Monday, November 18, 2013

7 tahun berlalu, pembunuh Altantuya masih bebas dan KITA TAHU SIAPA MEREKA!


Dengan jumlah wang begitu besar terlibat, Umno Baru layak digelar sarang tipu daya.
Abdul Razak Baginda mempunyai rakan-rakan yang berpengaruh tetapi dia tetap mengekalkan profil yang rendah. Tidak banyak yang perlu dirisaukan oleh Razak kecuali reputasinya jika hubungan sulitnya dengan Altantuya diketahui umum - selain daripada menghadapi kemarahan isterinya, Mazlinda Makhzan ( seorang pengarah dalam syarikat yang terlibat dengan perjanjian kapal selam ). Walaupun skandal ini memaksa SPRM memulakan penyiasatan, kebiasaanya kes akan ditutup selepas keghairahan orang ramai terhadap kes mula reda.
Walaupun pengakuan terperinci telah diberi oleh Sirul Azhar bin Haji Umar (IC No: RF12559 ) tentang pembunuhan terancang yang dicatatkan dalam Laporan Polis No: 7380 /06 pada 9 November 2006 pada jam 1635 oleh Inspektor Nom Phot a/l Prack Dit , Mahkamah rayuan pada 23 Ogos tahun ini telah memutuskan untuk membiarkan kedua-dua Sirul Azhar dan pemberi arahan, Kapten Azilah Hadri bebas begitu sahaja.

Umum mengetahui bahawa Kapten Azilah Hadri adalah bekas polis dari unit elit UTK (Unit Operasi Khas Polis Diraja Malaysia ) dan pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri yang pada masa itu merupakan Datuk Seri Najib Razak. Dia telah dipanggil oleh Setiausaha peribadi Najib dan ketua keselamatan , DSP Musa Safri , selepas Abdul Razak Baginda melaporkan kepada kawan rapat yang juga rakan bisnes terbesarnya Najib Razak , bahawa dia telah diganggu oleh wanita Mongolia yang menuntut bahagian sogokannya daripada RM540 juta wang rasuah dari transaksi jual beli rahsia kapal selam dari Perancis.

Sirul Azhar menyatakan dalam kenyataan polis bahawa dia telah diarahkan oleh Azilah untuk membantu ‘menguruskan’ wanita bernama Aminah atau Altantuya Shaariibuu yang sering mengganggu seorang tokoh penting. Dia juga menambah bahawa ganjaran wang tunai sebanyak RM50, 000 -100,000 akan diberikan. Saya tidak pasti jika Sirul tahu siapa yang telah membuat tawaran itu, dan jika tahu sekalipun, apa sahaja nama yang disebutnya sudah pasti telah dipadam dari kenyataannya oleh pegawai-pegawai polis yang setia melindungi VVIP dalam Umno Baru.

Pernah buat ‘kerja serupa’ sebanyak 6 kali

Tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan kejam ialah Abdul Razak Baginda yang mengemukakan afidavit bersumpah yang ada menyebut bahawa dia telah memperincikan maklumat kepada Kapten Azilah Hadri mengenai masalah dengan si Altantuya.
Razak Baginda juga menambah bahawa Kapten Azilah memberi jaminan bahawa tugas itu akan segera diselesaikan dan dengan riaknya memberitahu bahawa sebelum ini dia pernah menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes yang serupa.

