Kenyataan Akhbar
29 Mac 2012
MENGUMUMKAN PROGRAM JELAJAH DEMI RAKYAT NS 2012 - TINGKAT KESEDARAN DAN KENYAKINAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN
Pilihanraya Umum sudah terlalu hamper. Dalam pada masa yang sama manipulasi media terus berlaku dalam keadaan melampau. Masalah rakyat seperti kenaikan kos kehidupan kerana kenaikan harga barang, kos perubatan, kos pendidikan dan seumpamanya cuba dialihkan dengan isu rekaan seperti perkauman dan seumpamanya. Negeri Sembilan kini semakin hilang daya saing. Senarai projek terbengkalai, projek tertangguh, salah guna kuasa memparahkan lagi keadaan. Negeri yang berpotensi untuk ‘menjadi hebat’ ini hilang serinya kerana pentadbiran kerajaan yang lemah dan tidak cekap. Begitu juga kerajaan di peringkat pusat.
Pilihanraya 2012 dilihat ramai sebagai peluang terbaik untuk rakyat melakukan perubahan bagi menyelamatkan negara dan negeri ini. Cuma kadangkala permainan media melampau sedikit mengelirukan rakyat.
Maka dengan ini dimaklumkan akan diadakan Program Jelajah Demi Rakyat N.Sembilan 2012 ke arah mempertingkatkan kesedaran rakyat N.Sembilan.
Matlamat program ini :
- Meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kegagalan Barisan Nasional mentadbir Kerajaan Negeri Sembilan termasuk kerajaan pusat dengan menerangkan kelemahan dan penyelewengan yang wujud.
- Menyakinkan rakyat mengenai alternatif terbaik (Pakatan Rakyat) dengan menerangkan mengenai tawaran seperti Buku Jingga dan Manifesto Tunggak Nan 9. Juga dengan menerangkan ‘success story’ kerajaan di bawah Pakatan Rakyat sedia ada.
- Mendaftarkan dan mengumpulkan seramai mungkin sukarelawan.
- Mengenengahkan set pemimpin yang berwibawa kepada masyarakat.
- Mendekati masyarakat secara terus dan cara yang menarik.
Program ini mengandungi ‘Jelajah Ceramah’, pengedaran risalah, siri pendedahan, program kebajikan dan seumpamanya. Tidak ketinggalan program dalaman seperti latihan jentera parti.
Jadual program umum adalah seperti berikut :
- 1 April 2012 ; Pelancaran Jelalah Jom Ubah Demi Rakyat ; depan Pejabat PKR Cabang Kuala Pilah
- 4 April 2012 ; Jelajah Dun Linggi ; Kg. Pasir Panjang, Port Dickson
- 7 April 2012 ; Jelajah Dun Pertang ; Kg Petasih, Jelebu
- 11 April 2012 ; Jelajah Dun Sikamat ; Pastim Taman Desa Rhu
- 14 April 2012 ; Jelajah Dun Johol ; Kg. Inas, Johol
- 18 April 2012 ; Jelajah Dun PD Bandar ; PD Walk (sebelah The Store, PD)
- 21 April 2012 ; Jelajah Dun Gemencheh ; Markas Pas Bukit Jalor
- 22 April 2012 ; Jelajah Dun Labu ; Pekan Bt.8, Labu
- 25 April 2012 ; Jelajah Dun Rantau ; Pusat Khidmat PKR DUN Rantau (depan Petronas pekan Rantau)
- 29 April 2012 ; Kemuncak Jelalah Jom Ubah Demi Rakyat ; Seremban
Selain program ceramah di kawasan yang di namakan akan diadakan juga pengedaran risalah, ziarah kebajikan dan perbagai aktiviti pada hari yang sama dengan tarikh tersebut yang akan diumumkan dari masa ke semasa.
Jelajah kali ini mempunyai tema khusus iaitu Jelajah Demi Rakyat NS 2012. Akan juga memperkenalkan buat kali pertama maskot istimewa yang akan hadir disetiap kempen yang akan diadakan. Mengenengahkan Motto “sepakat – beradat – selamat” memberi kempen ini kea rah rakyat sepakat (menyatukan) membentuk kerajaan beradat (mengangkat undang – undang adil) maka melahirkan sebuah negeri yang selamat (sejahtera) untuk rakyat. Pendekatan kempen mempunyai tema dan mascot yang istimewa ini akan berbentuk mesra rakyat dan julung kali diadakan dengan menampilkan tokoh nasional dan tempatan.
Kesemua siri program jelajah ini akan mengajak rakyat untuk bersama dalam program kemuncak. Kemuncak program jelajah ini ialah pada 29 April 2012 di Seremban dan dijangka akan dihadiri oleh puluhan ribu rakyat negeri ini bagi menunjukkan ikrar dan kesediaan bagi mengubah kerajaan ke arah menjadikan negeri ini benar – benar berdaya saing ke arah kesejahteraan hidup rakyat. Himpunan Kemuncak ini akan menjadi himpunan rakyat terbesar Negeri Sembilan dan akan diadakan dalam suasana meriah dengan semangat penyatuan semua rakyat kea rah membentuk kerajaan baru dengan harapan baru. Seketeriat hari ini akan ke Majlis Perbandaran Seremban bagi menghantar permohonan untuk menyewa Padang MPS di tengah Bandar Seremban bagi mengadakan acara kemuncak nanti.
Kerajaan Umno / Bn Negeri Sembilan sering mendabik dada sombong yang mereka kuat dan Pakatan rakyat lemah maka mereka dicabar untuk meluluskan permohonan padang MPS bagi kami mengadakan program secara meriah dan aman.
BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN a.k.a che’GuBard
bagi pihak
Seketeriat Jelajah Demi Rakyat NS 2012
No comments:
Post a Comment