Tuesday, May 08, 2012

memorandum Desak Anggota Polis terlibat jenayah ketika BERSIH 3.0 tampil serah diri



MEMORANDUM|

KEPADA       :           POLIS DIRAJA MALAYSIA
DARIPADA  :            SOLIDARITI ANAK MUDA SAMM (SAMM)
                                    DAN 28 PERGERAKAN ANAK MUDA SERTA MAHASISWA
TARIKH         :           7 MEI 2012
TAJUK           :           DESAK ANGGOTA POLIS TERLIBAT JENAYAH KETIKA                
                                   MENGENDALIKAN #BERSIH 3.0 TAMPIL DAN SERAH DIRI
Pada 28 April 2012 yang lepas telah berlansung himpunan rakyat Malaysia terbesar dalam sejarah negara. Lebih 250 ribu orang secara sukarela telah datang ke Kuala Lumpur untuk menuntut hak warga untuk punya proses pilihanraya bersih, bebas dan adil. Himpunan ini berlansung dalam suasana penuh festival aman dan meriah dalam mood bantahan yang jelas. Sehinggalah peristiwa insiden tembakan air kimia dan gas pemedih mata di jalan raya berhampiran Dataran Merdeka berlaku.

Kalau ada pun kesalahan ialah kerana halangan (barricade) polis telah ditolak itupun turut melibatkan beberapa individu yang meragukan dan disyaki TURUT LIBATKAN anggota polis berpakaian biasa. Perintah mahkamah iaitu melibatkan kawasan padang (hijau) Dataran Merdeka tetap jauh dan tidak dimasuki. Adakah dengan hanya menolak halangan dan kemudian berundur menghalalkan tindakan ganas polis melakukan tindakan ‘membabi buta’ mengganas di hampir seluruh bandaraya Kuala Lumpur selepas itu?

Polis segera dengan kerjasama media serta pimpinan regim penguasa terus memburukan penganjur dan orang awam terlibat dengan perbagai tuduhan. Polis juga telah menyenaraikan puluhan malah dijangka ratusan akan disenaraikan orang awam sebagai orang yang dikehendaki. Kita tidak menghalang proses keadilan untuk berlaku jika benar terdapat unsur jenayah.

Namun, bagaimana dengan anggota polis yang turut terlibat dengan kegiatan keganasan dan jenayah yang berlaku ?
SAMM dan 28 organisasi massa muda dan mahasiswa dengan ini mendesak :
1.      PDRM  tampil memberikan penjelas mengenai
a.       kewujudan ramai anggota polis menyamar sebagai demonstran, sila nyatakan berapa jumlah dan dedahkan siapa mereka ? Jika tidak maka kita tidak boleh menolak cakap – cakap dikalangan awam dimana polis menghantar anggota dikalangan demonstator sebagai agen provokasi.
b.      bagaimana gambar – gambar di kawasan kawalan ketat polis digunakan oleh blogger – blogger pro regim penguasa, adakah polis membenarkan dan melindungi blogger pro regim penguasa pada hari tersebut dan dalam pada masa yang sama mengasari dan mencuri kad memori wartawan yang bertugas ? atau polis berkongsi bahan yang mereka perolehi dengan blogger pro umno ?

2.      PDRM harus melakukan siasatan
a.       Khabar angin kononya ada anggota polis yang mati telah menjadikan polis bertindak diluar batasan. Ini dimulakan oleh cybertrooper pro regim. Yang bertanggungjawab memulakan khabar angin dengan tujuan untuk memperdaya semua anggota bertugas pada hari tersebut harus dihukum jika tidak jelas ia satu yang dirancang untuk memperdayakan semua anggota pada hari tersebut.

3.      Semua kegiatan ganas dan jenayah yang dilakukan oleh anggota harus disiasat dan diambil tindakan. Adalah satu lawak jenaka apabila atasan PDRM bersungguh menyiarkan foto senarai orang awam untuk serah diri tetapi seolah tidak punya rekod anggota sendiri yang mengganas pada hari tersebut. Antara kesalahan yang dilakukan secara jelas dan ada beribu rakaman video dan gambar dan seumpamanya ialah :
a.       Secara sengaja merosakkan harta benda awam termasuk menembak gas pemedih mata ke kedai dan kenderaan. Ada ramai saksi menyaksikan bagaimana polis merosakkan gerai – gerai peniaga yang ditutup contohnya di sekitar Masjid India.
b.      Memukul secara beramai – ramai dan bertalu – talu orang awam yang ditahan walaupun tidak melawan termasuk menggunakan senjata tumpul.
c.       Mencuri barangan orang awam seperti wang tunai, kamera, memori kad, telefon bimbit dan lain – lain
d.      Memaki hamun dengan penuh sifat anti perkauman dan permusuhan agama secara sengaja terhadap orang awam yang ditahan.
e.       Menahan orang ramai ketika sedang makan, di dalam hotel, perkarangan rumah ibadat dan dalam perjalanan pulang.
f.       Polis menghalau orang ramai yang sedang makan jelas merugikan peniaga kerana ramai terpaksa beredar tanpa sempat membayar makanan.
g.      Menghalakan senjata kepada orang awam termasuk orang biasa yang tidak terlibat, orang tua, wanita dan kanak – kanak.
h.      Ada kes sekeluarga ibu, bapa dan anak – anak ditahan di hotel hanya kerana menimpan pakaian kuning.
i.        Ada juga laporan beberapa kes orang awam yang membonceng motosikal dan memandu motokar ditahan beramai – ramai ditengah jalan ditarik keluar kenderaan, kenderaan dirosakkan dan mereka dipukul hanya kerana mereka berpakaian kuning walaupun dalam perjalanan untuk balik.
j.        Tindakan juga harus diambil kepada anggota yang gagal mengawal kenderaan atau secara sengaja memandu dengan melanggar orang awam