Tiada siapa yang waras akan mengaku melakukan pembunuhan kejam - lebih-lebih lagi apabila mangsa tidak dikenali olehnya dan adalah seorang wanita cantik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki Casanova yang rapat dengan ahli politik. Altantuya jelas bukanlah seorang penjenayah tegar. Siapa yang tergamak untuk menembak perempuan itu sebanyak dua kali dengan jarak dekat di kepala walaupun dia merayu untuk tidak di apa-apakan - termasuk anak dalam kandungan? Apa sahaja jenayah yang mungkin telah dilakukan, mengugut umpamanya, dia tetap berhak untuk dibicarakan di mahkamah. Setiap anggota polis tahu bahawa - atau sepatutnya tahu akan hak itu walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Walau bagaimanapun , Kapten Azilah Hadri dan Sirul Azhar bukanlah calang-calang polis. Mereka komando dari UTK , dilatih sebagai penembak tepat dan bersedia untuk mengikut perintah tanpa soalan. Siapa yang memberi arahan? Sudah pasti mereka tidak akan taat kepada Abdul Razak Baginda – dia hanyalah orang awam, walaupun rapat dengan orang yang mempunyai pengaruh politik. Perintah itu sudah semestinya datang dari seorang pegawai polis yang lebih tinggi, dalam hal ini setiausaha peribadi Najib Razak , bekas DSP Musa Safri , yang telah dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke negeri lain.

Tuan politik wajib bertanggung jawab

Mengapa Musa Safri tidak pernah dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan itu, yang telah direkodkan menjangkau 159 hari ? Dia merupakan ketua keselamatan dan pembantu peribadi kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor. Apa jua tindakan yang telah diambilnya adalah di atas arahan mereka, demi kepentingan serta keselamatan diri mereka. DSP Musa Safri jelas seorang pekerja yang setia kepada tuan politiknya. Merekalah yang mesti bertanggungjawab diatas tindakan pekerja mereka - terutamanya jika tindakan ini melibatkan penculikan dan pembunuhan kejam , ditambah pula dengan penggunaan bahan letupan jenis ketenteraan untuk memusnahkan bukti badan seorang wanita yang mengandung.

Kita tidak harus lupa bahawa seseorang di Jabatan Imigresen dengan sengaja memadam dari pangkalan data komputer, semua rekod kemasukan Altantuya Shaariibuu dan rakan-rakannya. Siapa yang mempunyai kuasa untuk memerintahkan jenayah sedemikian rupa? Pada bulan Oktober 2006 apabila kisah itu mula diketahui, Kementerian Dalam Negeri ( yang mengawal Jabatan Imigresen) baru-baru ini telah disusun semula dan walaupun Mohd Radzi Sheikh Ahmad sepatutnya bertanggungjawab, ia merupakan satu tempoh yang penuh kekeliruan tanpa diketahui dengan jelas dari manakah datangnya arahan.

Sudah pasti ada seseorang yang sangat berkuasa dalam hierarki jawatan yang boleh melakukan jenayah sekeji diatas (hampir) tanpa halangan. Bukti ini menunjukkan kepada siapa ya? Siapakah pelaku yang mampu melakukan tipu daya yang kompleks ini?

Benarkah Rosmah tiada di tempat kejadian?

Begitu juga dengan anggota beruniform yang terlibat dalam kes itu. Musa Safri mungkin telah bersubahat dalam melakukan jenayah yang serius , tetapi sebagai seorang pegawai polis Melayu yang ketaatannya kepada Tuan Besar melebihi tugasnya sebagai penjawat awam, dia hanya akan mendapat simpati setelah mengakui peranannya dan untuk memberi laluan agar keadilan dapat dijalankan. Kapten Azilah dan Sirul jelas terlibat , melalui pengakuan Sirul serta akuan berkanun terperinci yang ditandatangani oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam a / l Perumal. Walau bagaimanapun, peranan mereka hanyalah pada dasarnya untuk melakukan kerja kotor orang lain.

Dalam akuan berkanun yang ditandatangani pada 18 Jun 2008 oleh Raja Petra Kamarudin , blogger kontroversi dan editor newsportal Malaysia Today yang lebih dikenali sebagai RPK, beberapa individu lain juga telah terlibat dalam pembunuhan sensasi itu. Malah, pengakuan RPK mendedahkan bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor mungkin telah berada di tempat kejadian pembunuhan itu, bersama-sama dua pegawai berpangkat tinggi dari bahagian kejuruteraan Kementerian Pertahanan, Lt Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya Lt Kol . Norhayati Hassan, kedua-duanya merupakan pakar dalam penggunaan bahan letupan C4 . RPK mendakwa dia telah diberi maklumat menggemparkan ini oleh seorang pegawai kanan Perisikan Tentera.

