Ketika jejak sejarah SAMM ke Johor baru ini, telah bertemu dengan perbagai orang dan meneliti perbagai bahan berkaitan sejarah. Kami telah menemui bukan sahaja sejarah Bukit Kepong malah lebih dari itu. Sememangnya banyak sangat yang dipendam dari pengetahuan umum. Sdr. Ezad antara yang menyertai konvoi SAMM ke Johor ialah seorang penggemar sejarah. Beliau telah berkongsi beberapa dokumen dan penemuan sejarah yang beliau temui. Beliau dan sahabatnya ada mengendalikan sebuah blog yang dikenali sebagai untoldhistoryofmalaysia yang banyak mendedahkan perbagai bahan sejarah terpendam.
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Sunday, September 11, 2011
maklumat ahli Umno #6 ada antara bahan yang telah lebih awal disiarkan dulu
Saturday, September 10, 2011
FITNAH buku terbaru terbitan SAMM dipasaran mulai 12 Sept..

Adik Mat Indera hilang? : keadilandaily
(oleh: Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR: Adik Mat Indera, Johan Shah Indera gagal dihubungi sejak isu Mat Indera dimainkan media arus perdana.
Bahkan,Yang Dipertua Pas kawasan Ayer Hitam, Husin Sujak memaklumkan rumah Johan di Yong Peng tidak berpenghuni sejak beberapa hari lalu.
“Kita tak tahulah ke mana beliau pergi. Mungkin kerana mahu elak dari liputan media,” kata Husin kepada Keadilandaily.com
Difahamkan polis datang ke rumah Johan sejurus selepas kunjungan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat seperti dilaporkan media petang Isnin lalu.
Terdahulu, aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diketuai Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard bertemu Johan dalam program ‘Menjejak Mat Indera’ diiringi Husin Sujak, 3 September lalu.
Johan adalah ahli keluarga Mat Indera yang pertama muncul di media dengan liputan pertemuan dimuatkan di blog dan portal politik dan mendapat reaksi hangat.
Namun, laporan media arus perdana pada minggu berikutnya menyelar peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Malah, Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman melabelkan Mat Indera sebagai pengganas.
Sehingga petang ini, usaha untuk menghubungi Johan Shah Indera, 68, yang merupakan bekas kakitangan Majlis Daerah Yong Peng gagal.
Johan Shah Indera adalah anak bongsu dari 6 orang adik beradik, seibu sebapa dengan abangnya Muhammad Indera. Beliau pernah dibuang daerah ke Singapura bersama bapa, ibu tiri dan neneknya ke Singapura pada 1950 hingga 1954.
Dalam pada, itu abang tirinya, Bahrom Shah Indera ketika dihubungi Keadilandaily memberitahu, adiknya kini mungkin sedang ‘bersembunyi’.
Bahrom Shah adalah anak ketiga dari isteri kedua Indera dari empat orang adik beradik.
“Mungkin dia nak elak dari gangguan, kita tak tahu. Tapi saya yakin dia selamat dan akan pulang ke rumah,” kata Bahrom.
Bahrom sebelum ini tampil pada sidang media di ibu pejabat Pas pusat menuntut kerajaan membersihkan nama abangnya.
Beliau turut menyeru sejarawan untuk mengkaji semula sejarah dan peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20139
Friday, September 09, 2011
SAMM tampal salinan laporan SPRM dan salinan 'penipuan' Utusan Malaysia dalam isu cincin

Utusan telah menyiarkan berita mencabar che'GuBard membuat laporan SPRM dalam isu cincin berlian nilai RM24.45 juta yang dikaitakn Rosmah Mansor yang telah didedahkan SAMM sejak 8 Julai lepas. Namun selepas 'fitnah' 1 syawal tersebut satu email telah dihantar minta Utusan betulkan fakta namun tidak diendahkan. Mustahil Utusan tak mengetahui laporan SPRM telah dibuat tetapi sengaja menggunakan taktik propaganda memperbodoh rakyat untuk menjaga kepentingan regim Najib Razak.
SAMM lapor salahguna dana awam oleh Najib untuk bercuti

