Saturday, May 25, 2013

HIMPUNAN #SuaraRakyat505 MENDAPAT SOKONGAN SEMUA – HADIRLAH TANPA RAGU

Kenyataan Media
Gabungan “Suara Rakyat 505″
24 Mei 2013 | 5.00 pm
HIMPUNAN #SuaraRakyat505 MENDAPAT SOKONGAN SEMUA – HADIRLAH TANPA RAGU
24 jam menghampiri detik mula himpunan #SuaraRakyat505 menyaksikan momentum gerakan rakyat ini akhirnya memuncak apabila PAS umum untuk bersama menyertai.
Gabungan 50 NGO “Suara Rakyat 505″ menyambut baik kenyataan Setiausaha Agong PAS pagi tadi. Ini menunjukkan PAS sebuah parti segar yang responsif dengan kehendak rakyat yang bangkit menentang penipuan PRU. #SuaraRakyat505 menghargai PAS yang telah mengeluarkan arahan ahlinya untuk bersama himpunan aman esok.
Dimaklumkan kebenaran pemilik premis (MBPJ) telah diperolehi dan makluman pada pihak sepatutnya sudah dibuat. Justeru, #SuaraRakyat505 menggesa pihak berkuasa untuk memberi kerjasama, tidak mengganggu dan menghalang rakyat berhimpun sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Rakyat sudah buktikan, himpunan #KL112 berlangsung dengan aman tanpa gangguan pihak berkuasa, walaupun dengan pengawasan yang minima.
Mengenai permit yang dipersoal, majlis esok juga merupakan sebahagian progam kerajaan Negeri Selangor yang mana kesempatan tersebut digunakan untuk bertemu pengundi terbanyak. Oleh demikian tidak timbul soal permit dan orang ramai yang menyatakan kehadiran tidak usah ragu lagi, teruslah hadir.
Bermula jam 5 petang pentas akan dipenuhi dengan pelbagai persembahan dan aksi ‘desakkan terhadap SPR’ sebelum program kemuncak pada sebelah malam yang bakal menampilkan pemimpin yang benar-benar membuktikan sokongan penuh terhadap aspirasi rakyat.
Antara yang pasti hadir ialah Anwar Ibrahim, Md Sabu, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, che’GuBard dan ramai lagi pimpinan NGO dan Pakatan Rakyat. Juga penampilan artis rakyat Ito, Abby Abadi dan penampilan paling istimewa ialah pidato pertama Adam Adli sejak dibebaskan.
Segala persiapan sudah dirancang sebaiknya malah persediaan dari aspek keselamatan juga dibuat – satu pasukan khas perubatan dengan 55 orang doktor disediakan dan barisan peguam juga telah sedia bagi segala kemungkinan. Sekiranya berlaku penangkapan sila SMS dengan format nama/IC/Balai/tahap kecederaan kepada nombor-nombor berikut: 010-2142076, 017,3288794 dan 0128965727.
Semua sudah bersedia, esok 25 Mei adalah hari yang baik untuk Himpunan #SuaraRakyat505 dikenang sebagai himpunan paling bersejarah. Lahirnya Himpunan #SuaraRakyat505 apabila rakyat bersatu dan bangkit berhimpun membantah penipuan pilihanraya secara besar-besaran di peringkat nasional, setelah beberapa siri di peringkat negeri yang rata-ratanya dihadiri ratusan ribu rakyat.
Amaran rakyat sebelum ini, jika PRU menipu rakyat akan humban penipu ini maka SPR adalah sasaran pertama yang perlu dihumban oleh rakyat. Ayuh, bersama menjadi sebahagiaan dari sejarah yang akan dibaca oleh generasi akan datang, betapa rakyat hari ini bangkit merebut demokrasi demi menyelamatkan negara.
CHE’GUBARD
Jurucakap Gabungan ‘Suara Rakyat 505′
Pengasas SAMM
Anggota Gabungan ‘Suara Rakyat 505′
1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Tindak Malaysia
4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
5. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
6. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
7. Gabungan Menuntut Royalti ®
8. Asalkan Bukan Umno (ABU)
9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)
12. Kill The Bill
13. Malaysian For Beng Hock
14. Mama Bersih
15. Kelab Bangsar Utama
16. Radio Bangsar Utama (RABU)
17. Mahasiswa Keadilan Malaysia
18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)
19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
20. Indipendent Student Front (INSTEF)
21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY)
22. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
23. Gabungan NGO Pengerang
24. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB)
25. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
26. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
27. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
28. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
29. Angkatan Rakyat Muda (ARM)
30. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
31. Unit Ehsan Malaysia
32. Anwar Ibrahim Club (AIC)
33. Agent of Change (AoC)
34. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
35. Kami Anak Muda Menenatang Umno (K.A.M.U)
36. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
37. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)
38. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)
39. Gabungan NGO Kelantan
40. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)
41. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)
42. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
43. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
44. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu)
45. Selamatkan Teluk Rubiah
46. Selamatkan Pantai Port Dickson
47. Selamatkan Pasar Payang
48. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)
49. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)‪
50. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)‪
51. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)‪
52. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
53. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
54. Comuniti Front (CF) Seremban