RPK kemudiannya menarik balik akuan bersumpahnya pada bulan April 2011 dalam satu temu bual yang disunting oleh TV3 , stesen yang mesra kerajaan, dengan memberi penjelasan bahawa dia tidak pasti sama ada apa yang dia dengar adalah benar. Alasannya adalah dia merasa ia merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang warganegara untuk memberitahu masyarakat tentang apa yang didengarinya . Ramai yang melihat ini sebagai satu petunjuk bahawa RPK mungkin telah diminta untuk memfailkan akuan itu pada Jun 2008 oleh pihak yang mahu menghancurkan aspirasi Perdana menteri Najib Razak.

Siapakah yang membocorkan maklumat?

Dalam Umno Baru terdapat ramai yang ingin melihat Najib Razak dan isterinya yang berpengaruh dikeluarkan daripada parti - skandal Altantuya akan menjadi senjata yang paling tepat bagi tujuan ini.
Tiga nama segera muncul di fikiran : Mahathir Mohamad, yang mempunyai matlamat untuk memastikan anak bongsunya , Mukhriz , menjadi Perdana Menteri , Tengku Razaleigh Hamzah , yang telah mengintai jawatan PM sejak pertengahan 1980-an , dan Muhyiddin Yassin, timbalan Najib, yang sudah pasti mengimpikan jawatan tertinggi negara itu.
Walaupun siasatan terperinci terhadap kes pembunuhan Altantuya menunujukkan bahawa skandal kapal selam Scorpene mula diketengahkan pada tahun 2002, iaitu semasa tempoh Mahathir, Najib Razak pasti akan disabitkan kerana dia pada masa itu merupakan menteri pertahanan di kabinet Mahathir.

Abdul Razak Baginda , menurut akuan berkanun menggemparkan P.I Bala pada 3 Julai 2008, telah diperkenalkan kepada Altantuya Shaariibuu oleh rakannya Najib Razak di sebuah ekspo berlian di Singapura. Tanpa menyembunyikan apa-apa, Razak Baginda telah menceritakan kepada penyiasat peribadinya bahawa Najib tidak mahu lagi terlibat dalam skandal besar selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, hanya kedudukan sahaja dari jawatan teratas. Jadi, dia mahu Razak Baginda untuk mengambil alih peranannya sebagai ‘sugar daddy’ kekasih Mongolianya yang bercita rasa tinggi itu.

Umum telah mengetahui bahawa kelemahan Najib Razak adalah wanita cantik. Kelemahan itu merupakan ‘Achilles Heel’ hampir setiap tokoh penting - terutama dalam rimba politik dimana pemangsa bersembunyi di sebalik sifat kepura-puraan dan kemunafikan.


Penipuan
Penipuan dan pujuk rayu, rasuah dan ancaman, pergaduhan sesama sendiri – inilah yang sering berlaku dalam persekitaran politik kita sekarang. Tiada siapa yang mahu berhadapan risiko kehilangan segala-galanya, jadi perkahwinan untuk kesenangan, pragmatisme sinis, dan politik berkepentingan menjadi kebiasaan. Siapa peduli akan kebenaran? Ini semua hanyalah persepsi semata-mata, dan di sinilah pakar kaki pusing memainkan peranan mereka. Siapa peduli tentang keadilan? Ia boleh dijual beli jika kamu punya wang yang banyak.

Umno Baru telah tenggelam sehingga ke paras songkok tinggi mereka dalam kolam penipuan dan konspirasi tersembunyi.

Walaupun ada yang bakal gembira melihat Najib dan Rosmah dikeluarkan dari papan permainan, terdapat juga yang takut kehilangan kuasa sepenuhnya sekiranya perebutan kuasa bertukar ganas. Mereka lebih suka berkhidmat untuk seorang pemimpin korup yang boleh menawarkan faedah kepada mereka - daripada seorang pemimpin bersih yang pasti akan serta-merta memecat mereka di atas ketidakcekapan dan ketamakan.

