10 September 2015.
1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengeluarkan kenyataan respon awal mengenai Himpunan Perkauman yang dikatakan hujung minggu ini. Klik sini untuk membaca kenyataan pendirian SAMM.
2. SAMM jelas menjunjung perlembagaan dan hak asas manusia untuk berkumpul dan menyatakan pendapat. Maka merupakan hak bagi geng baju merah berkumpul tanpa diganggu. Bagi SAMM himpunan ini bagi mengalihkan perhatian terhadap isu tuntutan rakyat (khususnya terhadap pilihanraya bersih, bebas dan adil) dan kejayaan BERSIH 4 mengumpulkan rakyat berbilang kaum.
(dengan koleksi bahan mobilisasi penuh provokasi maka matlamat himpunan ini jelas)
3. Seperti biasa parti regim penguasa akan menggunakan isu perkauman bagi mengumpul semula sokongan. Maka himpunan perkauman berbaju merah dianjurkan dengan penuh provokasi perkauman.
keratan dari facebook pimpinan PSSCM mengumumkan PSSCM sebagai penganjur utama |
4. Seperti dijangka setelah mengambil kira kesan negatif khususnya dalam dunia media tanpa sempadan ini maka Umno semalam telah mencuci tangan dengan mengatakan dia tidak terlibat. Usaha mencuci tangan ini bermula awal lagi apabila penganjuran telah diberikan kepada PESAKA dan PESAKA telah menamakan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) sebagai penganjur utama.
5. che'GuBard secara peribadi cukup kenal tokoh - tokoh pimpinan utama dalam PSSCM ini. Jujurnya che'GuBard sendiri dididik dalam khususnya dalam ilmu berorganisasi dan pengurusan melalui penglibatan aktif dalam PSSCM sejak 1995 lagi ketika itu dipimpin oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Ishak Itam. Ketika itu PSSCM dipimpin oleh tokoh - tokoh yang benar - benar ikhlas demi agama, bangsa dan negara. Malah sifat mandiri berdiri bebas dengan berprinsip SAMM saya duplikasi dari suasana tersebut. PSSCM ini merupakan medan wadah mendidik anak muda yang praktikal dan berkesan. Ia diterajui oleh Namun kali ini saya khuatir PSSCM dipergunakan oleh kepentingan ahli politik sempit yang memberikan maklumat - maklumat salah kepada PSSCM.
(imej solat berjemaah di lokasi utama BERSIH 4)
gambar pimpinan pembangkang dikotorkan dengan darah ayam |
gambar Anwar Ibrahim di pihak dan gambar Khalid Samad dipijak di kawasan masjid |
gambar pemimpin pembangkang dihina dengan imej binatang dan 'dikencing' |
7. Melayu tercicir ia amat betul tetapi ia bukan salah orang cina. Malaysia di pimpin oleh pemimpin Umno sekian lama dari kerajaan pusat mahupun negeri, tetapi pemimpin Umno inilah yang menggadai dan menutup mata terhadap kehilangan hak Melayu. Malah tak keterlaluan pemimpin melayu Umno inilah yang mengambil perbagai peluang atas nama bumiputera Melayu dan kemudian mengambil jalan singkat kekayaan dengan ali baba kan kepada kapitalis bukan Melayu. Juga harus di ingat ia kesalahan kitalah yang selama ini terus mengundi Umno atas nama Melayu kononya tanpa sedar hakikat sebenar Melayu jadi begini kerana Umno itu sendiri gagal. Adakah dengan himpunan menjerit hidup melayu dengan mengancam kaum lain (dalam himpunan didalangi Umno) dapat membela Melayu itu?
8. che'GuBard yakin PSSCM yang mengakui sebagai penganjur itu sedikit dikelirukan. Jika ia semata untuk 'mendepani' kekuatan BERSIH atas nama Melayu maka SAMM bersedia mempertemukan penganjur himpunan Merah iaitu PSSM mahupun PESAKA sendiri dengan jawatankuasa BERSIH untuk dialog demi menjernihkan kekeliruan.
ketua bahagian Umno antara yang mula umumkan himpunan merah 16 Sept. |
10. Najib Razak selepas mesyuarat jawatankuasa pusat Umno semalam mengumumkan Umno tidak terlibat ialah bohong. Jika apa berlaku Umnolah bertanggungjawab. Ia dimulakan oleh pemimpin Umno. Ada bukti mobilisasi Umno di perbagai peringkat. Malah baju merah tema himpunan turut diedar di PWTC.
11. Kepada semua yakinlah himpunan ini pasti tidak mampu menyaingi himpunan BERSIH 4 dari jumlah bilangannya. Maka satu satu jalan untuk mengalih isu ialah kekecohan. Maka elakkan termakan umpan. Jangan terlibat , kosongkan lokasi tersebut. Duduk dirumah nikmati hari cuti bersama keluarga. Jika berlaku kekecohan maka ia sesama mereka kerana yang lain langsung tidak terlibat. Dari aspek kerugian dan seumpamanya Umno lah yang perlu dipertanggungjawabkan.
perkeliling Umno Melaka mobilisasi dan sedia 'bantuan' himpunan perkauman |
baju merah di edar di PWTC |
Sekian ;
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Nota : Mohon bantu projek terbaru SAMM 'Blue Print Jalur Negara Perubahan' sila klik
Nota : Mohon bantu projek terbaru SAMM 'Blue Print Jalur Negara Perubahan' sila klik
No comments:
Post a Comment