Sunday, November 15, 2015

Azmin dalam PH memainkan peranan Hadi dalam PR

Catatan Umum

16 November 2015
  1. 1999 wujud gabungan politik yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA), melalui gabungan ini Pas memenangi negeri Terengganu dan mengekalkan Kelantan. Namun selepas itu gabungan ini berpecah kerana Pas berkeras mahukan "Dokumen Negara Islam" diangkat sebagai agenda kononya ia akan memenangkan undi orang Melayu. DAP bertindak keluar BAdan BA hanya tinggal PKR dan Pas sahaja. Dengan Pas berkeras dengan Dokumen Negara Islamnya telah menyaksikan bukan sahaja BA berpecah tetapi Terengganu juga terlepas dari penguasaan dan kemenangan tipis di Kelantan.
  2. Menghadapi PRU 2008 dengan BA ( Pas dan PKR) dan hanya kesepakatan asas berlaku antara PKR dan DAP. Namun atas perbagai faktor tahun itu dikenali sebagai tsunami perubahan rakyat. Barisan nasional (Bn) tumbang di Selangor, Perak, Kedah, P.Pinang selain mengekalkan Kelantan dengan majoriti besar.
  3. Kerajaan Pulau Pinang boleh dibentuk dengan selesa kerana DAP menguasai majoriti DUN dengan selesa. Kedah juga tidak banyak masalah kerana kerusi Pas yang banyak lebih dari parti lain. Begitu juga Kelantan. Namun di Selangor dan Perak keadaan agak tidak mengelirukan mulanya apabila DAP mempunyai kerusi lebih diikuti PKR dan kemudian Pas. Di Selangor juga seakan begitu. Namun atas semangat dan desakan rakyat maka lahirlah Pakatan Rakyat di mana DAP melantik Ketua Menteri di Pulau Pinang, Pas melantik Menteri Besar di Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor diberikan kepala PKR. Walaupun ketika itu ada pihak berunding dengan Umno untuk kononya mewujudkan kerajaan campuran Melayu Islam namun ia berjaya digagalkan kerana mood dan gelombang rakyat yang kuat.
  4. Jelas yang mengikat Pakatan harapan ialah mimpi ke putrajaya dan desakan rakyat. Namun selepas itu tidak pasti oleh kerana umpan yang terus di hidangkan atau mimpi putrajaya yang memudar ikatan PR makin melonggar dan selepas Anwar (faktor) . Hadi dan beberapa sekutunya memainkan watak penting dalam menguburkan PR. Akhirnya Pakatan Rakyat berpecah dan berkubur dan rakyat dilihat sangat kecewa.
  5. Berpecah kerana faktor DAP dan Pas saling tidak mempercayai dan tidak boleh duduk sekali. Krisis dalam PR memberi kesan dalam kepada Pas itu sendiri sehingga Pas berpecah dan pemimpin progresif yang pro Pakatan akhirnya keluar dan menubuhkan Amanah dan Presiden PKR mengumumkan PKR, Amanah dan DAP mewujudkan Pakatan Harapan. Kewujudan Pakatan Harapan disambut dengan kelegaan rakyat.
  6. Malangnya hari yang sama Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) umumkan Pakatan Harapan , Menteri Besar Selangor yang merupakan Timbalan kepada Azizah mengumumkan bahwa Selangor tidak ada kena mengena dengan PH. Sebaliknya P.Pinang bertindak pro aktif apabila Lim Guan Eng mengumumkan Pulau Pinang sebagai Negeri PH.
  7. Konflik berbalas kenyataan terus mengelirukan rakyat. Akhirnya Azmin di dalam PH dilihat memainkan peranan Hadi ketika dalam PR. Kononya PH perlu membawa masuk Pas dalam gabunganya. Persoalan penting ialah jika Pas boleh duduk bersama Dap dan disiplin berada dalam gabungan pembangkang , kenapa PR perlu dikuburkan ? PR dikubur kerana Dap dan Pas tidak boleh duduk sama tetapi jika gabunganb baru masih ada Pas dan DAP sekali maka ia akan jadi lawak jenaka seolah mempermainkan rakyat.
  8. Amanah pula wujud apabila sekumpulan pemimpin progresif dalam Pas tidak lagi boleh menerima tindak tanduk pimpinan utama Pas yang berbaik dengan Umno - Bn. Maka lebih jenaka lagi apabila gabungan baru ini turut disertai Amanah dan Pas yang duduk bersekali. Maknanya kalau boleh duduk sekali kenapa perlu lahirkan Amanah dan PR perlu dikuburkan ?
  9. Dan apa jaminan PH ini tidak dikuburkan dan apa harapan baru pada rakyat dengan pemian - pemain watak yang sama duduk sekali lagi membawa tawaran sama kepada rakyat ?
  10. Di kebanyakan kawasan yang pemimpin PKR merupakan penyokong Azmin Ali dilihat menolak dengan jelas program - program Pakatan Harapan. Contohnya Ahli Parlimen Teluk Kemang tidak hadir program pelancaran PH di N.Sembilan walaupun Presiden PKR sendiri hadir. Di Kelantan wujud strategi bisik - bisik dikalangan pemimpin PKR yang memastikan anggota tidak terlibat program PH di Kelantan. Terbaru pemimpin Amanah bertemu Azmin Ali, namun keputusanya masih kabur.
  11. Kononya semua selesai setakat ini dan Pas masih dalam gabungan Kerajaan Negeri kerana wujud perjanjian dimana Pas berjanji terus memegang dasar PR. Persoalanya adakah PR masih wujud ? dan mana dokumen perjanjian ? dan jika wujud perjanjian tersebut kenapa ia diluar pengetahuan pemimpin utama PH ?
  12. Betulkah Pas pegang janji kesepakatan asas dalam PR ? Jika Pas pegang janji kenapa perlu PR berpecah, bagaimana dengan hubungan Pas dengan Umno seperti Pas gagal mengikut keputusan PR dalam krisis Menteri Besar tempoh hari dan bersama Bekas MB dan Umno membentuk kerajaan dengan memecat exco PKR dan DAP.
  13. Bukankah Pas terlibat dalam menawarkan Azmin sebagai MB dengan bekerjasama dengan Umno dan membawa beberapa wakil rakyat PKR sekali. atau adakah Azmin terikat untuk kekal dengan status melayan Pas ini kerana risau kegiatan terselindung kartelnya bersama Pas ketika krisis Menteri Besar yang melibatkan Umno dimana Azmin melobi jawatan MB ikut pintu belakang dan kianat presiden parti sendiri.
  14. Atau atau tidak Pas Kelantan melantik penyelaras Parlimen di Parlimen Tumpat seolah kawasan itu diwakili Bn dan dlm masa sama Azmin beri ruang pada Pas. Tumpat kini kerusi PKR apakah peranan Azmin selaku timbalan presiden PKR ?
  15. Dalam konteks Selangor kita akan hilang undi porpular jika kita masih bermain bolak balik dan masih mengharap Hadi dan pasukanya.
  16. Tolonglah, ramai merayu, tamatkan krisis berpanjangan ini segera atau rakyat akan muak dan membuat keputusan luar jangka. Jika keadaan ini kekal dan Najib berjaya Mahathir singkirkan dan menggantikan dengan PM bonekanya maka pembangkang akan mengalami kekalahan yang teruk. Jangan yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat. Masanya membina Pakatan Harapan yang kuat, biarkan Pas yang berangan menjadi penasihat Bn. 
Bertindak segera !

che'GuBard

1 comment:

  1. Anonymous5:12 PM

    Hahaha lawak nya kenyataan ni. Macam syok sendiri je

    ReplyDelete