4.      Polis dan orang awam adalah mangsa pada hari tersebut.
a.       Semua operasi pada hari 28 April 2012 diakui oleh beberapa pimpinan regim termasuk Menteri Dalam Negeri dipantau sepenuhnya, maka semua yang berlaku adalah dalam kawalan penguasa.
b.      Orang awam yang hadir lebih 250,000 orang, (ada sumber menyebut) kekuatan anggota polis pada hari tersebut ialah kira – kira 10,000 orang. Bayangkan akibatnya jika sememangnya dirancang untuk merusuh ? tetapi yakinlah ia hanya untuk menyatakan bantahan secara aman dan tidak lebih dari itu.
c.       Polis bukan musuh orang awam sebegitu juga orang awam sepatutnya bukan musuh polis. Dalam kes 28 April, Polis dan orang awam adalah mangsa regim penguasa yang takut dengan bayang – bayang sendiri. Jika sejak dari awal kalau Dataran Merdeka dibenarkan diguna, maka keadaan akan aman berkumpul dan bersurai dan anggota polis juga tidak terseksa bertugas begitu teruk. Lihat sahaja demonstrasi Anti Lynas di Kuantan semua mampu dikawal dan aman.
d.      Anggota polis bertugas juga perlu sedar sememang dirancang mereka dimangsakan. Apa keperluan untuk anggota polis bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan dengan melalui ribuan orang awam yang sedang marah kerana baru sahaja ditembak dengan gas pemedih mata, ada pergerakan tanpa keperluan dan kawasan tersebut jelas boleh dielakkan ? Disyaki arahan untuk anggota polis bergerak itu sengaja dibuat untuk menjadikan anggota polis tersebut sebagai umpan. Ini satu penghinaan oleh atasan kerana menjadikan anggota polis mangsa pada hari tersebut.

Kesan terhadap kejadian 28 April amat dalam. Imej PDRM dan orang awam begitu terjejas. Ini semua angkara regim penguasa. Suasana ini tidak bagus untuk negara. Semua harus sedar bahawa apa yang berlaku ialah ramai anggota polis diperdaya untuk bertindak sedemikian rupa, termasuk di’ brainwash’ dengan perbagai fakta songsang pro regim penguasa. Keadaan harus diperbaiki segera jika tidak hari 28 April itu yang harus dikenang dari aspek positif sebagai #Hari Merdeka Rakyat  tetapi jika tidak diperbaiki imejnya maka ia akan dikenang sebagai #Hari Rusuhan Polis.

Dengan ini SAMM dan 27 ormas muda serta mahasiswa Malaysia juga terpaksa untuk mula menyenaraikan gambar – gambar anggota polis yang telah diperdaya oleh regim penguasa untuk bertindak diluar batasan undang – undang untuk tampil menyerah diri. Jika tidak ada penjelasan dan tindakan serius dari pihak atasan PDRM atau regim penguasa sendiri, kami tidak teragak – agak untuk membuat edaran awam dengan menyenaraikan anggota yang terbabit dalam risalah dan poster.

Akhir sekali ditegaskan polis / anggota keselamatan bukan musuh kita yakinlah polis juga mangsa diperdaya regim penguasa untuk bertindak sedemikian rupa. Mengajak seluruh anak muda untuk bersama untuk sama membaiki imej hubungan orang awam dan agensi keselamatan utama negara ini.

Isu keganasan anggota polis yang diperdaya dan dipergunakan oleh regim penguasa ini juga tidak seharusnya melarikan fokus rakyat Malaysia bangkit untuk menuntut pilihanraya bersih, bebas dan adil. Tuntutan rakyat jelas bersihkan daftar pemilih sebelum pilihanraya umum berlansung. Proses pembersihan SPR harus dimulakan dengan pemecatan atau perletakan jawatan Pengerusi SPR dan Timbalanya yang jelas ahli Umno. Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya ahli parti politik. Jika ini tidak diendahkan maka bersedialah untuk mobilisasi rakyat lebih besar lagi.

che’GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
Solidariti Anak Muda Malaysia
email : chegubard@gmail.comwebsite : www.anakmudamalaysia.comblog :http://chegubard.blogspot.com
Organisasi Masyarakat (Ormas) Muda dan mahasiswa yang turut mendokong memorandum ini

2. Malaysia Youth and Students Movement (DEMA)
3. Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI)
4. LimaPulohB Kolektif (50B)
5. Diskopi Kolektif
6. Angkatan Rakyat Muda
9. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
10. Pemuda Sosialis
11. Kelab Mangsa PTPTN
12. Free Public Forum (FPF)
13. Civil Society Committee LLG
14. Sunflower Electoral Education (SEED)
15. Distrobuku Kolektif
16. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
17. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
18. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
19. Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
20. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
21. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
22.Pro-Mahasiswa Nasional
23. Kelab Rakan Islah Malaysia
24. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
25. Sisters in Movement
26. Sinergi Gerakan Mahasiswi
27.Majlis Pimpinan Mahasiswa Nasional
28. Institut Bangsar Utama (IBU)
29. Student Power Group

1 comment:

  1. Bersatu dalam perjuangan. Untuk menegakkan kebenaran memang menyakitkan. Sakit mata dengan asap, sakit badan kena belantan dan letih badan jauh berjalan. Semoga Allah membuka hati2 mereka untuk melihat jalan kebenara.

    ReplyDelete