Wednesday, March 21, 2007

Kedutaan hubungi universiti ! ?

Semalam tiba tiba aku dihubungi oleh Francis, Executive Director ARENA yang secara serius nadanya bertanyakan "Adakah aku ada apa - apa masalah dengan kerajaan Malaysia ? "
Aku pelik disergah oleh keseriusan Francis yang aku kenali sebelum ini sebagai orang yang merendah diri, suka tersenyum dan jenaka kadang kala.
Aku cuba mengelak menjawab soalannya dengan bertanya satu lagi soalan.

"Kenapa ?" tanyaku.

Francis menjelaskan bahawa pihak kedutaan menelefon pejabat ARENA dan university bertanya bermacam macam tentang aku, seperti maklumat penaja, tempat tinggal dan seumpamanya. Francis mengatakan dia tak melayan kerana ia kelihatan tidak profesional dan berbau ugutan tindakan pihak kedutaan Malaysia itu. Dia minta aku ke pejabat MAINS esok.
-------------------------------
Pagi ini di pejabat university aku dijelaskan lagi sekali mengenai panggilan telefon tersebut. Profesor Dr Hur (salah seorang tenaga pengajar MAINS) menyatakan itu kemungkinan perkara biasa bagi kedutaan. Walaubagaimanapun yang lain tidak bersetuju dengan pendapat itu kerana ia bukan perkara biasa. Di bumi demokrasi seperti Korea Selatan ini kerajaan Korea Selatan pun tidak boleh sewenang - wenang menelefon atau datang meminta data mengenai seseorang pekerja atau mahasiswa, itu boleh disifatkan sebagai ugutan.

Dan berdasarkan pengalaman mereka menguruskan penuntut asing perkara ini tidak pernah berlaku. Maka mereka meminta penjelasan aku jika aku tahu apa yang berlaku.

Lantas aku menjelaskan yang jumlah bilangan aku pernah ditahan, jumlah bilangan aku pernah bermalam di lokap, masih mempunyai kes tertangguh di mahkamah dan kegiatan lain aku di Malaysia. Aku terus menyambung mengenai kenyataan aku terbaru mengenai lawatan Najib (Timbalan Perdana Menteri Malaysia).

Mereka terus tersenyum tanda paham. Mereka mengatakan kemungkinan Malaysia mahu tahu bagaimana orang yang selalu ditahan di negara sendiri boleh diterima belajar dengan tanggungungan biasiswa penuh di negara lain, atau mungkin pihak kedutaan terkejut apabila muka aku berjaya menghiasi kebanyakan media tempatan yang merakam aksi anti perang tempoh hari.

Mereka mengatakan university ini dan badan - badan yang terbabit mendokong kursus aku ini merupakan antara gerakan paling progresif di Korea Selatan dan rantau ini. Aku tidak perlu gusar, aku selamat di sini cuma pastikan paksi aku terus berjuang melawan penindasan, menlontarkan kritikan dan pandangan. Di sini mereka hargai keberanian berjuang menentang kezaliman dan penyuburan budaya perdebatan untuk memperbaiki pemikiran dan keadaan.
Aku melangkah keluar pejabat university tengahari ini, sambil tersenyum bercampur sedih. Tersenyum gembira kerana aku berada di kelompok progresif yang paham erti perlawanan menentang penindasan tetapi sedih kerana ia berlaku bukan di bumi ku sendiri.......
Aku pernah hilang pekerjaan tetap kerana tekanan...aku pilih jalan payah dan susah untuk perjuangan... aku tak akan gentar... LAWAN ! Tersenyum merenung hujan di bumi Kimchi.

p/s : selepas berita Kedutaan Malaysia di Korea Selatan menghubungi universiti tersebar di kelompok aktivis tempatan dan antarabangsa, ramai yang mula menyatakan kurang senang dengan perbagai cara fax dan email kedutaan sekurang kurangnya terasa hangat protes. Terima kasih ..http://blackinkorea.blogspot.com/ dan semua comrade. Pic merupakan gambar Prof. Mohi (Bangladesh), pengajar MAINS bersama Francis...depa pun join demo gak...

2 comments:

  1. Anonymous8:01 PM

    kepada babap duta besar malaysia di Korea jangan ingat hangpa kat Malaysia.....

    kalau kat Malaysia boleh lah layan hangpa sebab semua takut BN tapi ini bumi demokrasi....

    Bagus che'GuBard teruskan tapi hang boleh lah biasiswa bukan dr Malaysia kami nie sukar sikit tapi takper walaupun bebudak sengal tu tak suka ramai lagi student Malaysia di sini menyokong hang...

    viva.. iqlab Zindabhad...
    (baru tonton filem baghat sigh)

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:28 PM

    excuse me sir,,,
    duta msia di korea..juga menpunyai tanggungjawab dan kuasa sepenuhnya terhadap chegubard...sbb die juga ialah rakyat msia~
    even bukan tajaan kerajaan msia...sekiranya chegubard mendaftar di kedutaan di korea..maka die berada dibawah t/jawab kedutaan...lain la kalu die daftar under russian ke...europe ke..mane2 yg lain la~

    ReplyDelete