Tuesday, May 29, 2012

PENGANJUR CUAI CUBA MENYALAHKAN MANGSA, MENTERI HARUS LEBIH BERTANGGUNGJAWAB

Kenyataan Terbuka
28 Mei 2012

PENGANJUR CUAI CUBA MENYALAHKAN MANGSA, MENTERI HARUS LEBIH BERTANGGUNGJAWAB
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius kejadian yang hampir melibatkan kehilangan banyak nyawa dalam sebuah acara sukan permotoran anjuran Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya awal pagi semalam. 

Merujuk laporan Portal Malaysiakini, dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton yang berada di kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu.

Kecelakaan tersebut sepatutnya boleh dielak namun oleh kerana penganjur tidak mengendahkan aspek keselamatan, malah penganjuran sukan berisiko tinggi seperti 'drag race ' itu tidak ubah seperti penganjuran sebuah perlumbaan drag haram.

Bagi SAMM, pihak penganjur utama Himpunan Sejuta Belia termasuk menterinya harus bertanggungjawab tanpa berdolak-dalik menyalahkan takdir dan pihak lain terutamanya penonton yang menjadi mangsa penganjuran yang tidak selamat. Seharusnya kecelakaan seperti ini boleh dielak jika ciri keselamatan diutamakan.

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan juga seolah-olah melepaskan batuk di tangga dengan menganggap kononnya kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain. Sebagai menteri bertanggungjawab, kenyataan Ahmad Shabery Cheek harus lebih bijak dan berhemah selain daripada 'menyalahkan tuhan'.

SAMM juga mengutuk taktik penganjur yang menghalang daripada berita ini tersebar dengan merampas kamera mangsa dan penonton yang mengambil gambar kejadian. Kejadian di Hospital Putrajaya lebih menyedihkan apabila pelawat dan waris mangsa disekat daripada masuk ke ruang menunggu kecemasan. Taktik kotor cubaan menutup berita ini walaubagaimanapun tidak berjaya.

Pagi ini, Wakil SAMM Selangor dan Wilayah turut mengiringi Nurul Izzah selaku Naib Presiden PKR yang hadir bersolidariti melawat mangsa kejadian. Menurut mangsa, kejadian semalam adalah merupakan hari malang buat belia negara apabila penganjur cuai cuba menyalahkan orang awam yang tidak bersalah.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

2 comments:

  1. Kalau boleh tanya lah YB Mneteri yang separuh matang apa matlamat sebenar Himpunan Jutaan Belia 2012 dan berapa jumlah sebenar yang dibelanjakan untuk menganjurkan acara tersebut? Apakah YB Menteri boleh memberi perincian syarikat-syarikat yang telah diberikan tugas membuat Event Managemnet dan jumlah yang telah dibuat kepada mereka secara terus oleh pehak Kementerian dan jumlah yang dikutip paksa dari kesemua GLC

    ini NKRA yang mana .... perabih duit rakyat

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:58 AM

    che gu tolong siasat makanan di cafeteria matrikulasi kuala pilah mahal bebankan pelajar tiada tempat alternatif untuk makan. tolong che gu

    ReplyDelete