Friday, May 24, 2013

WAHAI ZAHID, MENIPU PILIHANRAYA JAUH LEBIH TIDAK DEMOKRATIK

Kenyataan Terbuka
21 Mei 2013
WAHAI ZAHID, MENIPU PILIHANRAYA JAUH LEBIH TIDAK DEMOKRATIK
Merujuk kenyataan Zahid dalam portal Malaysiakini semalam, kononnya ‘rampasan kuasa tidak demokratik dan perlu terima keputusan PRU’, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan Zahid Hamidi supaya jangan lupa bagaimana dia mempertahankan rampasan kuasa perak pada Februari 2009.
Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?
Mengenai kebangkitan rakyat pasca PRU13, Zahid janganlah bersikap munafik. Zahid tahu dan sengaja memutar belit isu dengan menyebut seolah rampasan kuasa akan berlaku. Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalanraya tetapi turun kerana pilihanraya 5 Mei lalu penuh penipuan. Kemenangan rakyat pada 5 Mei telah digelapkan maka rakyat keluar menyatakan bantahan untuk menuntut kembali demokrasi yang dicuri.
Telah diumumkan oleh Gagasan #SuaraRakyat505 bahawa tarikh 25 Mei dipilih sebagai acara kemuncak untuk pesta rakyat menuntut demokrasi, manakala lokasi berhimpun adalah di depan Amcorp Mall bermula petang. Gabungan yang disertai lebih 50 NGO ini menyasarkan j/kuasa tertinggi SPR meletakkan jawatan segera sebagai tuntutan yang pertama dan utama.
SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah. Malah, kononnya SPR direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit. Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan.
Oleh demikian, semua rakyat diseru untuk bersama pada 25 Mei nanti yang merupakan kemuncak kesinambungan belasan himpunan besar Blackout505, dalam menyatakan protes dan bantahan terhadap kecurangan PRU-13.
SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri jangan ulang kesilapan Hisham yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa.
Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor.
Percayalah, rakyat tetap akan bangkit menuntut demokrasi. Rakyat telah beri peluang, telah bersabar dan beri laluan untuk pilihanraya bersih dan adil. Malangnya rakyat dikhianat dengan penipuan pilihanraya, kemenangan dirampas dan hak demokrasi bersuara telah ditutup rapat. Rakyat tetap akan bangkit dan kekuatan rakyat tidak mampu dibendung, 25 Mei, Amcorp Mall.
Suara Rakyat Suara Keramat
CHE’GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

CHE’GUBARD MASIH SELAMAT DAN SEDIA UNTUK AKSI 25 MEI

Kenyataan Terbuka
23 Mei 2013 (6.05pm)
CHE’GUBARD MASIH SELAMAT DAN SEDIA UNTUK AKSI 25 MEI
Terdapat spekulasi yang mengatakan pengasas SAMM che’GuBard telah ditahan. Ternyata spekulasi ini tidak benar dan sehingga jam 6 petang ini, che’GuBard masih bebas dan sedia untuk bersama rakyat dalam himpunan #SuaraRakyat505 yang dijadualkan bermula dalam masa 48 jam dari sekarang.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengajak semua rakyat supaya tenang dan fokus bagi menjana persediaan terbaik untuk turun ke Himpunan #SuaraRakyat505.
Ayuh turun beramai-ramai, selamatkan negara ini dan nyahkan SPR yang menjadi dalang penipuan pilihanraya. Jumpa semua di Padang Timur depan Amcorp Mall Petaling Jaya.
EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda SAMM

