Sunday, July 03, 2016

Muhyiddin Ketua Pembangkang ?

Kenyataan Umum

3 Julai 2016

Muhyiddin Tidak Sesuai Di Angkat Sebagai Ketua Pembangkang

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merujuk kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah) Mazlan Aliman yang mengakui ada perbincangan dalam parti Amanah mencadangkan pelantikan Muhyidin Yasin sebagai Ketua Pembangkang Malaysia.

SAMM berpendirian ini adalah perkara yang tidak boleh dipertimbangkan.

Bagi SAMM, Muhyiddin semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri telah menyokong Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak meluluskan beberapa dasar yang menindas rakyat.

Antaranya pelaksanaan GST, Akta SOSMA, Pindaan Akta Hasutan, Akta MKN dan belanjawan Negara yang menindas rakyat.

Soalnya, Adakah Muhyiddin semasa beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri gagal memahami derita rakyat. Dan setelah hilang kuasa baru nak fahami derita rakyat?

Najib adalah Perdana Menteri yang kerap bercuti. Muhyiddin semasa memangku jawatan Perdana Menteri boleh bertindak melakukan perubahan pada dasar jika beliau faham derita rakyat.

Imbau kembali tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim berbanding Muhyiddin Yasin. Anwar semasa memangku jawatan Perdana Menteri pada tahun 1997 meminda Akta Rasuah. Akhirnya, kesan daripada tindakan tersebut telah menyebabkan Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan fitnah jijik jahat ke atas Anwar sehingga tercetusnya gelombang reformasi 1998.

Atas semangat demokrasi Muhyiddin boleh sertai mana-mana parti politik yang menjadi pilihannya. Namun, Apa perlunya Muhyiddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang?

Pasukan Mahathir dan Muhyiddin perlu ditinggalkan tidak dibawa masuk rumah perjuangan Pakatan Harapan. Pimpinan PH perlu terus fokus mengerakan kuatkan dan mencipta momentum rakyat yang kuat menjelang PRU 14.

Pasukan Mahathir dan Muhyiddin hanya mahu menggunakan Pembangkang dalam misi menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri. Selesai misi Najib digulingkan, Pasukan Mahathir dan Muhyiddin akan meyertai UMNO semula , Kembali berkuasa dan kembali memijak pembangkang. Semoga pimpinan Pakatan Harapan sedar mengenai perkara ini sebelum terlambat dan tidak dipatuk dari lubang yang sama.

Sekian,

Faisal Zainal
Penyelaras Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)

4 comments:

  1. ini semua poyo...toya mat amin...status qua dah ada nk p tukaq pa lg ..ni yg buat org dok meluat dgn pembangkang..mcm bingai al ibni bengap..ni yg anwar dok sebut...minta Allah keluakan anwar dari penjara terus ke turkey.. atau australia.buka penempatan baru di sana..ajak rakyat malaysia yg nak ikut liquid segala harta d malaysia kita bina hidop baru di sana..dok dlm kerlopmpok org bangang pon susah..hijjrah..ayohhh...isshh mimpi la pulak!!!...huahhuahahhhh

    ReplyDelete
  2. yahya pikin7:08 AM

    Dulu memusuhi bila kena buang baru nak berbaik2
    Banyak cantik
    Sepatutnya tak payah dilayan orang macam muhyidin, madet dll tu, mereka hanya mencari ruang utk kepentingan peribadi sambil memecahbelahkan usaha perjuangan rakyat
    Semua hanya batu loncatan sahaja bagi mereka
    Kalau sebelum ni gabungan pembangkang boleh menggugat kepimpinan perdana tanpa beberapa kerat manusia itu kenapa sekarang nak ambil mereka masuk sama
    Mereka hanya parasit walau di mana pun mereka berada

    ReplyDelete
  3. Dear Sir / Madam,

      Kami dapat membantu Anda dengan pinjaman hari ini, saya ingin Anda untuk menghubungi saya jika tertarik. Mengambil keputusan segera dan hubungi kami melalui email: mariamsuleimanloanfirm@gmail.com di Office Home kami berada transaksi pinjaman yang proses dan transfer dalam waktu sesingkat mungkin.

    Personal Loan
    Kredit usaha
    Kredit mobil
    Pinjaman konsolidasi utang

        
    Nama depan:
    Nama keluarga:
    Jenis kelamin:
    Negara:
    negara:
    Pendudukan:
    Kontak nomor telepon:
    jumlah pinjaman yang dibutuhkan:
    Pinjaman Durasi:
    Tujuan pinjaman:
    Bulanan Penghasilan / Income Tahunan:

    JIKA tertarik Isi segera dan kembali.

    Salam,
    Mariam Suleiman
    Mariam Suleiman Firm Loan.

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:51 PM

    ketua yang layak hanya cik bad

    ReplyDelete