohong tulisan penulis upahan umno....

    geli hati baca cikgu bad ada merc. dan gaji rm13,000.....

    ReplyDelete
  6. saya begitu tersentuh bila chegubard tersedar bahawa perjuangan yang didahulukan menghakis kepentingan isteri. isteri yang sangat memahami. syukurlah.

    chegubard seorang pejuang sebenar dengan cita-revolusi yang amat dituntut. Saya bangga berpihak dengan orang2 yang seperti chegubard.

    kita pernah bersua 2 kali. sekali di jalan hang tuah jam 1 pagi (ketika anwar ditahan oleh manusia bertopeng). kita berjabat salam walaupun tak kenal masa tu (dah tentu saya yang kenal chegu). Kali kedua kita bertemu di kediaman Menteri Besar Perak, ketika itu sy bersama Poji dan Abg Mat.

    Saya bangga dengan perjuangan ini. Ada sesuatu yang kita perjuangkan, dan ianya berbaloi demi agama dan bangsa!

    ReplyDelete
  7. tahniah atas kedatangan org baru cikgu!

    ReplyDelete
  8. Anonymous6:42 PM

    Tahniah kpd chegubard 7 isteri dgn kelahiran pueta Karl Azmeer,semoga di murahkan rezki,dari kami sekeluarga~Farez Ajk Amk Rembau

    ReplyDelete
  9. Anonymous8:04 PM

    saat macam ni pun boleh cerita pasal pemilihan...Bangangnya tahap pemikiran...Cheguevera letak jawatan Menteri Kesihatan demi dahulukan perjuangan... Ni ko masih nak cerita pasal pemilihan AMK...??? Hahaha..Jap aku nak tanya, AMK tu apa?

    ReplyDelete
  10. saiful amri10:46 PM

    Teruskan perjuangan Chegu..saya juga amat menghormati chegu yang semamang memperjuangan nasib rakyat.Persetankan puak2 yang mahu mencemarkan chegu dengan ulasan bangsat itu.Sememangnya chegu pejuangan yang hebat tidak pernah mengaku kalah.Saya tabik chegu..saya banyak kali berjumpa chegu.Insyallah saya akan aturkan lagi program chegu di Pontian bersama pemuda dan Rapat Umum.
    Rakyat benut/Pontian mengkagumi kehebatan chegu..teruskan usaha murni ini chegu..!!!!

    ReplyDelete
  11. perhaps, it will make you stronger! good abah!

    ReplyDelete
  12. Tahniah atas kelahiran anak ke-2. CheGuBard, kalau kesempitan wang, sms je DSAI. Dia tu jutawan. Dulu DSAI ambil dari ananda entah berapa juta. Itu belum masuk duit dollar yg CIA masukkan ke dlm akaun di singapore.

    ReplyDelete
  13. Tahniah bard... diatas kehadiran org baru. Teruskan perjuanganmu...

    ReplyDelete
  14. Anonymous7:07 AM

    Bard aku rasa aku dah kenal kau.... tapi lepas baca artikel ini aku rasa kau terlalu jauh dari untuk difahami.... kita ada bersama malam di Johor... kau memang pejuang hebat...

    dalam senyum dan tenungan tajam, dalam hujah bernas dan pedas kau hebat namun kau sedang ada luka pedih.....

    aku percaya bard tidak akan jadi seperti Ezam tapi kenapa kau diuji teman seperjuangan sebegini ??

    aku ni amat tidak mampu namun aku terasa apa yang kau lakukan untuk keluarga aku juga ....

    ini sahaja yang aku termampu aku baru masukkan rm50 ke akaun Hong Leong Bank a/c no. 19951001018 -Badrul Hisham Shaharin.untuk anak baru mu Karl

    aku tahu kau mesti marah kalau aku call tanya dulu tapi tak apa anggaplah ini sumbangan saham ku untuk karl marx alaf baru

    ReplyDelete
  15. tahniah cikgu bard dari baganutama. Dalam sibuk2 tu menyompek lagi tu. Mmg powerla.

    ReplyDelete
  16. Sekalung Tahniah kpd Chegubard dan keluarga mendapat seorg putera yg cute.Jadikan putera chegubard hebat seperyi ayahnya yg hebat di depan mata rakyat.Itulah hikmatnya seseorang pemimpin yg hati cekal,setiap dugaan ada ertinya sendiri.Aku sokong perjuanganmu......kau bekerja tak tahu penat lelah.Itulah seorg pemimpin wibawa.Jgn kecewakan rakyat yg beri kepercayaan penuh kpd chegubard.

    ReplyDelete
  17. Anonymous1:24 PM

    jangan mengalah. menitis air mata saya membaca ketabahan anda sekeluarga. saya tak upaya berjuang cara cikgu, tapi saya akan sedarkan anak-anak murid saya kekejaman pemerintah yg jahat sekarang ni. tahniah. er..cuma carl marx tu tak best la. macam komunis je.. he he.. tak pe la. semoga anak-anak menjadi pejuang agama dan rakyat tertindas.

    ReplyDelete
  18. salam...

    Tahniah bro...atas kelahiran putera mu...kita tak pernah bertemu, cuma aku kenal chegubard hanya dgn membaca blog ni setiap hari..aku respect dgn saudara yg sanggup berjuang demi kebenaran wlu dlm keadaan tertekan dari semua aspek..
    sebagai seorg bapa..saya juga memahami apa yg saudara rasakan..teruskan perjuangan mu bro...

    aku ada bnk in kan RM100 dlm akaun hong leong bank mu utk putera mu yg baru lahir.

    salam perjuangan

    panglimasdk

    ReplyDelete
  19. Anonymous4:53 PM

    Bard, aku yang komen tak bernama jam 7.07am.... maaf aku try transfer online tapi tak lepas...

    aku cuma mampu beri rm30 jer... maaf sgt itu je aku mampu... maaf....

