Sunday, January 01, 2012

Bantuan Kembali Ke Sekolah



Ramai gembira menjelang tahun baru, yang selalu dibualkan ialah mengenai azam tahun baru dan adakah azam yang lepas sudah dicapai. Namun bagi sesetengah ibu bapa menempuh tahun baru tidak semudah membincangkan azam baru dan azam lama.

Perbelanjaan yang tinggi menanti untuk anak-anak memasuki sekolah. Semua ini menuntut ibu bapa memerah keringat semaksima mungkin. Jika persiapan perayaan mungkin boleh beberapa elemen dikesampingkan tetapi ini persoalan masa depan anak - anak, masing masing cuba sedaya mungkin memenuhi apa jua keperluan. Namun hakikatnya masih ramai tidak mampu. Walaupun sudah ada bantuan RM100 seorang tetapi dengan peningkatan kos kehidupan ia tidak mencukupi.

PKR Rembau meneruskan tradisi membantu pengundi Rembau dalam setiap perayaan termasuk tahun baru dengan Bantuan Kembali Ke Sekolah. Ini merupakan tahun ke 4 program bantuan kembali ke sekolah dibuat. Kami sememang bukan punya dana yang banyak namun dengan kesungguhan AJK PKR Rembau mengumpul dana dari poket sendiri mahupun sumbangan orang ramai kami tidak pernah henti membantu.

Ambang 2012 ini seramai 234 nama murid layak menerima bantuan disenarai dalam senarai PKR Rembau. Namun dengan kekangan sumber PKR Rembau cuma dapat membantu 100 orang sahaja. Amatlah besar hati kami jika ada sesiapa dermawan yang sudi tampil bagi membantu kami meneruskan bantuan kembali ke sekolah atau bantuan - bantuan kebajikan yang lain.

Kepada yang sudi menyumbang untuk sama membantu murid sekolah yang datang dari keluarga susah boleh menyalurkan bantuan ke ke akaun Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482 dan hubungi (sms) 0123696474

1 comment:

  1. Anonymous6:33 PM

    tahniah Bard walaupun dihimpit dalam dan luar ...sdr buktikan sdr terus fokus perkukuh parti bantu rakyat menjatuhkan regim....

    tapi saya jangka kalau kamu terus dlm PKR kamu akan mati...buat keputusan berani tinggalkan PKR masuk pas atau DAP sebagai ahli biasa fokus perkemas SAMM .... anda akan lebih dihormati

    ReplyDelete