Sunday, November 15, 2015

Dr. Mahathir benar - benar sudah nyanyuk atau dia alami Alzheimer terpilih yang kronik

Catatan Umum

15 November 2015


  1. Membaca Malaysiakini dengan tajuk Pemimpin buruk lahir dari demokrasi yang disalah guna telah menyakinkan bahawa Mahathir kini benar - benar nyanyuk atau dia alami Alzheimer yang terpilih kronik. Awal Oktober lepas saya telah menulis "Mahathir dan agennya mengalami Alzheimer terpilih yang kronik"  sila klik sini untuk membaca lanjut.
  2. Cara Mahathir akhir - akhir ini benar - benar seolah dia lupa dengan apa yang berlaku selama 20 tahun lebih pemerintahanya, lebih - lebih lagi di hujung pemerintahanya bagaimana sifat kuku besinya mencengkam negara. Dia menyebut sebelum itu bahawa Menteri boleh didakwa kerana hidup mewah tetapi adakah dia lupa dengan kemewahan keluarganya khususnya anak - anaknya ? atau dia masih ingat rakyat Malaysia mudah diperbodohkan seperti di bawah pentadbiranya ?
  3. Bercakap soal demokrasi memilih pemimpin buruk adakah dia lupa bukan sahaja pilihanraya umum pincang sebaliknya peristiwa padam lampu ketika mengira undi pemilihan Umno yang memenangkan dia secara haram ketika berdepan Tunku Razalight yang akhirnya Umno itu sendiri diharamkan. Adakah dia lupa bagaimana dia menghambat dan menzalimi penentangnya. Kini dia meraih simpati , merengek hanya kerana dipanggil polis untuk memberikan kenyataan.
  4. Saya , SAMM dan sekutu tidak berganjak dari menyatakan Mahathir tidak layak untuk mempertikaikan Najib dalam perihal demokrasi dan korupsi. Jika Najib dituduh pencuri maka Mahathir ialah perompak. Dia 'mahazalim' dan 'mahafiraun' yang sangat rakus dan zalim. Perjuanganya kini hanya untuk memastikan Umno terus berkuasa dan proses pengambil alihan harta dari proksinya dan proses menaikkan anak - anak nya dalam perniagaan dan politik dengan penuh 'terjamin' berjalan lancar. Jika secara biologinya ya, Najib itu anak Tun Razak tetapi secara politiknya Najib itu anak Mahathir yang hanya mewarisi dan melanjutkan sistem yang dihancurkan oleh Mahathir.
  5. Kepada pembangkang diingatkans ekali lagi jangan sama sekali terperangkap mengherokan Mahathir ini. Kita depani Najib dan Umno, Bn itu dengan kuasa dan kekuatan kesedaran rakyat. Ingatlah Mahathir hanya mahu menukar Najib dengan Perdana Menteri pupet pilihannya. Setelah dia berjaya menjelang PRU akan datang dia akan menyerang pembangkang dengan lebih hina dan teruk. Ingat sejarah selepas berjaya menggantikan Pak Lah dengan Najib Mahathir yang kita latih rakyat mengherokannya menyerang pembangkang. Rakyat yang kita latih herokan Mahathir ketika sama menjatuhkan Pak lah akhirnya ada yang terpedaya. Begitu juga kali ini.
  6. Di kesempatan ini juga saya ingin rakamkan rasa pelik apabila saya dituduh macai. Kami raikan malah gembira serangan bertali arus kepada Najib dan regim penguasa. Tidak pernah sepatah kami membela tetapi apabila semua sudah menyerang Najib apa guna kami tabur garam dilautan yang sememang sudah sedia masin ia tidak mengubah apa pun. Kami menfokuskan serangan kepada Mahathir (Umno) yang sedang cuba mengulang strategi memperdaya rakyat untuk menukar Perdana Menteri bonekanya dan apabila kami menyerang Mahathir (Umno) yang menjadi punca kehancuran sistem ada pula yang 'kepanasan'.... adakah mereka - mereka ini telah termakan 'sihir' Mahathir atau termakan 'dedak' Mahathir itu tidak dipastikan. Kerana dari beberapa sumber dikenali bukan sedikit proksi Mahathir menabur dedak disana - sini.
#sudahlahMahathir

che'Gubard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

jemput baca juga 



No comments:

Post a Comment