Sunday, September 27, 2015

Isu Tudung: Kita Melayu Bukan Arab Kata Anak Sultan Johor

Kuala Lumpur – Anakanda Sultan Johor, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar menyelar tindakan sebilangan para pengguna media sosial yang mengkritik kakaknya hanya kerana tidak memakai tudung.

Selain melahirkan rasa kecewanya, anak ketiga kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu melalui akuan Instagramnya turut mempertahankan cara berpakaian Tunku Tun Aminah smabil menyifatkan beliau merupakan seorang yang kuat berpegang dengan ajaran agama Islam.

“Saya ingin menyatakan pendangan berhubung komen (kritikan) terhadap kakak saya (Tunku Tun Amaniah) yang tidak memakai tudung (sedangkan) saya melihat beliau lebih banyak banyak bersembahyang berbanding mereka yang memakai tudung.

“Beliau turut memakai selendang apabila menghadiri majlis-majlis keagamaan, apakah ia tidak memadai? Bukan isu tersebut merupakan urusan beliau dengan Allah? Perlukan kita mengkritiknya di media sosial sehingga menyebabkan dia dipandang serong? Bukankah tindakan seperti itu juga dianggap sebagai dosa? soalnya berkali-kali melalui status yang dimuatnaik di laman tersebut.

Tunku Idris turut menyifatkan penggunaan tudung atau hijab adalah merupakan budaya berpakaian bagi masyarakat Arab dan bukan disebabkan tuntutan agama semata-mata.

“Segelintir masyarakat seakan terlupa mengenai budaya, masyarakat kita adalah Melayu dan bukannya Arab (kerana) berpakaian seperti kaum Arab tidak akan menjadikan kita lebih islamik. Betul, burkas (tudung/hijab) bertujuan untuk menutup aurat namun ia juga merupakan pakaian budaya (masyarakat arab) dan bukan berkaitan agama semata-mata.

“( Ini kerana) di Timur Tengah (pakaian tersebut) bertujuan untuk melindungi pemakaiannya daripada ribut pasir dan cuaca panas (malah) ada orang alim (ulama) pernah memberitahu saya, tutuplah wajahmu (hijab) sekiranya wajahmu benar-benar cantik dan boleh menarik perhatian masyarakat” ujarnya lagi.

Kenyataan Tunku Idris itu kemudiannya mengundang perdebatan yang hangat di kalangan para pengikutnya, apabila rata-rata tidak menyokong pendangan tersebut sambil menyifatkan pemakaian tudung adalah merupakan sebagaian daripada tuntutan Islam.

Menurut mereka selain menutup aurat ia juga bagi menjaga kehormatan kaum wanita dari pandangan bukan mereka yang bukan muhrim.

Tinjauan SuaraTV mendapati, anakanda Sultan Johor itu kemudiannya memadakamkan status tersebut sambil menyifatkan kenyataan tersebut telah disalah tafsirkan.

“Mereka mengambil kenyataan tersebut luar dari konteks (maksud yang ingin disampaikan), secara ringkasnya apa yang ingin saya sampaikan ialah kita tidak seharusnya terus menghukum orang lain berdosa (kerana) apapun yang kita lakukan, ia adalah antara kita dengan Allah” ujar Tunku Idris lagi. – SuaraTV

1 comment:

  1. Yang korang sakit hati sangat dgn kerabat sultan johor ni kenapa..tak nak bersultan pegi sana mindanao kah atau pegi sana indonesia..atau korang geram pasal moyang korang tak dapat jadi sultan

    ReplyDelete