Saturday, March 10, 2007

Laporan Polis Ke atas Jabatan Pendaftaran Negara

Pada 27 Februari 2007, Angkatan Muda Keadilan N. Semblan ( AMKNS ) telah membuat satu laporan polis terhadap Jabatan Pendaftaran Negara yang telah menganjurkan cabutan bertuah menukar Mykad. Dalam laporan polis yang dibuat oleh Penolong Setiausaha AMKNS, Norazizi A. Aziz menyatakan bahawa beliau yang mewakili suara rakyat Malaysia secara jelas telah ditipu dengan tawaran hadiah utama sebuah produa Myvi oleh Jabatan Pendaftaran Negara dalam cabutan bertuah menukar Mykad. Jabatan Pendaftaran Negara yang bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri juga telah menawarkan beberapa hadiah menarik buat mereka yang menukar Mykad dalam tempoh Ogos 2006 sehingga 30 November 2006 namun sehingga kini masih belum ada pemenang yang diumumkan.
"AMKNS mendesak agar pihak polis menjalankan siasatan terhadap penipuan ini kerana apabila kerajaan menawarkan hadiah kepada pemenang yang bertuah, pastilah sudah ada peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membiayai peruntukan itu, ke mana perginya peruntukan itu?. Kami menganggap ini adalah satu bentuk penyelewengan dan pembaziran wang rakyat kerana peruntukan itu sudah pasti merangkumi perbelanjaan untuk pengiklanan, publisiti dan promosi."kata Norazizi.
Menurut Koordinator Gerakan Demokrasi Dan Anti Korupsi ( GERAK ), Badrul Hisham Shahrin," Kami memandang serius isu ini dan pihak PDRM perlu membuktikan kemandiriannya dalam siasatan terhadap prosen penghasilan Mykad yang jelas berkualiti rendah serta mudah rosak. Kami juga difahamkan bahawa rakyat perlu mambayar harga yng agak tinggi setiap kali melaporkan kehilangan Mykad. Persoalannya, adakah kesempatan ini digunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam pembuatan Mykad ini untuk mengaut keuntungan daripada kocek rakyat terbanyak?" tegas beliau.
Menteri Hal Ehwal Negeri melalui kenyataannya dalam akhbar bertarikh 14hb Februari telah menegaskan bahawa kerajaan telah menarik balik semua cabutan bertuah termasuk hadiah utama iaitu sebuah kereta Produa Myvi.
Laporan polis AMKNS turut dihadiri oleh Timbalan DPPNS, Hj. Taufek Abd. Ghani, pimpinan AKMNS, AJK DPPNS serta beberapa orang penyokong

No comments:

Post a Comment