Thursday, May 23, 2013

HIMPUNAN #SuaraRAKYAT505 SABTU INI (25 MEI) TETAP DITERUSKAN

Kenyataan Media
23 Mei 2013
HIMPUNAN #SuaraRAKYAT505 SABTU INI (25 MEI) TETAP DITERUSKAN
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan bahawa perhimpunan yang dianjur oleh Gabungan “Suara Rakyat 505″ akan tetap diteruskan walaupun ramai pimpinan Pakatan Rakyat ditangkap. Himpunan ini adalah himpunan rakyat, semua yang hadir tanpa pangkat tetapi sebagai rakyat menuntut demokrasi yang dirampas regime legasi penjajah untuk kekal berkuasa.
SAMM juga sebagai antara penggerak utama himpunan #SuaraRakyat505 di Padang Timur (Amcorp Mall) tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun che’GuBard sendiri ditahan. Setakat ini juga, terdapat cubaan pihak polis untuk memberkas che’GuBard tetapi masih gagal.
SAMM juga mengutuk keras tindakan tidak bertamadun pihak berkuasa yang menangkap YB Tian Chua, peguam aktivis Haris Ibrahim dan pemimpin veteran Thamrin Ghaffar. Fiasco penangkapan yang bermula apabila Adam Adli dicekup lewat minggu lalu, dijangka akan berterusan dengan beberapa lagi tangkapan.
Negara seolah-olah berada dalam keadaan ‘belum merdeka’ ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan. Ini bukti kegagalan transformasi Najib, ketika kerajaan yang ada hari ini tidak punya sokongan majoriti.
Peristiwa hari ini mengingatkan kita bagaimana penceroboh Sulu contohnya, diberi layanan dan masa yang selesa tetapi rakyat sendiri dilayan umpama penjenayah besar. Inilah Malaysia, rakyat perlu bangkit membetulkan negara ini!
Agenda dan tuntutan yang telah diumum oleh Gabungan “Suara Rakyat 505″ juga tidak berganjak, malah kehadiran orang ramai kini jauh di luar jangkaan setelah aksi gestapo yang ditunjuk oleh regim pemerintah, membuatkan rakyat lebih berani ke depan.
Sesungguhnya rakyat tidak sedia ditipu lagi dalam 5 tahun akan datang, tetapi rakyat sedia untuk memperjuangkan tuntutan demokrasi bila-bila masa dari sekarang. Tarikh 25 Mei adalah pilihan terbaik bagi meledakkan apa yang dikata menifestasi #SuaraRakyat505. Jangan lupa, baju HITAM!
CHE’GUBARD
Pengasas SAMM

Monday, May 20, 2013

Video : turun ke jalan untuk selamatkan demokrasi yang dicuri






 kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Video ; Najib PM minoriti


kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Video : hentikan politik perkauman, hidup bangsa Malaysia