Negara butakan mata terhadap kes BUNUH

Jadi, setelah tujuh tahun selepas kematian kejamnya yang sia-sia di tangan penjahat zalim yang bersembunyi disebalik nama kerajaan Malaysia, hantu Altantuya Shaariibuu masih belum dapat ditenangkan.

Kesunyian yang menyelubungi episod umpama mimpi buruk ini mendedahkan konspirasi di peringkat tertinggi - dan seluruh kerajaan persekutuan Barisan Nasional sebenarnya terlibat sama kerana bersubahat dalam pembunuhan kelas pertama.

Kerana kerajaan sepatutnya mewakili semua, setiap rakyat Malaysia akan mengalami nasib yang sama - sehingga kita menebus kembali kewarasan fikiran dan maruah kita sebagai rakyat kepada negara yang berkemungkinan sekali berhadapan dengan kehancuran.

Adakah kita patut berhadapan dengan semua ini setelah 56 tahun kita merdeka? Hanya untuk dikenali sebagai sindiket jenayah besar yang terdiri daripada penipu, orang-orang munafik, pencuri, perogol dan pembunuh?

Ekspedisi bantahan terhadap pembinaan empangan di KM 15 dan Long Lama


Selamatkan Baram @ KM15 Baram. Melawat protestor blocked “HENTIKAN EMPANGAN BARAM”. Semangat mrk tidak pernah luntur walaupun sudah 22 hari blocked di buat. Rakyat Baram dgn sekeras-kerasny membantah pembinaan Empangan di Baram. Mereka tidak akan mara walau seinci. Biar mati sekalipun mereka sanggup demi mempertahankan Hak Tanah Adat yg diterokai oleh nenek moyang yg berkurun lama

599621_10202307438948027_299627147_n
Che Gu Bard bertukar-tukar pandangan bersama SAMM Sarawak
Che Gu Bard bertukar-tukar pandangan bersama SAMM Sarawak
Che Gu Bard dalam perjalanan ke Long Lama
Che Gu Bard dalam perjalanan ke Long Lama
1459849_241303936027833_1118693658_n

1460096_241255329366027_169347625_n

1424461_10202307165781198_589252933_n

1452076_10202307100139557_25301650_n 1457624_10202307054058405_1302742029_n

1463085_10202307071818849_566451678_n




1471908_10202307406347212_1912264338_n 

Sunday, November 17, 2013

SAMM nyatakan solidariti terhadap penduduk pribumi Baram dan Murum, desak henti bina Empangan musnahkan kehidupan

Kenyataan Umum

16 November 2013

Solidariti terhadap penduduk pribumi Baram dan Murum, desak henti bina Empangan musnahkan kehidupan

Pada 11 - 13 November lepas SAMM bersama sekutu telah memasuki belantara Baram bagi menyatakan solidariti kepada masyarakat setempat yang bangkit menghalau pekerja dan jentera yang terlibat projek pembinaan empangan Baram dan membina kem bagi mengawal jalan masuk ke tapak projek tersebut.

Rombongan ini juga bagi tujuan menghantar bahan bantuan seperti makanan asas dan lain - lain bagi membantu mereka yang meninggalkan kampung halaman bagi berkhemah mempertahankan hak.

Projek tersebut diteruskan tanpa berbincang dengan orang ramai yang terlibat. Jika empangan ini dibina maka berpuluh perkampungan akan tenggelam dan beribu keluarga terpaksa berpindah dan hilang penempatan serta sumber pendapatan. Tidak ada sebarang perbincangan serius dibuat melibatkan penduduk oleh pihak berkuasa mahupun kontraktor. Menurut penduduk setempat yang ditemui wakil rakyat kawasan tersebut (BN) menyatakan bahawa projek tersebut masih diperingkat perancangan namun ternyata ia penipuan kerana papan tanda projek sudah dinaikkan dan jentera berat sudah mula masuk dan membuat kerja.

