Friday, March 09, 2007

Untung pemimpin punya ...sengsara rakyat derita...

Penduduk perlu berkorban untuk pembangunan
KUALA LUMPUR 8 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat menerima hakikat bahawa setiap pembangunan memerlukan pengorbanan mereka.
Perdana Menteri yang kecewa kerana rakyat membantah setiap pembangunan yang dilaksanakan berkata, pembangunan sebenarnya memberi faedah besar kepada negara.
‘‘Mereka (rakyat) kena menerima hakikat bahawa pembangunan memberi kesan kepada mereka terutamanya yang tinggal berhampiran projek tersebut. Mereka kena beri laluan,’’ kata beliau pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Projek Pantai Sentral Park, Pantai Dalam di sini hari ini. - petikan utusan 8 Mac


Rakyat perlu kongsi kos lupus sampah
OSAKA 8 Mac – Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat perlu bersedia untuk berkongsi menanggung kos pelupusan sampah menggunakan sistem yang lebih berkesan termasuk insinerator bagi memastikan pengurusan sisa pepejal dilakukan dengan lebih berkesan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam tempoh lima tahun ini, Kuala Lumpur dijangka menggunakan insinerator bagi menggantikan sistem pelupusan sampah yang digunakan sekarang.
Menurutnya, kajian mendalam sedang dilakukan dalam dua aspek iaitu kesesuaian dari segi teknikal dan kemampuan untuk membina serta menyelenggara insinerator tersebut.
‘‘Walaupun menyedari kos penyelenggaraan dan pengurusannya agak tinggi, kita perlu menerima hakikat kita tidak boleh mengelak menggunakan sistem itu. - petikan utusan 8 Mac


Nampaknya sama sahaja kepala pemikiran kedua pemimpin tertinggi Malaysia.... apa kata rakyat Malaysia ? Berapa banyak wang negara habis kerana rasuah dan salah guna kuasa .....

1 comment:

  1. kita kena beri lebih tumpuan penerangan untuk kawasan luar bandar...kawasan bandar internet "penetration" agak tinggi....access to alternatif info better....harap dapat dimajukan kepada pimpinan tertinggi BA

    ReplyDelete