Sunday, July 24, 2016

Timbalan Menteri bela BERNAS tuduh pemborong sebelum siasat

Catatan Umum

24 Julai 2016

SAMM KECEWA MENTERI BELAS BERNAS TUDUH PEMBORONG SEBELUM SIASAT

1. Terima kasih kepada semua pihak yang memanjangkan kenyataan SAMM (19 Julai lepas) mengenai pendedahan peranan BERNAS dalam menjadikan bekalan beras kepada rakyat mahal di atas harga pasaran dunia dan penipuan kualiti beras. Klik http://chegubard.blogspot.my/2016/07/harga-beras-kawalan-segera-elak-rakyat.html

2. Kenyataan itu di blog http://chegubard.blogspot.com sudah diakses sebanyak lebih 50,000 kali maka jika dicampur dengan sebaran melalui whats apps, disiar semula oleh blogger lain, fB dan lain lain maka tidak kurang dari 1/2 juta pembaca. Mungkin di atas tekanan besar itu maka hari ini Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tajuddin Abdul Rahman terpaksa menjawabnya. Jawapan beliau telah disiarkan Buliten TV3 sebentar tadi.

2. Malangnya jawapan Timbalan Menteri tersebut jelas bersifat dangkal dan melambangkan sikap Umno - Bn yang sentiasa menjaga kepentingan pemodal besar dalam apa jua keadaan.

Dalam jawapan beliau nyatakan pihaknya AKAN MENYIASAT dakwaan yang diperkatakan namun walaupun dia mengakui AKAN MENYIASAT (bermaksud belum siasat) tetapi dia mengakatan kalau terbukti maka ia kemungkinan berlaku kerana pemborong beras.

Untuk pengetahuan Timbalan Menteri, dakwaan mengenai penipuan kualiti beras ini dibuat oleh Persatuan Pemborong Beras Bumiputera dan yang didakwa ialah BERNAS, bagaimana pula jika terbukti berlaku maka ia dilakukan oleh pihak pendakwa ?

Kenyataan Timbalan Menteri ini menunjukkan sikap  dangkal pimpinan Umno. BERNAS kini dikuasai oleh Syed Mokhtar yang merupakan kroni (proksi) Dr. Mahathir tetapi oleh kerana sikap Umno yang membela pemodal besar maka SyedMokhtar terus selamat memeras di BERNAS dan puluhan cabang perniagaan kepentingan rakyat.a

untuk memahami isu ini sila baca kenyataan http://chegubard.blogspot.my/2016/07/harga-beras-kawalan-segera-elak-rakyat.html

Dimaklumkan SAMM bersama dalam usaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sedang membuat kaji selidik isu permasalahan industri beras negara dan kesan pengurusan BERNAS terhadap pengguna, petani, pengguna dan pengusaha kilang. Dapatan Kaji selidik akan diumumkan dalam masa terdekat.

oleh : che'GuBard, SAMM


Komrad Mazuan (SAMM) berbaju coklat bersama aktivis PSM
ketika lawatan ke Kilang Beras di Pendang, Kedah

dalam antara aktiviti kajian soal selidik berkenaan industri beras negara.



Petikan Buliten TV3

No comments:

Post a Comment