Hilang sabar penduduk bangkit dan menghalau semua jentera dan pekerja keluar dari kawasan tapak pembinaan projek. Mereka kemudian membina 2 tapak perkhemahan bagi menghalang dua laluan masuk ke kawasan yang akan dibina empangan itu.

Ada yang berjalan kaki selama beberapa hari bagi hanya untuk hadir bersama penduduk kampung lain bagi sama menyatakan bantahan dan menghalang pembinaan empangan ini. Oleh kerana keadaan kem yang tak sempurna dan bekalan sumber yang terhad minggu lepas seorang warga tua telah meninggal dunia di kem 'blocked' Bt. 15. Kezaliman terhadap penduduk setempat berganda selain dizalimi kerana projek ini menceroboh hidup mereka lebih malang lagi semua usaha dan kegigihan penduduk ini telah digelapkan oleh media.

Menurut Sdr. Philip, yang bertindak menyelaras bantahan yang juga antara aktivis aktif dalam organisasi "Selamatkan Sungai Sarawak" menyatakan pihak terbabit telah bertindak melanggar banyak undang - undang dan prosedur contohnya tidak wujud langsung laporan EIA (kajian kesan alam sekitar) dilakukan sebelum memulakan projek.

Bagi SAMM projek Empangan besar seperti ini jelas hanya memusnahkan alam sekitar dan hanya bersifat mewujudkan projek bagi mengalirkan wang kepada pihak berkepentingan semata. Apa keperluan empangan besar lagi ? Negara sudah punya rizab lebihan tenaga yang banyak dan Bakun sendiri projek gajah puteh sehingga terpaksa memikirkan untuk menyalurkan tenaga ke semenanjung semula melalui kabel bawah tanah, maka apa keperluan satu lagi empangan di Baram ?

Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pemerintahan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dituduh mencabul hak asasi Orang Asal Sarawak secara konsisten dan berterusan melalui pemusnahan alam sekitar secara terancang di negeri itu.

Ini bukan perkara baru  sebelum ini pembinaan empangan janakuasa hidroelektrik di Bakun, Murum dan kini di Baram yang menyaksikan orang-orang asal dipaksa untuk tinggal di penempatan semula, kerajaan negeri Sarawak turut dituduh merampas tanah milik orang asal untuk pembalakan haram, menyebabkan limpahan air sungai akibat dari pembinaan tiga empangan mega di Batang Ai, Bakun dan Murum dan sembilan lagi empangan di Baram dan daerah-daerah lain.

Sudahlah pembalakan berleluasa memusnahkan persekitaran yang kemudian diparahkan dengan kegiatan memindahkan monokultur minyak kelapa sawit secara berleluasa ke kawasan orang asal dan pencemaran di persisiran pantai Sarawak yang dihasilkan oleh industri-industri peleburan di kawasan industri (SCORE).

Sesungguhnya pemusnahan alam sekitar secara terancang dan dahsyat ini telah membawa kesan yang tidak dapat dibaikpulih kepada komuniti bumiputera Orang Asal.

Perlu disedari orang pribumi inilah yang telah melindungi hutan sejak zaman-berzaman sebagai sumber makanan, kawasan ladang kecil-kecilan, tempat penempatan (rumah panjang), tempat penyembahan dan tanah pengebumian mereka

Kehidupan mereka dan adat resam mereka bergantung kepada tanah-tanah mereka serta hutan-hutan yang tidak diteroka. Tanah adalah jiwa orang asal.

Komuniti Orang Ulu (kenyah, kayan dan Penan) sejak Oktober 23 telah mendirikan khemah 'kem blocked' bagi menghalang kerja-kerja pembinaan Empangan Baram daripada terus dijalankan.