Hanya 2 orang sahaja dibenarkan masuk ke dalam balai.
(bawah) antara aktivis selepas membuat laporan di Balai Polis Seremban 2.
Pagi ini Solidariti Anak Muda Malaysia telah tampil untuk membuat laporan polis terhadap salahguna dana awam oleh Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) ketika percutiannya ke Australia ketika negara merayakan 31 Ogos lalu.Portal berita dalam talian, Malaysiakini.com pada 2 September 2011 telah melaporkan berita Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah pergi bercuti ke Perth Australia pada tarikh 31 Ogos 2011 dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia no. pendaftaran 9M-NAA. Pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd yang merupakan subsidiari kepada Penerbangan Malaysia Bhd iaitu entiti milik Kerajaan Malaysia melalui Khazanah Nasional Bhd.Sementara saya merasakan bahawa amat tidak wajar dan tidak melambangkan semangat patriotik apabila Dato’ Seri Najib pergi bercuti ke luar negara di Hari Kebangsaan, namun apa yang lebih penting dari itu ialah adakah di sana terdapat unsur penyalahgunaan harta negara dan dana awam apabila Dato’ Seri Najib pergi bercuti dengan menggunakan kemudahan awam di atas kepentingan peribadi.
Pesawat tersebut bukan merupakan pesawat peribadi Dato’ Seri Najib di mana segala perbelanjaan dan kos pesawat tersebut ditanggung oleh kerajaan vis-à-vis rakyat serta dan ini menimbulkan tanda tanya kepada saya adakah ianya merupakan suatu unsur penyalahgunaan kuasa oleh Dato’ Seri Najib untuk kepentingan peribadi.
Oleh yang demikian, saya sebagai pembayar cukai memohon agar suatu siasatan akan dibuat pada kadar yang segera ke atas Dato’ Seri Najib tentang penyalahgunaan harta awam dan salahguna kuasa untuk kepentingan peribadi beliau dan keluarga demi Rakyat!
Sekian sahaja laporan saya.
Tindakan ini untuk menarik perhatian rakyat terhadap 3 perkara :
- Mendesak tindakan diambil terhadap Najib dan Rosmah yang bercuti (bukan lawatan tapi cuti) dengan menggunakan wang rakyat.
- laporan ini turut mendedahkan bagaimana sikap seorang Perdana Menteri dan orang yang menyamar selaku wanita pertama negara yang bercuti keluar negara ketika negara menyambut 31 Ogos. Pasangan ini buat rakaman awal ucapan Hari 31 Ogos minta rakyat sambut, gantung bendera dan lain - lain kemudian ketika ucapan mereka disiarkan mereka berseornok bercuti ke luar negara. Tindakan ini perbodoh rakyat dan menunjukkan sikap sebenar mereka.
- Pesawat yang mereka naiki ialah pesawat yang Abdullah dikirtik hebat ketika menjadi PM kerana meluluskan pembeliannya yang bernilai rm200juta. Najin menikmati kejatuhan Abdullah dan menjadi PM. Rakyat perlu sedar pesawat yang Abdullah dikutuk hebat itu kini dinikmati oleh Najib. Berapa wang rakyat yang hangus hanya untuk menerbangkan Najib dan Rosmah pergi balik ke Australia dengan pesawat mewah tersebut ?
Thursday, September 08, 2011
SAMM : Hentikan Sentimen Menang Tulis Sejarah, Kalah Tulis Puisi

