Thursday, January 26, 2012

KEADILAN Rembau meraikan Tahun Baru Cina bersama di Pekan Rantau

Hari ini 26 Januari 2012, Keadilan Rakyat Rembau telah mengadakan sambutan Tahun baru Cina bagi meraikan masyarakat cina khususnya dan seluruh penduduk setempat umumnya.

Sambutan bermula meraikan semua (sarapan pagi) di Food Court Pekan Rantau. Majlis dimulakan dengan tarian 'dua ekor singa' yang begitu meriah dan menarik perhatian. Sambil itu che'Gubard dan teman - teman pimpinan Cabang mengambil kesempatan berkenalan dan bermesra dengan yang hadir sambil mengedarkan ole - ole iaitu limau mandarin, risalah manifesto PR NS (tunggak nan 9) dan DVD terbitan khas. Hari ini PKR Rembau menyediakan 888 set ole - ole untuk diedarkan secara terus di Pekan rantau dan pekan Kuala Sawah serta kawasan sekitarnya.

Sebaik sahaja selesai bertemu semua yang hadir. che'GuBard menyampaikan bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Disampaikan bantuan berbentuk barangan makanan asas (seperti beras, gula, kopi, susu, sardin dll) serta sedikit 'angpow' wang tunai. Sempena Tahun Baru Cina, PKR Rembau telah memperuntukan perbagai bentuk bantuan kepada kira kira 25 keluarga.

Sebaik sahaja selesai che'GuBard sendiri telah berjalan kaki bersama teman - teman PKR Rembau keliling pekan Rantau dan kemudian Pekan Kuala Sawah untuk menyantuni peniaga dan orang ramai yang berada disekitar. Program yang bermula 11pagi di Pekan Rantau berakhir jam 2.30 petang di Pekan Kuala Sawah.

Hari ini merupakan sejarah dimana PKR telah berjaya mengadakan program dengan sambutan hangat di kawasan yang ADUNnya MB Negeri Sembilan sendiri. Terima kasih kepada semua.

Segala sumbangan untuk membantu program PKR Rembau khususnya kerja - kerja kebajikan boleh disalurkan ke akaun Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482

Kesempatan diambil untuk menerangkan secara ringkas mengenai manifesto PR NS
Penerima sumbangan dari perbagai kaum dan latar belakang
Kehadiran 'dua ekor singa' menarik perhatian di tengah - tengah Pekan Rantau
dipeluk oleh seorang peniaga yang amat gembira dengan lawatan PKR Rembau
Antara yang gembira menerima ole-ole yang di edarkan
Setiap rumah didatangi dengan mesra
Keluarga ini merupakan penyokong kuat, mereka sudah berkumpul depan kedai menanti kehadiran kami

Bukan sahaja cina tetapi perbagai keturunan turut hadir memeriahkan sambutan PKR Rembau raikan CNY di Food Court Rantau
ibu tunggal, oku dan yang miskin sentiasa mendapat perhatian PKR Rembau
antara yang hadir dan sempat bermesra


antara anak muda yang hadir
yang tua disantuni


1 comment:

  1. Chegubard,

    Jika boleh lawatan ke setiap tempat ini dilakukan secara berkala samada sebulan sekali atau dua kali sebulan. Saya tak pasti jika chegu ada membuka kaunter di setiap lokasi khusus untuk mendengar rintihan dan keperluan rakyat tempatan semoga Chegu dapat menyelesaikannya dengan baik secara x langsung akan membantu saudara dipilih semula secara ikhlas hati dari penduduk setempat. InsyaAllah

    ReplyDelete