    Bard aku harap sangat hang terus lawan... hang harapan anak muda

    ReplyDelete
  20. Laaa,dalam amk pun ada nak berebut jawatan ke?tak dapat projek pun nak rebut jawatan ke? che'gu bard masuk pas je lah.pemuda pas pun slow je,biar che'gu bard yang majukan..

    ReplyDelete
  21. Anonymous12:13 PM

    berjuang mcm nak giler..tapi duit takde..mana org2 kuat PKR?? semua penuhkan poket sendiri..chegu baik hang pk masa depan anak2 hang..buat apa hang nak jadi hero tamil dalam PKR!!! aku bukan nak kondem hang tapi aku kesian kat hang..PKR akan berkubur..

    ReplyDelete
  22. Anonymous2:09 PM

    bangkit la wahai ank2 muda tanahair ku sekalian...tidakkah anda rasa tersentuh akan pengorbanan yg dilalui saudara seperjuangan anda sendiri...
    berapa besarkah pergorbanan yg anda lakukn jika dibandingkn dgn insan yg bergelar che'gu bard...
    sama2 lah kita mndoakakn akn kesejaheraan beliau sekeluarga...mudah2an dmurahkn rezeki dn disihatkn tubuh badan agar bisa terus memimpin....

    ReplyDelete
  23. Anonymous9:46 PM

    Puak-puak ni bukan paham pun..Macam gampang...
    Kapitalis ada di mana-mana.....

    ReplyDelete
  24. Anonymous12:57 PM

    dalam parti hang le byk kapitalis.... kalau bard dlm umno tentu dia akan naik.... tengok Lokman Adam....

    ReplyDelete
  25. ha ha ha. nak kelentong pun berpada-padalah. hanya jauhari yg mengenal manikam. bawa cerita sedih kononnya. naak tipu org2 hang yg otak biul boleh lah.

    aku cabar kau nyatakan jwatan kau di selangor sekarang dan berapa gajinya ?

    memang manusia munafik kau ni

    ReplyDelete
  26. Anonymous5:37 AM

    oh ini lah faisal penulis upahan Umno....

    pertama sekali jgn sibuk cabar org kalau kau berani tulis blog yang dedahkan identiti sendiri bukan selindung...

    kedua kau yg buat fitnah kau lah yg buktikan
    apa jawatan dan brp gaji cikgu bad di selangor....

    mana dan apa nombor plet kereta cikgu bad...

    kau ini bangang macam Ezam...kau lah yg munafik

    ReplyDelete
  27. Anonymous2:11 AM

    Aku tau ko pejuang tp ko tau x Karl Maxx tu Yahudi? Nmpk ko ni jenis bnyk bace buku tp kurang faham isi kandungan........

    ReplyDelete
  28. Tahniah cgu bard..semoga smgt karl marx trus segar dlm dri karl..hidup pekerja.hancur borjuis..

    ReplyDelete
  29. Anonymous10:19 AM

    Nabi pun ramai yang yahudi... kenapa perlu jadi perkauman menentang yahudi... ?

    yang ditentang ialah fahaman zionis dalam bangsa yahudi...ada org yahudi juga yang menentang zionis

    salam... tahniah cikgu bad

    ReplyDelete
  30. Anonymous9:19 PM

    Cukuplah tulisan sedih pilu ko tu Badrul!,. tak menitis pun air mata aku ni sebab aku tahu ko TEMBERANG!.

    Ko ni cuma baik sikit saja daripada Ustad Pas yg jual kismis doa.. tak payah makan ubat, makan kismis saja.. hahha!..

    Takkan lah ko sengkek gitu?.. ko tengok geng AMK yg lain dah berkereta baru, aku selalu juga jumpa geng AMK bertali leher tengah dok usung borang tender..

    ReplyDelete
  31. Anonymous9:34 PM

    tahniah bard atas kelahiran cahaya mata. bard ialah pelapis pemimpin bukan saja untuk PKR tetapi untuk rakyat Malaysia sebenarnya.

    ReplyDelete
  32. Anonymous12:05 PM

    Boh la nama mcm pejuang2 PKM dulu - baru ngam hooo!

    ReplyDelete
  33. Anonymous1:00 AM

    salam...penerusan agenda perjuangan akan berterusan dgn lahirnya karl zamer azeem di situ kekuatan dan di situ juga ada smgt ajaib yg wujud dikala bard dihimpit ke dinding

    ReplyDelete
  34. Anonymous2:12 AM

    kenapa kamu suka gambarkan yg kamu susah payah hidup bagi ceramah kononnya banyak berjuang?

    sedangkan bila kita di cabang jemput kamu, kamulah yg paling mahal kena bayar.

    rm200, rm300 saya check dgn kawan2, kamu memang dibayar bila berceramah.

    itu lah pendapatan kamu, itulah kerja kamu. Orang lain berceramah juga, tapi tak menagih simpati macam kamu.

    Sebab tu orang menyampah kat kamu.

    Ni mesti tak disiarkan ni. Kalau anak jantan, kamu siarkan, aku nak tengok.

    Semua komen2 aku sebelum ni kamu tak siarkan.

    ReplyDelete