xx kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

NGOs to hold 'people's festival' on May 25

KUALA LUMPUR (May 20): A total of 48 non-governmental organisations will be holding a "people's festival" on May 25 to voice the people's dissatisfaction with the Election Commission (EC) for failing to tackle election fraud.
The peaceful gathering will be held at the Petaling Jaya City Council's (MBPJ) field Padang Timur, located opposite Amcorp Mall on Saturday evening.
The coalition, called the People's Voice 505, will hold the gathering "to reclaim democracy which was stolen from the people," Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) founder and Suara Rakyat 505 spokesman Badrul Hisham Shaharin, also known as Chegubard.
Suara Rakyat 505 will also reveal evidence of alleged fraud during the gathering.
The coalition has three demands:
> EC to be disbanded and its chairman, deputy chairman and committee to resign. Another "fairer and independent" EC to be formed via a public hearing whereby certain individuals endorsed by the public will be appointed to the commission and it will fall under the jurisdiction of Parliament instead of the prime minister;
> Elections to be held again in 27 contentious areas as highlighted by Pakatan Rakyat, where candidates contested without logos, and;
> Support election watchdog Bersih's move to set up a people's tribunal to collate all information and evidence of electoral fraud.
Asked if the coalition had notified the police about the gathering, Badrul Hisham said: "The situation is under control."
He said the coalition representatives have spoken to Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim about using the field and will follow up with state government officials in the following days.
"We have also invited certain politicians to speak at the gathering and they have been very responsive to the invitation," he added.
However, he declined to reveal the invited politicians, saying an announcement on details of the gathering will be made in the next few days.
Badrul Hisham said allegations that the gathering was an attempt to stage a "Malaysian spring" was not true, and that it was a "psychogical war" devised by the government of the day which is intimidated by people's power.
"People should not fall prey to this psy-war. There is no 'Malaysian spring' agenda and there will be no attempt to overthrow the government," he told a press conference.
Badrul Hisham said the organisers will furnish evidence of electoral fraud in audiovisual form and several witnesses will also present their accounts to the public.
"We have clear evidence such as 60,000 unreturned ballot papers," he said, adding that, "Ballots from Nusajaya were found in the Mahkota constituency which is located about 70km to 80km away." 
He said the EC had failed to ensure a free and fair election despite many rallies and gatherings calling for clean elections without manipulation and fraud.
"EC's call for all parties who lost in the elections to accept the results even though there is mounting clear evidence for the submission of court petitions shows the unprofessional attitude of the EC. It should accept all complaints and evidence of electoral fraud from parties and candidates who contested in the elections," he added.
He also said the coalition welcomes any proof from BN candidates if Pakatan Rakyat were behind any incidences of electoral fraud.
Badrul Hisham also condemned the arrest of student activist Adam Adli Abdul Halim.
He said the suspended Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) student's comments should not be misconstrued and must be taken in context.
Adam, 24, was arrested two days ago under the Sedition Act and is being investigated under Section 124(B) of the Penal Code, which carries a 20-year maximum imprisonment if found guilty, for remarks he made at a May 13 forum.
He had allegedly told the forum that Malaysians "cannot wait for five years to overthrow Umno and BN".

Read more: http://fz.com/content/ngos-hold-peoples-festival-may-25#ixzz2TqWMQPYM
 kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Rally to go ahead,


Badrul Hisham Shaharin che'GuBard



KUALA LUMPUR: Organisers plan to hold the Suara Rakyat 505 Rally at the MPPJ Field next to Amcorp Mall this coming Saturday to expose incidents of electoral fraud said spokesman Badrul Hisham Shaharin.
"We will present clear evidence of electoral fraud and reclaim the democratic right which was stolen from the people" he said, adding that the gathering the start of similar nationwide gatherings.

Badrul, who is also known as Chegubard, said that some 48 non-governmental organisations and civil society bodies have indicated their willingness to participate in the gathering.

He maintained that the Election Commission was not fair and transparent with regard to the polls with organisers of the rally to issue three demands.

The first demand, he said, is the resignation of Election Commission chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof and his entire committee and appointment of a new committee answerable to Parliament.
The second demand, he added, was for by-elections to be held for seats where fraud is evident.
He said the final demand was for the support of all parties including government agencies for the Peoples' Tribunal mooted by Bersih.

He stressed there was no such thing as a Malaysia Spring akin to the Arab Spring but merely pyschological war propagated by the authorities to create fear amongst the people.

"We are going to the streets not to overthrow to government or cause chaos but to demand that democratic rights be returned to the people," he told reporters at a press conference yesterday.

Asked if police had been notified of the proposed gathering, he merely said it was under control.
He also denied that exposes of electoral fraud at the gathering would pre-empt political parties from challenging the polls results after they were gazetted.

On a separate issue, Badrul, who is also chairman of Solidariti Anak Muda Malaysia, condemned the arrest and remand of Adam Adli Abdul Halim for alleged sedition.

He clarified that Adam's brief speech at the Chinese Assembly Hall at a gathering on May 13 must be taken in context and the words used as lingo used by the youth. - staronline

kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

'Pesta' pertikai keputusan PRU 25 Mei ini

urucakap Gabungan NGO Suara Rakyat 505 Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan menganjurkan "pesta rakyat bagi mengembalikan demokrasi yang dicuri" secara besar-besaran di Petaling Jaya pada 25 Mei ini sebelum diikuti siri-siri lain di seluruh negara,

NONEPerhimpunan yang dirancang diadakan di padang berhadapan Amcorp Mall antara lain bakal menampilkan bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Sekali gus, tegasnya, perhimpunan tersebut "tidak ada kena mengena" dengan dakwaan mahu merampas kerajaan ala "Arab Spring" atau "Malaysian Spring" seperti yang didakwan oleh pihak pemerintah.
Perhimpunan itu dijadual berlangsung bermula petang sehingga malam dan menjangkakan ramai yang akan hadir susulan mood rakyat Malaysia ketika ini, kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu lagi.