Ini kerana menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shaharin, Umno hanya mahu nama-nama mereka sahaja yang direkodkan dalam sejarah menuntut kemerdekaan negara dan nama wira-wira besar dari parti berhaluan kiri mesti terus dilenyapkan.
Hal ini katanya dapat dilihat dengan jelas apabila timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tanpa menyebut tentang komunis terus dimanipulasi oleh Umno dengan menyatakan bahawa wira itu sebagai anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang bertindak ganas merancang serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong lebih 60 tahun lalu.
Namun menurut Badrul yang lebih mesra dengan panggilan Chegubard, tindakan Umno itu jelas menggambarkan politik sempit yang diwarisi parti itu dari penjajah sedangkan nama Mat Indera diangkat oleh Yayasan Warisan Johor melalui buku Pengukir Nama Johor.
"Beberapa tokoh kiri terus digelapkan sejarah kepewiraan mereka kerana untuk menunjukkan hanya Umno yang perjuang merdeka,"kata Chegubard.
"Serangan Umno terhadap tokoh yang melawan British termasuk bekas pemimpim PKM diragui ketelusannya. Umno dilihat menyerang mereka bukan kerana ideologi komunis tetapi lebih kepada mewarisi sentimen warisan penjajah, ini jelas kerana Umno parti pemerintah sendiri menjalinkan hubungan rasmi melalui perjanjian MoU dengan Parti komunis China, KDN membenarkan suara rasmi akhbar Parti Komunis China terbit di Malaysia malah bakal menantu Rosmah Mansor juga seorang dari keluarga pemimpin parti komunis di Asia Tengah,"tambahnya lagi.
Untuk rekod lagi, fakta sejarah mencatatkan bahawa Istana Perak juga pernah menerima mengadap bekas tokoh PKM dan memberi tajaan kepada tokoh tersebut pergi ke tanah suci.
Selain itu, mantan Menteri Besar Perlis pernah ke selatan Thai (perkampungan yang didiami oleh bekas-bekas pimpinan dan perajurit PKM) untuk ziarah dan sampaikan bantuan.
Oleh itu menurut Chegubard, sejarah seharusnya diangkat secara jujur dengan memberi pengiktirafan wajar ke atas semua pejuang.
"Selepas rundingan damai 1989 yang ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Komunis, pengiktirafan harus diberi dan segala persengketaan wajar diketepi,"katanya.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai permintaan untuk diadakan debat antara Umno dan PAS, Chegubard menyokong usaha tersebut dan menyifatkan ia adalah budaya politik matang untuk mencari rumusan terbaik dalam mencari fakta jati diri bangsa negara ini.
Justeru, SAMM mengalu-alukan Ketua Pemuda Umno dan Ketua Pemuda PAS juga disertai mana-mana organisasi muda untuk berdebat mencungkil fakta sejarah.
"Mohamad Sabu dari segi pengalaman, usia dan hierakinya lebih sesuai tampil berdebat dengan Muhyuddin Yassin yang agak kasar ketika memberikan komen-komen seperti menyuruh Mohamad Sabu bertaubat.
"Apapun kesempatan ini bagus kerana secara tidak lansung ia menarik perbagai pihak untuk sama mencungkil sejarah negara,"tambah beliau lagi.
Bukit Kepong hanya cebisan kecil contoh bagaimana sejarah dipendamkan
- Mat Indera bukan pengganas komunis : Pak Johan (adik Mat Indera)
- Hubungan antara Mat Indera dan Hj Md Yassin
- Isteri kau ...isteri aku punca serangan Bukit Kepong
- Bukit Kepong diketuai polis Mat salleh
Rahsia ahli Umno no. # 000006




Bukan sejarah lama yang dekat pun digubah semula.
Terkadang lucu juga melihat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin beriya2 benar mahu berdebat dgn Mat Sabu berhubung isu sejarah Bukit Kepong dan Mat Indera. Nampak mcm hebat Pemuda UMNO cinta kpd sejarah... tetapi sedarkan Khairy... Pemuda UMNO sendiri sebenarnya BUANG SEJARAH ANWAR. Jika Bkt Kepong berlaku 50 tahun yg lalu.. Tp sejarah Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pemuda UMNO baru saja berlaku. Kenapa mereka BUANG?. Cerita Zaman Kegemilangan Anwar tapi yg diceritakan ialah Datuk Harun, Syed Jaafar Albar dan Datuk Suhaimi. CMK ada transkrip asal sejarah yg dibuang ini. Kenapa takut pd Sejarah? Makanya, Khairy tidak layak berdebat soal SEJARAH kerana Pemuda UMNO sendiri tidak menghormati sejarah perjuangan KETUAnya sendiri !! Buktinya sila klik sini http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=SejaraWednesday, September 07, 2011
SAMM : jangan terjemah sejarah ikut kepentingan
1. Hj. Mohd Sabu angkat Mat Indra sebagai tokoh lawan penjajah tanpa sebut komunis tetapi Umno yang tuduh Mat Indra komunis !
4. Beberapa tokoh kiri terus digelapkan sejarah kepewiraan mereka kerana untuk menunjukkan hanya Umno yang perjuang merdeka.
5. Istana perak pernah menerima mengadap bekas tokoh PKM dan memberi tajaan kepada tokoh tersebut pergi ke tanah suci.
8. Selepas rundingan damai 1989 yang ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Komunis, pengiktirafan harus diberi dan segala persengketaan wajar diketepi.
Adakah MAINS benar memerlukan menara 15 tingkat ? : PKR Rembau
Umno guna taktik propaganda Hitler
Media Umno sperti Utusan malaysia dan TV 3 hari ini telah menggunakan taktik Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip “The Big Lie” iaitu satu prinsip yang menyatakan bahawa sesuatu fitnah, jika diulang berkali-kali dengan lantang, akan dipercayai rakyat jelata.
Tuesday, September 06, 2011
Persoalan Kemerdekaan Yang Harus DIJAWAB ! (Wajib Baca!!)
"Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka sempena 54 tahun “merdeka…”
1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang ?
2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula,walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar.?
3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya(TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?.
4. Bilakah semboyan MERDEKA bermula dan siapakah pemulanya ?
5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini ?
6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati ? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya ?
7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.
8. Akta darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya ?.
9. Benarkah Darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.
10. Benarkah Darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.
11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948…. dan kenapa ?
12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu… ?
13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ?
14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ?
15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (UMNO sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).
16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan ? Apakah signifikan syarat ini ? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak “premature withdrawal” ? dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjang ke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada.
17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.
18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.
19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan.
20. Benarkah pada tahun 1948 UMNO hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?
21. Kenapa semboyan UMNO adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris. ?
22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini ? (Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara).
23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia?
25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr. Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Buestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis ?
26. Jika PKM adalah anti Agama dan Tuhan, bagaimana ulama’ seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.
27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia ?. Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.
28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan UMNO menjunjungsistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).
29. Kenapa ulama-ulama upahan UMNO lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba ?.
30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan UMNO tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau Datok Maharajalela, Datok Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding ?
31. Kenapa UMNO sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan UMNO?
32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu UMNO hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.
33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948. Kenapa tidak nampak satu pun bendera UMNO ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain.
34. Pernahkah UMNO menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?
35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?
36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?
37. Kenapakah UMNO terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989.
38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat.
39. Kenapa UMNO perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi UMNO benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal..
Gempar! Bakal menantu Rosmah anak saudara pemimpin Komunis!

