K
E N Y A T A A N M E D I A R A S M I
MUAFAKAT
MEMENANGI DUN N21 SUNGAI ACHEH
13
APRIL 2013
Angkatan Muda KEADILAN
Pulau Pinang (AMKPP) sentiasa
menghormati dan menghargai kesepakatan dan ukhwah yang telah terjalin di antara
KEADILAN – PAS – DAP. Semenjak awal penubuhan PAKATAN, perjanjian yang termeterai
melalui Dasar Bersama menjadi dokumen penting untuk masa depan politik bangsa
Malaysia. Kerjasama yang terjalin menampakkan hasilnya apabila hari ini regim
Barisan Nasional berada di kedudukan paling kritikal dalam sejarah.
Angkatan Muda KEADILAN
Pulau Pinang (AMKPP) yakin dengan
momentum semangat rakyat Pulau Pinang untuk mengekalkan kepimpinan kerajaan
Pakatan Rakyat dalam PRU 13, kita juga yakin PRU 13 ini adalah peluang terbaik
kita untuk memenangi beberapa kerusi majoriti Melayu seperti N21 Sungai Acheh
dan menenggelamkan UMNO/BN. Namun usaha ini akan terencat jika kita tidak
memahami matlamat yang utama iaitu menumbangkan Barisan Nasional.
Angkatan Muda
KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) berasa terkilan dengan beberapa siri
serangan peribadi yang mula dilancarkan pada Saudara Badrul Hisham Saharin yang
diumumkan sebagai calon KEADILAN untuk N21 Sungai Acheh pada 9 April lalu.
Serangan di media sosial sehinggakan pendedahan maklumat peribadi mengenai
Saudara Badrul dikhuatiri akan meletakkan diri beliau dan keluarga di dalam
ancaman. Sikap seperti ini harus dihentikan.
Angkatan Muda
KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)
menyeru kepada semua pihak, termasuk kepada Calon PAS, Ustaz Yusni Mat Piah
untuk sama – sama turun berkempen di Sungai Acheh bersama Calon KEADILAN,
Saudara Badrul Hisham. Langkah yang terbaik adalah untuk menyerahkan keputusan
kedudukan kerusi N21 Sungai Acheh kepada Majlis Pimpinan Pakatan untuk
ditentukan. Memastikan kemenangan siapa pun calon PAKATAN di Sungai Acheh
adalah lebih bermakna daripada kita terus membiarkan regim Barisan Nasional
terus berkuasa
Sekian, terima kasih.
AHMAD AZRIZAL
TAHIR
Timbalan Ketua Angkatan
Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)
Bagi kat PAS la tambi, ko lawan la kat kampung ko ke. Bila sampai geng ko sebat kawasan, ko suruh bagi kerjasama. Palahotak betoi. Hang pi la parlimen bad oi, lagi baguih.
ReplyDeleteCikgu Bard memang layak duduk dikerusi Parlimen...kerana keberaniannya..kepetahan bercakap...tetapi nampaknya pemimpin tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat tak menilai selama ini sumbangan yg diberikan oleh Cikgu Bard...sayang seribu kali sayang.Adalalah LEBIH BAIK Salah seorang menarik diri...satu lawan satu dengan BN.
ReplyDelete