Saturday, January 19, 2008

Surat terbuka buat Anwar, DAP, keADILan dan PAS

Tarikh : 17 Januari 2008

Kepada ;

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat

YB Tn Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Semalaysia

YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat

YB Saudara Karpal Sigh
Presiden Parti Tindakan Demokratik (DAP)

SURAT TERBUKA ; MEMOHON MANDAT DITURUNKAN BERTEMU DENGAN MENANTU LELAKI PERDANA MENTERI DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 12.

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

Angin pilihanraya semakin terasa. Namun seperti biasa dalam pengamalan sistem demokrasi ala Malaysia kita cuma mampu meneka-neka bila tarikh pilihanraya dalam keadaan pemerintah (BN) sentiasa ketakutan menyembunyikan tarikh sebenar.

Pilihanraya kali ini dijangka akan menjadi pilihanraya terhebat dan paling kotor dalam sejarah negara. Ini kerana sokongan rakyat terhadap parti – parti alternative semakin meningkat dan protes terhadap kegagalan serta korupsi BN semakin membara.

Antara watak penting dalam percaturan BN ialah menantu Perdana Menteri sendiri iaitu Khairy Jamaluddin. Beliau dilaporkan merupakan jutawan muda paling berkuasa di Malaysia. Beliau dilaporkan menggunakan sepenuhnya kedudukan beliau sebagai orang paling hampir dengan PM untuk meraih keuntungan politik dan kewangan. Ini memburukkan keadaan negara dan lebih parah lagi PM iaitu bapa mertuanya merupakan PM yang paling lemah yang Malaysia pernah ada.

Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO ini dilaporkan bercita – cita menjadi PM paling muda Malaysia. Untuk itu beliau sudah pasti akan cuba mendaki tangga politik sepantas mungkin sementara bapa mertuanya masih bergelar PM dan Presiden UMNO.

Kelibat menantu PM ini amat tidak disenangi ramai , termasuk kalangan UMNO sendiri. Ia dilihat sebagai beban UMNO dan negara ini. Melalui kedudukanya juga ia cuba menonjolkan imej menjadi juara anak muda, namun sebenarnya ia silap. Anak Muda Malaysia tidak sebodoh dan tidak semuanya tamak seperti teman-teman muda sekelilingnya.

Khabar angin kuat yang di dengar dari teman – teman dalam UMNO bahawa melalui Pilihanraya kali ini menantu Perdana Menteri ini sedang membetulkan posisi peribadinya sendiri. Beliau dijangka turun bertanding pilihanraya untuk menduduki kerusi penting kerajaan.

Sehubungan dengan itu menginsafi masa depan negara ini, saya dengan rasa rendah hati menawarkan diri untuk diturun mewakili anak muda progresif Malaysia (atas lambang keADILan) di mana sahaja kerusi yang menantu PM ini diturunkan. Kenyakinan dan kediaan ini dibuat bukan untuk menunjuk sifat bongkak dan sombong tetapi ia melalui perkiraan teliti setelah bertemu ramai teman - teman. Malah tidak keterlaluan di sini dikatakan akuan sokongan juga wujud dikalangan teman dalam parti komponen BN dan Umno itu sendiri.

Beliau merupakan Ketua Pemuda Renbau, maka untuk merialisasikan cita cita besar politik secara logiknya sudah tentu beliau akan turun bertanding di Negeri Sembilan.

Kerusi P128 Seremban, kerusi bandar yang bersifat campuran mungkin menjadi medan sesuai untuk menantu Perdana Menteri ini menguji porpulariti dan keangkuhan kenyataan dan tindakanya selama ini.

Dan jika beliau tidak mempunyai keberanian untuk bertemu di kawasan Bandar dan campuran seperti Parlimen Seremban, saya juga bersedia mengikuti beliau ke mana – mana parlimen khususnya dalam Negeri Sembilan.

Salam Perjuangan.

sila klik sini untuk bacaan lanjut

2 comments:

  1. lawan ketua rempit...lawan tetap lawan orang muda tiada gentarrrrr!!!

    ReplyDelete
  2. Sdr. Badrul,

    Sokongan saya bersama-sama dgn anda.

    Saya harap perkara ini direalisasikan dan mudah-mudahan kejayaan di pihak kita, inshaallah.

    ReplyDelete