Tuesday, June 05, 2018

Timbalan Menteri Belia yang juga pemimpin MIC gunakan syarikat dia Pengarah agih peruntukan EPU 37 juta

CATATAN UMUM

5 Jun 2018


1. Pada tahun 2015 Perdana Menteri ketika itu Najib Razak telah mengumumkan satu peruntukan khas kepada masyarakat India iaitu sebanyak RM37 juta. Peruntukan melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU) itu telah diseliakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu Saravanan Murugan yang juga merupakan Naib Presiden MIC telah menggunakan kedudukanya mengagihkan sebanyak RM19 juta melalui sebuah organisasi' yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dikenali sebagai Yayasan Naam

2. Apa yang menariknya ialah sebuah syarikat yang didaftarkan dengan SSM dinamakan 'Yayasan Naam' dengan nombor daftar syarikat 1076303-w turut merekodkan ketika itu Saravanan sebagai sebagai seorang dari tiga lembaga pengarah. Peruntukan kerajaan yang besar atas nama masyarakat India telah dilobi diletak selia dibawah Kementerian yang Saravanan Timbalan Menteri dan kemudian agihan atau peruntukan disalurkan kepada 'syarikat' yang Saravanan merupakan lembaga pengarahnya. Adakah ini bukan 'korupsi' ?

3. Menurut rekod dan data yang diperolehi kebanyakan dari peruntukan RM19 juta itu digunakan untuk projek pembangunan belia masyarakat India dengan menjadikan mereka petani moden melalui projek fetigasi (penanaman) Cili.  Dalam laman web 'Naam' sendiri menyatakan peserta yang terpilih untuk menjalankan program akan menerima bantuan kewangan dari pada TEKUN. Ini membawa maksud RM19juta tersebut hanya untuk latihan. Nilai wang dan hasil projek pertanian moden tersebut sendiri sangat menjolok mata.

4. Projek agihan peruntukan kerajaan untuk masyarakat India melalui 'entiti berdaftar bawah SSM' dimana Saravanan Lembaga Pengarahnya ini majoritinya pula mencatatkan kegagalan. Kunjungan ke beberapa tapak Pusat Latihan dan program bawah projek ini beberapa hari lepas menunjukkan bahawa projek ini ibarat hanya melepaskan batuk ditangga dan hanya untuk habiskan peruntukan.

5. SPRM perlu memulakan siasatan mengenai peruntukan RM19 juta dan juga keseluruhan RM37 juta kononya untuk pembangunan masyarakat India yang disalur uruskan melalui entiti yang didaftarkan bawah SSM yang mana Saravanan merupakan lembaga pengarahnya. Kami juga dapat maklumat ada syarikat tertentu dilantik kendali latihan dan bekalkan peralatan perkebunan. Bagaimana pemilihan syarikat dan bagaimana dengan nilai serta kualiti barangan perkebunan adakah ia sesuai dengan harga dan keperluan ? 

Sekali lagi melihat betapa belia masyarakat India tercicir sedangkan jumlah peruntukan pembangunan milik mereka sangat besar, maka sewajarnya SPRM boleh bertindak segera bagi mendapatkan semula atau menyita semua entiti terbabit bagi mengembalikan hak rakyat.

antara tapak projek yang tak tahu menelan belanja berapa juta
berakhir dengan gagal. Gambar terbaru beberapa hari lepas



catatan ; che'GuBard, warganegara Malaysia

13 comments:

  1. Anonymous1:48 PM

    tahniah che'GuBard dedahkan semua tak kira korup Bn , PH atau sesiapa sahaja

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:37 PM

    Cayalah brader...warga bukit chedang are very proud of you.Korek lagi brader semua geng geng BN.jangan kasi chance.Bila you nak jadi menteri/timbalan menteri brader?

    ReplyDelete
  3. Get him pay back Indian community asap..

    ReplyDelete
  4. I hope the new government takes the appropriate action agains those who misused funds allocated. MIC and gang....Tun will nail u guys down.

    ReplyDelete
  5. Lion.k.raven10:01 AM

    Apakah Tindakan Atau Sesuatu Siasatan Akan Dikemukakan Segara Keatas Semua Penyelewangan Ini.Padahal Saravan Bekas Minister Suka Cabar Rakyat Khususnya Golongan India Dengan Kenyataan Sindiran Dan Seolah olah Tidak Buat Apa Apa Kesalahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.youtube.com/watch?v=bB5RusRQTtU&t=105s
      https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2017/09/331667/sektor-pks-perlu-berdaya-saing
      https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/354280/pemenang-anugerah-kemampanan-merdeka-2017-diumum
      http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rajinikanth-tengah-menandatangani-plak-perasmian-wisma-malik-1.191095
      http://m.utusan.com.my/berita/nasional/rajinikanth-akhiri-8216-tugasan-8217-di-malaysia-1.191096
      https://www.macroaxis.com/invest/manager/AIABF--Gnanaraja-Gnanasundram
      http://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=175305&name=EA_DS_ATTACHMENTS
      https://www.sharewise.com/us/news_articles/BRIEFAirAsia_Bhd_says_Dato_Sri_Gnanaraja_AL_M_Gnanasundram_appointed_independent_and_non_executiv__ThomsonReutersEN_20151221_0931_446048
      https://themalaysianreserve.com/2017/11/22/poor-planning-main-cause-smes-cease-operation/
      https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/02/19/joint-pageants-showcase-diversity-of-indian-culture/

      Delete
  6. Put tis fellas behind bars.hope Tun take action

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:22 AM

    Put tis fellas behind bars.hope Tun take action

    ReplyDelete
  8. Anonymous6:33 AM

    Peruntukan Yang diberikan kpd kaum India tidak sampai kpd sasaran krn ketamakan pemimpin mic.ini yg berlaku sejak bertahun-tahun.

    ReplyDelete
  9. Place all this Mic culprits including former and present president in jail

    ReplyDelete
  10. Banyak lagi yang harus di dedah kan. Si penyanggak dan si penyamun harus di buru dan di bawa kè muka pengadilan. Che ģu Bard sila seterusnya ke HRDF untuk exposisi seterusnya. Lepas itu ke banyak lagi lokasi di mana makluk sebegini berkeliaran.

    ReplyDelete
  11. Banyak lagi yang harus di dedah kan. Si penyanggak dan si penyamun harus di buru dan di bawa kè muka pengadilan. Che ģu Bard sila seterusnya ke HRDF untuk exposisi seterusnya. Lepas itu ke banyak lagi lokasi di mana makluk sebegini berkeliaran.

    ReplyDelete
  12. preventive measure must be implemented to avoid misuse of fund in future projects...

    ReplyDelete