Thursday, March 22, 2012

Adakah Bn akan datang dengan janji pilihanraya yang dikitar semula

Semua harus ingat menjelang PRU tahun 2008 kempen pilihanraya Bn khususnya di Rembaupanik kerana kali pertama diasak begitu kuat dengan gelombang kesedaran rakyat. Demi mematahkan gelombang tersebut dan memujuk rakyat maka Bn telah datang dengan perbagai janji. Pada 31 Januari akhbar keluaran Utusan dengan jelas menyatakan janji Pengerusi Bn Negeri Sembilan kepada orang Rembau. Dalam laporan media tersebut menyatakan janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika orang Rembau terus memilih Bn. Dia mengatakan akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan. Beliau juga dengan bangga mengumumkan akan membina Kampus UITM Rembau, semua ini dengan syarat orang Rembau mengundi Bn.


Dalam Akhbar Utusan Malaysia 21 Febuari pula Menteri besar yang sama menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau. Bukan sahaja lapangan terbang tetapi turut akan dibina ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.

Janji untuk membina Hospital pula bukan sekadar kenyataan atau ucapan sebaliknya telah diadakan upacara meletakkan batu asas dalam tempoh kempen PRU 2008 bagi mengelirukan atau menipu rakyat pada 7 Mac 2008.

Itu belum masuk janji yang dibuat terus oleh calon Parlimen Rembau seperti pusat Tuisyen emas percuma buat semua murid sekolah dalam Rembau dan banyak janji lain.

Sehingga kini hampir semuanya tidak terlaksana. Namun pakatan rakyat di Rembau terus membangkitkan isu - isu ini untuk menuntut hak orang Rembau yang telah dijanjikan. Malah di Rembau isu ahli parlimen 'hilang' bukan satu rahsia lagi. Malah perit lagi apabila orang Rembau melihat Ahli Parlimen yang hilang dalam akhbar bangga menjadi askar wataniah, masuk majalah fesyen, jadi model fesyen batik (isterinya) dan berlatih terjun payung. Orang Rembau memilih ahli parlimen untuk mewakili mereka bukan untuk buat itu semua.

Namun apabila tiba dekat dengan Pilihanraya mereka ini muncul semula. Ahli parlimen yang hilang selama ini tiba - tiba muncul bersungguh - sungguh keluar masuk kampung bersalam dengan orang ramai menyampaikan wang BR1M.

Isu hospital Rembau pula tiba tiba kawasan yang yang 'berhutan' tempat konon nak bina Hospital itu tiba - tiba berpagar dan naik papan tanda tertulis "Cadangan Tapak Projek Membina Hospital Rembau". Persoalanya siapa di Rembau yang tidak tahu di situ tapak projek yang dijanjikan ? Kenapa perlu dinaikkan pagar, dibersihkan kawasan hutan dan membina pagar serta papan tanda di kawasan tersebut ? Persoalanya ialah berapa perbelanjaan yang dibelanjakan hanya untuk memperdayakan rakyat Rembau sekali lagi dengan janji lama ini ? Siapa menanggung perbelanjaan tersebut ? Jika benar tender nak dikeluarkan seharusnya syarikat yang mendapat tender projek tersebutlah yang perlu membina pagar keselamatan termasuk membuat kerja pembersihan tersebut, mengapa wang rakyat terus terbazie sedemikian rupa.

Berapa banyak buget atau nilai wang yang terpaksa ditambah rakyat dengan kelewatan pembinaan hospital ini ? (itupun jika dibina) Jika Hospital ini dibina pada tahun 2008 kosnya hanya sekitar RM100juta sahaja memandangkan peningkatan kos bahan binaan kemungkinan kerana kelewatan ini kosnya akan meningkat sekitar 100%. Ini semua kerana kelemahan pentadbiran kerajaan.

Dari segi nilai tanah tapak projek hospital tersebut juga amat meragukan. harus diingatkan untuk projek landasan berkembar tanah orang kampung yang berdekatan dengan tapak hospital diambil dengan pampasan hanya sekitar RM1.20 - RM 2.80 sekaki manakala tanah tapak projek Hospital tersebut diambil dengan nilai RM22.00 sekaki. Kenapa wujud begitu jauh perbezaan ? Adakah berlaku penipuan dalam isu penilaian tanah orang kampung yang diambil dalam projek landasan berkembar atau berlaku kegiatan 'mark up' melampau dalam menentukan nilai harga tanah Hospital tersebut yang membawa kepada perbezaan sekitar RM900,000 seekar. Itu belum lagi dibesakan dengan nilai pengambil alihan tanah untuk projek bekalan air yang mengambil tanah orang kampung (secara paksarela) dalam kawasan Rembau (Batu Hampar dan sekitarnya) yang jauh lagi rendah.

Namun setiap kali program Bn di Rembau khususnya asyik menuduh konon orang di negeri bawah Pakatan rakyat terniaya dan ditipu dengan jnji tak di tunai.... adakah Bn Rembau itu sendiri di mana Ketua Umno Rembau ialah Menteri Besar dan Ketua Pemudanya Ketua Pemuda Umno Malaysia sudah tertunai janji PRU mereka ?

Orang Rembau harus sedar dan pengundi di seluruh negara harus tahu apa yang jadi Rembau khususnya mengenai janji PRU yang tak tertunai di Rembai ini. Khabar yang terakhir ialah bagaimana projek UITM , pembinaan lapangan terbang akan dibina tetapi bukan di Rembau sebaliknya di kawasan yang dimenangi PR di NS. Maknanya pengundi Umno akan terus dianak tiri kerana mereka menganggap pengundi Umno bodoh dan akan berjaya terus diperbodoh dengan janji yang akan diguna semula pada PRU akan datang. Projek ditumpukan dikawasan PR di N.S ialah untuk memujuk pengundi memilih Bn semula. Akhirnya pengundi perlu cerdik pilih Umno hanya dapat janji, undi PR akan dapat projek pembangunan dan seumpamanya.

oleh che'GuBard, Ketua Cabang PKR Rembau (22 Mac 2012)

6 comments:

  1. Anonymous12:04 AM

    bodoh ko nie....... ntah bilo MB janji airport tu.... kalau dio nk buek pon kompem owg rombau tolak...... hospital tu dh nk buek......nnt siap sedaro maro kau jo la yg msuk..... bodoh pny calon rembau..... nasib baik kalah.... pphl pon den menyosal pangkah kau dlu..... bodoh......

    ReplyDelete
  2. sila rujuk Kosmo 21 Feb 2008 jelas lapor mengenai lapangan terbang rembau di mana yang dijanjikan Bn. T.kasih

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:20 PM

    ko ni tak paham hal betul. pasal airport tu dah pueh mb torangkan kek youtube. kosmo tu pun tulis tapak airport besar 800m je. itu mananya airport kapal terbang mainan tu. apa benda la kau ni..

    x-pakatan

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:18 AM

    kah kah kah...umno bodoh and kaki congggg !!!

    ReplyDelete
  5. 21 Feb 2008 akhbar dalam akhbar terbitan utusan melaporkan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil, sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite .... adakah dua model kapal terbang itu kapal terbang mainan ?

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:47 AM

    Taubat la Bad daripada menyebarkan fitnah, moga-moga kau mendapat keampunan daripada Allah SWT.

    ReplyDelete