Siapakah Nursultan Nazarbayev ini?

Waris, penduduk kampung anggap Mat Indera penentang penjajah
KUALA LUMPUR: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin menyifatkan Mat Indera sebagai tokoh yang berjaya menyatu-padukan pihak-pihak yang menentang penjajah British dan bukan pengkhianat negara.
Beliau membuat rumusan itu berdasarkan temubual bersama adik Mat Indera dan penduduk kampung berdekatan Bukit Kepong dalam siri jelajah menjejaki Mat Indera anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
“Mat Indera penyatu semua kelompok gerakan penentang penjajah British yang mengangkat senjata menentang mereka. Malah, beliau juga tidak ada sangkut-paut dengan komunis,” kata Badrul atau dikenali CheguBard yang juga Pengerusi SAMM.
Menurutnya, berdasarkan temubual dengan adik bongsu Mat Indera iaitu Johan bin Indera atau lebih dikenali sebagai Pak Johan di Yong Peng, Mat Indera adalah seorang pemimpin keluarga yang memikul tanggungjawab menjaga adik-beradiknya selepas kematian ibu mereka.
“Mat Indera tokoh agama yang mengambil tanggungjawab menjaga adik-beradiknya dan memastikan mereka menjaga sembahyang dan pandai mengaji,” kata Chegu Bard.
Menurut Badrul, Pak Johan turut menceritakan bahawa Mat Indera pernah menegur ayahnya yang meminta air doa dari seorang kiyai di Johor untuk digantung di dalam rumah bagi mengelakkan serangan Jepun.
“Beliau menegur ayahnya dan berpesan,”Kalau kita takut dengan manusia, kita bukan gantung tangkal. Kita gantung hati kita dengan Allah Taala”, ” kata Chegu Bard.
Mat Indera juga sebenarnya adalah seorang guru agama tempatan yang pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah, Mat Indera sendiri mengajar agama tanpa mengambil sebarang upah.
“Beliau tidak cari makan dengan belajar agama. Beliau kerja di pelabuhan kecil di Muar menyelia pengagihan beras,” kata Chegu Bard.
Lebih menyedihkan, kata Chegu Bard, sejarah bukan sahaja tidak mengiktiraf perjuangan Mat Indera, malah turut memadamkan kezaliman yang dilakukan British ke atas keluarganya.
“Pak Johan dan ayah Mat Indera dibuang daerah ketika British memburu Mat Indera,” kata Chegu Bard.
Sejarah perjuangan Mat Indera menentang British menarik perhatian ramai apabila media perdana berulang-kali menayangkan video ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengiktiraf perjuangan Mat Indera.
Namun, ia diputar belit media perdana yang menyokong Umno BN dengan mendakwa Mohamad Sabu menyokong perjuangan komunis.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19778


