Wednesday, November 04, 2015

Karma sedang mengejar Gani Patail

Tulisan Umum

4 November 2015

Karma Sedang Mengejar Gani Patail

Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara yang dipecat telah mengeluarkan pertanyaan kepada Najib berhubung dengan Jawatankuasa mengkaji Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam satu forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam pada 3 November 2015. Ini merupakan satu perkara tipikal yang akan dilakukan oleh mereka-mereka yang tiba-tiba dipecat. Sama seperti halnya yang berlaku kepada Tan Sri Musa Hassan satu ketika dahulu.

Persoalan yang patut Gani jawab adalah SOSMA ini digubal sewaktu beliau menguasai Pejabat Peguam Negara. Gani perlu sedar, tangan beliau lah yang telah menyumbang kepada wujudnya satu lagi akta draconian dalam negara ini setelah ISA dimansuhkan. Adakah sewaktu Gani menjadi Peguam Negara, Gani merasakan SOSMA ini amat suci dan agung tetapi setelah hilang kuasa barulah Gani dapat melihat kekerasan dan kemungkinan akta ini disalahgunakan?

Persoalan kedua, sepanjang tahun 2012 sehingga sebelum beliau tersingkir pada penghujung bulan Julai 2015, berapa kali Gani dan Pejabat Peguam Negara kemukakan pertanyaan dan mendesak PM untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut? Mengapa selepas tersingkir secara paksa barulah sedar hakikat menjadi seorang manusia ini bukan untuk menindas atau menzalimi orang lain?

Sebelum Gani Patail mahu bercakap mengenai SOSMA, Gani seharusnya pergi memohon maaf kepada semua ahli keluarga tahanan dan bekas tahanan SOSMA. Tidakkah Gani sedar bahawa tahanan SOSMA dilokap selama 28 hari tanpa dibenarkan berjumpa dengan peguam dan waris. Apakah ini bukan satu contoh penafian hak Orang Yang Ditahan untuk mendapatkan bantuan guaman?

Gani jangan ingat kami sudah melupakan semua kerja-kerja kotor yang dilakukan semasa menguasai Pejabat Peguam Negara terutamanya dalam kes pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim. Gani perlu jawap dengan jujur dan ikhlas kenapa berlakunya beberapa kali pindaan terhadap pertuduhan ke atas Anwar Ibrahim? Apa hubungan Gani dengan Musa Hassan, Aziz Shamsuddin, Ummi Hafilda, Khairuddin dan lain-lain watak dalam kes Anwar? Kenapa Gani perlu lantik Shafee Abdullah sebagai Ketua Pendakwaraya dalam kes Anwar?

Dan yang paling utama adalah kenapa berlakunya banyak kes pendakwaan terpilih semasa Gani menjadi Peguam Negara sehinggakan Pejabat Peguam Negara dipersoalkan integriti dan persepsinya dipersoalkan oleh majoriti rakyat? Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbaini, Adik Aminurrashid, Kugan dan lain-lain kes kematian dalam tahanan, adakah Gani benar-benar membela kematian mereka sewaktu menjadi Peguam Negara?

Gani juga berdosa kepada rakyat Johor apabila dengan mudah melepaskan Pulau Batu Puteh. Banyak lagi sebenarnya dosa Gani jika ingin disenaraikan. Rakyat perlu ingat semasa Gani sedang mesra dengan Najib, Mahathir menyerang Gani sebagai ejen CIA. Tahun 2013, SAMM telah membuat 13 laporan polis berkaitan perkara ini.

Tetapi kerana hanya tidak berpuas hati atas beberapa perkara kini Gani yang tersingkir berubah haluan bersama Mahathir pula. Maka, serangan tiba-tiba berubah kepada Najib dengan kerjasama Mahathir. Sampai bila rakyat mahu disajikan keadaan sebegini demi pertembungan kepentingan individu atasan dan bukan prinsip kepentingan bersama negara?

Sebagai kesimpulan, Gani Patail bukanlah orang yang mempunyai locus standi untuk berkata apa-apa mengenai kedaulatan undang-undang. Kini, karma sedang mengejar kamu diatas segala dosa, kezaliman dan penindasan yang telah kamu lakukan sepanjang menguasai Pejabat Peguam Negara. Tak perlulah kamu cuba untuk menjadi seorang malaikat pula hari ini.

Ahmad Anwar Asyraf Ismail
Pengarah Pemikir Muda SAMM



5 comments:

  1. manusia yang x berguna sesen pun...

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:18 PM

    INI manusia bertopengkan saitan.dh tak da kuasA nak berlagak jadi hero.Pundek lah Gani Petai.

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:49 AM

    WHAT GOES AROUND COMES AROUND.. KATA ORG TUA2 LA KAN

    ReplyDelete
  4. Anonymous7:00 AM

    Dah tak ada jawatan baru nak buka pekong apa punya prinsip masa ada jawatan lah tegakkan kebenaran dan keadilan berkata benarlah kepada pemimpin yang zalim walaupun pahit itulah prinsip nya yg mesti dipertahankan masa ada jawatan

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:56 AM

    Baru dia tau langit tinggi ke rendah.. inilah roda kehidupan.. skejap diatas skg ni di bawah.. skg gani tngah merasa bagaimana dilanyak oleh orang politik.. kamu aniaya anwar ibrahim skg kamu pula terasa dianiaya.. tp penganiayaan yg kamu dapat ni x seteruk ape yg kamu lakukan terhadap anwar..

    ReplyDelete