Monday, December 21, 2015

Soalan buat Azmin berikutan serangan fitnahnya yang nyatakan saya 'macai' Umno

21 Disember 2015

1. Pada 16 Disember 2015 yang lepas saya telah membuat kenyataan media (sila klik untuk baca kenyataan penuh) berkenaan dengan betapa Azmin memalukan dan memberikan peluru kepada musuh politik Pakatan Harapan.

2. Seperti biasa Azmin melalui kuncu - kuncunya terus mengalih tumpuan dengan menyatakan menjadi kesalahan saya kerana keluar media khususnya TV3. Kuncu - kuncu Azmin ini terlupa atau buat - buat lupa bahawa Azmin sendiri pernah keluar TV3 selepas PRU 13 dengan menfitnah Presiden Parti mengamalkan nepotisme dan kronisma dalam parti. Tuduhan ini dilempar selepas beliau tidak berpuas hati kerana kononya Anwar mungkir janji tidak jadikan dia Menteri Besar Selangor. Serentak dengan itu juga dia melalui kuncu - kuncunya menerusi media baru melemparkan perbagai fitnah ke atas bukan sahaja Presiden atau Ketua Umum tetapi Keluarga Anwar Ibrahim dengan menimbulkan gelaran Istana Segambut yang digunakan Umno sehingga kini.

3. Beberapa aduan rasmi dibuat ke atas Azmin ketika itu tetapi oleh kerana Pengerusi Disiplin parti orang dia maka semua dibakul sampahkan.

4. Seterusnya, Azmin sendiri mungkin tidak tahan dengan serangan yang dia rasakan ditujukan kepadanya maka dia sendiri depan media telah menggelar saya sebagai 'macai' Umno. Kepada Azmin Ali saya ingin bertanya, saya atau anda yang macai Umno ?

  • siapa yang mengakui punya hubungan istimewa tidak boleh terpisah dengan Mahathir ? (anak angkat Mahathir). Ungkapan ini dibuat di majlis kenduri kahwin mewah anaknya baru ini yang memuja muji Mahathir dan beberapa pemimpin Umno yang hadir tanpa menyebut sedikit jasa Anwar Ibrahim. 
  • siapa yang 'secara sulit' ke kediaman rasmi Perdana Menteri , bertemu Rosmah Mansor bersalam dan mengungkap maaf ?
  • siapa yang ketika Anwar saat getir berdepan hukuman fitnah ke atasnya namun Azmin masih bertemu sulit dengan Mahathir ?
  • siapa yang ketika Wan Azizah dipersetujui oleh Parti secara sebulat suara calon tunggal MB melobi diri sendiri termasuk libatkan kroni dan proksi Mahathir ?
  • siapa yang ketika parti dan rakyat menyambut kelahiran Pakatan Harapan dan dilancarkan ke seluruh negara namun angkuh engkar arahan parti malah mengekalkan hubungan dengan Pas yang jelas sedang berhubung dengan Umno ? Siapa yang berlakon seolah Pakatan Rakyat masih hidup ?
cukup soalan setakat itu dahulu untuk dinilai oleh orang ramai.

5. Dalam isu zakat (jumlahnya jutaan ringgit)  dari Selangor yang diedar ke seluruh negara melalui jentera parti. Azmin perlu menjawab
  • apa makenisma memastikan edaran tidak bocor dan yang mendapat benar layak ?
  • sudahlah diagihkan melalui jentera parti lebih malang lagi negeri atau cabang yang dilihat bukan penyokongnya tidak mendapat agihan tersebut. Malah jika Ketua MPN atau Ketua Cabang tidak penyokong Azmin ia disalurkan terus melalui kelompok tertentu dalam kawasan itu dan ia sebenarnya lebih memecah belahkan parti. Azmin mampu nafikan ?
  • mana sumber duit zakat ini ? Ada gambar ia sumbangan DEIG, benarkah ?
6. Dalam isu DEIG, sah Azmin berbohong sehingga memberi bola pada ADUN Umno. Ia dikatakan belum beroperasi namun apabila pendedahan dalam tempoh ia dikatakan belum beroperasi namun ia sudah mendapat pinjaman bank, ini memalukan !

7. Dalam perihal pintu gerbang yang projek naik taraf, (facelift) sahaja RM9.7 juta. Isu cuba dialihkan dengan kononya ia diluluskan Khalid Ibrahim yang sudah setahun lebih pun digulingkan. Setelah gagal menggunakan alasan diluluskan dalam dewan maka ada usaha kuncu Azmin mengaitkan nama Sultan Selangor kononya ia kehendak Sultan. Malah lebih lucu ada kuncu Azmin menjawab jangan gusar dengan jumlah RM9.7 juta itu kerana kerajaan hanya mendahulukan duit yang mana selepas ini ia akan diganti dengan duit derma orang ramai yang mana nama mereka akan ditulis di tiang gerbang. Jenaka kelas apakah ini ?

8. Projek mengecat RM9.7 juta ini bukan sahaja dipertikai oleh saya tetapi Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM)dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM). Projek RM9.7 juta namun dari aspek faktor keselamatan projek sendiri sangat gagal. Tidak ada pengawal keselamatan pun ditempatkan sehingga dua hari lepas ada kejadian bunuh diri di tapak projek. Malah rungutan khususnya dari pengunggang motorsikal bahawa ia menyusahkan dan bahaya.

9. yang dipersoalkan dalam projek gerbang bukan individu, siapa lulus tetapi ia satu jumlah membazir !

10. Dalam hal kawasan balak pula yang dipertikaikan ialah proses tender terbuka yang sempurna. Siapa bayar 'premium' dan jumlah kadar 'premium' ? Siapa dapat kawasan dan siapa mengeluarkan surat 'anugerah' kerja pembalakan ? 

11. Kepada Azmin Ali jangan panik kalau kamu tidak salah, tampil dan buktikan sahaja. Tidak perlu panik dengan menuduh dan melebel orang yang mempersoalkan kamu. Adakah ini cara kerajaan telus dan bersih serta progresif kamu hadapi kritikan dan pertanyaan orang ramai ? 

dan yang terakhir buat Azmin tidak perlu tunjuk panik dengan hantar orang bertemu saya, isu ini bukan isu peribadi tetapi ia isu pentadbiran. Pertanyaan pada umum dan jawapan pada umum ialah salah satu proses demokrasi.

Sekian ;

che'GuBard

No comments:

Post a Comment