Kenyataan Terbuka
21 mac 2012
TAHNIAH KEPADA CALON SPM 2011 DAN MOHON MENTERI PELAJARAN TAMPIL JELASKAN ANGKA BUTA HURUF YANG TINGGI
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini ingin merakamkan tahniah buat semua calon SPM 2011 yang mendapat keputusan hari ini. Walau apa pun keputusan tersebut akuilah ia adalah hasil apa yang diusahakan selama ini menjelang peperiksaan tersebut.
Namun ingatlah apa pun keputusan yang diperolehi hari ini ingatlah ia bukan pengakhiran tetapi jadikan ia platform pemulaan dalam mencorak hidup ke alam dewasa yang lebih mencabar. Jika keputusan agak mengecewakan jangan mengalah, sebenarnya bagi manusia yang benar - benar mampu menggunakan potensi diri mereka adalah kurang penting di mana kita bermula tetapi yang penting dimana kita berakhir nanti. Proses pendidikan seharusnya bukan sahaja berteraskan peperiksaan semata - mata tetapi proses berterusan dalam pembinaan insan.
Dalam kegirangan meraikan keputusan usah dilupa dengan jasa pendidik, ibu bapa dan keluarga disebalik kejayaan tersebut. Anda juga ada peranan besar kemudian nanti dalam menggalas tanggungjawab selaku anak muda Malaysia.
Di kesempatan ini juga SAMM ingin menarik perhatian semua untuk meniliti fakta mengenai berapa ramai lagi masih ketinggalan. Kita terlalu menumpukan dengan statistik seramai 559 orang dari pada 468,808 calon SPM mendapat gred cemerlang tertinggi (A+) tetapi tidak juga harus lupa mengenai fakta pada 11 Jan 2012 yang lalu telah disebut oleh Menteri Pertahanan dalam laporan media yang menyatakan 8 % dari 6,667 orang pelatih PLKN terdiri dari mereka yang buta huruf.Memandangkan PLKN menumpukan pengambilan dikalangan bekas calon SPM dan jika statistik angka 8% ini menjadi penunjuk maka dari 468,808 orang calon SPM maka kira - kira 37,504 orang ialah buta huruf. Ini satu angka yang amat besar dan jika kelompok ini terus ketinggalan dan dipinggirkan ia pasti akan memberikan impak besar dalam struktur sosio masyarakat negara ini.
Perhatian yang khusus harus diberikan dalam isu ini dan jika berdasarkan angka ini maka seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan dasar pelajaran negara ini. Mohon mana - mana ahli parlimen untuk bangkitkan dalam persidangan parlimen dan harap Menteri Pelajaran mampu tampil memberikan penjelasan dan dapat memberikan tumpuan kepada bidang kerjanya selain dari kerja - kerja politik khususnya menyerang pembangkang semata - mata.
sekian
che'Gubard
Solidariti Anak Muda Malaysia
'Rote learning' juga perlu dihapuskan untuk mewujudkan insan yg boleh menggunakan akal fikiran dgn bijak - boleh mencerakin, menganalisis dan bukan seperti burung kakak tua, pandai berkata-kata tapi tak tahu apa yg dikarakan.
ReplyDeleteKita ORANG YANG PERFECT dan tak pernah buah kesalahan. Segala apa masalah yang berlaku di Malaysia disebabkan Kerajaan. Memang Kerajaan ni menyusahkan Rakyat.
ReplyDeleteBudak tak tau baca - salah kerajaan, kemalangan jalan raya -salah kerajaan, budak lari atau diculik - salah kerajaan, rumah kena rompak - salah kerajaan, kena tangkap khalwat - salah kerajaan, kucing mati salah kerajaan, kereta rosak salah kerajaan. Semua perkara Jahat orang Kerajaan yang buat
Kita tak pernah salah dan kejam dan buat FITNAH