urucakap Gabungan NGO Suara Rakyat 505 Badrul Hisham Shaharin berkata
pihaknya akan menganjurkan "pesta rakyat bagi mengembalikan demokrasi
yang dicuri" secara besar-besaran di Petaling Jaya pada 25 Mei ini
sebelum diikuti siri-siri lain di seluruh negara,
Perhimpunan
yang dirancang diadakan di padang berhadapan Amcorp Mall antara lain
bakal menampilkan bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya penipuan
dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.
Sekali gus, tegasnya,
perhimpunan tersebut "tidak ada kena mengena" dengan dakwaan mahu
merampas kerajaan ala "Arab Spring" atau "Malaysian Spring" seperti yang
didakwan oleh pihak pemerintah.
Perhimpunan itu dijadual
berlangsung bermula petang sehingga malam dan menjangkakan ramai yang
akan hadir susulan mood rakyat Malaysia ketika ini, kata pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu lagi.
"Saya mahu
menegaskan perhimpunan ini tidak ada kena mengena dengan Malaysian
Spring atau berlaku merampas kerajaan atau dirancang berlaku (untuk
merampas kerajaan).
"Sebaliknya rakyat terus bangkit untuk
mencari demokrasi yang dicuri kepada rakyat," katanya sambil menyifatkan
dakwaan tersebut sebagai satu momokkan untuk menakut-nakutkan kerana
kebangkitan rakyat.
Beliau juga berharap semua pihak termasuk
pihak polis memberi kerjasama dan tidak termakan dengan "perang saraf"
yang dilakukan "pihak yang takut dengan kebangkitan rakyat".
Badrul
berkata perhimpunan itu menuntut tiga perkata antara lain mendesak
supaya pengerusi dan seluruh jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
meletakkan jawatan serta merta kerana didakwanya gagal menguruskan
pilihan raya dengan telus.
Sebaliknya, kata Badrul pihaknya
mencadangkan supaya pemilihan anggota SPR yang baru berdasarkan
persetujuan rakyat melalui pendengaran awam dan diletakkan suruhanjaya
itu bawah kuasa Parlimen.
Selain itu, beliau turut mendesak
supaya diadakan pilihan raya semula di kawasan yang didakwanya terbukti
wujudnya penipuan tanpa mengira logo parti sama ada BN atau Pakatan
Rakyat.
Ditanya sama ada telah memaklumkan kepada pihak polis
berhubung perhimpunan itu, Badrul Hisham yang mesra dipanggil
'Chegubard' berkata "itu semua dalam kawalan" dan beliau berharap rakyat
akan hadir tanpa sebarang kerisauan.
kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
No comments:
Post a Comment