Thursday, May 31, 2012

Kemunculan Ketua Pemuda Murut dalam Jelajah Merdeka Rakyat Peringkat P.Pinang


Kenyataan Rasmi
31 Mei 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT SIRI KE-5 : GILIRAN P.PINANG 2hb JUN 2012

Jelajah Merdeka Rakyat telah memasuki siri ke-5 dengan memilih Permatang Pauh sebagai gelanggang pidato perdana. Melihat kepada 4 siri jelajah sebelum ini, setiap siri menampilkan pelbagai kejutan dan keistimewaan tersendiri. Apa yang pasti secara keseluruhannya program Merdeka Rakyat mendapat sambutan hangat luar biasa bagaikan hari keramaian untuk rakyat setempat berhimpun menyatakan sokongan untuk sebuah kemerdekaan yang baru - kemerdekaan rakyat.

Dari sudut penyampaian dan pengisian, bantuan teknologi alat pandang dengar digunakan secara maksima bagi menampilkan bukti bergambar mahupun video dokumen atau peristiwa bagi membuktikan apa yang diperkatakan menjadi identiti program ini selain penampilan pentas yang cukup berbeza. Tayangan Video BERSIH menjadi sajian wajib pemulaan yang mengumpulkan rakaman amatur yang mampu memberikan kesedaran apa yang sebenarnya berlaku. 
 
Bermula di Gombak kemudian ke stadium 3K Kelana Jaya masing-masing dengan kehadiran yang membanggakan, Datuk Seri Anwar tampil bersama pimpinan utama Pakatan Rakyat dengan imej mengkagumkan. Kemudian di Tg Piandang pula menyaksikan satu himpunan rakyat yang luar biasa ramainya. Memandang Tg Piandang sebagai kawasan terpencil, kehadiran hampir 10 ribu menceritakan kebangkitan Perak utara condong kepada Pakatan Rakyat tidak mampu dihadang. 
 
Jelajah Merdeka Rakyat seterusnya menjengah Johor di Pasir Gudang. Suatu ketika dahulu ceramah ditempat yang sama kehadirannya tidak pernah mencecah angka 100. Adalah menjadi cabaran besar buat Seketariat Jelajah Merdeka Rakyat (SJMR) untuk memastikan sambutannya menyamai benchmark di Tg Piandang seminggu sebelumnya. Tetapi semangat reformasi itu berada di mana-mana waima kubu kuat Umno sekalipun berkecai tidak sekuat mana lagi. Akhirnya matlamat tercapai di Pasir Gudang apabila hampir 10 ribu membanjiri Dataran di Jalan Betik 1. 

Jelajah Merdeka Rakyat di Johor juga disaksikan secara langsung dari seluruh dunia melalui saluran internet dengan unique viewer mencecah angka 7 ribu. Menggunakan teknologi Ustream di channel Merdeka Rakyat, pasukan SJMR mengenalpasti kebanyakkan pengunjung adalah dari luar negara yang kita sedia maklum mempunyai maklumat yang terhad. Maka peluang untuk menyaksikan secara 'live' ini tidak dilepaskan dan turut berharap agar siaran langsung akan diteruskan dalam siri Merdeka Rakyat akan datang.
 
Siaran langsung (LIVE) siri Merdeka Rakyat di pautan berikut;
 
 
Oleh demikian, di atas permintaan ramai, pasukan SJMR bersedia untuk membawakan siaran langung dalam siri jelajah Merdeka Rakyat seterusnya iaitu di Pulau Pinang. Kali ini, pasukan SJMR mengambil peluang untuk menampilkan siaran berbentuk HD yang akan menghasilkan siaran lebih berkualiti berbanding kejayaan siaran sebelum ini di Pasir Gudang. Sumbangan pelbagai pihak dan individu juga sangat dialu-alukan bagi menjamin kelangsungan pada siri-siri akan datang khususnya siri Merdeka Rakyat. 
 
Selepas kejayaan bermakna di Johor, destinasi seterusnya Jelajah Merdeka Rakyat adalah seperti berikut : 
 
Pelancaran MERDEKA RAKYAT
peringkat P.Pinang

Tarikh & Masa: 2 Jun 2012, 8.45malam,
Lokasi: 
Padang Awam, Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh. 
(pertanyaan 012-4775588 Zulkifli Ibrahim)

Semua diminta sama membantu hebahan ini dan hadir beramai - ramai bagi bersama membangkitkan dan membawa gelombang MERDEKA RAKYAT ke utara semenanjung Malaysia bermula dengan Pulau Pinang. Suatu yang agak berbeza dalam isri jelajah kali ini ialah kemunculan Sdr. Raymond Ahuar, Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR. Ketua Pemuda persatuan yang mewakili ratusan ribu kaum Murut ini akan tampil menerangkan apa rasionalnya tindakan beliau dan ini akan menjadi antara indikasi penting politik nasional kerana Sabah yang semala ini menjadi 'simpanan tetap Umno' sudah berubah wajah.

Menyentuh mengenai serangan keganasan mutaakhir ini yang dilakukan oleh samseng tajaan parti regim penguasa, seketeriat telah bersedia. Sesungguhnya tindakan ganas mereka ini melengkapkan lagi syarat kejatuhan sesebuah regim. Jelajah ini akan memfokuskan semula rakyat dalam isu pokok khususnya menjelang pilihanraya umum.

Sekian


che'GuBard

Seketeriat Jelajah Merdeka Rakyat

2 comments:

  1. Anonymous12:04 AM

    Kepada Anwar Ibrahim yang saya kagumi... Sebagai rakyat biasa yang sentiasa mengikuti perjuangan anda,bersabar & bertahanlah dengan cabaran yang mendatang di segenap penjuru... Allah swt telah berjanji bahawa 'Dia' sentiasa bersama2 dengan hamba-Nya yang bersabar... melihat pada kecekalan hati anda ketika menghadapi provokasi ceramah Umi Hafilda di Pantai Dalam,saya dapat merasakan bahawa anda seorang pemimpin berjiwa hebat... sukar mencari pemimpin berkarisma seperti anda ketika ini... yakinlah.. Allah tidak akan mensia2kan anda jika anda berniat ikhlas membantu rakyat... sebagai rakyat biasa,saya mendoakan yang terbaik untuk perjuangan anda...

    ReplyDelete