Wednesday, March 14, 2007

Respon : Pelajar Malaysia di Korea dipaksa hadir pertemuan dengan Najib

14 Mac 2007
Pada 12 Mac saya telah membuat kenyataan mengenai pelajar Malaysia di Seoul yang dipaksa menghadiri Majlis Bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kenyataan ini telah disiarkan dalam bentuk kenyataan penuh dan berita oleh perbagai media khususnya media elektronik seperti Harakahdaily.net
Ekoran dari berita tersebut saya telah mendapat puluhan email respon dari kenyataan tersebut malah respon - respon yang menarik juga turut dihantar terus ke Harakahdaily dan media yang menyiarkan berita berkaitan termasuk blog saya sendiri.
Saya mengucapkan terima kasih atas semua respon tersebut. Untuk makluman semua semenjak saya berada di sini (Korea) saya ada membuat dua pertemuan dengan rakyat Malaysia di Korea dan pada 10 Mac yang lepas saya ada bertemu dengan beberapa penuntut Malaysia di Seoul.
Pertemuan yang diadakan di sebuah Restoran Makanan segera di Ietawon, Seoul itu adalah atas pelawaan mereka yang berkomunikasi dengan saya lewat email sebelum itu. Membincangkan banyak perkara dari hiburan, politik, agama hinggalah beberapa isu yang didepani oleh pelajar Malaysia di sini. Saya sendiri mengingatkan mereka agar tumpukan kepada pelajaran dan jika ada apa masalah yang saya boleh bantu jangan segan minta pertolongan dan jika ia melibatkan perkara sensitif saya pasti akan menyelindungkan identiti mereka. Saya memberika mereka kad saya dan mencadangkan agar perhubungan selepas ini lebih baik lewat email.
Pada pada subuh 12 Mac saya mendapat email dari seorang yang tidak dikenali dan hanya memperkenalkan identiti sebagai pelajar Malaysia di Seoul, menghantar mengenai maklumat bahawa pelajar Malaysia dipaksa untuk hadir Majlis Bersama Timbalan Perdana Menteri. email tersebut turut menghantar link web rasmi Persatuan Pelajar Malaysia di Korea yang menyiarkan perkeliling mengesahkan dakwaan beliau.
Setelah melayari laman web tersebut menang sah terdapat perkeliling tersebut termasuk peta ke lokasi program Majlis Bersama TPM itu akan diadakan. Memandangkan ia laman rasmi sudah tentu maklumat tersebut sahih dan ugutan pemotongan elaun serta yang lain - lainya juga serius.
Maka kenyataan saya berdasarkan perkeliling yang disiarkan sendiri oleh laman tersebut. Namun pada 13 Mac 2007 perkeliling itu telah dikeluarkan dari laman tersebut. Saya tidak pasti kenapa mungkin juga ia prosedur biasa iaitu mengeluarkan maklumat yang telah berlalu tarikhnya.
Namun bermula dari penyiaran berita itu hingga hari ini saya mendapat perbagai perbagai respon. Antaranya mencabar saya mendedahkan siapa pelajar yang saya temui dan meminta bukti sahih kewujudan perkeliling itu .... Malah ada diantara respon dan email itu amat kasar sekali bunyinya. Tetapi tidak dinafikan juga ada antara email tersebut mengucapkan terima kasih dan meminta mengenengahkan perbagai isu lagi.
Akhirnya ingin saya tegaskan kenyataan saya bukanlah untuk bertujuan untuk memburukkan Persatuan Pelajar Malaysia di Korea tetapi sekadar mengenengahkan apa yang tersurat jelas dalam perkeliling yang dikeluarkan berdasarkan permintaan penghantar email kepada saya. Saya juga amat menghargai semua respon yang diperolehi dan tidak ada sebarang masalah dengan persatuan pelajar tanahair di Korea.
Sekian penjelasan saya.

6 comments:

  1. Anonymous7:52 PM

    cikgu pedulikan mereka itu...poyo tak tentu arah...ingat depa tu leh jadi duta agaknyer...teruskan..cayalah...!

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:58 PM

    **SATU CERITA BENAR. PENGALAMAN
    DARIPADA PEMERHATI PERSIDANGAN.**

    BEBERAPA TAHUN DAHULU, DALAM SATU PERSIDANGAN BESAR PARTI POLITIK DI KUALA LUMPUR, SEORANG PEMERHATI JEMPUTAN TERLAMBAT MASUK KE DEWAN. TIADA KERUSI KOSONG DI BAHAGIAN DEPAN DAN DI TENGAH. JADI, DIA KENA DUDUK DI KERUSI BAHAGIAN BELAKANG. WAKTU ITU PRESIDEN SEDANG MEMBERI UCAPAN. JADI DIA KENA DUDUK DI ANTARA DUA BARIS KERUSI DI SAMPINGNYA YANG DIDUDUKI OLEH TUKANG TEPUK.
    "CHEER LEADER" BERTEPUK MAKA DIIKUTI OLEH PENGIKUTNYA. ORANG RAMAI PUN BERTEPUK SAMA. BEGITU JUGA BILA KETUA KATA: "BERDIRI" MAKA SEMUA KENA BERDIRI. SI PEMERHATI ITU IKUT SAMA-LAH...BERTEPUK DAN BERDIRI. MALU ALAH. MUNGKIN PENGATUR ACARA TELAH MENIRU "MAINAN" PSIKOLOGI BUSH, "THE DECISION MAKER".
    2. DALAM CCN KITA SERING LIHAT BUSH, THE DECISION MAKER", WAKTU MEMBERI UCAPAN JUGA PAKAI TAKTIK YANG SAMA. ADA TIGA ORANG ATAU LEBIH DI BELAKANGNYA YANG SERING BERDIRI DAN BERTEPUK. HAMPIR TIAP KALI "PARAGRAF UCAPANNYA" HABIS, MAKA TIGA ORANG stooges INI BERMULA LAKUNAN DAN DIIKUTI HADZIRIN iaitu BERTPUK DAN BERDIRI. KAMI RASA LOYA, MAHU MUNTAH...
    TANYALAH BAHAGIAN PENERANGAN DAN PSIKOLOGI...ADA CERITA LAIN LAGI TENTANG BROKERS MURAHAN. cukup. Maaf. wallahhualam.

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:18 PM

    aparah...

    dulu masa saya kek oversea dulu pun cam tuh juga...nak paksa..time tu masa anwar mata lebam punya isu...lagi teruk

    jadi yang kata tak de tu sama ada laknat atau bodoh, bengap dan zzzz...zzz...zzz...cam imam hadari yang gila ..sentuh babi gebu....

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:32 PM

    Cikgu Badrul..terima kasih kerana membawa suara hati kami di Korea ni...sebenarnya sudah lama kami ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap segala bentuk arahan terhadap kami...tapi tiada ruang..kalau boleh saya dan teman-teman ingin bertemu cikgu untuk bertukar2 pandangan mengenai politik & masa depan M'sia...kalau cikgu ada kelapangan sila hubungi +821056970332 ( fahimi @ amibotak )

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Kepada sesiapa yg mahukan maklumat akhir zaman secara kronologi ,biodata dajjal , debat Islam dengan kristian dan banyak lagi .lawatilah
    blog tanya-ustaz.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Anonymous5:34 PM

    bestnyer g seoul

    ReplyDelete