Thursday, September 17, 2015

Agen Mahathir sedang kotorkan rumah perjuangan kita

Catatan Umum

17 Sept. 2015

AGEN MAHATHIR SEDANG MENGOTORKAN RUMAH PERJUANGAN KITA

1. Awal lagi SAMM telah memberikan amaran jangan bawa Dr.M untuk kotorkan rumah perjuangan kita. Klik http://chegubard.blogspot.my/2015/07/susulan-jemputan-forum-kepada-dr.html Ini kerana membawa Dr. M yang tak pernah insaf dengan sifat Mahafiraun dan Raja fitnahnya akan membawa sekali budaya kotor dalam perlawanan ini.

2. Ini jelas apabila ramai antara kita tersedut dengan turut menjadikan penipuan sebagai cara mendepani musuh politik. Contohnya fitnah yang kononya Najib tidak dibenar Istana Johor untuk menggunakan lapangan terbang di Johor hingga terpaksa mendarat di Singapura dan menyewa kereta dari Singapura untuk hadir program Umno di Pasir Gudang. Punya bersungguh dan lengkapnya kewangan agen Mahathir ini siap hantar orang membuat liputan bagi tujuan memfitnah. Kita disajikan fakta fitnah dan gambar fitnah maka kita seronok menjadi agen penyebar. Akhirnya begitu mudah pejabat Najib mematahkan fakta dengan menjelaskan perkara sebenar iaitu Najib hadir sambutan kemerdekaan Singapura yang turut dihadiri Sultan Johor dan siap dirai sebagai tetamu kehormat di Singapura serta mendapat kenderaan rasmi pendaftaran Singapura bagi menghadiri sebentar program Umno Johor sebelum masuk semula ke Singapura bagi menyertai acara sambutan kemerdekaan Singapura. Ia sangat memalukan kita, pengundi atas pagar akan melihat kita dengan siniis hanya kerana kita kantoi terpedaya dengan budaya kotor Mahathir.

3. Terbaru ialah kita dengan ligat 'viralkan' kononya Najib dan Rosmah ke luar negara dengan jet mewah menjelang Hari Malaysia (16 September). Tetapi jelas Najib dan Rosmah berada di Malaysia, setelah diteliti fitnah ini juga datangnya dari agen Mahathir. Maka dengan mudah pejabat Najib menjawab dan yakinlah jika lama kelamaan fakta yang benar pun kita dedahkan ia orang tidak akan percaya.

4. Agen Mahathir ini dalam perbagai bentuk ada juga pegawai kerajaan yang kecewa. Seperti konon baru ini berlaku pendedahan siap gambar Rosmah hadir dalam mesyuarat kabinet contohnya. Oleh kerana ia fitnah dengan mudah pejabat Najib jawab ia bukan mesyuarat kabinet tetapi ia mesyuarat pengurusan program Permata yang dimana sememangnya Rosmah terlibat langsung.

5. Sedarlah SAMM telah tegaskan Mahathir bukan mahu selamatkan Malaysia tumpuan dia cuma menyelamatkan proksi, kroni dan keluarganya sahaja. klik http://chegubard.blogspot.my/2015/08/samm-dah-kata-mahathir-bukan-selamatkan.html

6. Mahathir meroyan kononya dia ditindas dan kita perlu bersama. Adakah benar dia ditindas dan tidak mendapat perhatian media ? kempen #sudahlahMahathir telah buktikan Mahathir mendapat ruang yang cukup. Klik http://chegubard.blogspot.my/2015/08/mahathir-tidak-mendapat-keadilan.html

7. Kepada pembangkang khususnya kena jelas dan ini sebenarnya bukan sekadar perang Najib - Mahathir tetapi ujian prinsip bagi kamu. Sila klik http://chegubard.blogspot.my/2015/09/bekas-timbalan-pengarah-sb-konpius.html Ia juga ujian sama ada kamu masih ingat kamu ditipu dengan skrip yang sama semasa Mahathir tunggang pembangkang ketika menyingkir Abdullah menaikkan Najib dengan harapan Najib mampu jadi tungganganya.

8. Akhirnya sekali lagi semua dijemput untuk klik http://chegubard.blogspot.my/2015/08/apa-dia-kempen-sudahlahmahathir.html dan baca serta fahami apa dia kempen #sudahlahMahathir. Jangan kita terpedaya buat sekian kalinya. Jangan biarkan agen Mahathir rosakkan rumah perjuangan kita.


#sudahlahMahathir

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Post a Comment