Mereka, secara aman, telah meminta para pekerja di Empangan Baram untuk meninggalkan kawasan tersebut. Para pekerja empangan telah memenuhi permintaan mereka dan meninggalkan lokasi pembinaan secara aman. Kerja-kerja pembinaan Empangan Baram yang dilakukan telah dihentikan.

Gambar yang sempat dirakam sepanjang Expedisi Solidariti Baram SAMM Sarawak

 3 buah kenderaan pacuan 4 roda digunakan untuk membawa bantuan dan rombongan ke belantara Baram bertolak dari Bandaraya Miri pada 11 November

 Ray (Penyelaras SAMM Sarawak), Zulhaidah (Timbalan Ketua AMK Sarawak) turut kelihatan Irang (kanan sekali) yang merupakan pemandu cekap yang membantu che'GuBard sepanjang lawatan

 Setelah merdeka sekian lama dan Sarawak antara penyumbang terbesar kekayaan negara tetapi jaringan jalanraya cukup teruk





 Keadaan Kem blocked di Long Lama.
Sebahagian dari bahan bantuan yang disampaikan kepada mereka

 Jalan masuk ke tapak projek melalui Long Lama yang ditutup oleh komuniti orang asal

 aktivi sungai seperti ini akan hilang kerana empangan akan mengeringkan sungai yang indah ini

 Gelang 'perlindungan' pemberian wakil kaum Penan


 Di Kem 'blocked' Bt. 15, Baram iaitu satu lagi kawasan khemah yang dibina bagi menghalang kemasukan ke kawasan projek empangan tersebut

 Penduduk beratur mendapatkan bekalan makanan ketika lawatan SAMM
 Sempat berkongsi pandangan bersama penduduk setempat




 turut melawat beberapa perkampungan komuniti asal yang bakal tenggelam jika projek empangan ini dijalankan



 Projek SCORE yang tidak mengendahkan kemusnahan alam ?
 antara perkampungan yang terlibat


Hisham, Jeney, Philip dan Wisley antara aktivis yang bersama rombongan

Pengalaman berharga bermalam ditengah belantara, makan bersama komuniti asal yang berjuang mempertahankan haknya merupakan pengalaman berharga yang cukup mengajar erti kemanusiaan.

SAMM bersedia bersama mana - mana organisasi untuk sama melakukan misi solidariti selanjutnya sesiapa yang berminat sila email ke samm4anakmuda@gmail.com. Sebarang bentuk sumbangan untuk mereka yang berjuang mempertahankan hak ini juga dialukan.

19 - 23 November ini pejuang pribumi ini akan menghantar rombongan ke Kuala Lumpur untuk membawa isu perjuangan mereka ini dan SAMM akan bersama terus mendokong mereka.

Saturday, November 16, 2013

Tindakan kepada semua Komrad SAMM dan sekutu : Laporan Polis Isu AG - Agen CIA

Kepada semua komrad SAMM di seluruh negara dan sekutu, dibawah ini ialah 'tamplet' laporan polis berkaitan idu AG - Agen CIA. Sila tampil bersama rakan untuk membuat laporan polis di balai tempat masing - masing kemudian sila scan salinan laporan anda dan hantar bersama gambar ketika laporan dibuat ke samm4anakmuda@gmail.com / chegubard@gmail.com.
Adalah saya (nama anda), no kad pengenalan (xxxxxx-xx-xxxx) mewakili organisasi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan selaku warga Malaysia yang sedar dengan ini menggesa pihak polis memulakan siasatan dan mengambil tindakan serius ke atas wujudnya tuduhan bahawa Peguam Negara terkait dengan agen CIA.

