Sunday, December 16, 2012

Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012

sebahagian dari peserta dalam sidang pleno resolusi

dalam sidang media selepas selesai sidang meja bulat turut serta Jefery (AMK Sabah)
Kenyataan Media

16 Disember 2012

SIDANG MEJA BULAT PENGERAK ANAK MUDA SABAH 2012 HASILKAN 3 RESOLUSI

Pada 15 Disember 2012, secara rasminya SAMM Sabah telah dilancarkan. Sempena pelancaran SAMM Sabah telah diadakan satu Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012 di Lintas View Hotel, Kota Kinabalu. Sidang meja bulat ini telah dihadiri oleh 50 pengerak anak muda dari perbagai latar berlakang organisasi.

Sidang Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Boby Bin Lewat @ Ewat yang bermula jam 12.00 tengahari telah dirasmikan oleh Datuk Kalakau Untul. Kalakau merupakan Presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu, bekas Timbalan Menteri Buruh. Dalam ucapan ringkasnya dia mengimbau pengalaman selaku Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun. Beliau menegaskan betapa anak muda harus duduk sendiri berbincang untuk membuat keputusan demi masa depan negara.

Dalam sidang meja bulat pertama yang mengabungkan anak muda dari perbagai latar belakang politik ini telah berlangsung selama 3 jam dengan menghimpunkan pandangan dan idea dari semua pihak. Telah dipersetujui 3 Resolusi penting dalam sidang meja bulat ini iaitu  :

  • menyedari masalah pendatang tanpa izin yang diberi kerakyatan secara 'pintu belakang' menjadi satu masalah utama yang memberikan impak sosial, ekonomi dan keselamatan kepada Sabah secara keseluruhan. Masalah ini bermula dari pada Projek Kad Pengenalan bawah Dr. Mahathir dan kini semakin parah di bawah Najib Razak. Masalah ini ialah konspirasi penguasa kerajaan pusat untuk terus mengawal dan menjadikan Sabah sebagai simpanan tetap untuk kekal berkuasa. Apabila masalah ini mula disedari maka Kerajaan Pusat dibawah Bn berjanji untuk mengadakan Suruhanjaya Di Raja bagi menyelesaikan isu ini. Namun janji tinggal janji. Pada 29 Julai 2012 Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Timbalan Presiden UPKO dan ahli parlimen Tuaran telah istihar diri keluar Bn kerana tututan Suruhanjaya Di Raja (RCI) isu Kad Pengenalan kepada orang asing tidak dilayan sekali lagi Najib mengulang janji mengumumkan akan diwujudkan RCI. Namun sehingga kini masih tidak tertunai. Sehubungan dengan itu Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012 dengan ini memutuskan tidak boleh ada PRU ke 13 tanpa menunaikan janjiRCI ini yang mengumumkan tindakan yang ke arah penyelesaian yang konkrit serta menghukum pengkianat yang terlibat. PRU tanpa RCI isu kad pengenalan  dan tindakan konkrit hanya proses untuk menipu dan meragut hak warga Sabah kerana pendatang yang memegang Kad Pengenalan ini sudah didaftar menjadi pengundi dan jumlahnya hampir sama dengan penduduk asal Sabah yang sah. Sidang Meja Bulat hari ini memutuskan jika PRU 13 tanpa RCI maka semua wajib menolak parti yang bersekongkol dengan parti yang menguasai putrajaya (Bn) walaupun parti itu berwajah Sabah kerana mereka bersengkongkol mengkhianati hak warga Sabah

  • pilihanraya umum akan menjelang ini amat penting demi masa depan politik Malaysia amnya dan Sabah khususnya. Rakyat Sabah telah ditindas dan diperbodohkan selama 55 tahun maka kami mengistiharkan PRU akan datang ini bukan perlawanan parti politik melawan parti politik tetapi kuasa rakyat melawan Barisan Nasional. Jesteru itu semua parti politik yang melawan Bn wajib sekarang untuk duduk semeja berunding ke arah satu lawan satu. Kami anak muda menyeru semua membuang jauh kesombongan dan ego politik kepartian sempit demi masa depan negara. Anak muda menggesa wajib satu lawan satu, ego politik kepartian sempit sehingga menyebabkan lebih satu calon ialah pengkhianatan besar kepada rakyat.
  • Anak Muda bersetuju sidang meja bulat seperti ini akan dijadikan platform gerakan anak muda untuk mencari kebersamaan demi masa depan Sabah dan Malaysia yang dicintai. Dalam masa terdekat ini akan diadakan satu siri latihan anak muda dengan menumpukan latihan hak warga ke arah memperkasakan anak muda Sabah yang lebih berperanan dalam menentukan masa depan sendiri.
 Resolusi ini telah dibacakan oleh Boby (Penyelaras SAMM Sabah) dan dipersetujui dengan laungan 'tukarrr!!' oleh 50 anak muda. Selepas ini resolusi ini akan diperturunkan ke seluruh anak muda Sabah melalui perbagai program anak muda.

Sekian

Seketeriat
Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012

antara yang hadir

No comments:

Post a Comment

Post a Comment