Thursday, April 11, 2013

Respon mengenai kerusi DUN Sungai Acheh

Kenyataan Umum

11 April 2013

RESPON KERUSI DUN SG. ACHEH
  1. 27 Mac 2013 che'GuBard telah membuat kenyataan yang mempertegaskan
    • sedia menjadi jentera biasa dalam PRU akan datang, menyeru semua anak muda perbagai peringkat menyatukan kekuatan bagi menumbang regim. PRU 13 merupakan PRU penting untuk membuat perubahan besar.
    • tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 , pasti akan akur. Selaku anggota parti akan akur dan terikat dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia dan lebih selesa menjadi jentera biasa.
      klik sini untuk baca lanjut


  2. Namun pada 9 April lepas Parti Keadilan Rakyat melalui kenyataan Pengerusi MPN Pulau Pinang telah mengumumkan che'GuBard dipilih menggalas amanah parti bagi mewakili PR di DUN Sg. Acheh, P.Pinang
  3. Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che'GuBard. Rumah kedua che'GuBard di N.Tebal,ia merupakan kampung mertua che'GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan che'GuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti che'Gubard punya ramai juga kenalan di sini, pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.
  4. Dari segi perjuangan bersama masyarakat banyak terlibat antaranya memperjuangkan isu tanah penternakan kerang, menggunakan hubungan baik dengan pimpinan kerajaan negeri akhirnya tuntutan penternak kerang di Sungai Udang (dalam kawasan Sungai Acheh) berjaya ditunaikan oleh kerajaan negeri setelah tidak didengari pun oleh kerajaan negeri (Bn) sebelum ini sekian lama.
  5. Awal tahun 2012, che'GuBard sudah mula bermastautin di N.Tebal atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, malah atas pelawaan dan permintaan Datuk Dr. Mansor Othman sendiri secara berdepan untuk che'GuBard turun membantu di kawasan tersebut khususnya kerana ahli parlimen PKR telah meninggalkan parti.
  6. Semenjak itu bukan sedikit program yang dibuat dari sumbangan kebajikan hinggalah kepada program anak muda dipergiat. Bukan sahaja program berbuka puasa tetapi kubu Umno di tembusi dengan ziarah dan bersahur bersama keluarga yang kurang bernasib baik. Jentera PR banyak membantu dari perbagai segi.
  7.  Satu pusat khidmat dan pejabat aktiviti Parlimen N.Tebal telah dibuka dan aktif di rumah kedai dua tingkat. Puluhan aduan tiap minggu diuruskan.
  8. Namun apabila parti mengumumkan Datuk Dr. Mansor yang menjemput che'GuBard ke N.Tebal sebagai calon, che'GuBard menyambut dengan baik. Jentera sedikit sebanyak yang terbina terus bergerak agresif bagi membantu calon PR.
  9. Memahami soal kerusi dan siapa bukan soal utama tetapi pembelaan rakyat dan memperkukuh parti (PR) dalam menumbangkan regim harus dijadikan matlamat utama. Siapa pun dalam beroganisasi harus akur dengan keputusan siapa terpilih mewakili.
  10. Kenyataan 2 April, Pengerusi MPN P.Pinang diangkat sebagai arahan parti dan  akur dengan amanah yang diberikan. Melihat ruang dan peluang untuk mengembeling Suara dan idealisma muda untuk P.Pinang seterusnya menjadikan kawasan paling selatan di Pulau Pinang bangun seiring dengan arus pembangunan negeri yang diiktiraf sebagai antara negeri yang ditadbir dengan cara terbaik berdasar rekod laporan audit negara.
  11. Namun 10 April 2013 PAS pula telah membuat pengumuman nama calon di kawasan DUN Sg. Acheh juga. Respon che'GuBard mudah, yang kita harus hadapi ialah regim bn, cabaran kita ialah memperkasakan kuasa rakyat. che'GuBard sedia dan akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan parti. che'GuBard meletakkan sepenuh kepercayaan dengan pimpinan utama Pakatan Rakyat menyelesaikan isu ini. Seperti yang pernah tegaskan bertanding bukan sasaran,  sedia menjadi jentera biasa membantu kemenangan Pakatan Rakyat.
  12. Semua jentera dan aktivis PR serta rakyat yang cintakan perubahan, che'GuBard memberikan jaminan pasti tidak akan berlaku pertembungan 3 penjuru melibatkan sesama Pakatan Rakyat. Percaya dan yakinlah PR ialah gabungan kukuh yang lahir dari keputusan gelombang rakyat 2008, telah teruji dengan perbagai mehnah dan cukup matang untuk berdepan dengan PRU ke 13 sebagai sebuah gabungan yang bakal mentadbir negara.
  13. Semua jentera PR dan aktivis rakyat harus bersekutu demi menghadapi regim. Ini masa terbaik.
Ini kalilah !

che'GuBard





25 comments:

  1. Anonymous2:42 PM

    TAHNiah SAudara!! Elakkan kemenagan percuma Ameno dengan pertandingan 3 pnjuru..Inikalilah

    ReplyDelete
  2. Sungguh kamu pemimpin 'BERJIWA BESAR'....