"Saya mahu menegaskan perhimpunan ini tidak ada kena mengena dengan Malaysian Spring atau berlaku merampas kerajaan atau dirancang berlaku (untuk merampas kerajaan).

"Sebaliknya rakyat terus bangkit untuk mencari demokrasi yang dicuri kepada rakyat," katanya sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu momokkan untuk menakut-nakutkan kerana kebangkitan rakyat.

Beliau juga berharap semua pihak termasuk pihak polis memberi kerjasama dan tidak termakan dengan "perang saraf" yang dilakukan "pihak yang takut dengan kebangkitan rakyat".
Badrul berkata perhimpunan itu menuntut tiga perkata antara lain mendesak supaya pengerusi dan seluruh jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan serta merta kerana didakwanya gagal menguruskan pilihan raya dengan telus.

Sebaliknya, kata Badrul pihaknya mencadangkan supaya pemilihan anggota SPR yang baru berdasarkan persetujuan rakyat melalui pendengaran awam dan diletakkan suruhanjaya itu bawah kuasa Parlimen.

Selain itu, beliau turut mendesak supaya diadakan pilihan raya semula di kawasan yang didakwanya terbukti wujudnya penipuan tanpa mengira logo parti sama ada BN atau Pakatan Rakyat.

Ditanya sama ada telah memaklumkan kepada pihak polis berhubung perhimpunan itu, Badrul Hisham yang mesra dipanggil 'Chegubard' berkata "itu semua dalam kawalan" dan beliau berharap rakyat akan hadir tanpa sebarang kerisauan.

 kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

People’s fiesta to ‘take back democracy’


KUALA LUMPUR: The people’s fiesta is not about toppling the government, rather, it is about taking back democracy, claimed NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) chairman Badrul Hisham Shahrin.
Badrul Hisham, also known as Chegubard, said a coalition made up of nearly 50 NGOs named the People’s Voice 505 (Suara Rakyat 505) will be launching an event on May 25 at Padang Timur, located in front of Amcorp Mall to present evidences of electoral fraud in the 13th general election (GE13).
“We are going to the streets not to topple the government, but to re-claim democracy.
“The rakyat just want to take back the democracy which was stolen in GE13 due to the various electoral fraudulence,” said Chegubard.
Chegubard added that the fiesta will start in the evening with participants encouraged to wear black and said that this will not be the only such fiesta as many others will be launched all over the country with the dates to be announced soon.
“We will be presenting the evidences to the public by bringing witnesses and providing statistics,” he said.
No Malaysian Spring


Chegubard also stressed that there will be no such thing as an “Arab” or “Malaysian Spring”.
“I reiterate that there will not be any form of toppling the government during this event.
“Those harping on ideas of a Malaysian Spring are just scared of the rakyat getting together for a simple cause which is only to reclaim democracy.
“Other than presenting evidences, we will only be giving out flyers and CDs,” assured Chegubard.
He added that the fiesta will be launched based on three demands.
“Firstly, we want a new Election Commission (EC). We urge for the chairman, deputy chairman and other committee members to resign immediately to give way to an EC which is more independent and transparent.
“Since they are now nothing but the government’s tools, the EC should instead be under the powers of the Malaysian Parliament,” he said, adding that EC members must be chosen through public hearings.
Re-claiming stolen democracy
The coalition of NGOs also demanded for re-election at areas where there have been proof of electoral fraudulence.
“Re-elections at these areas must be conducted without taking into account a particular party’s logo.
“Even if the BN provide evidence of electoral fraud, we are prepared to work with them,” he said.
As for the people’s tribunal which was put forth by electoral watchdog Bersih: “We urge all agencies in Malaysia to make the people’s tribunal a priority because it cannot stand on its own without these agencies’ support.
“The people’s tribunal is important in exposing cases of electoral fraud done during GE13.
“I urge for everyone to come this Saturday regardless of race, religion and political party to re-claim our stolen democracy,” he said.

 kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

PESTA RAKYAT TUNTUT KEMBALIKAN DEMOKRASI 505: Pelancaran Gerakan #suararakyat505


Kenyataan Media
Gabungan #SuaraRakyat505
20 Mei 2013


Hampir 50 pertubuhan bukan kerajaan (non-government organization) telah mengambil ketetapan bagi penubuhan sebuah gabungan yang mewakili suara seluruh rakyat Malaysia yang membantah penipuan dan penyelewengan dalam pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei yang lalu. Gabungan NGO-NGO ini dinamakan sebagai “Suara Rakyat 505” sebagai wadah perjuangan bagi membangkitkan segala isu yang berlaku dalam PRU13 lalu. Dipercayai lebih banyak NGO akan menyertai gabungan ini.

Rakyat telah memberi amaran sebelum bermula kempen PRU13 yang lalu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu bersikap telus dan adil dalam menguruskan pilihanraya Malaysia. Rakyat telah memberi peluang kepada SPR sebagai badan yang bertanggungjawab mengurus pilihanraya secara bersih dan berintergriti, kerana ketika itu rakyat masih yakin pilihanraya adalah saki-baki demokrasi untuk membuat perubahan (pertukaran kerajaan). Pelbagai tuntutan telah dibuat oleh rakyat termasuk melalui siri-siri himpunan bagi memastikan pilihanraya Malaysia berjalan dengan adil dan saksama tanpa ada unsur manipulasi dan penipuan. Namun akhirnya PRU13 menjadi medan penipuan paling besar yang menafikan kemenangan rakyat. Lebih malang, ia dibantu SPR.


SPR dengan jelas telah diperalat oleh pemerintah apabila bertindak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempertahan kemenangan pemerintah terdahulu walaupun ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan SPR adalah sebuah badan bebas dalam keabsahan kerajaan belum lagi mengambil tempat.

Seruan SPR supaya pihak yang kalah hanya akur kepada keputusan yang telah diumumkan walaupun bukti penyelewengan PRU13 sudah semakin jelas dan semakin banyak bukti terkumpul melalui proses semakan akhir sebelum dibuat bantahan termasuk petisyen ke mahkamah. Ini menggambarkan sikap kontra dan tidak profesional SPR yang sepatutnya menerima segala aduan dan bukti daripada calon dan parti yang bertanding.

Atas faktor tersebut, kami tegaskan bahawa "Suara Rakyat 505" mengambil pendirian bersama bagi menyatakan dan menjulang hasrat rakyat terhadap perjalanan dan proses pilihanraya dalam sistem demokrasi di Malaysia yang bersih dan adil. Kami telah bersepakat untuk mengadakan sebuah pesta himpunan rakyat besar-besaran untuk merampas kembali demokrasi rakyat  Malaysia yang telah dicuri dalam PRU-13, berteraskan TIGA tuntutan utama berikut;

1. SPR Letak Jawatan
Mendesak supaya Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) keseluruhannya meletakkan jawatan serta-merta disebabkan kegagalan dalam menguruskan pilihanraya ke-13 secara telus dan menyerahkan pemilihan SPR yang baharu kepada kuasa Parlimen melalui persetujuan rakyat secara majoriti, Pembubaran SPR yang cuma bertaraf kakitangan dibawah Jabatan Perdana menteri akan memberi ruang membentuk SPR yang lebih bebas dan berintegriti yang diletakkan dibawah parlimen malaysia dan dipilih keanggotaannya melalui proses pendengaran awam agar anggota yang dipilih benar-benar dari kalangan yang diyakini rakyat.

2. Pilihanraya Semula di kawasan yang terbukti kecurangan pilihanraya.
Mendesak supaya diadakan pilihanraya semula di kawasan yang terbukti wujudnya penipuan tanpa mengira logo parti sama ada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.

3. Sokong Tribunal Rakyat
Menyokong sepenuhnya penubuhan Tribunal Rakyat sepertimana yang dituntut oleh Gabungan BERSIH bagi mendedahkan segala bukti-bukti dan penyiasatan terhadap PRU13 kepada umum. Menggesa semua agensi dalam negara agar memberikan kerjasama penuh terhadap tribunal ini.

