Wednesday, June 27, 2018

siri 1 (saya dan Peguam Negara) : Meraikan pemecatan Ghani Patail bukan meraikan lantikan Apandi.

Catatan Umum

26 Jun 2018


1. Apabila (Tan Sri) Abdul Ghani Patail 'dipecat' dari jawatan Peguam Negara saya secara peribadi telah meraikan pemecatan tersebut dengan menulis status dilaman sosial saya seperti Facebook dan Twitter. Oleh kerana saya meraikan pemecatan ini maka ramai telah menuduh saya orang Najib. Sedangkan ramai mungkin lupa 'lahanat' Ghani ini telah menggunakan kedudukannya selaku Peguam Negara untuk melakukan kerja kerja jahat.

2. Sebagai Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Abdul Gani dipilih untuk menerajui pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes rasuah dan liwat tahun 1998. Anwar secara terbuka menegaskan Abdul Gani dan kemudian Penolong Pesuruhjaya Polis Musa Hassan mereka-reka bukti terhadapnya semasa perbicaraan, khususnya laporan perubatan mata lebam kononnya memukul diri sendiri semasa di dalam penjara. Tuduhan Anwar itu kemudian disokong surat terbuka pegawai kanan polis CID Datuk Mat Zain Ibrahim.

3. Pada 11 Disember 2010, muncul gesaan Gani Patail untuk jelaskan hubungan dia dengan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli yang terbabit skandal kewangan sehingga MAS kerugian RM8 bilion pada 2001. Tajudin Ramli (skandal ini dikatakan turut dilindungi Mahathir) tidak didakwa sehingga beberapa lama. Sebagai bukti hubungan mereka , gambar-gambar percutian Abdul Gani bersama Shahidan Shafie beredar di internet. Shahidan dikenali sebagai proksi Tajudin .

4. Pada  Ogos 2011, muncul tuduhan bahawa beliau disogok oleh bekas timbalan pengerusi eksekutif Ho Hup Bhd, Datuk Vincent Lye, atas sokonganya dalam pertikaian lembaga pengarah syarikat Ho Hup. Tuduhan ketika itu dana Ho Hup digunakan untuk membayar kerja-kerja pengubahsuaian rumah isteri kedua ketua pendakwa raya itu di Negeri Sembilan. beberapa laman web menyiarkan foto  invois-invois bertarikh 13 Julai 2009, daripada sebuah syarikat di Petaling Jaya kepada Ho Hup berkaitan kerja-kerja pemasangan lampu atas nama “AG's Bangalow at Seremban 2 — Sri Carcosa”.Satu invois tulisan tangan juga bertarikh 13 Julai 2009 kepada Lye untuk kerja-kerja pengubahsaian bagi Sri Carcosa di Seremban 2, baucar daripada Ho Hup bertarikh 12 Ogos 2009 bagi kerja-kerja yang telah dijalankan bagi rumah “AG Tan Sri Ghani Patail Bangalow di Seremban 2 — Sri Carcosa” bernilai RM18,000 dan satu cek RM18,000 yang dikeluarkan kepada pihak yang menjalankan kerja-kerja pengubahsaian. Namun Ghani hanya membuat penafian dangkal dalam perkara ini juga seperti biasa agensi anti rasuah digunakan untuk mengeluar kenyataan mensucikan peguam negara.

5. Gani juga direkodkan sebagai gagal dan lemah selaku Peguam Negara dalam mewakili tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh iaitu kawasan kedaulatan negara yang dituntut Singapura. Bukan sahaja lemah dan kalah malah Ghani gagal failkan rayuan dalam kes ini. Melalui akaun bersumpah pegawai kanan PDRM ketika itu mendedahkan satu transaksi wang besar di Hong Kong hasil 'kelemahan' yang disengajakan itu. Malah turut wujud dakwaan ada peranan agen asing dalam pejabat Peguam Negara ketika itu. SAMM sendiri menggerakkan laporan polis serentak di seluruh negara namun biasalah ketika itu Ghani Peguam Negara dan ia pasti dilindungi.

6. Yang dicatatkan diatas hanyalah cebisan kecil mengenai kerja buat Ghani ketika dia dalam Pejabat Peguam Negara. Banyak lagi kerja buatnya yang menjahanamkan. Adakah dengan semua rekod ini maka pemecatanya tidak boleh diraikan. Hanya orang yang buta perut sahaja akan bersedih dengan pemecatan Ghani malah menjadikan Ghani pula hero kononya.

7. che'GuBard dan keluarga besar SAMM melawan Ghani selaku Peguam Negara maka hasilkanya keluarga besar SAMM dan che'GuBard sendiri menjadi sasaran. Bukan sedikit tekanan SAMM lalui kerana itu. Namun apabila cheGuBard meraikan pemecatan Ghani maka SAMM dituduh penjilat Najib. Ingat meraikan pemecatan si lahanat Ghani bukan beerti kami suka lantikan Apandi Ali. che'GuBard dan SAMM juga melawan Apandi jauh lebih dalam dan teliti, hasilnya sehingga kini. cheGuBard sedia ke penjara.


sila ikuti sambungan ke dua .....


cacatan oleh cheGuBard, warga negara Malaysia

sila klik http://chegubard.blogspot.com/2018/06/siri-2-chegubard-peguam-negara-dendam.html untuk membaca siri 2

No comments:

Post a Comment