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:51 PM

    Kalau memilih tempat mandi
    Pertama pantai kedua telok
    Kalau memilih pemimpin negeri
    Pertama pandai kedua elok

    Ibarat keris panjang berkelok
    Ke mana dibawa ke mana elok


    ReplyDelete
  4. boboi2:53 PM

    Teruskan perjuangan hingga BeEND tumbang... inshaAllah

    ReplyDelete
  5. tahniah...tapi rasanya biaq la chegubard jadi org biasa..lebih org hormat dan respek.!!

    ReplyDelete
  6. kijfd2:55 PM

    hebat kenyataan chegu,,

    apapun aku mahu chegu bard,jadi calon parlimen rembau,

    aku amat meluat dengan khairy bangladesh,perasan diri hebat

    biar dia tersungkur dgn chegu bard

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous3:49 PM

      Setuju!

      Delete
    2. Anonymous7:37 PM

      Setuju

      Delete
    3. Anonymous2:38 PM

      Setuju!

      Delete
  7. Anonymous3:06 PM

    Moga ia diselesaikan dgn baik. kita lawan dgn BN bukan sesama kita. Yaa Allah, berikan petunjukMu, satukan hati-hati kami. Amin.

    ReplyDelete
  8. BAAAGGGIIII kat Pas! Kau tu Bard dipermainkan oleh Osman. Patutnya kau yg tanding parlimen. Dia pula yg songlap. Cilaka punya Osman. MMasa yg sama dipijak kepala Pas. Sialan.

    ReplyDelete
  9. Anonymous3:44 PM

    Kesian chegubard, tak pa lah cikgu, walaupun duit tak dapat. Nama dan pahala dapat cukuplah kut noo..

    ReplyDelete
  10. Anonymous4:12 PM

    Cikgu Bard,

    Saya bangga dengan budi pekerti anda. Kita tidak akan lupa perjuangan anda samada bertanding pilhanraya atau tidak.

    We will support you and you have bright future in politics.

    We hope there are thousands Chegu Bard personality in this country.

    We hope there are no stupid/foolish people in PR grassroot level. Be careful. Never do or say something that make UMNO life easier.

    PR objective : BN UMNO must be out from government. Government is RAKYAT.

    ReplyDelete
  11. jujur saya cakap,,, saya sebenarnya nakkan chegubard tanding Parlimen Rembau..tapi apakan daya :(

    ReplyDelete
  12. Anonymous5:15 PM

    CheGu Bard,

    Lwn ttp lwn.tunjukkan pd pas.pkr ttp kuat.













    ReplyDelete
  13. Tahniah cikgu anda hebat..

    ReplyDelete
  14. Anonymous6:31 PM

    MENJADI CALON BUKAN MATLAMAT UTAMA,KALAU SEMUA BERJIWA BESAR SAPERTI CHE GU BARD,PASTI ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA JALAN MENUJU KEMENANGAN,INGATLAH MATLAMAT UTAMA KITA ADALAH MENJATUHKAN REJIM UMNO/BN.

    ReplyDelete
  15. InsyaAllah...PR boleh...!!! Ini kali lah...:-)

    ReplyDelete
  16. Anonymous8:57 PM

    Lega rasa bila baca kenyataan chegubard bila tak ada tiga penjuru.... harap pimpinan PKR tidak abaikan chegubard. Rugi kalau tak letakkan tokoh muda seperti chegubard.....

    ReplyDelete
  17. Anonymous9:13 PM

    WOW! This is the real pemimpin. Pemimpin yang ku impikan ... semoga Allah membantu mu. I SALUTE U CHEGUBARD:-)

    ReplyDelete
  18. Anonymous9:57 PM

    syabas che gu bard...masa anda akan tiba...percayalah...sesungguhnya ALLAH MAHA ADIL...dan pasti ada hikmahnya...INI KALILAH...ABCD...ABU

    ReplyDelete
  19. sesungguhnya saudara perjuang sejati

    ReplyDelete
  20. Anonymous12:21 AM

    Chegu Bard !!!
    ANDA TERBAEEEEKKKKKK !!!!!
    Percayalah.....
    Tempat terbaeeek untuk kamu telah ALLAH sediakan sama ada di dunia atau di akhirat. Prinsip kamu mengikhlaskan diri dlam perjuangan menegakkan kebenaran sesungguhnya tiada galang ganti.
    Saya berani jamin bahawa andalah pemimpin yang ALLAH sediakan untuk kecemerlangan Malaysia di masa hadapan.

    ReplyDelete
  21. Kalau tak dapat di Sg Acheh, Cg Bard boleh lawan di Seberang Jaya!

    ReplyDelete
  22. Anonymous7:53 AM

    you are the best...lawan tetap lawan

    ReplyDelete