Dilaporkan meluar di media wujud satu akuan bersumpah menggambarkan penglibatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam membuat tuduhan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terlibat - agen perisikan asing (CIA). Ini merupakan satu perkara yang serius kerana dibawah peguam negara dimaksudkan banyak penyelewengan telah berlaku yang merugikan negara dan ini mungkin berlaku kerana dia terlibat selaku agen negara asing. Antaranya ialah :
  • sengaja membawa bahan palsu bagi melemahkan kes dalam perebutan pulau batu putih yang menyebabkan malaysia hilang kedaulatan keatasnya. umum tahu kepentingan Amerika lebih ke atas Singapura berbanding Malaysia.
  • sengaja merekayasa bahan bukti dalam kes Anwar Ibrahim. Umum mengetahui gabungan Mahathir dan Anwar pada ketika itu telah menempatkan negara didalam keadaan terbaik dalam sejarah
  • Gagal memfailkan rayuan ke atas pembebasan Datuk Seri Ling Liong Sik kerana menyebabkan berbilon wang negara hilang kerana skandal PKFZ yang menyebabkan negara dalam risiko tinggi
  • dan beberapa salah laku lagi khususnya dalam memberikan ansihat perundangan terhadap kerajaan.
Negara dalam keadaan krisis kerana rakyat semakin hilang kepercayaan dalam proses perundangan. Semua perkara boleh dipermainkan. SAMM berpendapat dan mendesak siasatan terhadap kemungkinan :
  • Pejabat Peguam Negara terlibat dengan agen risikan asing dan ia diketahui oleh Dr. Mahathir tetapi hanya kini bertindak kerana mahu menggunakan isu ini bagi mengugut Pejabat Peguam Negara tunduk dengan permintaannya kerana itu Dr. Mahathir masih berselindung dalam melemparkan tuduhan ini.
  • Perkara ini mungkin diketahui lama oleh Dr. Mahathir yang mungkin menikmati juga faedah darinya, kini bertindak atas beberapa alasan antaranya mahu menamatkan terus Anwar Ibrahim yang merupakan musuh politiknya dan tekanan ini berhasil dengan Pejabat Peguam Negara yang gagal mensabitkan Anwar sebelum ini menyerahkan tugasan kepada peguam yang dinamakan dalam kenyataan bersumpah itu yang turut bertemu Dr.Mahathir sebagai pendakwa. Walaupun dibolehkan tetapi ia amat janggal dalam negara ini seseorang peguam (swasta) diambil sebagai pendakwaraya dalam kes penting. Tindakan ini seperti menswastakan peranan peguam negara dan berapakah kos yang terpaksa ditanggung ? Dan jangan terkejut jika tekanan berterusan bagi menyeyapkan tuduhan kemungkinan AG akan berundur dan laluan diberikan kepada peguam kepercayaan Dr.Mahathir.
  • Kekalahan Datuk Mukhriz anak Dr.Mahathir dalam Pemiliahan Umno baru ini kerana Datuk Seri Najib dikatakan mempertahankan sepupunya Datuk Seri  Hishammuddin bin Tun Hussein selaku naib Presiden mungkin antara alasan Dr.Mahathir marah dan sekali lagi memberikan tekanan kepada isu Peguam Negara Agen Asing bagi menekan Pejabat Peguam Negara mengikut telunjuknya. Jika Pejabat Peguam Negara tertekan dengan isu ini mungkin akan memberi laluan permintaan Dr. Mahathir menekan Najib dalam isu seperti pembunuhan Altantuya dimana memang menjadi perhatian umum siapakah pembunuh Altantuya kerana dua pegawai polis yang telah wujudkan rakaman percakapan mengaku membunuh tetapi dibebaskan kemudianya kerana kelemahan dan kegagalan pendakwaan dari Pejabat Peguam Negara. Tekanan ini mungkin untuk membalas dendam terhadap Dr.Mahathir dimalukan dengan kekalahan anaknya atau mengasak Najib supaya akur bagi membuka laluan khas bagi anak Dr.Mahathir menjamin legasi politiknya.
Pihak Polis tidak boleh lepas tangan begitu sahaja dengan menyerahkan perkara ini kepada pihak lain. Ini isu serius harus diambil tindakan. Dunia sedang mentertawakan dan hilang hormat terhadap sistem perundangan negara. Pelabur akan lari, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap sistem perundangan ini amat bahaya untuk negara. 
AG harus ambil keterangan, digantung tugas. Dr.Mahathir juga harus ditampilkan bagi dirakam kenyataannya segera termasuk semua yang terlibat dinamakan dalam akuan bersumpah tersebut. Isu ini serius lebih lebih lagi selepas pendedahan bagaimana Amerika menggunakan kedutaan asing di Malaysia sebagai pusat aktiviti operasi risikan.
Sekian laporan saya bagi pihak SAMM.