Gabungan Suara Rakyat 505 kali ini berharap agar sistem demokrasi Malaysia diserahkan kembali kepada rakyat secara keseluruhannya memandangkan berlakunya salahguna kuasa oleh badan yang bertanggungjawab sebelum ini. Justeru "Suara Rakyat 505" sebulat suara menggerakkan ‘HIMPUNAN BANTAH PENIPUAN PRU13’ secara besar-besaran bagi menyuarakan perkara ini dan memilih 25 Mei 2013 (Sabtu) sebagai tarikh himpunan. Kami menjemput rakyat seluruh negara untuk turun ke Kuala Lumpur berpakaian HITAM dengan tema; Duduk dan Bantah sehinggalah tuntutan rakyat dipenuhi.
Himpunan mega kali ini akan bermula petang dan berpusat di Padang berdepan dengan Amcorp Mall.

Pihak pemerintah telah mengatakan himpunan ini adalah berupa 'Arab Spring' dan telah menyebut ia sebagai 'Malaysian Spring', namun kami Suara Rakyat 505 tetap menegaskan tiada agenda 'Malaysia Spring' atau rampasan kerajaan akan berlaku. Sebaliknya, rakyat harus bangkit mencari kembali demokrasi yang telah digelapkan pada pilihanraya 5 Mei lalu.

Gabungan Suara Rakyat 505 menyeru pendokong-pendokong prinsip keadilan dan seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama turun bersolidariti bagi menyatakan kebersamaan terhadap tuntutan rakyat kali ini tanpa mengira perbezaan latar belakang bangsa, agama mahupun pegangan politik masing-masing. Hasrat rakyat terbesar adalah melawan segala bentuk penipuan yang telah mencemarkan sistem demokrasi di Malaysia tercinta!


Disediakan oleh ;

Gabungan Suara Rakyat 505

Friday, May 03, 2013

Mereka tidak pernah berubah , politik rimba rosak bahan kempen PKR


Kenyataan Media
3 Mei 2013

LAWAN MULA TERTEKAN ; 'BILLBOARD' CHE'GUBARD DISIMBAH CAT MERAH

Dikesan pada jam 7 pagi tadi, salah satu billboard che'GuBard telah dilempar cat merah oleh pihak yang hilang pertimbangan di hujung tempoh berkempen. Tertekan dengan bacaan statistik terbaru N21 Sg Acheh yang menunjukkan calon PKR mendahului, che'GuBard yakin aksi simbahan cat ini tidak berakhir di sini. Malah sebelum ini sememangnya telah wujud banyak kes kehilangan bahan kempen.

che'GuBard menegaskan, calon Umno Datuk Mahmud Zakaria yang tidak hadir dalam wacana debat yang dianjur oleh PKR pada 28 April lalu, masih tidak bersuara soal keinginan berdebat walaupun telah dicabar menjadi tuan rumah. Malah seorang ahli akedemik juga telah cuba menjadi orang tengah dalam menganjurkan debat malangnya setelah che'GuBard bersetuju calon Bn masih tidak bersetuju. Che'GuBard sedia hadir walau di mana pun debat polisi dianjurkan, menyedari perbandingan ini adalah penting kepada umum khususnya pengundi Sg Acheh untuk membuat pilihan. Ini bukti mereka tiada hujah dan tidak bersedia untuk terus teraju DUN Sg Acheh.

Simbahan cat merah adalah sinonim kepada perlakuan Umno berdasarkan banyak kejadian yang melibatkan serangan dari penyokong Umno yang diupah. Sebelum ini banyak premis dan harta Pakatan Rakyat disimbah termasuk bas Merdeka Rakyat.

Justeru itu, che'GuBard seru kepada semua pengundi khususnya di N21 Sg Acheh, untuk bersama mendokong arus perubahan. Tolak politik kebencian dan amalan yang tidak mencermin ketamadunan. Pilih untuk berpolitik secara bijak, berteraskan polisi dan perancangan masa panjang untuk kebaikkan rakyat.

Ayuh Pertahan Pulau Pinang, Menuju Putrajaya


che'GuBard
Calon Pakatan Rakyat (PKR)
N21 Sg Acheh

 kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Thursday, May 02, 2013

PENJELASAN VIDEO RAKAMAN ‘DATUK T’


Kenyataan Media
2 Mei 2013

PEJELASAN VIDEO RAKAMAN ‘DATUK T’

Beberapa hari ini pemain – pemain siber upahan pro Umno memainkan video yang kononnya che’GuBard mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Nasional.