Jika dipanggil oleh pegawai Polis untuk rakaman percakapan kerana membuat laporan sila beri kerjasama dengan menyatakan laporan atas seruan Solidariti Anak Muda Malaysia dan anda lakukan selaku tanggungjawab warga negara Malaysia. Jika ditanya bagaimana anda dapat maklumat mengenai perkara dilaporkan, nyatakan media banyak melaporkan seperti Malaysiakini dan seumpamanya, mohon mereka rujuk Malaysiakini dan jangan malas.

Agen Perisikan di Pejabat AG: SAMM Lancar Laporan Polis Serentak di Seluruh Negara

Kenyataan Terbuka
15 November 2013
Agen Perisikan di Pejabat AG: SAMM Lancar Laporan Polis Serentak di Seluruh Negara

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam kenyataan sebelum ini telah mendesak supaya segala aktiviti yang melibatkan pihak Pejabat Peguam Negara (AG) dibekukan segera dan Tan Sri Gani Patail harus diberkas untuk disoal-siasat. Ia ekoran dakwaan serius Tun Mahathir mengatakan terdapat dua agen perisik CIA yang bekerja di pejabat Peguam Negara ketika ini.

Berdasarkan tuduhan Tun Mahathir yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Mat Zain Ibrahim (Bekas Pegawai Kanan Polis), negara mungkin telah dipengaruhi oleh agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui pejabat AG. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan, pihak polis harus bertindak segera manakala Tun Mahathir harus tampil memberi penjelasan. 

SAMM juga tidak menolak kemungkinan antara kecelaruan dan musibah yang berlaku adalah termasuk melibatkan pemalsuan bukti dalam kes liwat DS Anwar Ibrahim dan aktiviti pengintipan ini juga mampu menyebabkan kekalahan Pulau Batu Puteh di mahkamah antarabangsa. Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas namun apakah mungkin ianya diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat.

Justeru itu, bagi terus memberi tekanan supaya pejabat AG dibersihkan dari anasir pengintip dan tindakkan lebih agresif oleh pihak polis, laporan polis akan dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) esok (16 November) secara serentak di seluruh pelusuk negara.

Laporan polis akan mula dibuat oleh SAMM P.Pinang jam 11.00 pagi di Balai Polis Bayan Baru, diikuti oleh SAMM dari negeri lain termasuk dari Sabah dan Sarawak. SAMM juga menyeru orang ramai dan aktivis sekutu turut membuat laporan polis di atas kecelaruan yang dibiarkan ini.

Sekiranya pihak polis masih lagi bermain wayang dan tidak bertindak sewajarnya, maka pada tarikh 24 November (Ahad) akan datang, SAMM seru semua aktivis, pengamal kepartian dan orang ramai berkumpul di depan IPD Dang Wangi untuk memberi tekanan yang jauh lebih serius.

 ESOK 16 Nov. : Lokasi dan jam laporan polis mendesak agar AG disiasat berhubung dakwaan terdapat ajen risikan CIA di seluruh negara:

1. Penang : Balai Polis Bayan Baru jam 11pg

2. Kedah : IPK Sungai Petani jam 2ptg

3. Pahang : IPD kuantan jam 2ptg

4. Sarawak : Balai Polis Padang Sentral Kuching jam 2ptg

5. Johor: Balai Polis Uda, jam 5ptg

6. Terengganu: IPD K. Terengganu


 klik sini untuk menyumbang kepada SAMM