Sememangnya che’GuBard dikenali bersikap agresif dalam menyuarakan sesuatu hal khususnya dalam sesuatu prinsip yang diperjuangkan dan PKR juga sentiasa bersikap terbuka menerima kritikan dan memperbetul keadaan.

Namun video tersebut tidak menggambarkan perkara sebenar pun.

Merujuk semula rakaman tersebut, ia adalah rakaman yang dibuat oleh ‘Datuk T’ secara sembunyi ketika sesi menjemput che’GuBard menonton video lucah fitnah DSAI. Perkara ini telah lama diperjelaskan dalam buku ‘Fitnah’  tulisan che’GuBard yang dikeluarkan pada Ogos 2011. Dalam muka surat 154 – 160 jelas menceritakan secara terperinci apa yang berlaku dalam sesi tontonan berdasarkan kenyataan Mac 2011.

Rahim meminta che’GuBard mengiyakan video tersebut di khalayak umum. Namun che’GuBard cuba memperdaya Rahim bagi mendapatkan salinan video penuh tersebut yang dilihat terdapat banyak kelemahan.
Bukan sekadar mengkritik Anwar di depan Datuk T malah Che’GuBard turut mengakatan dia percaya pelakon itu kononnya Anwar. Sedar video penuh yang pertama kali ditayang itu banyak kelemahan maka salinan yang dijanjikan itu akhirnya tidak diberikan. Sebaliknya, Rahim merakam secara sulit bagi meneruskan fitnah dan kegiatan jahatnya.

Kesempatan ini cheGuBard juga mencabar Rahim mengeluarkan rakaman penuh di mana antara perbualan tersebut Dato T juga menyebut mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.

Terdesak dengan sokongan besar rakyat Malaysia mendokong arus perubahan, perihal video che’Gubard ini dimainkan bagi mengalih perhatian. Jika video che’GuBard ini menjadi talian hayat terakhir, ternyata ini satu bukti jelas Umno dan Bn sudah kehabisan modal untuk menarik sokongan. Ini juga bukti sememangnya penafian Umno tidak ada kene mengena dengan kerja usaha trio Dato T hanya palsu.

CHE’GUBARD
Calon Pakatan Rakyat
N21 Sg Acheh

Calon Umno penakut dan terus fitnah


Kenyataan Media
1 May 2013

KESAL CALON Bn GAGAL HADIR DEBAT TETAPI FITNAH CHE'GUBARD

Warga Sg.Acheh dan pihak Pakatan Rakyat N21 berasa kesal dengan tindakkan calon Bn yang terus memfitnah che'GuBard tetapi tidak hadir berdebat. 

Sehari sebelum aksi debat dimulakan, seluruh DUN Sg Acheh telah direntang banner yang meminta orang ramai supaya tidak hadir wacana debat yang dianjur pihak PR N21 kononnya ia adalah provokasi. SMS juga telah disebar bagi tujuan sama kononnya Calon Bn telah diperangkap oleh che'GuBard.

Tindakkan mengelak masuk berdebat dan gesaan orang ramai supaya tidak menghadiri debat tersebut mencerminkan ketakutan calon Bn untuk bersuara mengenai polisi manifesto dan halatuju Sg Acheh. Ketidak-hadiran calon Bn juga menggambarkan kerisauan betapa kegagalan sebagai YB dalam penggal yang lalu terbongkar.

che'GuBard ingin menegaskan bahawa surat rasmi jemputan debat telah diserah dan diterima oleh calon Bn di depan media pada hari penamaan calon. Malah, Datuk Zakaria secara lisan telah bersetuju untuk hadir.

Justeru itu, bagi tidak menghampakan pengundi N21 Sg.Acheh, che'GuBard sedia memberi ruang kepada pihak calon Bn untuk menganjurkan debat polisi dan halatuju Sg Acheh. Cabar calon Bn pilih tarikh, masa dan di mana gelanggangnya, che'GuBard akan turun hadir membentang polisi manifesto untuk dinilai oleh para pengundi. 

Pastinya pengundi akan memilih tawaran terbaik untuk masa depan Sg.Acheh sebagai gerbang selatan P.Pinang.


CHE'GUBARD
Calon Pakatan Rakyat
N21 Sg.Acheh